Вы находитесь на странице: 1из 2

PRKA3012 SLT Minggu 9

Sumber:
http://raofrazalli.blogspot.my/2012/06/pengajaran-makro.html

Prosedur Pengajaran Makro


Perancangan
 Kejayaan bergantung kepada perancangan yang rapi.
 Komponen persediaan;- tarikh, masa, mata pelajaran, kelas, bilangan pelajar dan tajuk
 Kemahiran:-nombor kemahiran isinya
 Pengetahuan sedia ada
 Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/efektif)
 Sumber P&P
 Penerapan Nilai murni
 Penggabungjalinan kemahiran

a.. Prosedur sebelum Pengajaran Makro dijalankan :

Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran guru hendaklah menggunakan pendekatan yang lebih
kreatif untuk menarik minat murid melalui proses kefahaman, kreativiti dan inovasi, mengaplikasikan
pendekatan, kemahiran memilih dan sebagainya. Pemilihan pendekatan yang sesuai akan dapat
mewujudkan satu kondusif pembelajaran dalam mencungkil keupayaan murid membuat sumbangsaran,
menyusun atur dan menyenarai topik yang dipelajari. Pendekatan yang sesuai juga akan dapat
mengembangkan lagi pengetahuan sedia ada murid.
Kaedah dan teknik : Mata pelajaran Al Quran mengandungi tajuk-tajuk yang terdapat pula sub-sub tajuk
seperti yang telah dibincangkan dalam nota grafik. Ini menjelaskan bahawa, guru perlu menggunakan
kaedah dan teknik yang sesuai untuk serta dapat diaplikasikan dalam perancangan dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Kaedah dan teknik tersebut membantu guru
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
b. Prosedur semasa Pengajaran Makro dijalankan:

Pengaplikasian kaedah yang dipilih dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara ringkasnya setiap kaedah yang dipilih hendaklah dipastikan keberkesanannya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Antara faktor-faktor yang menunjukkan kepada keberkesanan tersebut adalah seperti
berikut:
Ø Menarik perhatian murid.
Ø Mewujudkan motivasi.
Ø Adanya perkembangan ilmu di dalam pengetahuan sedia ada murid.
Ø Menyenaraikan, sumbangsaran, membanding beza dan berlakunya perubahan tingkahlaku murid.

c. Prosedur selepas Pengajaran Makro dijalankan

Cadangan penambahbaikan dari segi pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik dan
pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Penilaian kendiri perlu dibuat setelah selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai
satu refleksi berkenaan dengan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran
tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara penambahbaikan yang perlu ada ialah
pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki
pengajaranya. Penambahbaikan juga perlu dilihat kepada perkembangan murid dan penerimaan mereka
berdasarkan kepada langkah-langkah pengajaran yang disusun secara berperingkat-peringkat.

Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu
pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian
malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.

Вам также может понравиться