Вы находитесь на странице: 1из 12

SMK DAMANSARA UTAMA

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

NAMA
DAMIA MADIHAH BINTI ABDUL AZIZ
KELAS
5 CENGAL
NOMBOR KP
010824-10-0442
ANGKA GILIRAN
BK045A038
TUGASAN
LISAN B. MELAYU
NAMA GURU
PUAN JULILAH BINTI HARON
SMK DAMANSARA UTAMA
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

NAMA
MUHAMMAD RAZIQ SYAHMI BIN ROHAIZAD
KELAS
5 CENGAL
NOMBOR KP
0102071-10-0797
ANGKA GILIRAN
BK045A050
TUGASAN
LISAN B. MELAYU
NAMA GURU
PUAN JULILAH BINTI HARON
LANGKAH – LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu
bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-
akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah
rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa
Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan Gagasan 1
Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan
bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?

Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan
surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir
ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat
tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi
yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana
mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka.
Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat bahasa Malaysia supaya tidak hilang
ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak
harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan bahasa
Malaysia di peringkat lokal. Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing,
tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan
'Melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat
kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.

Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak
harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan bahasa
Cina dan bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah
berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman
bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka,
polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen
perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi
menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat
rencaman golongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum
terhadap keindahan bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa
anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama
Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang
berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah
yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.
Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah
dilaksanakan terhadap bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di
kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda
memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana
keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan
Undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa bahasa Malaysia bukanlah
sebuah wadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan
rakyat kontemporari yang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.

Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng sinergi untuk meledakkan darjat

bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya
sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai
pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa
Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, "yang kurik itu
kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa". Oleh hal yang demikian,
marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal
nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.
PUNCA DAN LANGKAH MENANGANI GEJALA PONTENG
DALAM KALANGAN PELAJAR

Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi di
sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras kelemahan sistem
pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar Pendidikan Negara (DPN). Perang
media menerusi akhbar, majalah, blog dan sebagainya telah pun meletus bagi
membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak
kerajaan sedang bergiat cergas dengan mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan
kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta ukhrawi
daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar kemewahan
hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar keagamaan anak-anak
mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah yang bakal merosakkan anak
bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara', ibu bapa
hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan anak-anak mereka supaya terhindar
daripada maksiat seterusnya mengatur strategi kehidupan anak-anak mereka supaya dapat
menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut 'terlajak
perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan, remaja
marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal budaya yang
disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat yang diisi dalam kotak
pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal. Dasar remaja pula, mereka
mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya
pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya untuk turut serta dan mencuba perkara baru.
Pemilihan kawan yang baik dapat mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan ini. Media
kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan dengan norma
masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan sebagai intiha,
memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka berpotensi untuk
terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta drama dianggap masih
longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang dapat meracun minda remaja kita.
Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut dengan paparan negatif yang jelas
berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi pihak. Antara
cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi kaunseling yang melibatkan
pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi pendekatan ini, masalah yang
menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan
impak negatif aktiviti ponteng supaya pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus
kehidupannya. Hal ini dilihat berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan
pelajar yang ponteng sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum
hujan". Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala
ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti yang
menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan pengajaran
sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah menitikberatkan
peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat memandang sebelah mata akan
peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang melihat pergerakan mereka. Apabila
peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajar-pelajar akan tergerak daripada mimpi dan
sedar bahawa kebebasan yang dikecapi adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah bertanggungjawab

membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu kejayaan negara seterusnya
bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain. Janganlah kita menjatuhkan air muka
negara sendiri tatkala rumpun lain asyik memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya
pentarbiahan yang sempurna menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan
1Malaysia.

Вам также может понравиться