Вы находитесь на странице: 1из 31

SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 1 -)

SWITCHBOARD INSTALLATION (JEK2127)

TOPIK 2

PERKAKASAN PAPAN SUIS UTAMA

A. PEMUTUS-PEMUTUS LITAR

1. PEMUTUS LITAR UDARA (AIR CIRCUIT BREAKER – ACB)

 Pemutus litar udara yang asas adalah satu alat untuk memutus dan menyambungkan
bekalan atau disebut juga pengasing. Tetapi apabila ianya dilengkapkan dengan
komponen perlindungan seperti alatubah arus, geganti, shunt trip coil, ianya dapat
memberi perlindungan yang diperlukan secara automatic. Perlindungan yang boleh
diberikan oleh ACB ialah arus lebih dan rosak ke bumi.

Rajah 1: Pemutus L:itar Udara

 Perkataan udara bermakna sesentuh utamanya berada didalam udara biasa. ACB biasanya
digunakan untuk pemasangan yang melebihi 400A.

 Saiz ACB yang kecil ialah 600A. Dengan penatahan (setting) kepada alat perlindungan dan
bersesuaian dengan kadaran arus pemasangan ianya boleh ditatah kepada kadaran kurang
daripada 600A contohnya 200A, 400A dan sebagainya.

 Saiz ACB yang besar pula ada yang mencapai 2500A dan lebih

 Nilai arus kerosakan (fault level) ACB bagi pemasangan JKR ialah 45kA untuk 3 saat. Ini
bermakna dengan arus sebanyak 45 kA, ACB ini boleh bertindak tanpa ianya mengalami
kerosakan yang besar. Kegunaan lain ACB selain dari sebagai pengasing dan pemutus litar
ialah sebagai bustie dan suis tukar alih.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 2 -)

Rajah 2 : Contoh keratan rentas ACB yang bersaiz besar

 ACB boleh dipasang secara tetap (fixed type) iaitu tidak boleh dibawa keluar, kecuali dengan
membuka skru atau jenis boleh dibawa keluar (draw out type) untuk tujuan senggaraan dan
ujian.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 3 -)

BAHAGIAN-BAHAGIAN ACB

 Bahagian-Bahagian ACB adalah seperti rajah di bawah:

Rajah 3: Aksesories dan bahagian ACB jenis Merlin Gerin

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 4 -)

Sesentuh Utama ( Tetap dan Bergerak)

 Sesentuh utama terbahagi kepada 2 iaitu sesentuh utama tetap dan sesentuh utama
bergerak. Kebanyakan ACB mempunyai 3 atau 4 kutub. Jika ACB 3 kutub, ini bermakna
terdapat 3 sesentuh utama tetap dan 3 sesentuh utama bergerak. Apabila didalam keadaan
“ON” sesentuh tetap dan sesentuh bergerak akan bersentuhan (tertutup). Apabila dalam
keadaan “OFF” atau terpelantik (trip) ia akan terbuka. Semua sesentuh diperbuat daripada
campuran perak (silver alloy) yang kuat dari segi mekanikal dan keupayaan membawa arus.
Contohnya arus tertutup (making current), arus terbuka (breaking current) dan arus litar
pintas (short circuit current)

Sesentuh Arka (Tetap dan Bergerak)

 Sesentuh arka terbahagi kepada 2 iaitu sesentuh arka tetap dan sesentuh arka bergerak.
Sesentuh arka adalah sesentuh tambahan yang gunanya ialah untuk membenarkan arka
berlaku di sini dan tidak di sesentuh utama. Dengan ini sesentuh utama akan tahan lebih
lama.

Spring

 ACB mempunyai mekanisma penyimpan tenaga iaitu spring. Spring yang berada dalam
keadaan tegang (tension) akan menolak dengan pantas sesentuh utama bergerak supaya
tertutup dengan sesentuh utama tetap. Spring ini boleh dicas mengguna pemegang atau
charging lever yang disediakan atau menggunakan motor elektrik (automatic charging) yang
dipasang di dalam ACB tersebut. Tidak semua ACB mempunyai kemudahan automatic
charging.

Bahagian pengalir

 Biasanya bahagian yang mengalirkan arus ialah pengalir utama litar yang terdiri daripada
pengalir mudah lentur, sesentuh utama dan sesentuh arka, penyambung utama dan
penyambung beban. Penebatnya diperbuat daripada bahan seperti glass polyester atau
kepingan fibre.

Perangkap Arka (Arc Chute)

 Perangkap Arka (Arc Chute) ialah sebuah kotak terletak diatas sesentuh utama dan sesentuh
tambahan yang tujuannya ialah untuk menyerap percikan dan asap dari arka yang terjadi

Charging Handle
 Untuk cas spring supaya menyimpan tenaga.

Butang Buka ( OFF BUTTON)


 Butang tekan untuk buka sesentuh utama dan matikan ACB

Butang Tutup ( ON BUTTON)


 Butang tekan untuk sambungkan sesentuh utama dan hidupkan ACB.

Penunjuk OPEN-CLOSE
 Penunjuk samada ACB itu buka (OPEN) atau TUTUP (CLOSE)

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 5 -)

Penunjuk Charging

 Penunjuk samada spring dalam keadaan cas atau discas

Penunjuk posisi (Position Indicator)

 Menunjuk kedudukan ACB samada service, test atau disconnected

Bersambung ( Service )

o Litar utama dan kawalan bersambung

Ujian ( test )

o Litar utama terputus tetapi Litar kawalan masih berbumbung.

Terputus ( Disconnected )

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 6 -)

o Litar utama dan kawalan terputus

Penutup palang Bas

 Penutup akan menutup palang bas apabila ACB dikeluarkan.

Rajah 4 : Penutup palang bus

Sambungan Pendawaian Elektrik

 Pendawaian yang penting ialah pendawaian antara geganti ke gelung shunt trip atau Under
Voltage Coil. Jika terdapat masalah pada pendawai ini, ia boleh mengakibatkan kegagalan
pada sistem perlindungan PSU.

Istilah-Istilah Mengenai Kadaran

Kadaran Arus Thermal (Rated Thermal Current)


 Had arus dimana pemutus litar boleh membawanya secara berterusan tanpa kenaikan suhu
yang melebihi nilai tertentu pada suatu keadaan tertentu.

Kadaran Keupayaan Tutup-Balik Litar Pintas (Rate Short Circuit Making Capacity)
 Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya menyambung dan menutup balik
pada keadaan tertentu.

Kadaran Keupayaan Putus Litar Pintas (Rated Short Circuit Breaking Capacity).
 Ini adalah had arus dimana sebuah pemutus litar berupaya memutuskan pada keadaan
tertentu.

Kadaran Arus Menahan Pada Masa-Pendek (Rated Short Time Withstand Current).
 Ini adalah arus yang boleh dibawa oleh sebuah pemutus litar dalam masa 1 atau 3 saat
tanpa sebarang keadaan luar biasa pada keadaan tertentu.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 7 -)

2. PEMUTUS LITAR TERACU ( MCCB- Moulded Case Circuit Breaker)

 MCCB merupakan sebuah perkakas suis voltan rendah yang padu. Ia menyambung
dan memutuskan litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa. Ketika luar biasa,
litar terputus secara automatik. MCCB digunakan secara meluas didalam
pepasangan moden, terutamanya dapat disesuaikan didalam bangunan besar dan
logi industri bagi menggantikan ACB jika kadarannya kurang dari 400A.

Rajah 5 : Contoh MCCB yang terdapat di dalam pasaran

Binaan
 Berbeza dengan ACB bahagian badan dan bingkai diperbuat daripada bahan bukan
logam (polyester resin). Pemegang (operating handle) alat ini juga diperbuat daripada
bahan yang sama.

 Binaan dalam sebuah MCCB hampir menyerupai dengan sebuah MCB. Rajah 5
menunjukan binaan dalam sebuah MCCB. Ianya mempunyai ciri-ciri tambahan berikut
bila dibandingkan dengan MCB.

Butang Pelantik
 Ciri-ciri masa/ arus boleh laras
 Memperuntukkan bahan tambah boleh pilih (optional accessories) seperti gelung
pelantik pirau, sesentuh tambahan dan sebagainya.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 8 -)

Prinsip-Prinsip MCCB

 Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip electromagnet dan juga prinsip haba. Di dalam
prinsip electromagnet, gelung tersebut bersiri dan sebahagian dari litar utama. Apabila
arus lampau mengalir, medan magnet yang terhasil adalah cukup kuat untuk
menyebabkan MCCB tersebut terpelantik.

Rajah 6 : Binaan ringkas prinsip jenis magnetik

 Didalam prinsip haba, bahan dwi-logam digunakan. Apabila nilai arus mencapai tahap
tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan, maka bahan dwi-logam ini membengkok
dan seterusnya memutuskan bekalan.

Rajah 7 : Binaan ringkas prinsip jenis Thermal

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 9 -)

 Kebanyakan MCCB dipasaran menggunakan gabungan kedua-dua prinsip ini. Prinsip


medan magnet digunakan untuk perlindungan (pelantikan) serta merta. Manakala prinsip
haba untuk tindakan yang perlahan dan terkandung unsure lewat masa.

Rajah 8 : Keratan rentas MCCB dan rajah Thermal Magnectic Triping

MCCB Dibandingkan Dengan Fius Suis

Butiran MCCB Fius Suis


Keselamatan Terdapat ruang pemadam arka Tiada ruang pemadam arka
(Arc Chamber)
Perlindungan fasa tak seimbang Kesemua fasa terputus walaupun Arus lampau yang berlaku
(Single Phasing) arus lampau berlaku dalam satu didalam satu fasa menyebabkan
fasa sahaja, kerana itu fius tersebut putus tetapi tidak
kemungkinan motos tiga fasa pada fius yang lain. Oleh itu
berkendali pada dua fasa tidak kemungkinan motor tiga fasa
wujud berkendali dua fasa wujud.
Penggantian selepas setiap Tidak perlu
kerosakan berlaku
Pemberian semula bekalan Senang diberikan semula
selepas setiap kerosakan berlaku. bekalan, dengan membuat
RESET
Alat-alat tambahan Pelantikan dibawah kadaran
voltan yang dikawal secara jauh,
pelantikan pirau, sesentuh
tambahan boleh diperolehi

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 10 -)

3. SWITCH GEAR

A. Suis Pengasing (Load Break Switch)

 Suis ini boleh dikendalikan secara manual atau motorised. Fungsi suis ini ialah untuk
memutus dan menyambungkan beban. Bagaimanapun ia tidak mempunyai perlindungan
seperti fius suis atau suis fius. Cuma kerja-kerja pengasingan dapat dilakukan dengan
selamat. Ia mempunyai kadaran dari 40A hingga 4000A.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 11 -)

Rajah 9 : Suis Pengasing Jenis SOCOMEC


C. Suis Tukar Alih (Change Over Switch)

 Suis tukar alih berfungsi untuk menyambungkan beban dengan dua punca bekalan.
Bagaimanapun hanya satu punca bekalan boleh disambungkan pada satu-satu masa.
Contohnya sebuah PSU menerima bekalan dari TNB dan penjana tunggu sedia. Tetapi
didalam keadaan normal hanya bekalan dari TNB yang tersambung ke beban. Ia boleh
digerakan secara manual atau automatic (motorized). Mempunyai kadaran arus dari
125A hingga ke 3000A dan lebih.

 Penggunaannya ditunjukkan dalam rajah 14 dan 15

Rajah 10 : Suis tukar alih jenis motorized jenama SOCOMEC

Rajah 11: Change Over Switch yang dipasang didalam Papan Suis Utama

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 12 -)

Rajah 12: Network @ TNB / Generator Set permutation

Rajah 13: Network @ TNB / Network @ TNB permutation

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 13 -)

C. Fius Suis

 Fius suis bukan sahaja suatu alat yang bertindak sebagai pengasing untuk ON dan OFF
bekalan tetapi juga mempunyai fius untuk memberi perlindungan manakala suis sebagai
pengasing. Fius ditempatkan didalam alat tersebut. Apabila dalam keadaan OFF fius suis
terpisah dari palang bas.

 Fius suis digunakan untuk beban tiga fasa (TPN). Kadarannya ialah 60A, 100A, 160A,
200A, 300A, 400A, 500A, 600A, 800A dan 1200A. Ada juga kadarannya sehingga 4000.

 Jenis fius yang digunakan ialah HRC dengan centre tag atau off tag dan mestilah diikat
dengan skru nat kepada alat tersebut. Ikatan yang kuat dan ketat adalah perlu
disebabkan arus yang dibawa adalah tinggi.

Rajah 14 : Fius Suis SOCOMEC

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 14 -)

D. Suis Fius

Ia hampir menyerupai fius suis tetapi mempunyai perbezaan berikut:

 Fiusnya berkadaran 60A atau kurang.


 Ia digunakan untuk satu fasa dan tiga fasa.
 Fius dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nat.
 Ia tidak terpisah dari palang bas apabila di OFF kan.

Rajah 15 : Menunjukan suis fius yang biasa digunakan sebagai Main Swicth didalam D.B

Rajah 16: : Menunjukan suis fius yang biasa digunakan sebagai Main Swicth di luar D.B

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 15 -)

4. PEMUTUS LITAR KECIL (MCB – Miniature Circuit Breaker)

Rajah 17: Menunjukan MCB jenis satu kutub, dua kutub dan tiga kutub

 Pemutus litar kecil ialah sebuah alat mekanikal yang padu digunakan untuk
menyambung dan memutuskan sebuah litar dalam keadaan biasa dan juga luar biasa
seperti arus lampau dan litar pintas. Dalam keadaan luar biasa litar terputus secara
automatic. Ia dicipta bagi menggantikan fius tidak melebihi 60A.

 MCB ditentukan didalam BS3871 yang mengaitkan tentang pemutus litar yang
mempunyai bekas tertutup rapat bagi tujuan perlindungan mekanisma dan ciri-ciri masa /
arus yang tidak boleh diubah-ubah. Ianya khusus untuk digunakan bagi perlindungan
pepasangan elektrik industri dan domestik.

 Piawaian ini bersabit degan pemutus litar yang mempunyai kadaran voltan hingga 415V.
Kadaran arus sehingga ke 100A.

A. Binaan
 Komponen utama bagi sebuah pemutus litar kecil ialah:

i. Sebuah mekanisma pensuisan


ii. Sebuah alat perlantikan automatik
iii. Sebuah alat pemadam arka
iv. Sesentuh tetap dan bergerak

B. Mekanisma Pensuisan MCB

I. Kendalian (ON, OFF)


o Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila MCB telah terpalantik ,
pemegangnya (Handle) akan berada ke kedudukan ke bawah. Baiki kerosakan kemudian
alihkan pemegang ke ON ( keatas) dan MCB boleh berfungsi semula.

II. Alat Pelantikan Automatik


o Terdapat dua jenis alat pelantikan automatic iaitu jenis magnetic – haba dan jenis
magnetic – hidroulik .

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 16 -)

1. Jenis Magnetic – Haba (Thermal Magnetic Type)

 Pelantikan jangka masa lama ( long delay tripping) dikendalikan oleh sebuah alat bi-
metal untuk beban lampau rendah kadarannya (small overload) disekitar 25% dan
keatas.

Rajah 18 : Menunjukan keratan rentas sesebuah MCB

 Pelantikan jangka masa berketika (instantenaous tripping) dikendalikan oleh sebuah alat
elektromagnetik untuk beban lampau disekitar 10 x kadaran.

 Mekanisma perlantikan bagi gabungan antara haba dan magnetic menunjukan keadaan
untuk :

 Beban lampau rendah, yakni bila bi-metal mempelantikkan hanya mekanisma tersebut.

 Beban lampau yang tinggi, yakni bila kedua-dua bi-metal dan gelung magnetic
mempelantikan mekanisma tersebut.

 Beban lampau yang tinggi dan litar pintas, yakni bila gelung magnetic bertindak
bersendirian.

3. Jenis Magnetik – Hidroulik (Hydrolic – Magnetic Type)

 Unit pelantik mengandungi sebuah gelung elektromagnetik dengan himpunan ‘Oil Dash
Pot” sebagai terasnya ( rajah 21 ). Penarikan angker (armature) kedalam yang

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 17 -)

menggerakan mekanisma pelantik auto (auto trip mechanism) boleh dilakukan dengan
salah satu dari dua cara ( rajah 19a dan 19b) .

Didalam pelantikkan jangka lama ( long delay tripping ) daya gerak magnet arus lampau
menyebabkan teras magnetic cuba mengatasi spring rendaman minyak, dan bergerak dalam
teras.

Selepas satu masa ( delay ), ia akan menyentuh penutup selinder, yang akan menyebabkan
regangan litar magnet ( magnetic circuit reactance ) jatuh secara mendadak, supaya angker
tersebut ditarik ke dalam. Jika arus lampau mencapai paras pelantik serta merta ( instantaneous
– trip level ), tarikkan magnetic menjadi cukup kuat untuk menarik angker ke dalam.

Rajah 19 ( a ) Normal Operation

Rajah 19 ( b ) Long – Delay Tripping

Rajah 19 ( c ) Instantaneous Tripping

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 18 -)

5. FIUS

 Alat perlindungan yang paling mudah, murah dan baik ialah fius. Ia mempunyai elemen
fius yang akan putus apabila arus yang melebihi dari kadarannya mengalir di dalamnya.
Walaupun ia baik tetapi dari segi senggaraan ianya mahal dan mengambil masa yang
lama untuk menukarnya, terutamanya fius yang besar kadaran arusnya. Tambahan pula
kadaran arusnya rigid iaitu tidak boleh diubah-ubah.

 Untuk pemasangan yang besar ia memerlukan berbagai-bagai kadaran fius, oleh itu
menimbulkan masalah simpanan alat ganti.

A. Jenis – Jenis Fius

1. Fius Boleh Dawai Semula

 Alat perlindung yang terawal iaitui fius boleh dawai semula, atau kadang kala dikenali
sebagai fius separuh tertutup (semi enclosed fuse), mengandungi seutas dawai fius yang
nipis, dipegang diantara terminal-terminal yang terletak didalam pemegang bakelite atau
porcelain. Ianya digambarkan di Rajah 20.

Rajah 20

 Ianya dimasukan didalam litar yang dilindungi dan saiz dawai fius disesuaikan dengan
kadaran litar tersebut. Fius tersebut direka supaya sekiranya arus melebihi arus yang
dikadarkan bagi litar itu, dawai atau elemen fius akan cair dan memutuskan litar.

 Fius jenis dawai ini tidak mempunyai titik lebur yang tertentu. Oleh itu, apabila berlaku
litar pintas fius akan cair dan arka terhasil tidak terkawal atau terbendung. Selalunya ia
boleh merosakan tapak fius serta pembawa fius (fuse base & carrier). Kadaran fius dawai
tidak lah tinggi iaitu kurang dari 30A.

2. Fius HRC (High Rapturing Capacity)

 Fius HRC (High Rapturing Capacity ) mempunyai badan yang diperbuat daripada
ceramic. Terdapat satu atau lebih elemen fius didalamnya, bergantung kepadakadaran
arus. Elemen fius dikelilingi oleh Insert Arc Quenching Filler seperti Gramulated Quartz
untuk menyerap arka yang terjadi. Dikedua-dua hujung fius terdapat Tin Plated Copper

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 19 -)

atau Brass End Caps dan biasanya Tin Plated Copper Tag Terminations. Bagi fius HRC
melebihi 60 A, End Cap selalunya mempunyai lubang atau slot bagi tujuan mengikatnya
dengan skru.

 Fius HRC adalah paling baik sebab nilai kA nya adalah tinggi sehingga 80 kA dan 100
kA. Ianya banyak digunakan terutamanya untuk kadaran arus yang melebihi 5 Ampere.
Apabila ianya terbakar , tiada kesan hitam atau kebakaran kepada mana-mana bahagian
papan agihan atau pembawa fius ( fuse carrier )

Rajah 21: Keratan rentas Fius HRC

3. Fius Katrij (BS1362)

 Ianya terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripada kaca atau seramik ataupun
tembikar. Arus nominal fius ialah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A, 1A, 2A, 3A, 5A dan 13A.

 Faktor fiusan adalah dalam kelas Q1 dan Q2. Q1 iaitu diantara 1.25 hingga 1.5 kali. Q2
iaitu diantara 1.5 hingga 1.75 kali.

Rajah 22: Fius Katrij

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 20 -)

Istilah-istilah berikut boleh digunakan ketika mendefinasikan fius.

Kadaran Arus (Rated Current)


 Ini adalah arus maksimum yang akan dibawa oleh fius secara berterusan tanpa menukar
sifat-sifat pada elemen fius tersebut.

Elemen Fius
 Adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan
mengalir melaluinya

Arus Nominal
 Arus maksimum yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad
dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius.

Arus Lebur / Fiusan (Fusing Current / Rapturing current)


 Ini adalah arus minima yang akan meleburkan elemen fius.

Faktor Fius (Fusing Factor):


 Faktor Fius ialah nisbah antara arus lebur dan kadaran arus.

Faktor Fius = Arus Lebur


Kadaran Arus

Jadual dibawah menunjukan berbagai keupayaan bagi fius HRC dan fius yang boleh
didawai semula.

Jenis Fius

Ciri - Ciri
Boleh didawai HRC (B.S 88) HRC (B.S 1361)
semula (B.S
3036)

Faktor Fius Tidak melebihi 2 Tidak melebihi 1.25 Tidak melebihi


untuk jenis P dan 1.5
tidak melebihi 1.5
untuk kelas Q1

Keupayaan Maksima 12KA 80KA pada 425V 16.5KA pada


Putus AC 250V dan 33KA
(KA Rating) pada 415V AC

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 21 -)

5. LAIN-LAIN PEMUTUS LITAR ( High Voltage )

I. VCB (Vaccum Circuit Breaker)

1 - Vacuum Interrupter
2 - Terminal
3 - Flexible connection .
4 - Support insulators.
5 - Operating rod.
6 - Tie bar.
7 - Common operating shifts

8 - operating corn .
9 - Locking cam.
10 - Making spring .
11 - Breaking spring.
12 - Loading spring.
Rajah 23: Menunjukan keratan rentas sebuah VCB 13 - Main link.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 22 -)

 The most important part is the vacuum interrupter, blown up view of which is given in Fig.
(23)

 When the contacts separate, the current to be interrupted initiates a metal vapor arc
discharge and flows through this plasma until the next current zero.

 The arc is then extinguished and the conductive metal vapor condenses on the metal
surfaces within a matter of microseconds.
 As a result, the dielectric strength in the break builds up very rapidly.

 The self generated field causes the arc root to travel, thereby preventing local
overheating when large currents are being interrupted. Certain minimum current is
necessary to maintain the metal vapor arc discharge.

 Current of a lesser value is chopped prior to current zero, causing unduly high voltages,
as may happen during interruption of no load magnetizing currents of unloaded
Transformers.
 The rapid build up of the dielectric strength in the break enables the arc to be safely
extinguished even if contact separation occurs immediately prior to current zero the
maximum arcing time for the last pole to clear is stated to be 15 ms.

 Further the arc voltage developed in vacuum interrupter is low (say between 20 to 200 V)
due to high conductivity of metal vapor plasma.

 For there reasons the arc energy developed in the break is very small. High Switching life
is claimed on this account. Performance is claimed to be immune to pollution because of
interrupters being hermetically sealed.
 The manufacturing range of M/s Driescher Panicker covers Vacuum Circuit Breakers up
to rated voltage of 36 kV.

Vacuum Circuit Breakers are specially suited in industrial applications, where the Switching
frequency is high combined with high degree of pollution

1- cast resin post insulator


2- upper connection
3- upper contact support
4- 5- fastening nuts
6- Rear pull strap
7- Front pull strap
8- vacuum Switching chamber
9- contact Switch with toroidal
contact Lower contact support
Consisting of :-
10.1 transmission lever
10.2 burn-off indicator
10.3 actuation crank
10.4 actuation lever
10.5 telescope rod with contact spring
11 hook stick

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 23 -)

Rajah 24: Vacuum Interrupter

II. Oil Circuit Breaker

Rajah 25: OCB yang dipasang didalam system penghantaran di substesen

 Oil circuit breakers are used to switch circuits and equipment in and out of a system in a
substation. They are oil filled to provide cooling and to prevent arcing when the switch is
activated.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 24 -)

PERKAKASAN PAPAN SUIS UTAMA

B) METER DAN PENUNJUK

Rajah 26: Meter penunjuk yang biasa dipasang pada PSU

i. Meter Voltan (Volt Meter)

Rajah 27: Volt Meter

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 25 -)

 Meter voltan adalah penting untuk mengetahui samada bekalan ada atau terputus. Meter
voltan biasanya boleh memberi bacaan sehingga 500V dan disambung terus melalui fius
ke palang bas. Untuk mengurangkan kos, satu meter voltan dipasang dan ditambah suis
pemilih untuk mengetahui bacaan pada setiap fasa ke neutral dan antara fasa ke fasa.

ii. Meter Arus ( Ammeter)

Rajah 28: Ammeter

 Meter arus penting dipasang untuk mengetahui arus semasa yang mengalir di dalam
pemasangan. Untuk arus yang melebihi 60A, meter tidak boleh terus dipasang melalui
palang bus kerana gegelung didalam meter adalah kecil dan hanya boleh menerima arus
maksima 5A. Alatubah arus jenis pengukuran dengan kadaran yang sesuai hendaklah
digunakan. Arus secondary adalah standard 5A walaupun arus primary (palng bus)
berbeza-beza.

 Untuk menjimatkan kos hanya satu meter arus dipasang berserta suis pemilih untuk
mengetahui arus pada tiap-tiap satu fasa.

iii. Meter Faktor Kuasa ( Power Factor Meter )

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 26 -)

Rajah 29: Power Factor Meter

 Sekiranya perlu meter faktor kuasa boleh juga dipasanga terutama pada papan
janakuasa. Selalunya meter ini membaca nilai ketika (instantenous value). Jangka ini
digunakan untuk mengukur faktor kuasa disesuatu litar atau beban.

 Prinsip pergerakan meter faktor kuasa hampir sama dengan watt meter dengan
tambahan sebuah lagi gelung voltan yang tetap kedudukannya bersudut tepat dengan
gelung voltan yang bergerak. Gelung mempunyai nilai rintangan tinggi. Sementara
gelung berinduktif disambung sesiri dengan induktor.

 Jika sesuatu beban terdiri daripada beban berkapasitif, nilai angkadar kuasanya
dikatakan negatif @ arus mendahului voltan dan jarum penunjuk akan bergerak
disebelah negatif antara 0.4 – 1. Dan begitu juga dengan beban berinduktif, jarum akan
bergerak disebelah positif. Bagaimanapun dalam pepasangan yang terdapat pada masa
kini biasanya berbeban iniduktif dengan faktor kuasa menyusul. Ini adalah disebabkan
oleh pengguna menggunakan beban beraruhan seperti motor-motor dan lampu-lampu
discas.

iv. Meter Kuasa (KW Meter) dan Meter Tenaga (KWH Meter)

KW Meter

Rajah 30: KW Meter dan KWH Meter

 Sekiranya perlu juga kedua-dua meter ini boleh dipasang untuk mengetahui jumlah
kuasa sedang digunakan serta tenaga yang telah digunakan oleh sesuatu bahagian atau
beban. Meter jenis ini biasanya disambung secara siri oleh dua punca bekalan iaitu dari
CT dan dari fius.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 27 -)

v. Meter Frekuensi ( Hz Meter )

Rajah 31: Hz Meter

 Meter ini digunakan untuk menunjukan frekuensi bekalan yang diterima oleh sesuatu
pepasangan. Dimana 1Hz bersamaan dengan satu ulangan. Meter ini juga digunakan
untuk menstabilkan proses penyegerakan. Meter ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis
jarum dan jenis gegaran pelidah. Biasanya yang banyak dipakai ialah jenis gegaran
pelidah.

vi. Jangka Penyegerakan ( Synchroscop )

Rajah 32: Synchroscop

 Jangka ini digunakan untuk menunjukan perbezaan ulangan diantara janakuasa dengan
busbar semasa proses penyegerakan dilakukan. Jangka ini beroperasi dgn prinsip besi
gerak. Ia terdiri dari 2 jenis gelung yang tetap. Gelung-gelung ini akan mendapat bekalan

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 28 -)

voltan diantara busbar dan jana kuasa yang hendak disegerakan. Arah pusingan
penunjuk jangka segerak bergantung kepada ulangan janakuasa dan busbar.

PERKAKASAN PAPAN SUIS UTAMA

C) LAIN-LAIN AKSESORIS PSU

i. Palang Bus (Bus Bar)

Rajah 33: Copper Busbar

 Palang Bus merupakan kepingan pengalir yang biasanya diperbuat daripada campuran
tembaga bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada
pemutus litar ke pemutus litar yang lain. Ia digunakan menggantikan kabel disebabkan
mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah dilaksanakan kepada
pemasangan.

 Kedudukan palang bas ada yang mendatar dan ada yang menegak dan ada yang
menggabungkan kedua-duanya sekali. Keupayaan membawa arus palang bas adalah
bergantung kepada saiznya.

ii. Bus Tie / Coupler


 Alat ini merupakan pengasing yang boleh menghubungkan dua kumpulan palang bus.
Satu kumpulan mengawal sebahagian beban dan satu mengawal sebahagian yang lain
pula. Saiz kedua-dua kumpulan palang bus untuk sistem ini mestilah sama. Ianya
digerakan/ dihubungkan oleh Sesentuh Tukar Alih (Change Over Contactor). Biasanya ia
akan disambung apabila membuat kerja penyelenggaran atau bekalan dari antara dua

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 29 -)

punca itu terganggu. Tujuan penggunaan Bus Tie / Coupler adalah untuk memastikan
beban dikedua-dua bahagian sentiasa menerima bekalan.

iii. Sesentuh Tukar Alih (Change Over Contactor)


 Sesentuh tukar alih mengandungi dua set sesentuh. Diantara dua sesentuh ini, hanya
satu sahaja yang boleh ditutup (energise). Ia digunakan apabila terdapat dua punca
bekalan tetapi hanya satu sahaja bekalan digunakan. Biasanya sesentuh tukar alih ini
digunakan pada PSU yang menerima bekalan dari TNB dan juga penjana tunggu sedia.
Operasinya ditunjukkan seperti rajah 36 dibawah.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 30 -)

Rajah 34
 Komponen utamanya ialah sesentuh utama (dua set), gelung pemegang (holding coil),
kait punca mekanikal dan sesentuh tambahan untuk kawalan adan penunjuk. Ia tidak
berfungsi sebagai alat perlindungan tetapi lebih kepada sebagai pengasing sahaja. Tiada
komponen perlindungan dihubungkan kepada alat ini.

iv. Lampu Penunjuk (Indicator Light)

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik


SWITCHBOARD INSTALLATION JEK2127/N(2)/JUL07/08(1)/REV(1)/P( - 31 -)

 Lampu penunjuk merupakan komponen penting dan membantu ketika membuat


pemeriksaan visual ke atas PSU. Ia digunakan untuk menunjukan bekalan masuk dan
keluar sesebuah PSU. Dengan nyalaan cahaya yang terang, biasanya kita boleh tahu
bahawa sesebuah PSU itu berfungsi.

v. Suis Pemilih (Selector Switch)

Rajah 35: Selector Switch

 Biasanya ia digunakan bersama-sama dengan meter-meter penunjuk. Dimana terdapat


satu meter yang boleh menunjukan arus atau voltan untuk kesemua fasa. Kesemua fasa
itu akan dipisahkan oleh suis ini.

Zakry@psdc.gov.my Unit MLVK-Teknikal, Jabatan Akademik

Вам также может понравиться

  • Main Switchboard
    Main Switchboard
    Документ44 страницы
    Main Switchboard
    ObOy S RIson
    Оценок пока нет
  • Dea 2313 MSB
    Dea 2313 MSB
    Документ8 страниц
    Dea 2313 MSB
    Nur Aimanshorruddin
    Оценок пока нет
  • A Modul 4 LE 2 IS1a-d Main Switch Board
    A Modul 4 LE 2 IS1a-d Main Switch Board
    Документ11 страниц
    A Modul 4 LE 2 IS1a-d Main Switch Board
    Zunnur Zamzam
    Оценок пока нет
  • Sisten 3 Fasa
    Sisten 3 Fasa
    Документ45 страниц
    Sisten 3 Fasa
    Nabilah Ahmad
    Оценок пока нет
  • Lampu Jaln.
    Lampu Jaln.
    Документ9 страниц
    Lampu Jaln.
    mokhsinm
    Оценок пока нет
  • Kuiz 1
    Kuiz 1
    Документ5 страниц
    Kuiz 1
    Roger John
    Оценок пока нет
  • Dea 3314 (KS - Teori)
    Dea 3314 (KS - Teori)
    Документ7 страниц
    Dea 3314 (KS - Teori)
    Mohd Taufik Sumari
    Оценок пока нет
  • Nota Kabel
    Nota Kabel
    Документ6 страниц
    Nota Kabel
    Syahida Mrf
    Оценок пока нет
  • Jamal
    Jamal
    Документ12 страниц
    Jamal
    Yusri Jaapar
    100% (1)
  • Nota Kuliah 3
    Nota Kuliah 3
    Документ30 страниц
    Nota Kuliah 3
    Roger John
    Оценок пока нет
  • 1ke2 Sistem Penghataran Talian Elektrik
    1ke2 Sistem Penghataran Talian Elektrik
    Документ35 страниц
    1ke2 Sistem Penghataran Talian Elektrik
    muhammadsharizal
    67% (3)
  • ACB Assignment
    ACB Assignment
    Документ3 страницы
    ACB Assignment
    Deswin Raj
    Оценок пока нет
  • Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Документ18 страниц
    Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Mohd Khairi Alwi
    Оценок пока нет
  • ETE 7033 Pencawang
    ETE 7033 Pencawang
    Документ26 страниц
    ETE 7033 Pencawang
    syahadah98
    Оценок пока нет
  • Nota Kuliah 2
    Nota Kuliah 2
    Документ24 страницы
    Nota Kuliah 2
    Roger John
    Оценок пока нет
  • Kabel Talian Atas
    Kabel Talian Atas
    Документ6 страниц
    Kabel Talian Atas
    Hairil Afif
    Оценок пока нет
  • SUISBOARD
    SUISBOARD
    Документ18 страниц
    SUISBOARD
    Helmy
    Оценок пока нет
  • Kabel#
    Kabel#
    Документ5 страниц
    Kabel#
    aimiza
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Pengujian Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    Pengenalan Pengujian Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    Документ17 страниц
    Pengenalan Pengujian Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    shahmi nordin
    Оценок пока нет
  • MSB
    MSB
    Документ46 страниц
    MSB
    Mohamad Taufiq
    Оценок пока нет
  • Assignment MSB
    Assignment MSB
    Документ41 страница
    Assignment MSB
    danishHM
    Оценок пока нет
  • Dea 3333 Ujian 2
    Dea 3333 Ujian 2
    Документ2 страницы
    Dea 3333 Ujian 2
    Roger John
    Оценок пока нет
  • Projek Motor Control
    Projek Motor Control
    Документ10 страниц
    Projek Motor Control
    Muhammad Zuhairi
    Оценок пока нет
  • Senggaraan Kabel Voltan Rendah
    Senggaraan Kabel Voltan Rendah
    Документ13 страниц
    Senggaraan Kabel Voltan Rendah
    neddylalola
    100% (1)
  • Laporan
    Laporan
    Документ14 страниц
    Laporan
    Aimans Sukri
    Оценок пока нет
  • Pemasangan Elektrik 1 Fasa
    Pemasangan Elektrik 1 Fasa
    Документ6 страниц
    Pemasangan Elektrik 1 Fasa
    Ummie Wafie
    Оценок пока нет
  • Suis Bomba
    Suis Bomba
    Документ3 страницы
    Suis Bomba
    faizalexandaria
    Оценок пока нет
  • C03-P1 Pengujian & Penyelenggaran
    C03-P1 Pengujian & Penyelenggaran
    Документ34 страницы
    C03-P1 Pengujian & Penyelenggaran
    muhammad azarudin
    Оценок пока нет
  • Kabel Dan Pengalir
    Kabel Dan Pengalir
    Документ10 страниц
    Kabel Dan Pengalir
    Ahmad Fairuz Ahmad Fahmi
    Оценок пока нет
  • B01 Sem4 As PDF
    B01 Sem4 As PDF
    Документ117 страниц
    B01 Sem4 As PDF
    moktar
    100% (1)
  • Kabel Dan Pengalir
    Kabel Dan Pengalir
    Документ33 страницы
    Kabel Dan Pengalir
    Noresham Manaf
    0% (1)
  • Underground Cable
    Underground Cable
    Документ15 страниц
    Underground Cable
    ObOy S RIson
    Оценок пока нет
  • S. Obj
    S. Obj
    Документ8 страниц
    S. Obj
    ajai1010
    100% (1)
  • Is-5 Melaksanakan Pendawaian Elektrik Tiga
    Is-5 Melaksanakan Pendawaian Elektrik Tiga
    Документ39 страниц
    Is-5 Melaksanakan Pendawaian Elektrik Tiga
    ObOy S RIson
    Оценок пока нет
  • #Lampu Jalan
    #Lampu Jalan
    Документ7 страниц
    #Lampu Jalan
    afiqah
    Оценок пока нет
  • Ujian Kelembapan
    Ujian Kelembapan
    Документ3 страницы
    Ujian Kelembapan
    Muhammad Fiqri Ameer
    100% (1)
  • Cable Route Tracer
    Cable Route Tracer
    Документ12 страниц
    Cable Route Tracer
    Muhammad Fiqri Ameer
    0% (1)
  • Kuiz K1
    Kuiz K1
    Документ4 страницы
    Kuiz K1
    Azrulamri Zulkifli
    Оценок пока нет
  • Kabel Bawah Tanah
    Kabel Bawah Tanah
    Документ18 страниц
    Kabel Bawah Tanah
    mahadzan ali
    Оценок пока нет
  • Fire Alarm
    Fire Alarm
    Документ20 страниц
    Fire Alarm
    Ahmad Syafiq
    Оценок пока нет
  • Jenis Kabel
    Jenis Kabel
    Документ6 страниц
    Jenis Kabel
    Aiman Raif
    Оценок пока нет
  • Pembumian PDF
    Pembumian PDF
    Документ12 страниц
    Pembumian PDF
    ObOy S RIson
    Оценок пока нет
  • Soalan Akta Elektrik
    Soalan Akta Elektrik
    Документ2 страницы
    Soalan Akta Elektrik
    Azlan Abd Hanib
    Оценок пока нет
  • KERTAS KERJA K5 ETE 601 LV Underground Cable
    KERTAS KERJA K5 ETE 601 LV Underground Cable
    Документ9 страниц
    KERTAS KERJA K5 ETE 601 LV Underground Cable
    Roger John
    Оценок пока нет
  • Switchboard
    Switchboard
    Документ6 страниц
    Switchboard
    anon_874087858
    Оценок пока нет
  • Jenis Kabel Elektrik Di Malaysia
    Jenis Kabel Elektrik Di Malaysia
    Документ3 страницы
    Jenis Kabel Elektrik Di Malaysia
    Muhammad Hafizuddin
    Оценок пока нет
  • WS 1 - (Kawalan Motor Talian Terus)
    WS 1 - (Kawalan Motor Talian Terus)
    Документ9 страниц
    WS 1 - (Kawalan Motor Talian Terus)
    AtieyChentaQaseh
    Оценок пока нет
  • Nota Ringkas Kumpulan Vektor Pengubah
    Nota Ringkas Kumpulan Vektor Pengubah
    Документ9 страниц
    Nota Ringkas Kumpulan Vektor Pengubah
    sakinahzahir
    Оценок пока нет
  • Nota Faktor Kepelbagaian
    Nota Faktor Kepelbagaian
    Документ10 страниц
    Nota Faktor Kepelbagaian
    Jumrang Mendeng
    100% (1)
  • Cable Ducting 2013
    Cable Ducting 2013
    Документ4 страницы
    Cable Ducting 2013
    ck farhana
    Оценок пока нет
  • PEMBUMIAN
    PEMBUMIAN
    Документ5 страниц
    PEMBUMIAN
    Baity Yusoff
    Оценок пока нет
  • Psu
    Psu
    Документ13 страниц
    Psu
    Muhammad Syazwan
    Оценок пока нет
  • Industrial Switchboard 1
    Industrial Switchboard 1
    Документ19 страниц
    Industrial Switchboard 1
    kasturi ridzuan
    Оценок пока нет
  • PAPAN SUIS UTAMA (Main Switch Board)
    PAPAN SUIS UTAMA (Main Switch Board)
    Документ20 страниц
    PAPAN SUIS UTAMA (Main Switch Board)
    Nizam Along
    0% (1)
  • Penyenggaraan Switchgear
    Penyenggaraan Switchgear
    Документ19 страниц
    Penyenggaraan Switchgear
    thekingofrao thkingofrao
    79% (14)
  • Topik 1
    Topik 1
    Документ65 страниц
    Topik 1
    hernani hamid
    Оценок пока нет
  • IKBN A1 11 02 3 (T) - Pembumian
    IKBN A1 11 02 3 (T) - Pembumian
    Документ6 страниц
    IKBN A1 11 02 3 (T) - Pembumian
    Anonymous 2FDSPvYAcE
    Оценок пока нет
  • Papan Suis Utama
    Papan Suis Utama
    Документ13 страниц
    Papan Suis Utama
    asaass
    Оценок пока нет
  • Nota Pusat Kawalan Motor PDF
    Nota Pusat Kawalan Motor PDF
    Документ35 страниц
    Nota Pusat Kawalan Motor PDF
    Danish Hasanah
    100% (1)
  • Keperluan Penyelenggaraan Satu Fasa
    Keperluan Penyelenggaraan Satu Fasa
    Документ14 страниц
    Keperluan Penyelenggaraan Satu Fasa
    ani
    Оценок пока нет
  • Jek2127 Topik 1.1
    Jek2127 Topik 1.1
    Документ13 страниц
    Jek2127 Topik 1.1
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • B11 Alat Pengukuran2
    B11 Alat Pengukuran2
    Документ21 страница
    B11 Alat Pengukuran2
    Noresham Manaf
    0% (1)
  • Kecederaan Elektrik
    Kecederaan Elektrik
    Документ35 страниц
    Kecederaan Elektrik
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • Kecederaan Elektrik
    Kecederaan Elektrik
    Документ35 страниц
    Kecederaan Elektrik
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • B12 Sistem Bekalan
    B12 Sistem Bekalan
    Документ24 страницы
    B12 Sistem Bekalan
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • Nota Reka Bentuk Pemasangan
    Nota Reka Bentuk Pemasangan
    Документ4 страницы
    Nota Reka Bentuk Pemasangan
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • Aksesori Kawalan Pembekal
    Aksesori Kawalan Pembekal
    Документ13 страниц
    Aksesori Kawalan Pembekal
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • UNIT8 - Blog Bekalan Kuasa
    UNIT8 - Blog Bekalan Kuasa
    Документ27 страниц
    UNIT8 - Blog Bekalan Kuasa
    ibrahim_a
    100% (5)
  • UNIT 1 - Kuantiti Elektrik
    UNIT 1 - Kuantiti Elektrik
    Документ19 страниц
    UNIT 1 - Kuantiti Elektrik
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • Buku Panduan Ian 2008 Latest
    Buku Panduan Ian 2008 Latest
    Документ54 страницы
    Buku Panduan Ian 2008 Latest
    patriot4229
    100% (27)
  • Kabel Dan Pengalir
    Kabel Dan Pengalir
    Документ33 страницы
    Kabel Dan Pengalir
    Noresham Manaf
    0% (1)
  • Asas Pendawaian Elektrik
    Asas Pendawaian Elektrik
    Документ40 страниц
    Asas Pendawaian Elektrik
    cyborg85
    92% (13)