Вы находитесь на странице: 1из 38

STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN

( BLENDED LEARNING )

NOR AZMI BIN CHE RAZAB


160867
PPG BM ( SR ) 2011 - 2014
STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN
( BLENDED LEARNING )

PENULIS

NAMA : NOR AZMI BIN CHE RAZAB

NO. MATRIK : 160867

T/LAHIR : 13 MAC 1977

PENGKHUSUSAN : BM / PJ

AMBILAN : MAC 2011 / 2014

PEREKA GRAFIK

NOR AZMI BIN CHE RAZAB

ILUSTRATOR

NOR AZMI BIN CHE RAZAB

Cetakan Pertama Penerbit :

Hak Cipta Terpelihara Nor Azmi bin Che Razab


160867
PPG BM ( SR ) 2011 - 2014
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab , berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


PRA KATA

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini bagi memenuhi syarat
kursus EED3218 (Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Sekolah Rendah). Dalam
menyiapkan tugasan yang ini, saya banyak bergantung kepada buku-buku,
bahan-bahan dan rujukan modul-modul daripada individu dan pensyarah. Saya
berasa amat bertuah kerana dalam menghasilkan tugasan ini, saya berpeluang
membuat kajian dan mendalami setiap aspek yang merangkumi konsep, modul,
kajian dan rujukan perkara-perkara baru mahupun perkara yang telah saya
ketahui.
Secara tidak landsung, saya dapat menerokai pengalaman baru dan
memperluaskan minda dan pengetahuan saya tentang pelbagai strategi
pembelajaran yang begitu penting kepada saya dalam mempelbagaikan kaedah
dan cara pengajaran didalam kelas. Oleh itu, ini akan membantu saya dalam
meningkatkan mutu pengajaran yang lebih afektif dan berkesan dalam
menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid di dalam bilik darjah.
Sehubungan itu, saya ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pensyarah yang terlibat yang banyak membimbing,
mendedahkan idea dan konsep mengenai tajuk yang saya kaji ini. Demikian juga
kepada tutor serta rakan rakan-rakan kuliah yang bersama-sama berusaha ke
arah dan matlamat yang sama dalam mencapai kehendak falsafah pendidikan
negara.

Sekian, terima kasih. Wassalam.


KANDUNGAN
Pendahuluan 1
Bab I ( Tugasan Satu )
Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) Dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu.
1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) 3
2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam 6
Pembelajaran Bahasa Melayu.
3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning 9
4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning )
4.1 Manfaat Blended Learning 9
5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) 12
6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan 13

Bab II ( Tugasan Kedua )


1.0 Persediaan Rancangan Pelajaran Harian
1.1 Tujuan Persediaan Rancangan Pelajaran Harian 17
1.2 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian 18
2.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 19

Bab III ( Tugasan Ketiga )


1.0 Refleksi Pengajaran 25
1.1 Kekuatan 26
1.2 Kelemahan 26
1.3 Cara Mengatasi 26
2.0 Rujukan 27

Bab IV ( Lampiran )
1.0 Slaid Powerpoint 29
2.0 CD Pengajaran
PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan


pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru
bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik
dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini
bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat
meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan
keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang


berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh
menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu
yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih
itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus
mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati
pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Hal yang demikian, guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu
sesi pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan
mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-
konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi
intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Di samping itu, guru hendaklah memikir dan merancang satu rancangan


persediaan mengajar yang baik.Rancangan itu perlu diselaraskan dengan isi
kemahiran, aktiviti dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu
adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap
perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat
dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan
pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada


para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan
teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau
modul. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu
pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar
terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu
dan bosan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan


teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Walaubagaimanapun,
pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati
supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan
konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Secara tidak langsung, pelajar
akan merasa seronok untuk menjalankan ujikaji atau aktiviti yang dilakukan
dalam situasi sebenar dan bermakna. Dari segi penggunaan teknik pula, guru
boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik
menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan
teknik perbincangan. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir dengan
kreatif dan inovatif.
Bab I ( Tugasan Satu)

STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN (BLENDED LEARNING) DALAM

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning)

Perkembangan teknologi yang begitu pesat mengharuskan adanya inovasi


dalam pembelajaran. Inovasi tersebut salah satunya adalah Blended Learning.
Konsep Blended Learning ini ialah pencampuran model pembelajaran
konvensional dengan belajar secara online. Teori belajar yang digunakan pun
terdiri atas berbagai teori belajar dari beberapa ahli dengan menyesuaikan
situasi dan kondisi belajar murid. Mereka diharapkan selalu aktif dan dapat
menemukan cara belajar yang sesuai. Guru hanya berfungsi sebagai
penyampai, pemudah cara dan teman yang menghasilkan situasi yang kondusif
untuk menjana pengetahuan pada diri murid. Blended Learning ini akan
memperkuat model belajar konvensional melalui pengembangan teknologi
pendidikan.

Istilah Blended Learning pada awalnya digunakan untuk menggambarkan


gabungan pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran online. Dalam
metodologi penelitian, digunakan istilah “mixing” untuk menunjukkan kombinasi
antara penelitian kuantitatif dan kualitatif. Ada pula yang menyebut di dalam
pembelajaran adalah pendekatan eklektif, iaitu kombinasi pelbagai pendekatan
dalam pembelajaran.

Namun, pengertian pembelajaran Blended Learning adalah pembelajaran


kombinasi strategi pembelajaran menggunakan kegiatan bersemuka,
pembelajaran komputer (offline) dan komputer secara online (internet dan mobile
learning). Blended Learning terdiri dari kata blended (kombinasi/ campuran) dan
learning (belajar). Istilah lain yang sering digunakan adalah hybrid course (hybrid
= campuran / kombinasi, course = mata kuliah). Makna yang paling umum
Blended Learning ialah belajar dengan kombinasi atau mencampur antara
pembelajaran bersemuka muka (face to face = f2f) dan pembelajaran komputer
(online dan offline).

Dewasa ini perkembangan teknologi komputer dan informasi telah


merubah dunia pendidikan. Dengan memasuki dunia on-line, guru dapat
memperoleh berbagai-bagai informasi yang diperlukan untuk memenuhi
keperluan bahan pembelajaran. Teks, foto, video, animasi, dan simulasi adalah
beberapa contoh media yang tersedia dalam pembelajaran. Dengan
memanfaatkan berbagai-bagai media tersebut, guru dapat mengketengahkan
konsep-konsep ICT dalam bagai-bagai persembahan (multiple representation)
yang memudahkan murid-murid memahami sebuah konsep. Teknologi on-line
juga memberikan kemudahan kepada guru dan murid untuk mendapatkan
tambahan informasi dalam rangka memenuhi tuntutan kompetensi dan juga
pengayaan.

Perkembangan teknologi komputer informasi berpotensi meningkatkan


kualiti pendidikan dan pembelajaran. Secara pedagogi, ada dorongan untuk
melibatkan murid secara lebih aktif (student centered) dalam proses
pembelajaran. Praktik berpusat pada guru (teacher centered) dirasakan tidak
relevan lagi dengan pesatnya perkembangan informasi sehingga perlu
dimodifikasi. Guru perlu memberikan kesempatan pada murid untuk melakukan
penerokaan dengan memanfaatkan teknologi on-line. Implementasi teknologi
informasi akhirnya diharapkan dapat menginspirasi murid menjadi pembelajar
sepanjang hayat (life long learning), yang mampu berkembang di tengah
perkembangan informasi yang pesat.
Tujuan utama Blended Learning adalah memberikan kesempatan bagi
berbagai karakteristik murid agar mereka mampu belajar secara kendiri,
berterusan, dan berkembang sepanjang hayat sehingga pembelajaran akan
menjadi lebih efektif, lebih efisien, dan lebih menarik. Dalam menerapkan
Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) ini, guru dan murid perlu
memastikan memiliki sarana dan prasarana yang mencukupi untuk digunakan
agar tidak mengganggu proses pembelajaran secara via online.

Strategi ini harus digunakan dengan baik, dengan mempertimbangkan isi


bahan ajar serta tujuan pembelajarannya. Proses pembelajaran diarahkan untuk
mewujudkan kompetensi-kompetensi yang telah ditetapkan dalam kurikulum.
Pembelajaran dengan menggunakan media internet atau dengan distance
learning perlu juga adanya interaksi antara guru dengan murid . Dalam proses
pembelajaran, bersemuka atau konvensional masih merupakan proses
pembelajaran utama yang dilakukan di sekolah.

Dengan adanya inovasi pembelajaran, seperti konsep Blended Learning,


murid dan guru tidak lagi merasakan keterbatasan dalam mendapatkan informasi
seperti yang mereka rasakan pada zaman dulu kerana hal tersebut dapat diatasi
dengan penggunaan teknologi. Pada dasarnya Blended Learning menekankan
penggunaan Internet. Seperti pendapat Rosenberg (2001) menekankan bahawa
Blended Learning merujuk pada penggunaan teknologi Internet untuk
mengirimkan serangkaian solusi yang dapat meningkatkan pengetahuan dan
keterampilan. Teknologi dan media lain pun dapat digunakan pada pembelajaran
ini. Oleh itu sistem pembelajaran gabungan (Blended Learning) menjadi lebih
dominan.
2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu.

Blended Learning (BL) berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu


gabungan strategi pembelajaran . Blended Learning merupakan strategi belajar
yang digunakan untuk menyempurnakan sistem belajar e-Learning ( proses
dua arah) khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) Bahasa
Melayu. Pendekatan dalam pembelajaran ini ialah memanfaatkan
pelbagai media dan teknologi terutamanya penggunaan internet.
Gabungan bermaksud cara penyampaian model pengajaran gaya pembelajaran
media teknologi.

Guru, ibu bapa dan murid memainkan peranan yang sama penting
dalam strategi ini. Dalam dunia pendidikan hari ini, keunggulan diri, cerdas dan
kreatif adalah menjadi fokus kepada murid . Kombinasi gaya pembelajaran
antara moden dan tradisional ( internet dan bersemuka ) digabungkan dalam
pembelajaran Blended Learning ini.

Kepentingan strategi pembelajaran gabungan ini adalah untuk mencapai


tujuan pengajaran terutamanya dalam menguasai pelbagai kemahiran dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.Teknologi informasi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu khasnya diperlukan oleh sekolah-sekolah seperti aplikasi
teknologi berasaskan komputer, web dan internet yang semakin popular dan
mempunyai banyak kelebihan.
Gambar 1: Pembelajaran menggunakan komputer

Menurut Harding ( 2005 ) , Blended Learning pendekatan pembelajaran


yang mengintergrasikan pembelajaran tradisional bersemuka dan pembelajaran
jarak jauh yang menggunakan sumber belajar “online” dan pelbagai jenis
komunikasi yang dapat digunakan oleh guru.

Blended Learning sesuai digunakan bagi mengatasi kekurangan


pendekatan tradisional. Blended Learning dapat meningkatkan potensi dan
bakat murid. Kementerian Pelajaran menggalakkan dan menggunakan pelbagai
strategi pembelajaran yang boleh di manfaatkan. Blended Learning adalah
strategi pembelajaran yang lebih efektif dan sistem pembelajaran yang lebih
luas . Blended Learning satu kombinasi pembelajaran gabungan yang baik dan
menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 yang dikeluarkan


pada September 2013 telah menyatakan dalam Aspirasi Terhadap Sistem
Pendidikan dan Murid di Malaysia bahawa terdapat 6 ciri utama yang diperlukan
oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, oleh itu Strategi Pembelajaran
Gabungan (Blended Learning) dilihat bersesuaian .
Aspirasi sistem pendidikan negara menekankan dalam 11 Anjakan Utama
untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara . Antara yang ditekankan
ialah :

● memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia.

● memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013 -2025

KEMAHIRAN
KEPIMPINAN

ETIKA DAN
KEROHANIAN
KEMAHIRAN
DWIBAHASA KEMAHIRAN BERFIKIR

PENGETAHUAN IDENTITI NASIONAL

Rajah 1 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 mengutarakan enam ciri murid-
murid berdaya saing di peringkat global .
3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning

 Sewaktu PdP guru bersemuka dengan murid dengan menggunakan bahan


bahan yang tersedia di internet.

 Model Pengajaran dan Pembelajaran Blended Learning memerlukan guru


mengakses internet, mengintergrasi teknologi komputer. Contohnya
memuat turun video dan simulasikan di dalam kelas sewaktu PdP.

 Murid mencari bahan-bahan di internet dan membentangnya di dalam


kelas.

 Guru memperluaskan BBM ( media dan bahan –bahan yang boleh di akses
di internet).

 Guru mengoptimakan penggunaan email ( email kumpulan ) sebagai


wahana perbincangan dengan murid bagi tujuan mengumpulkan pelbagai
bahan.

Guru boleh menggabungkan pembelajaran bersemuka dengan


meningkatkan penggunaan e-Learning sebagai strategi pembelajaran gabungan.
Penggabungan strategi pembelajaran ini akan dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga akan menarik minat
murid untuk belajar.

4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning )

4.1 Manfaat Blended Learning

 Proses belajar mengajar tidak hanya tatap muka tetapi menambah waktu
pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi dunia maya.

 Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara guru


dan murid.
 Meningkatkan Kemahiran ICT pelajar dan guru.

 Membantu mempercepatkan proses pengajaran.

 Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan.

 Pembelajaran secara kendiri (individu) lebih berkesan.

memanfaatkan
teknologi
maya
pembelajaran proses
kendiri komunikasi
lebih cepat
dan mudah
Manfaat Blended
Learning

proses Murid dan guru


pengajaran bersama-sama
lebih cepat belajar

murid belajar
dengan lebih
efektif

Rajah 2 : Manfaat Blended Learning

Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) juga membantu


murid untuk berkembang lebih baik di dalam proses belajar, sesuai dengan gaya
belajar dan preferensi dalam belajar. Tambahan, guru dan murid boleh
menyediakan peluang yang praktis dan realiti untuk pembelajaran secara
mandiri, bermanfaat, dan terus berkembang.
Selain itu, Strategi Pembelajaran Gabungan ini dapat meningkatkan
penjadualan bagi guru dan murid, dengan menggabungkan aspek terbaik
daripada belajar secara bersemuka. Kelas secara online memberikan murid
meneroka pelbagai bentuk multimedia yang kaya akan pengetahuan pada setiap
saat, dan di mana saja selama murid memiliki akses internet.

Ini menjadikan kelebihan pembelajaran secara Blended Learning saling


melengkapi, lebih efektif dan efisien. Dengan adanya Blended Learning maka
peserta belajar semakin mudah dalam mengakses maklumat pembelajaran.

Gambar 2: Pembelajaran secara bersemuka masih releven dan penting


5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning )

Bagi menggunakan Strategi Pembelajaran Gabungan, guru dan murid


memerlukan kemudahan prasarana yang lengkap dan menyeluruh. Namun
pembelajaran akan terganggu kerana prasana yang terhad dan tidak menyeluruh
kerana kawasan pendalaman tidak mempunyai komputer yang baik dan tidak
mampu menampung jumlah murid yang berada di sekolah.

Selain itu, ketidakseragaman liputan jaringan internet yang kurang akan


menyulitkan guru dan murid untuk memuat turunkan bahan yang dikehendaki.
Padahal dalam Blended Learning diperlukan akses internet yang meluas, apabila
jaringan kurang,akan menyulitkan guru dan murid dalam mengikuti pembelajaran
kendiri via online. Guru perlu memiliki akses terhadap jaringan internet yang
cukup besar dan cepat sehingga memudahkan kerja.

Penyediaan sarana dan prasarana yang memadai juga memerlukan


perbelanjaan yang tinggi. Guru perlu meningkatkan kemampuannya dalam
bidang TMK dengan cara membaca dan berlatih secara kendiri mahupun melalui
latihan formal. Sekolah perlu memberi perhatian akan hal ini sebagai salah satu
perkembangan professional guru.

Pada masa kini, pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan teknologi


tidak sepenuhnya . Oleh itu, penggunaan Blended Learning akan menghadapi
kesukaran dalam menarik perhatian masyarakat yang kurang berminat dan
prihatin dalam mengakses internet. Justeru itu ,terdapat sebilangan murid yang
tidak mempunyai penegtahuan ICT.
Prasana yang
terhad dan
tidak
menyeluruh

Murid kurang Liputan


pengetahuan Kekurangan Blended jaringan
ICT Learning internet yang
kurang dan
tidak
menyeluruh

Guru kurang Bilangan


kemahiran ICT komputer
yang kurang
dibandingkan
jumlah murid

Rajah 3 : Kekurangan Blended Learning

6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan

Menurut Harding, Kaczynski dan Wood, 2005, Blended Learning


merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran
tradisonal bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber
belajar online. Pelaksanaan pendekatan ini memungkinkan penggunaan sumber
belajar online, terutama yang menggunakan laman web, dengan tanpa
meninggalkan kegiatan bersemuka. Dengan pelaksanaan Blended Learning ini,
pembelajaran berlangsung lebih bermakna kerana pelbagai sumber belajar yang
mungkin diperoleh. Jadi Blended Learning dapatdiertikan sebagai proses
pembelajaran yang memanfaatkan berbagai macam pendekatan. Pendekatan
yang dilakukan dapat memanfaatkan berbagai macam media dan teknologi.

Menurut Jared M. Carmen, seorang Preseident Aglint Learning menyebutkan


lima kunci dalam mengembangkan Blended Learning. Adapun ke-5 kunci
tersebut iaitu:

a) Live Event

Pembelajaran langsung atau bersemuka (instructor-led instruction) secara


sinkronous dalam waktu dan tempat yang sama (classroom) ataupun waktu
sama tapi tempat berbeza (seperti virtual classroom). Bagi beberapa orang
tertentu, pola pembelajaran langsung seperti ini masih menjadi pola utama.

b) Self-Paced Learning

Mengkombinasikan pembelajaran konvensional dengan pembelajaran kendiri


(self-paced learning) yang memungkinkan murid belajar belajar bila-bila masa, di
mana saja dengan menggunakan berbagai bahan belajar yang dirancang khusus
untuk belajar secara individu baik yang bersifat text-based maupun multimedia-
based (video, animasi, simulasi, gambar, audio, atau kombinasi dari
kesemuanya). Bahan belajar tersebut, dapat dikirim secara “online” (via web
mahupun via mobile dalam bentuk: streaming audio, streaming video, e-book,
dll) dan juga “offline” (dalam bentuk CD, cetak, dll).

d) Collaboration

Mengkombinasikan kolaborasi, baik kolaborasi guru, mahupun kolaborasi antara


murid. Dengan demikian, perancang Blended Learning harus mencipta bentuk-
bentuk kolaborasi, melalui tool-tool komunikasi yang memungkinkan seperti
chatroom, forum diskusi, email, website / weblog dan mobile phone. Tentu saja
pembelajaran secara kolaborasi ditekankan untuk pengetahuan dan
keterampilan melalui proses sosial atau interaksi sosial dengan orang lain.

e) Assessment

Dalam proses pembelajaran , cara untuk mengukur keberhasilan belajar (teknik


assessment) adalah perlu dan penting. Dalam Blended Learning, Guru harus
mampu mencipta kombinasi jenis assessment baik yang bersifat teks atau
bersifat authentic assessment / portfolio) dalam bentuk projek, produk. Sehingga
memberikan kemudahan dan fleksibiliti peserta belajar mengikuti atau
melakukan assessment tersebut.

f) Performance Support Materials

Jika kita ingin mengkombinasikan antara pembelajaran bersemuka dalam


kelas ataupun online, guru perlu memastikan pastikan sumber atau bahan
pembejaran tersebut sama ada siap atau tidak, ada atau tidak. Bahan
pembelajaran disiapkan dalam bentuk digital, apakah bahan belajar tersebut
dapat diakses oleh peserta belajar baik secara offline (dalam bentuk CD, MP3,
DVD, dll) maupun secara online (via website rasmi tertentu). Atau,jika
pembelajaran online dibantu dengan suatu Learning / Content Management
System (LCMS), pastikan juga bahawa aplikasi sistem ini telah diprogramkan
dengan baik, mudah diakses, dan lain sebagainya.

Kesimpulannya, Blended Learning adalah pembelajaran yang


mengkombinasikan antara bersemuka (pembelajaran secara konvensional, di
mana antara guru dan murid saling berinteraksi secara langsung, masing-masing
dapat bertukar informasi mengenai bahan-bahan pengajaran), belajar secara
kendiri (belajar dengan berbagai modul yang telah disediakan) serta belajar
sendiri secara online. Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa strategi
pembelajaran Blended Learning perlu dipalikasikan oleh semua guru Bahasa
Melayu untuk meningkatkan lagi penyampaian ilmu dan pembelajaran Bahasa
Melayu khasnya secara lebih efektif. Keperluan ini selaras dengan tuntutan
cabaran pembelajaran abad ke 21.

Gambar 3 : Kepentingan Komputer Dalam Pembelajaran Gabungan


BAB II (Tugasan Kedua)

1.0 PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

1.1 TUJUAN PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dibuat adalah merupakan kerangka


kerja yang dibina oleh seseorang guru sebagai perancangan pengajaran mereka
pada satu-satu hari. Seselum seseorang guru merancang RPH ini, mereka
perlulah membuat penkajian dan pentafsiran sukatan pelajaran secara
mendalam terlebih dahulu. Guru hendaklah memilih kemahiran-kemahiran yang
terdapat dalam sukatan atau starand pelajaran dan juga isi pelajaran yang
sesuai untuk pelajar. RPH yang dibina mestilah menetukan strategi, bahan bantu
belajar dan penilian di akhir pelajaran.

RPH yang dibina mengamdungi tiga fasa perlaksanaannya. Peringkat


pertama adalah perancangan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran,
peringkat pelaksanaan dan peringkat penilian. Peringkat perancangan dibut
sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana seorang
guru perlu mengenal pasti isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap
kognitif pelajar. Guru perlu memahami objektif yang ingin dicapai pada hari
tersebut.

Pada peringkat perlaksanaan ini, guru perlu melaksanakan segela


perancangan yang dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa
pelaksanaan RPH ini, perkara utama yang perlu adalah memastikan bahawa
setiap perancangan dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Berpandukan
RPH ini guru akan mengajar mengikut panduan yang telah direncanakan dan
mengharapkan murid dapat menerima pelajaran pada hari tersebut.
Peringkat yang terakhir adalah penilian. Seorang guru perlu menilai
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut sama ada berjaya atau gagal.
Sekiranya gagal guru terpaksa mengubahsuai RPH. Dengan adanya RPH ini
meningkatkan keyakinan guru dalam proses melancarkan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran pada hari tersebut.

1.2 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1) Meningkatkan keyakinan dalam diri guru sebelum masuk mengajar ke kelas.

2) Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran : objektif, pengetahuan


sedia ada, alat dan bahan bantu mengajar, isi pelajaran, strategi dan kaedah
penyampaian yang berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup,
pengukuhan dan sebagainya.

3) Merancang satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,


kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

4) Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk


menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

5) Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang


tersusun dan bersistematik.

6) Menyediakan dan mengembangkan aktiviti pengajaran yang lebih menarik


dan tersusun dengan mengaitkan isi pelajaran dengan isu semasa deangan
jelas.

7) Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis


sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan, seterusnya mengatasi sebarang
kelemahan
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 25 September 2013

Kelas : 3 Perwira

Masa : 10.10 pagi -11.10 pagi

Subjek : Bahasa Melayu

Tema : Kesihatan dan Kebersihan

Tajuk : Badan Sihat Fikiran Cerdas

Standart Pembelajaran : 2.5.2 - Membaca , memahami dan menaakul maklumat dalam


bahan grafik dan bahan bukangrafik dengan betul.
3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis
dengan betul dan kemas.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca ,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik.
2. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul berdasarkan
perkataan yang dipetik dalam bahan grafik.
EMK : Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi
Ilmu – Sivik dan Kewarganegaraan
TMK – Belajar melalui TMK
Sistem bahasa : Kata Dasar, Pengimbuhan
BBB : Komputer, Bahan Grafik, Lembaran Kerja
Penilaian P dan P : Murid mendengar, memahami dan memberi respons terhadap
sesuatu arahan serta menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
LANGKAH PENGAJARAN
LANGKAH / ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN CATATAN
MASA PENGAJARAN
SET INDUKSI Pengetahuan Sedia Ada - Murid menjawab soalan yang diaju oleh Nilai Murni:
( 5 Minit ) guru tentang kebersihan dan kesihatan - Menjaga
Bersoal Jawab Kebersihan
- Murid menyatakan pengetahuan mereka
tentang cara menjaga kebersihan di rumah. KBT :
KB - Menjana
- Murid menerangkan kepentingan menjaga Idea
kebersihan dan keselamatan.
- Intrapersonal
Contoh soalan :
1) Apakah maksud otak sihat badan cergas ?
2) Mengapakah kita perlu menjaga
kebersihan ?
3) Bagaimanakah kita menjaga kebersihan di
rumah ?

LANGKAH Menaakul maklumat - Murid menonton video yang berkaitan Nilai Murni:
SATU yang terdapat dalam dengan - Hormat-
( 15 minit ) cerita tajuk di layar putih. menghormati

Menonton Video - Murid menonton video dengan gembira KBT :


sambil KB-mengumpul
mencatat maklumat yang terdapat dalam dan mengelaskan
cerita.
BCB-mendengar
- Murid menyatakan isi-isi penting yang dengan berkesan
terdapat dalam cerita.
EMK:
- Murid menerangkan beberapa nilai murni -kreatif
yang terdapat dalam cerita.
TMK –belajar
melalui TMK

LANGKAH Membaca petikan secara - Guru meminta guru melihat petikan teks Sistem Bahasa:
KEDUA mekanis yang dipaparkan di layar video. - Kata dasar
( 15 minit )
Mengimplak beberapa - Murid dikehendaki membaca petikan Nilai Murni:
perkataan berimbuhan secara senyap. - Kerjasama
yang terdapat dalam
petikan - Guru meminta seorang murid untuk
memimpin bacaan di hadapan kelas.
- Murid membaca petikan secara kuat KBT :
dengan dipimpin oleh rakan mereka. KB-mengumpul
Menyatakan kata dasar - Guru membetulkan kesalahan sebutan dan mengelaskan
berdasarkan perkataan secara terus sekiranya terdapat sebarang
berimbuhan yang kesalahan sebutan.
diperolehi dalam petikan BCB- bacaan
- Murid memetik perkataan berimbuhan intensif
yang terdapat dalam petikan yang dibaca
dan menyebutnya secara kuat. EMK:
- kreativiti dan
- Murid menyatakan kata dasar bagi Inovasi
perkataan berimbuhan yang diperolehi
dalam petikan. -TMK - belajar
melalui TMK
Contoh :

Kata berimbuhan - membersih


Kata dasar - bersih

LANGKAH Aplikasi Idea - Guru menulis perkataan berimbuhan di Sistem Bahasa:


KETIGA papan tulis. -Ayat Majmuk
( 20 minit ) Membina Ayat Majmuk
berdasarkan perkataan - Murid menyebut perkataan tersebut Nilai :
yang diperolehi dalam dengan kuat. - Rajin berusaha
petikan
- Guru meminta beberapa orang murid KBT :
untuk membina ayat secara spontan KB-menjana idea
berdasarkan perkataan yang ditulis.
EMK:
- Guru membetulkan kesalahan ayat yang -kreativiti dan
dibina oleh murid secara terus. inovasi

- murid mendapat idea untuk membina ayat -TMK –belajar


majmuk berdasarkan ayat spontan yang melalui TMK
dibina oleh rakan mereka.

- Murid membina ayat majmuk di dalam


helaian latihan yang dibekal oleh guru.

PENUTUP Rumusan Isi Pelajaran - Guru dan murid berbincang tentang Nilai Murni :
( 5 minit ) pelajaran yang dipelajari pada hari ini. -Menjaga
Menonton Tayangan Kebersihan
Video - Guru akan menerapkan nilai-nilai murni - Menghormati
dari pelajaran yang dipelajari. rakan
- kasih-sayang
- Murid menonton tayangan video
BAB III (Tugasan Ketiga)

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN

1.1 Kekuatan

Pada keseluruhannya, pencapaian objektif pada hari ini sekurang-


kurangnya 90% murid telah menguasai pelajaran yang diajar berdasarkan
kepada pembelajaran gabungan ( Blended Learning ). Kekuatan yang dapat
saya kenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
kelantangan suara ketika saya memberi arahan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kelantangan suara ini telah memudahkan murid untuk
memahami arahan dengan jelas dan dapat melakukan setiap aktiviti yang telah
dirancang.

Set induksi yang telah saya buat adalah aktiviti menonton tayangan video
telah menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Penglibatan
semua murid dalam aktiviti berkumpulan juga aktif. Kelas pada hari ini juga
dapat dikawal dan tidak wujud gangguan-gangguan dari dalam atau luar bilik
darjah. Oleh yang demikian, saya telah menwujudkan kumpulan untuk
memudahkan murid menjalankan aktiviti. Set induksi yang telah saya buat telah
menarik minat murid dan murid telah dapat mengetahui tajuk yang akan
dipelajari.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberi tumpuan


dan dapat menjawab soalan yang telah diberikan. Dengan ini, saya amat
berpuas hati dengan pengurusan yang telah dibuat bagi melancarkan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang disediakan adalah berpandukan
kepada petikan yang telah disediakan.
Bilangan murid yang telah dijalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
seramai 30 orang manakala tiga orang murid tidak hadir. Kesemua murid yang
hadir iaitu seramai 30 orang dapat menguasai pembelajaran pada hari ini.
Keadaan kelas pada hari ini berada dalam keadaan yang baik telah melancarkan
pembelajaran yang berlangsung.

1.2 Kelemahan

Terdapat juga kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran


pada hari ini. Kelemahan yang dapat dilihat adalah dalam pengurusan
masa. Pengurusan masa yang tidak cekap menyebabkan terdapat kepincangan
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Masa satu jam yang
telah diperuntukkan tidak mencukupi untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran.

1.3 Cara Mengatasi

Penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini agar ianya


tidak akan berulang pada masa hadapan. Pengurusan yang penting adalah dari
segi masa. Pengurusan masa yang baik membolehkan pembelajaran gabungan
dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Pada masa hadapan aktiviti yang
dirancang perlulah bersesuaian dengan murid Tahun 3 bagi membolehkan
aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan dapat dilaksanakan.
2.0 RUJUKAN

Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan pengajaran. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Selamat dan Ismail Hj. Adnan. (1990). Pusat Sumber Pendidikan
dan Negeri, Sekolah dan Daerah. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.

Amstrong T. (1994). Multiple Intelligences in the classroom. ASCD, Alexandria,


Virginia, USA. Association for supervision and Curriculum Development.

Ee Ah Ming. (1991). Pedagogi: satu Pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya.


Penerbitan Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

Eng. A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur. PTS Professional


Publishing. Sdn. Bhd.

Hajah Noresah bt. Baharom(Ketua Editor). (2007). Kamus Dewan, Edisi


Keempat : Dewan Bahasa dan Pustaka : Percetakan Dawana Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din,Nazariyah Sani,Mastura Mohd Berawi,Siti Hajar Idrus.(2011).


Literasi Bahasa Melayu.Puchong:Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan
Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Muhammad Khairi Mohamed Nor, Norsyazwani Zulkifli .(2012).Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer .Puchong,Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Pusat perkembangan Kurikulum. (1997). Konsep dan Pelaksanaan


Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Percetakan Naz.
Sdn. Bhd.

Chaeruman,Uwes A. 5 Kunci Meramu Blended Learning secara Efektif.

Penilaian Tahap Kecakapan PTK, Bahagian II Kompetensi Khusus .Fungsi).


(2004). Pataling Jaya : Penerbit Femina

Ragbir Kaur Joginder.(2010). Panduan Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah


Rendah).Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rujukan Internet

http://www.teknologipendidikan.net/?p=499

http://www.muhammadnoer.com/2010/07/blended-learning-mengubah-

http://matematikablendedlearning.blogspot.com/2010/11/strategi-

http://en.wikipedia.org/wiki/Blended_learning
Bab IV ( Lampiran )

1.0 “Slaid Powerpoint”

Вам также может понравиться