Вы находитесь на странице: 1из 4

SK PANDAN INDAH

AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN,


55100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 23 Januari 2014


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Penjana Minda

KEHADIRAN:

1. Pn. Faridah binti Ahmad


2. En. Abdul Latif Ab Rashid
3. Pn. Noor Hazra bt Mohd Rashid
4. Pn Mareyana bt Muhamad
5. Pn Roslinawati bt Ngah
6. En. Azmi b. Ahmad
7. En. Surayahani
8. En. Zainudin b. Ramli
9. En. Bukhari b NAsir
10. En. Haizam Hafizi
11. Pn. Helmi b Mat Nasir
12. En. Zuhir Hafizan
13. Pn Sarindah bt Sanih
14. Pn Hatipah bt Mohd Nor

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat sebelum ni diterima dan disahkan dengan sebulat suara.

1
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 5.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru PJK telah mendapat Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Tindakan: Makluman
3.2 Perkara 5.2
Pengerusi menerangkan dan menunjukkan sekali lagi cara membuat
Rancangan Pengajaran Harian dengan betul.
Tindakan: Makluman
3.3 Perkara 4.3
Ketua Panitia akan mencerap dan memantau guru-guru PJK dan guru
bukan opsyen semasa aktiviti PJK.
Tindakan: Ketua Panitia

4.0 AGENDA BARU

4.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

4.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
4.1.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
4.1.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan
selama 30 minit setiap waktu.
4.1.4 Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada
Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar
subjek lain.
4.1.5 Guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan boleh meminjam alat
bantu mengajar di bilik PJ dengan merekodkan dalam buku
pinjaman yang telah disediakan oleh Encik Latif selaku Ketua
Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Tindakan: Semau guru PK

4.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN


4.2.1 Puan Hazra menerangkan tentang rancangan pengajaran harian
(RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah
selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan.
Bagi tahun 5 hingga tahun 6 rancangan pengajaran masih sama
iaitu menggunakan format KBSR seperti tahun sebelumnya.
Manakala bagi tahun 1, 2 , 3 dan 4 menggunakan format baru iaitu
KSSR.

2
4.2.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1, 2 ,3 dan 4 terdapat
perbezaan sedikit kerana telah menggunakan sukatan pelajaran
baru iaitu Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR).
4.2.3 Puan Hazra telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan
pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
4.2.4 Puan Hazra juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran
harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran,
elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa
penekanan elemen iaitu keusahwanan.

Tindakan: Semau guru PK

4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


4.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan
Kesihatan masih belum mendapat apa-apa maklumat daripada
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Puan Hazra
memaklumkan jika ada maklumat tentang PBS, beliau akan
maklumkan kepada guru-guru secepat mungkin.

Tindakan: Makluman

4.4 BULAN KECERGASAN

4.4.1 Pengerusi memberitahu Bulan Kecergasan akan diadakan pada


bulan 10.
4.4.2 Semua guru PJK dan mengajar PJK perlu terlibat sepenuhnya
semasa Bulan Kecergasan dijalankan.

4.5 SEGAK

4.5.1 Buku SEGAK masih boleh dibeli dari pn Mareyana dengan harga
RM1.50 senaskah
4.5.2 Ujian SEGAK kali kedua boleh dijalankan mulai bulan Ogos.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan
alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau
pihak pentadbiran.
5.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ.

3
5.3 Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani
aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.
5.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru PJK

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disedia oleh Disemak oleh Disah oleh

…………………………… …………………………. ………………………..

(ROSLINAWATI BT NGAH (NOOR HAZRA BT MOHD RASHID (PN.FARIDAHBT AHMAD)


Setiausaha Panitia PK, Ketua Panitia PK GPK Kokurikulum,
SK Pandan Indah. SK Pandan Indah SK Pandan Indah.

Вам также может понравиться