Вы находитесь на странице: 1из 36

DOKUMEN

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL


VVOKASIONAL
MODUL AKADEMIK

PENDIDIKAN MORAL
SEMESTER 1,2,3 dan 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2014
Cetakan 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

P
endidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

KATA PENGANTAR

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional ialah satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid
melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.
Dengan itu murid dapat menjadikan sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan
mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan
menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan
bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi
segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid.

3
Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet,
CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan
masyarakat Malaysia yang celik teknologi.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang
kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan menyumbang ke arah kesejahteraan negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid mencapai objektif berikut:

i. Mengembangkan penaakulan moral dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah moral.
ii. Menyuburkan perasaan moral ke arah tingkah laku altruistik,autonomi dan keadilan.
iii. Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan akauntabiliti.
iv. Menghayati nilai-nilai universal untuk berakhlak mulia.

FOKUS MATA PELAJARAN


4
PENAAKULAN
MORAL


INSAN
PERASAAN
MORAL

BERAKHLAK
MULIA

PERLAKUAN
MORAL

i. Penaakulan Moral

Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan
mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.

ii. Perasaan Moral


Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan
sesuatu yang tidak betul.

iii. Perlakuan Moral


Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan
akauntabiliti.

5
KEMAHIRAN PENDIDIKAN MORAL

Kemahiran Utama

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan membolehkan
murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial dan moral.
Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam
kalangan murid. Mengajar murid kemahiran- kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral
mereka.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan mengambil
kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui Pendidikan Moral boleh
membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid dapat menilai
sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu menyemai nilai
moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih
baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.

Kemahiran Pemikiran Kreatif

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah dan
konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam menjalankan aktiviti yang
bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

-8-
Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila kemahiran ini
digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid menentang tekanan rakan
sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya tetapi mengajar murid supaya berfikir,
berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri.

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid
menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membantu murid membuat
ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

Kemahiran Teknologi Maklumat

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat yang
tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini
dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat
membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur
negatif.

Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi yang boleh
diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh diajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

9
ORGANISASI KANDUNGAN

NILAI- NILAI MURNI


1. Kepercayaan kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus
ikhlas.

3. Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

4. Bertanggungjawab

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5. Harga Diri

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

6. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

7. Hormat

10
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

8. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

9. Kebebasan

Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh
agama, masyarakat dan negara.

10. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

11. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

12. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

13. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

14. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
11
15. Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.

16. Patriotisme
Bangga dan taat setia kepada negara.

17. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

18. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERHAD
12
MODUL : PENDIDIKAN MORAL

KOD : A071001

KREDIT UNIT : 1.0

JAM PERTEMUAN : 1.0 JAM/ MINGGU

STATUS MODUL : AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

Kurikulum Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid :

13
1. Mentakrifkan konsep etika, nilai, akhlak, moraliti dan undang-undang.
2. Mengenalpasti ciri-ciri peraturan moral dan undang-undang.
3. Menerangkan dimensi moral.
4. Menjelaskan kandungan moral.
5. Mengenal pasti bentuk moral.
6. Mengenal pasti nilai moral daripada perspektif agama dan kepercayaan masing-masing.
7. Mengamalkan etika, nilai, akhlak, moraliti dan mematuhi undang-undang dalam perlakuan seharian.

HURAIAN MODUL :

Modul Pendidikan Moral secara keseluruhannya menerangkan tentang konsep asas moral, insan bermoral, dan nilai moral mengikut agama dan
kepercayaan masing-masing. Pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaat dan diamalkan dalam perlakuan seharian untuk membina insan yang
bermoral dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

14
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

1. KONSEP 1.1 Menerangkan konsep etika 1.1.1 Menyatakan maksud konsep etika.
ASAS 1.1.2 Menjelaskan dengan contoh konsep etika.
MORAL 1.1.3 Berbangga mengamalkan etika dalam perlakuan seharian.
1.1.4 Mengamalkan etika dalam dalam perlakuan seharian.
Memahami konsep
etika, nilai dan moral 1.2 Menerangkan konsep nilai
1.2.1 Menyatakan maksud konsep nilai.
1.2.2 Menjelaskan dengan contoh konsep nilai.
1.2.3 Berbangga mengamalkan nilai-nilai murni dalam perlakuan seharian.
1.2.4 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam dalam perlakuan seharian.

1.3 Menerangkan konsep


moral 1.3.1 Menyatakan maksud konsep moral.
1.3.2 Menjelaskan dengan contoh konsep moral.
1.3.3 Berbangga mengamalkan tingkah laku bermoral yang baik dalam
kehidupan seharian.
1.3.4 Mengamalkan tingkah laku bermoral dalam kehidupan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

15
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

Memahami konsep 2.1 Menerangkan konsep 2.1.1 Menyatakan maksud konsep akhlak .
akhlak, moraliti, akhlak 2.1.2 Menjelaskan melalui contoh konsep akhlak.
peraturan moral dan 2.1.3 Bersyukur mengamalkan konsep moral dalam perlakuan seharian.
undang-undang 2.1.4 Mengamalkan akhlak dalam kehidupan seharian.

2.2 Menerangkan konsep 2.2.1 Menyatakan maksud konsep moraliti .


moraliti 2.2.2 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri moraliti.
2.2.3 Bersyukur mengamalkan ciri-ciri moraliti dalam perlakuan seharian.
2.2.4 Mengamalkan moraliti dalam perlakuan seharian.

2.3 Menerangkan konsep 2.3.1 Menyatakan maksud konsep peraturan moral dan undang-undang.
peraturan moral dan 2.3.2 Membezakan konsep peraturan moral dan undang-undang.
undang-undang 2.3.3 Menghargai peraturan moral dan undang-undang.
2.3.4 Mematuhi peraturan moral dan undang-undang dalam perlakuan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

16
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

2. INSAN 3.1 Menerangkan dimensi moral 3.1.1 Menyatakan maksud dimensi moral.
BERMORAL 3.1.2 Menyenaraikan dimensi moral.
3.1.3 Menjelaskan kepentingan mengamalkan dimensi moral dalam perlakuan
Memahami dimensi seharian.
moral 3.1.4 Berbangga mengamalkan dimensi moral dengan rasional dalam
perlakuan seharian.
3.1.5 Mengamalkan dimensi moral dalam perlakuan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN
17
Memahami 4.1 Menerangkan konsep 4.1.1 Menyatakan maksud peraturan masyarakat dan keperibadian mulia.
kandungan moral kandungan moral 4.1.2 Membezakan peraturan masyarakat dan keperibadian mulia.
4.1.3 Menerangkan kepentingan mengamalkan kandungan moral dalam
Kehidupan seharian.
4.1.4 Berbangga menjadi contoh dalam masyarakat yang mengamalkan
konsep peraturan moral dalam kehidupan seharian.
4.1.5 Membudayakan peraturan masyarakat dan keperibadian mulia dalam
perlakuan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN
18
Memahami bentuk 5.1 Menerangkan bentuk moral 5.1.1 Menyatakan maksud prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan.
moral: 5.1.2 Menghuraikan dengan contoh prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan
 Prinsip dalam perlakuan seharian.
Altrustik 5.1.3 Menghubungkait prinsip altruisme, autonomi, dan keadilan dalam
 Prinsip perlakuan seharian.
Autonomi 5.1.4 Berbangga mengamalkan prinsip altruisme dan keadilan.
 Prinsip 5.1.5 Berwaspada mengamalkan prinsip autonomi dalam situasi yang sesuai.
keadilan

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 1

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

19
3.MORAL 6.1 Menerangkan nilai moral 6.1.1 Menyatakan nilai moral daripada perspektif mengikut agama dan
DARIPADA daripada perspektif mengikut kepercayaan masing-masing.
PERSPEKTIF agama dan kepercayaan 6.1.2 Menghuraikan nilai moral daripada perspektif pelbagai agama dan
PELBAGAI AGAMA masing-masing kepercayaan masing-masing dalam perlakuan seharian.
DAN 6.1.3 Bertoleransi dengan pelbagai agama dan kepercayaan dalam kehidupan
KEPERCAYAAN seharian.
6.1.4 Mengamalkan nilai moral mengikut kepercayaan agama masing-masing
Memahami nilai dalam perlakuan seharian.
moral daripada
perspektif agama
dan kepercayaan
masing-masing.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERHAD

MODUL : PENDIDIKAN MORAL

KOD : A072001
20
KREDIT UNIT : 1.0

JAM PERTEMUAN : 1.0 JAM/ MINGGU

STATUS MODUL : AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

Kurikulum Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid :

1. Menyatakan peranan dan tanggungjawab diri


2. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab diri terhadap keluarga
3. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab diri terhadap masyarakat

21
4. Membincangkan peranan dan tanggungjawab diri terhadap negara

HURAIAN MODUL

Modul Perkembangan Diri secara keseluruhan menerangkan peranan dan tanggungjawab terhadap diri , keluarga, masyarakat dan
negara. Seterusnya, modul Perkembangan Diri membincangkan cabaran dalam mengamalkan nilai moral untuk membentuk individu
yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara .

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 2

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

22
PERKEMBANGAN 1.1 Menerangkan peranan dan 1.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab diri .
DIRI tanggungjawab diri 1.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab diri dalam perlakuan seharian.
Memahami peranan 1.1.3 Menyenaraikan kepentingan peranan dan tanggungjawab diri dalam
perlakuan seharian.
dan tanggungjawab
1.1.4 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab diri dalam perlakuan
diri sendiri seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 2

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

Memahami peranan 2.1 Menerangkan peranan dan 2.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga .
dan tanggungjawab tanggungjawab terhadap 2.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam

23
terhadap keluarga keluarga perlakuan seharian.
2.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga dalam
kehidupan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 2

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

Memahami peranan 3.1 Menerangkan peranan 3.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat .
dan tanggungjawab dan tanggungjawab 3.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat dalam
terhadap masyarakat perlakuan seharian.
terhadap masyarakat
3.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap masyarakat
dalam perlakuan seharian.

24
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 2

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

Memahami peranan 4.1 Menerangkan peranan dan 4.1.1 Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap negara.
dan tanggungjawab tanggungjawab terhadap 4.1.2 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dalam
negara perlakuan seharian.
terhadap negara.
4.1.3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dalam
perlakuan seharian.

25
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERHAD

MODUL : PENDIDIKAN MORAL

KOD : A073001

KREDIT UNIT : 1.0

JAM PERTEMUAN : 1.0 JAM/ MINGGU

STATUS MODUL : AKADEMIK

26
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

Kurikulum Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid :

1. Memahami dilema moral dan konflik dalam menangani isu moral.


2. Mengenalpasti pelbagai isu moral.
3. Membincangkan punca, cara penyelesaian dan kesan penyelesaian isu moral.
4. Membina insan yang berupaya menyelesaikan isu moral.

Huraian modul

Modul Pendekatan Moral dan Isu Moral secara keseluruhan menerangkan dilema moral dan konflik dalam menangani isu moral. Pelbagai isu
moral diketengahkan bagi mengenal pasti punca, kesan dan cara penyelesaian isu-isu moral. Namun begitu, isu-isu moral yang lain boleh
dibincangkan supaya pengetahuan yang diperolehi pelajar akan dapat membina diri menjadi insan yang berupaya menyelesaikan isu-isu moral
daripada pelbagai perspektif dalam menghadapi cabaran mendatang dengan lebih yakin.

27
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. PENYELESAIAN 1.1 Menerangkan dilema 1.1.1 Menerangkan dilema moral .


ISU DAN KONFLIK moral 1.1.2 Menjelaskan dengan contoh cara penyelesaian dilema moral dengan
.
rasional.
Memahami dilema moral 1.1.3 Menilai cara menyelesaikan dilema moral dalam perlakuan seharian.
dan konflik 1.1.4 Berupaya menyelesaikan dilema moral dengan rasional.
1.2 Menerangkan konflik dalam
isu moral 1.2.1 Menyatakan maksud konflik dalam isu moral .
1.2.2 Mengenal pasti punca-punca konflik dalam isu moral .
1.2.3 Mencadangkan strategi penyelesaian konflik dalam isu moral.
1.2.4 Menyatakan perasaan apabila dapat menangani konflik dalam isu
moral.
1.2.5 Berupaya menyelesaikan konflik dalam isu moral dengan
rasional.

28
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 3

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2. REMAJA DAN ISU 2.1 Menerangkan isu moral 2.1.1 Menyenaraikan isu-isu moral daripada aspek kemajuan sains .
MORAL dari aspek kemajuan sains 2.1.2 Mengenal pasti punca isu moral daripada aspek kemajuan sains.
2.1.3 Menilai kesan berlakunya isu moral daripada aspek kemajuan sains.
Memahami isu moral dari 2.1.4 Merangkakan cara-cara menangani isu moral daripada aspek
aspek : kemajuan sains .
2.1.5 Berbangga apabila berupaya menyelesaikan isu moral daripada
Kemajuan Sains aspek kemajuan sains.
 Lestari alam sekitar 2.1.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek kemajuan sains.
 Euthanasia
 Pengklonan
manusia
 Derma organ

29
Perubahan Sosial 2.2 Menerangkan isu moral
 Pembuangan bayi dari aspek perubahan sosial 2.2.1 Menyenaraikan isu-isu moral daripada aspek perubahan social.
 Penyalahgunaan 2.2.2 Mengenal pasti punca isu moral dalam aspek perubahan sosia.
dadah 2.2.3 Menilai kesan berlakunya isu moral daripada aspek perubahan
 Rasuah sosial.
 Lumba haram 2.2.4 Merangkakan cara-cara menangani isu moral daripada aspek
perubahan sosial.
2.2.5 Berbangga apabila berupaya menangani isu moral daripada aspek
perubahan sosial.
2.2.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek perubahan sosial
dalam perlakuan seharian.
2.3 Menerangkan isu moral
Teknologi Maklumat dari aspek perkembangan
 Memanipulasi teknologi maklumat 2.3.1 Menyenaraikan isu-isu moral dari aspek perkembangan teknologi
program/data maklumat.
 Mengubah data 2.3.2 Mengenal pasti punca isu moral aspek perkembangan teknologi
yang tersimpan maklumat .
dalam komputer 2.3.3 Menghuraikan kesan isu moral dalam perkembangan teknologi
 Penyeluk poket maklumat.
elektronik(Hacker) 2.3.4 Membincangkan cara-cara menangani isu moral dalam perkembangan
 Penyalahgunaan
teknologi maklumat.
laman sosial.
2.3.5 Berbangga apabila berjaya menangani isu moral daripada aspek
perkembangan teknologi maklumat.
2.3.6 Mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek perkembangan
teknologi maklumat dalam kehidupan seharian.

30
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 3

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

3. GLOBALISASI 3.1 Menerangkan isu-isu moral 3.1.1 Menyenaraikan isu-isu moral global.
DAN ISU MORAL global 3.1.2 Mengenal pasti punca isu moral global.
3.1.3 Menilai kesan isu moral global dalam masyarakat .
Memahami isu-isu moral 3.1.4 Membincangkan cara-cara menangani isu moral global.
global : 3.1.5 Tabah berhadapan dengan isu-isu moral global.
3.1.6 Melibatkan diri dalam membantu menangani isu moral global.
 Pemerdagangan
manusia
 Pengubahan wang
haram
 Pendatang tanpa
izin
 Sindikit penipuan
menggunakan
telefon bimbit dan
media elektronik

31
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERHAD

MODUL : PENDIDIKAN MORAL

KOD : A074001

KREDIT UNIT : 1.0

JAM PERTEMUAN : 1.0 JAM/ MINGGU

STATUS MODUL : AKADEMIK

32
HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

Kurikulum Pendidikan Moral Kolej Vokasional membolehkan murid :

1. Menjelaskan kemahiran komunikasi dan ketrampilan diri.


2. Menerangkan etika dalam pelbagai kerjaya.
3. Mengaplikasikan budaya kerja cemerlang.
4. Membentuk kemenjadian individu yang berintegriti.

HURAIAN MODUL

Modul Etika dan Moral dalam kerjaya secara keseluruhan menjelaskan kemahiran komunikasi dan ketrampilan diri. Kandungan modul
menerangkan etika pelbagai kerjaya. Seterusnya, pengetahuan daripada modul membolehkan pelajar mengaplikasikan budaya kerja cemerlang
dan menjadi individu yang berintegriti serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

33
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Modul : Pendidikan Moral
Semester : 4

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

1. ETIKA DAN 1.1 Menerangkan ciri-ciri 1.1.1 Menyatakan maksud komunikasi berkesan.
MORAL komunikasi berkesan 1.1.2 Membincangkan kemahiran komunikasi berkesan.
DALAM 1.1.3 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri komunikasi berkesan.
KERJAYA 1.1.4 Berbangga dapat melakukan komunikasi berkesan.
1.1.5 Mengamalkan cara berkomunikasi dengan berkesan dalam perlakuan
seharian.
Memahami
komunikasi berkesan 1.2 Menerangkan ciri-ciri 1.2.1 Menyatakan maksud ketrampilan diri.
dan ketrampilan diri keterampilan diri 1.2.2 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri keterampilan diri.
1.2.3 Berbangga dengan keterampilan diri yang terpuji.
1.2.4 Menampilkan keterampilan diri yang terpuji dalam perlakuan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

34
Modul : Pendidikan Moral
Semester : 4

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

Memahami etika 2.1 Menerangkan etika 2.1.1 Menyenaraikan pelbagai etika kerjaya.
pelbagai kerjaya : dalam pelbagai kerjaya 2.1.2 Membincangkan pelbagai etika kerjaya.
 Etika dalam 2.1.3 Membezakan etika dalam kerjaya perkhidmatan awam dan swasta.
2.1.4 Menghargai etika dalam pelbagai kerjaya.
Perkhidmatan
2.1.5 Mematuhi etika kerja dalam pelbagai kerjaya.
Awam
 Etika dalam
perniagaan
 Etika dalam
teknologi
maklumat dan
komunikasi
 Etika dalam
teknologi
kejuruteraan

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 4

35
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

Memahami budaya 3.1 Menerangkan ciri-ciri pekerja 3.1.1 Menyenaraikan ciri-ciri pekerja cemerlang.
kerja cemerlang cemerlang 3.1.2 Menghuraikan ciri-ciri pekerja cemerlang.
3.1.3 Berbangga apabila dapat mengamalkan ciri-ciri pekerja cemerlang.
3.1.4 Mengamalkan budaya kerja cemerlang dalam kerjaya.

3.2 Menerangkan tanggungjawab 3.2.1 Menyatakan tanggungjawab sebagai pekerja .


sebagai pekerja 3.2.2 Menjelaskan tanggungjawab sebagai pekerja.
3.2.3 Berbangga menjadi pekerja yang bertanggungjawab.
3.2.4 Melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja.

3.3 Menerangkan hubungan 3.3.1 Memberikan contoh cara-cara hubungan baik antara rakan sekerja.
dengan rakan sekerja 3.3.2 Membincangkan cara-cara mengeratkan hubungan baik antara rakan
sekerja.
3.3.3 Menghargai hubungan baik antara rakan sekerja.
3.3.4 Mengamalkan hubungan yang baik antara rakan sekerja.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 4

36
STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN
KANDUNGAN

2. INTEGRITI 4.1 Menerangkan konsep 4.1.1 Mentakrifkan konsep integriti


integriti 4.1.2 Menjelaskan dengan contoh ciri-ciri integriti.
Memahami konsep 4.1.3 Menghargai ciri-ciri integriti.
dan tekad integriti 4.1.4 Mengamalkan integriti dalam perlakuan seharian.
4.2 Menerangkan tekad integriti
4.2.1 Menyenaraikan tekad integriti.
4.2.2 Menghuraikan tekad integriti.
4.2.3 Menghargai tekad integriti.
4.2.4 Mengamalkan tekad integriti dalam perlakuan seharian.

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul : Pendidikan Moral


Semester : 4

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN


KANDUNGAN

Memahami integriti 5.1 Menerangkan integriti dalam 5.1.1 Menyatakan ciri-ciri keluarga yang berintegriti .

37
dalam keluarga, keluarga 5.1.2 Menjelaskan melalui contoh keluarga yang berintegriti.
komuniti dan 5.1.3 Mengamalkan ciri-ciri keluarga berintegriti dalam perlakuan seharian.
masyarakat
5.2 Menerangkan integriti dalam 5.2.1 Menyatakan ciri-ciri komuniti yang berintegriti .
komuniti 5.2.2 Menjelaskan melalui contoh komuniti yang berintegriti.
5.2.3 Mengamalkan ciri-ciri komuniti berintegriti dalam kehidupan seharian.

5.3.1 Menyatakan ciri-ciri masyarakat yang berintegriti .


5.3 Menerangkan integriti dalam
5.3.2 Menjelaskan melalui contoh masyarakat yang berintegriti.
masyarakat 5.3.3 Mengamalkan ciri-ciri masyarakat berintegriti dalam kehidupan seharian.

38

Вам также может понравиться