Вы находитесь на странице: 1из 11

1.

0 PENGENALAN

Slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan


dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi
tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut “The Oxford
Companion to the English Language” oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini
berasal dari abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain” iaitu ketidaktentuan
sebenarnya. Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian
daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues
language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan. Slanga merupakan
kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum
berbeza dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan
remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan
hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya


memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada
perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek,
pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound dan sebagainya. Penggunaan
bahasa slanga bukan fenomena baru yang melanda bahasa Melayu saja. Bahasa
slanga boleh jadi perkataan baru yang dicipta atau perkataan lama yang
diperbaharui dengan penambahan huruf tertentu bagi memberi satu dimensi baru
kepada bahasa itu. Malah, slanga turut merebak dalam bahasa lain dan ini dapat
dilihat daripada perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam sistem pesanan
ringkas(SMS).

Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan
bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut menggunakan bahasa
pelik itu. Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya
mendatangkan kerisauan bukan saja dikalangan pakar linguistik atau pejuang
bahasa Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan kenbanjiran komik
berbahasa slanga di pasaran. Sesetengah daripada mereka melahirkan pendapat
penggunaan kata-kata slanga dalam bentuk percakapan masih boleh diterima tetapi
apabila yang dibuat dalam bentuk tulisan yang diterbitkan, penggunaannya boleh
menjejaskan kedaulatan bahasa.

2.0 PUNCA PENGGUNAAN BAHASA SLANGA

 Menunjukkan identiti kumpulan

Umpamanya bagi perkataan saya dan awak, perkataan yang kerap digunakan ialah
gua dan lu bagi negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur. Bagi
Kedah dan Pulau Pinang ialah aku dan hang. Di Kelantan pula kawe dan demo. Bagi
golongan yang berpendidikan pula, istilah yang selalu digunakan ialah I dan you.

 Menghilangkan stress/tekanan

Perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah
menjadi mainan mulut para mahasiswa

 Mewujudkan kerahsiaan dalam kumpulan

Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu
untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

 Penggunaan Bahasa Basahan

Bahasa basahan atau bahasa tidak formal biasanya digunakan dalam pertuturan
seharian. Za’ba menggunakan istilah bahasa cakap mulut untuk menjelaskan
bahasa basahan ini. Disebabkan sifatnya yang tidak formal, maka bahasa basahan
yang digunakan banyak dipengaruhi bahasa-bahasa daerah..

Bahasa basahan ini juga ditandai dengan struktur ayat yang lebih pendek.
Umpamanya ayat, Kamu hendak ke mana akan menjadi , U nak ke mana? Atau
Awak sudah makan atau belum akan menjadi U dah makan belum !

Selain itu bahasa basahan ini juga tidak mementingkan kegramatisan ayat
atau tatabahasa. Soal ayat tergantung, ayat tidak mempunyai subjek atau predikat,
perkataan tidak sesuai dan sebagainya jarang diambil perhatian. Yang penting ialah
orang lain memahami apa yang diperkatakan . Contoh :
Bila awak hendak mendirikan rumahtangga? - Bila u nak kahwin?

 Penggunaan Bahasa Pasar

Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-
bahasa bukan Melayu di negara ini. Ia dianggap variasi bahasa Melayu kerana
susuk atau bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam perbualan antara orang
Melayu dengan bangsa lain, masih lagi menggunakan bahasa Melayu

Sesetengah daripada ungkapan atau perkataan daripada bahasa pasar ini


telah meresap masuk ke dalam bahasa Melayu sehingga kebanyakan orang tidak
mengetahui bahawa bahasa itu berasal daripada bahasa pasar, bukannya bahasa
Melayu yang sebenar. Antaranya ialah ungkapan :

Gua apa boleh buat, apa mau, kasi tau , manyak mahal , sedikit masa , cukup
pandai , jangan bilang sama dia , ini orang , dia punya rumah , nanti sikit jam , itu
macam la , saya punya anak.

 Penggunaan Bahasa Rojak

Bahasa rojak ini sebenarnya berkait rapat dengan mentaliti dan tanggapan rakyat
Malaysia sendiri terhadap bahasa.Jika diperhatikan, penggunaan bahasa rojak lebih
selesa dan agak seronok untuk dipertuturkan.Ini adalah kerana, jika bercakap
secara bahasa malaysia formal,kita dapat merasakan kebanyakan masyarakat tidak
mahu dirinya dilihat sebagai seorang yang terlalu formal.

Kita akan berasa ralat apabila kita dengar orang berkata,"boleh saya pinjam
telefon bimbit saudara?", tetapi kita akan lebih selesa dengan "Boleh I pinjam u
punye handphone tak?".Atau pun,"saya akan sambung pelajaran membuat ijazah,"
tetapi kita akan lebih selesa dengan, "I akan sambung degree".

Kedua dua contoh tadi boleh lah menunjukkan bahawa kebanyakan kita
menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan seharian. Mungkin ada pihak yang
menaikkan isu ini kerana 'geli' mendengar bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
diperadukkan..Cuma yang menjadi isu ialah, ditakuti bahasa rojak ini telah terbawa-
bawa dalam penulisan atau bahasa persuratan.Dan ini jelas sepatutnya tidak boleh
berlaku untuk mendaulatkan keaslian bahasa .
Selain itu , kita juga dapat melihat deretan papan – papan tanda ataupun papan-
papan iklan di pelusuk negara yang secara terang dan jelas telah merosakkan
penggunaan bahasa Melayu. Di plaza tol lebuhraya kini terdapat bahasa papan
tanda yang berbunyi, ‘” Lorong Touch ‘n Go’’. Bahasa apakah ini?. Inilah bahasa
rojak rasmi. Inilah juga yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak pandai menuras.
Satu kerja yang memalukan bangsa sendiri. Kenapa tidak dipakai saja istilah ‘’
Lorong pacu segera’’ atau ‘’ Lorong tekan & pacu’’. Secara jelas penggunaan
bahasa Melayu di perkotak- katikkan.

 Pemendekkan kata-kata atau istilah dalam Internet

Dewasa ini sekiranya kita singkap lelaman di internet terutamanya lelaman


‘email’ dan ‘ chat’ kita mungkin akan terperanjat tatkala melihat betapa ramainya
atau boleh dikatakan hampir kesemua pengunjung lelaman itu mengeksploitasikan
kemudahan bahasa tulisan tersebut dengan pelbagai bahasa tulisan yang serba
luas. Perkataan – perkataan seperti Kang (nanti), dowang (mereka), wokay
(baiklah), chat (sihat) dan pelbagai lagi kependekan sukukata yang digunakan.

Contoh Penggunaan Akronim Bahasa Melayu di Ruang Siber. Kependekan item


kerana pengguguran Maksud dalam bahasa Melayu:

amik ambil

tau - tahu

sapa - siapa

aje - sahaja

sket - sikit

iter - cerita

paun - tahun

enin - pening
3.0 KESAN

Keracuan terhadap bahasa Melayu sememangnya banyak memberikan


kesan yang buruk kepada pembakuan bahasa yang telah diterapkan oleh kerajaan
sejak lama dulu. Kita tidak menafikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, telah digunakan dengan meluasnya dalam semua urusan samada urusan
rasmi ataupun tidak rasmi, khususnya di sektor perkhidmatan awam. Hal ini terbukti
daripada dokumen, peraturan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh kementerian atau
jabatan yang hampir kesemuanya menggunakan bahasa kebangsaan. Namun
demikian, satu hal yang perlu kita berikan perhatian adalah kualiti bahasa yang
digunakan masih bercelaru dan tidak mantap dari segi strukturnya Oleh itu semua
pengguna bahasa kebangsaan perlu mempamerkan keterampilan berbahasa demi
komunikasi yang berkesan iaitu yang mampu menggunakan bahasa yang mematuhi
semua aspek tatabahasa dan sebutan, hingga difahami dengan jelas oleh orang
yang membaca atau mendengarnya

Terdapat pelbagai kesan yang timbul ekoran daripada penggunaan bahasa slanga
yang dicampuradukkan dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris dalam
penggunaan seharian samada dari segi tulisan, sebutan dan juga pembacaan.

 Kemerosotan Mutu Bahasa Melayu Lisan Dan Tulisan

“Bahasa Jiwa Bangsa’’. Sungguh elok dan merdu bunyi. Rangkaikata yang
sememangnya sering bermain difikiran dan menjadi bualan masyarakat negara
kita.Tetapi adakah isi yang tersirat disebalik tiga patah perkataan itu seindah
sebutannya.Kalau dikaji susunan ayat tadi sememangnya dapat membangkitkan
semangat kecintaan terhadap bahasa kita

Mutakhir ini, bahasa yang kita agungkan selama ini nampaknya semakin hari
semakin tercemar oleh penggunaan campuraduk dengan bahasa asing terutamanya
bahasa Inggeris.Keracuan bahasa ini dapat kita lihat dan dibaca saban hari
samaada di dada –dada majalah, rancangan- rancangan yang disiarkan di
televisyen yang tidak pernah jemu menggunakan bahasa melayu yang telah
dicampuradukkan penggunaannya dengan kata-kata pinjaman dari bahasa lain.
Rangkap kata atau ucapan seperti “U kat mana’’ dan “I still sayang u’’ sememangnya
digunakan secara meluas terutamanya dalam siaran drama- drama melayu.
Penggunaannya telah menular dan tersebar ke segenap masyarakat yang
menggunakannya sebagai bahasa perbualan seharian.

 Masalah Pembinaan Masyarakat Berwawasan

Bahasa merupakan alat untuk menyampaikan mesej dalam apa jua bentuk
komunikasi, samaada secara lisan mahupun melalui tulisan. Mesej dan bahasa yang
terang dan jelas akan memudahkan seseorang untuk memahami isi
penyampaiannya. Namun begitu sekiranya bahasa yang digunakan telah
dicampuradukkan dengan bahasa lain kadang- kadang ia membawa mesej yang
sebaliknya.

Dalam kontek ini peranan bahasa dalam penulisan majalah atau buku begitu
memberikan kesan kepada pembaca. Akan tetapi sekiranya berlaku keracuan
bahasa dalam penyampaiannya sudah pasti ia akan mencemarkan penulisan
tersebut. Melalui majalah, pembaca akan dapat merujuk dan mempelajari perkataan,
penggunaan ayat dan istilah yang betul..Namun begitu apa yang menyedihkan ialah
rata-rata majalah di Malaysia tidak menititberatkan unsur bahasanya. Banyak
bahasa- bahasa lain seperti bahasa Cina, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris telah
digunapakai. Situasi ini akan menyebabkan pembaca terutamanya golongan kanak-
kanak dan remaja akan terpengaruh dengan penggunaan bahasa tersebut.

Selain itu ,terdapat juga penggunaan laras bahasa yang dicampuradukkan


dengan bahasa tertentu yang tidak sesuai dalam konteks penggunaanya. Kesan
campuraduk bahasa ini semakin ketara kerana mutu bahasa yang digunakan amat
rendah. Keadaan ini sudah semestinya tidak akan dapat membina minda
masyarakat untuk maju dan mengejar kemajuan.

 Kedudukan Bahasa Melayu Akan Terjejas

Dasar Bahasa Kebangsaan yang meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai


bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi sememangnya secara jelas termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Peruntukan yang terkandung dalam
Perlembagaan itulah yang mendasari proses perkembangan bahasa dan
menjadikanya cukup kuat dan terserlah.Tidak dinafikan prestasi bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan amat baik. Namun begitu sejak kebelakangan ini
bahasa yang kita agungkan ini mula dicemari oleh anasir – anasir dari luar .

Perbuatan memendekkan kata- kata atau ayat ini kadangkala akan melahirkan
makna yang berbeza. Misal dalam bahasa Melayu penggunaan kata gantinama
telah diubahsuai seperti sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), ngko (engkau) dan
banyak lagi. Sudah tentu ayat – ayat yang diberikan di atas pasti akan
mencemarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau bahasa
kebangsaan. Situasi ini sekiranya tidak dibendung ia akan menjadi barah dalam
masyarakat kita dan sudah tentu akan memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu
sendiri.

Perkara ini akan menjadi bertambah genting apabila pengguna- pengguna


internet ini gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet.Ini
akan berlaku apabila mereka ini menggunakan istilah-istilah, pemendekan ayat dan
ayat- ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan juga komunikasi
dengan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang
jelas.

Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin


berleluasa dari alam maya ke alam realiti. Jadi dimanakah hendak kita letakkan
bahasa Melayu kita? Keracuan terhadap bahasa kita terus berleluasa dan nampak
seolah-olah ia tidak dapat dihentikan lagi. Kalau ditinjau penggunaan bahasa seperti
yang di atas amat jelas kepada kita bahawa kedudukan bahasa Melayu kini nampak
seolah - olah semakin dianaktirikan oleh pengguna bahasa kita sendiri. Sistem
pembakuan bahasa yang telah diterapkan kepada kita sejak lama dulu kini tidak lagi
menjadi kebangaan pengguna bahasa.

Sesungguhnya bahasa yang dipaparkan di tempat-tempat awam seperti papan-


papan tanda dan papan iklan serta premis perniagaan memancarkan citra dan jati
diri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

 Implikasi Kepada Generasi Pelapis Negara

Keracuan bahasa merupakan penyakit yang mula tersebar kepada masyarakat


dan negara. Bagaimana kita ingin meletakkan bahasa Melayu sabagai bahasa rasmi
atau bahasa berbudaya tinggi sedangkan mutu bahasa yang kita perjuangkan mula
terabai dek masalah keracuan terhadap bahasa kita.

Soal keracuan bahasa ini sebenarnya bermula dari sistem pendidikan


terutamanya disekolah dan institusi pengajian tinggi. Di sini rata-rata penggunanya
jarang sekali menggunakan bahasa baku sebagai bahasa biasa ataupun bahasa
rasmi. Apabila keadaan ini berlaku maka kita sebenarnya telah gagal melahirkan
individu yang memahami bahasa.

Akibat dari kegagalan itu kita akan lahirlah cerdik pandai yang tidak mampu
menggunakan bahasa yang betul dengan baik dan berkesan, samada secara lisan
ataupun bahasa tulisan. Apabila mereka ini memasuki bidang pekerjaan samada
swasta atau kerajaan maka lahirlah pekerja atau pegawai yang tidak dapat menulis
atau bertutur dengan baik. Dengan itu disinilah timbulnya penggunaan bahasa yang
dicampuradukkan dengan bahasa lain.

 Kemerosotan Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Amalan bahasa rojak iaitu mencampuradukkan perkataan Inggeris semasa


menggunakan bahasa Melayu merupakan satu gejala yang akan mendatangkan
pelbagai kesan negatif. Penggunaan perkataan bahasa Inggeris yang tidak
diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan
tamparan yang hebat kepada pembinaan identiti dan kewibawaan bahasa kita.
Tambahan pula ia jelas menunjukkan

pengguna tersebut sememangnya amat rendah atau kurang mahir sehinggakan


terpaksa menggunakan bahasa Inggeris bagi mengungkapkan ideanya.Tetapi yang
lebih malang lagi keadaan itu tidak pula menunjukkan peningkatan dalam
penggunaan bahasa Inggeris.

Inilah yang selalu dikatakan “Yang dikendung tak dapat, yang dikejar berciciran”.

Apa yang paling ditakutkan ialah gejala ini semakin meluas dan merebak di
segenap lapisan masyarakat. Akhirnya menjadikan mutu penguasaan bahasa
Melayu dan Inggeris terus merosot. Sekiranya gejala ini berterusan akan timbullah
masalah keberkesanan komunikasi dalam masyarakat yang secara terkumpul
menghasilkan suasana salah faham antara penutur. Selain itu ia bukan sahaja akan
merendahkan kedudukan bahasa Melayu itu sendiri. Negara pula akan memiliki satu
bangsa yang gagal berkomunikasi dengan baik. Apabila sesuatu idea atau buah
fikiran tidak dapat dijelaskan dengan tepat, maka ia juga akan mencerminkan
kegagalan untuk berfikir secara tersusun dan menghalang penerokaan dan
percambahan buah fikiran baru.

Gejala ini bukan sahaja berlaku dikalangan penutur yang mempunyai taraf
pendidikan yang rendah malahan ia turut menular dengan begitu meluas dikalangan
masyarakat yang berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat hari ini.
Apabila menjadi amalan seharian mereka untuk bertutur dalam bahasa rojak, ia
merebak kepada majlis – majlis rasmi seperti forum, seminar dan program –
program dalam media elektronik. Akhirnya mereka akan mendapati sukar untuk
menulis atau bertutur tanpa menggunakan bahasa rojak. Selain itu, bahasa rojak
juga boleh menjejaskan pembelajaran bahasa Melayu dan Inggeris di peringkat
sekolah yang akan mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.
Bagaimana kita ingin membina pemimpin pelapis dari sekarang sekiranya mereka
sendiri sudah tidak ada jati diri dalam penggunaan bahasa. Bila jiwa sudah lemah
dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah.

4.0 KESIMPULAN

Keracuan terhadap pembakuan bahasa Melayu sememangnya banyak


mendatangkan kesan buruk tehadap pembangunan dan perkembangan sistem
pembakuaan bahasa. Walaupun telah banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan dan juga pihak swasta namun ia tidak akan berhasil sekiranya kita sendiri
sebagai pengguna utama bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa tersebut
dengan betul.

Bagi mereka golongan berpendidikan yang dianggap sebagai pemimpin


masyarakat, perlulah mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya mereka
sentiasa menggunakan bahasa dengan betul, baik semasa menggunakan bahasa
Melayu, bahasa Inggeris ataupun lain - lain bahasa. Sesungguhnya mengelak
keracuan bahasa memerlukan disiplin yang tinggi, komitmen dan latihan diri yang
bersungguh – sungguh.
Alasan yang mengatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan
kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea atau buah fikiran tidak boleh
diterima akal sama sekali. Ini kerana bahasa Melayu sememangnya bersifat terbuka,
sanggup dan telah menerima perkataan - perkataan bahasa asing terutamanya
bahasa Inggeris bagi menambah dan memantapkan lagi sistem perbendaharaan
kata bahasa Melayu. Justeru itu, disarankan agar kesedaran menggunakan bahasa
dengan betul perlulah disemai dari peringkat bawahan lagi terutamanya kepada
golongan kanak-kanak yang baru memahami bahasa. Selain itu, kesedaran ini juga
perlu disemai di semua peringkat rasmi penggunaan dalam masyarakat. Dengan itu
barulah martabat bahasa Melayu dapat diangkat keperingkat yang lebing tinggi.
Semuanya bergantung kepada kesungguhan kita sebagai penggunanya.

Jika ini dikatakan masalah mentaliti, Ia adalah sesuatu yang sukar


diperbetulkan.Tambahan lagi, tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri agak sukar
dipelajari kerana sistem standard tatabahasa Melayu masik belum kukuh.Sebagai
contoh, boleh kah anda membezakan, 'jika, sekiranya,seandainya,andaikata,kalau,'
dan menggunakan frasa tersebut sebetulnya.Ini bukanlah kesalahan bahasa Melayu
tetapi apa yang harus ditekankan di sini ialah standard tatabahasa yang kukuh itu
perlu diwujudkan bagi mengelakkan keracuan penggunaan bahasa Melayu.
Kesimpulannya, bahasa sebenarnya masih belum lagi dihargai sebagai ‘’jiwa
bangsa’’. Pepatah ‘Bahasa Jiwa Bangsa’’ belum sebenar-benarnya dihayati oleh
semua orang.
RUJUKAN

Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu


Idelisma. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan
Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. (2002).Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik
Malaysia.

Awang Sariyan. ( 2004 ). “ Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu’’. Kertas edaran


dalam Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21
Disember 2004.

Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Pelita bahasa Mac 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka

Majalah Dewan Budaya November 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalina Yahya . Petikan Akhbar.”Bahasa Baku Pastikan Keseragaman Penyampaian


Ilmu’’. 5 Januari 2000.

Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.’’Memasyarakatkan dan Menghayati


Sastera Kita’’.3 Jun 2000

Вам также может понравиться