Вы находитесь на странице: 1из 18

WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

BAB 01 WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN


Catatan
1.1 WANG

A. Pengertian Wang

Sebarang benda (komoditi) yang boleh diterima umum sebagai alat


perantaraan pertukaran barang dan perkhidmatan

B. Ciri-Ciri Wang

1. Diterima Umum - sebagai alat perantaraan pertukaran dalam urusan jual


brang dan perkhidmatan.
2. Penawaran terhad - iaitu tidak terlalu banyak hingga menjejaskan nilainya.
3. Kestabilan nilai - iaitu nilainya tidak mudah berubah dan membantu wang
berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai.
4. Tahan lama - tidak mudah rosak, koyak dan seumpamanya
5. Mudah dibawa - iaitu bersaiz kecil dan ringan serta mudah disimpan dalam
dompet atau saku
6. Boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil - bagi membolehkan
urusniaga dijalankan dengan tepat. (wang kertas mempunyai nilai muka
RM1,RM5,RM10 dll, duit syiling pula mempunyai nilai muka 5 sen,10
sen,20 sen)
7. Mudah dikenali – warna,saiz,rupa dan bentuk yang piawai dan seragam
membolehkan wang dikenali dengan mudah

C. Jenis-Jenis Wang

1. Duit Syiling
 memudahkan aktiviti urusniaga yang melibatkan nilai muka kecil contoh 1 Nota Penting
sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
 Diperbuat daripada logam nikel dan gangsa Wang tanda
 Merupakan wang sah dan wang tanda Nilai mukanya lebih
tinggi daripada nilai
2. Wang kertas bahan sebenar
 dikeluarkan bergantung kepada rizab antarabangsa iaitu jumlah emas dan
pertukaran matawang asing. Wang sah
 Mempunyai nilai muka yang lebih tinggi untuk memudahkan urusniaga Wang yang wajib
 Merupakan wang sah dan wang tanda diterima untuk
sebarang
3. Deposit semasa (cek) pembayaran
 Pelanggan bank perdagangan yang membuka akaun semasa diberi
kemudahan cek
 cek bukan wang sah – kerana pembayaran menggunakan cek boleh
ditolak oleh penerima cek berkenaan

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 1


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

SOALAN STRUKTUR

1. Apakah yang dimaksudkan dengan wang?

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

2. Emas dan perak pernah dijadikan wang. Duit syiling dan wang kertas merupakan
wang yang digunakan pada masa sekarang. Apakah ciri-ciri wang ini?

i) ____________________________________________________________
ii) ____________________________________________________________
iii) ____________________________________________________________
iv) ____________________________________________________________
v) ____________________________________________________________
vi) ____________________________________________________________

3. Nyatakan dan berikan contoh tiga jenis wang yang ada di Malaysia.

Jenis wang Contoh

i)

ii)

iii)

4. Terangkan maksud istilah berikut:

i) Wang Sah

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

ii) Wang tanda

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 2


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

D. Fungsi-Fungsi Wang

1. Alat Perantaraan Pertukaran


 Wang memudahkan urusan jual beli barang dan perkhidmatan ini kerana wang diterima
umum sebagai media pertukaran untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan
 Contoh : Ahmad membeli sebuah rumah dengan membayar harga rumah tersebut.

2. Alat Ukuran Nilai


 Wang digunakan untuk menentukan harga barang
 Harga barang dapat ditentukan dengan seragam dan lebih mudah
 Contoh :Harga sebuah rumah tersebut adalah RM300,000.00

3. Alat Bayaran Tertunda


 Wang membolehkan urusniaga kredit (hutang) dilaksanakan
 Harga barang akan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui oleh penjual
dan pembeli
 Ini kerana wang tahan lama dan mempunyai nilai yang stabil
 Contoh : Bayaran harga rumah dibuat secara ansuran untuk tempoh sehingga 20 tahun
akan datang

4. Alat Simpanan Nilai


 Wang boleh disimpan untuk kegunaan masa depan kerana wang tahan lama dan
mempunyai nilai yang stabil
 Contoh : Wang hasil sewa disimpan di dalam bank untuk kegunaan masa hadapan

E. Kebaikan Sistem Wang Berbanding Sistem Barter

ASPEK SISTEM WANG SISTEM BARTER

Perantaraan Menyelesaikan masalah Berlaku antara individu


Pertukaran kehendak serentak yang saling menghendaki

Ukuran Nilai Memberikan ukuran nilai Sukar untuk menilai


seragam barangan

Penyimpan Nilai Ciri tahan lama dan stabil Barang tidak tahan lama
Yang Baik

Bayaran Nilai wang yang stabil Barang tanpa nilai yang


Tertunda membolehkan pembelian stabil menyukarkan
secara ansuran pembayaran secara
ansuran

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 3


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Untuk setiap situasi di bawah, nyatakan fungsi-fungsi wang

Situasi Fungsi Wang

i) Seorang pekebun menerima wang daripada jualan sayur-


sayurannya. Wang yang diterima akan digunakan untuk
membeli ikan.

ii) Encik Saiful membeli sebuah kereta melalui cara sewa


beli. Ansuran bulanan yang dibayar ialah RM 620.

iii) Dalam bulan April, Puan Zaleha membelanjakan RM300


untuk makanan, RM80 untuk pakaian, danRM 50 untuk
tambang bas.

iv) Setiap bulan, Encik Maniam menabung RM100 dengan


tujuan untuk melancong ke Australia.

v) Puan Maimum menyimpan RM 50,000 di Bank XXY.

vi) Encik Robert membeli sebuah TV Plasma 42” dengan


harga RM 4,999 daripada Kedain Seng Hong.

vii) Herman meletakkan tanda harga RM 70.50 pada barang


perhiasan yang dijual di kedainya.

viii) Encik Ramesh membayar ansuran keretanya sebanyak


RM 850.

ix) Puan Zaireen membeli daging lembu tempatan dengan


harga RM 15 sekilogram.

2. Terangkan maksud sistem barter.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

3. Nyatakan kelemahan-kelemahan sistem barter.


i) _______________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________
iii) _______________________________________________________________
iv) _______________________________________________________________

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 4


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

4. Untuk setiap pernyataan berikut, nyatakan kelemahan sistem barter yang dihadapi.

Pernyataan Kelemahan Sistem


i) Ahmad mempunyai seekor ayam dan berkehendakkan beras.
Aminah mempunyai beras dan berkehendakkan buah-buahan.
Pertukaran tidak dapat dijalankan antara Ahmad dengan
Aminah.

ii) Tan mempunyai seekor kambing dan berkehendakkan ayam.


Sementara itu, Muthu mempunyai seekor ayam dan
berkehendakkan kambing. Pertukaran tidak boleh berlaku
antara Tan dengan Muthu, atas sebab kadar pertukaran ialah
10 ekor ayam bertukar dengan seekor kambing.

iii) Barang-barang senang rosak dan kekayaan seseorang tidak


sesuai disimpan dalam bentuk barang.

iv) Saiz barang berbeza dan berat dua ekor haiwan berlainan.
Keadaan seperti ini menyukarkan pertukaran antara dua pihak.

5. Perbandingan Deposit Semasa dan wang Kertas :

Deposit semasa Wang Kertas

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 5


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

SOALAN ESEI

1. Jadual menunjukkan iklan computer daripada Syarikat Sheng Heng

Mega Sales! Komputer Baru !


Harga tunai RM 3,999
Promosi RM 2,999
Bayaran ansuran RM 50 seminggu
Pendahuluan RM 0

Jelaskan fungsi wang dalam iklan di atas. [ 6 markah]


_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

2.
 Wang belum dicipta
 Ahmad mempunyai ayam dan berkehendakkan beras
 Fatimah mempunyai beras dan berkehendakkan ayam

Apakah sistem pertukaran yang diamalkan dalam huraian di atas? Mengapakah sistem pertukaran ini tidak
diamalkan pada masa kini? [11 markah]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 6


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

1.2 BANK

A. Jenis-Jenis Bank Di Malaysia

Jenis Bank Tujuan Ditubuhkan Contoh


 Bank terbesar dan terpenting dalam industri perbankan
a. Bank  Dimiliki oleh pihak swasta Maybank
Perdagangan  Aktivitinya berteraskan keuntungan Berhad
 Menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai
Konvensional &  Menerima deposit melalui akaun tetap, tabungan dan Bank Islam
Bank Islam semasa Malaysia Bhd

b. Bank Pusat  Ditubuhkan pada 26 Jan 1959 di bawah Ordinan bank Bank Negara
Negara Malaysia 1958 Malaysia
 BNM memberi perkhidmatan perbankan kepada
kerajaan dan bank-bank lain
 Fungsi BNM ialah :
a. Mengeluarkan mata wang
b. Mengawal kestabilan mata wang
c. Jurubank kepada kerajaan
d. Jurubank kepada bank perdagangan

c. Syarikat  Tertakluk kepada Akta BAFIA 1989 Public Finance


Kewangan  Milik swasta dan aktivitinya berteraskan keuntungan Berhad
 Perkhidmatan utamanya ialah menerima deposit melalui
akaun tabungan dan akaun tetap sahaja
 Juga terlibat dalam pemberian pinjaman, perniagaan
gadaian dan sewa beli

d. Bank  Menyediakan perkhidmatan berbayar kepada golongan Affin Merchant


Saudagar peniaga (korporat) sahaja Bank Berhad
 Perkhidmatan utama bank saudagar adalah :
a. Menerima deposit tetap
b. Memberi khidmat rundingan korporat
c. Mengurus pinjaman bersindiket (pinjaman
berjumlah besar dari beberapa institusi
kewangan)
d. Menanggung jamin terbitan syer (membeli baki
syer tidak terjual syarikat yang dijamin dalam
sesuatu terbitan syer)
e. Khidmat pengurusan berportfolio seperti
pengurusan pelaburan

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 7


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

Perkhidmatan/Fungsi-fungsi Bank Perdagangan :


 menyediakan kemudahan pembayaran – cek, pindahan kredit, draf bank, debit langsung,
perintah sedia ada, kad kredit
 mengurus pertukaran asing
 perkhidmatan sokongan lain – peti simpanan keselamatan, khidmat nasihat dan
perundangan, pemegang amanah
 Antara perkhidmatan utama bank perdagangan adalah :
 menerima deposit – ak. simpanan tetap, ak. tabungan dan ak. semasa
 memberi pinjaman – overdrdaf,pinjaman persendirian, kad kredit

a) Perbezaan Ciri Akaun Tabungan, Akaun Simpanan tetap dan Akaun


Semasa
Akaun Tabungan Akaun Simpanan Tetap Akaun Semasa
Jumlah simpanan Jumlah simpanan Jumlah simpanan
minimum lebih rendah minimum lebih tinggi minimum lebih tinggi
Faedah yang diberikan Faedah yang diberi lebih Tiada faedah simpanan
lebih rendah tinggi mengikut tempoh (dikenakan bayaran
simpanan perkidmatan)
Boleh mengeluarkan Wang tidak boleh Wang boleh
wang simpanan bila-bila dikeluarkan sebelum dikeluarkan pada bila-
masa di kaunter bank, tempoh matang bila masa
buku simpanan atau simpanan menggunakan cek atau
mesin ATM kad ATM
Pendeposit diberi Pendeposit diberi Pendeposit diberi
dokumen Buku dokumen Sijil Simpanan dokumen Buku Cek
Simpanan Tetap
Kemudahan kad kredit Tiada kemudahan Kemudahan overdraf,
dan kad ATM disediakan disediakan kad ATM dan kad
kredit disedikan

b) Memberi Pinjaman atau Pembiayaan :


i. Overdraf
 Kemudahan untuk mengeluarkan wang melebihi baki dalam akaun semasa
 Boleh dipohon oleh pemegang akaun semasa sahaja
 Pinjaman jangka pendek
 Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah overdraf yang dilakukan
 Jumlah faedah bergantung kepada bilangan hari wang dipinjam

ii. Pinjaman (persendirian, bercagar, kad kredit)


a) Pinjaman persendirian
 merupakan pinjaman jangka pendek
 Tempoh pinjaman kurang daripada 3 tahun dan tidak memerlukan cagaran
 Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan

b) Pinjaman bercagar
 Pinjaman untuk membeli aset tetap seperti rumah dan tanah
 Merupakan pinjaman jangka panjang

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 8


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

 Tempoh pinjaman melebihi lima tahun


 Peminjam diminta mencagarkan hartanya kepada pihak bank untuk memperoleh pinjaman
tersebut
 Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan

c) Pinjaman melalui kad kredit


 Membeli barang atau perkhidmatan secara kredit
 Bank akan membuat bayaran bagi pihak pengeluar kad kredit dan seterusnya bank akan
menuntut bayaran daripada pemilik kad kredit
 Bayaran akan dibuat secara sepenuhnnya atau secara ansuran setiap bulan oleh pemegang
kad kredit
 Kadar faedah dikenakan ke asts jumlah yang belum diselesaikan

c) Menyediakan Kemudahan Pembayaran :


i.Sistem cek
- pemegang akaun semasa boleh menggunakan cek untuk membuat pembayaran kepada
pihak lain
- cek merupakan arahan oleh pemilik akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran
kepada penerima cek berdasarkan jumlah yang tercatat dalam cek
ii.Arahan kepada bank :

Jenis Penerangan

a) Perintah sedia - Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang ak.semasa dan
ada ak.tabungan kepada bank untuk membuat bayaran tetap yang
berulangan pada tarikh-tarikh tertentu.
- Contohnya : bayaran premium insurans, ansuran bulanan rumah /
kereta dan lain-lain.

b) Debit langsung - Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang ak.semasa dan ak.
tabungan kepada bank untuk membuat bayaran yang tidak tetap pada
tarikh pembayaran yang tidak tetap
- Contohnya : bayaran bil elektrik dan telefon

c) Pindahan kredit - Bank perdagangan membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima
- Disediakan oleh bank kepada pemegang ak.semasa dan ak.
Tabungan
- Contohnya : pembayaran gaji, bonus, dividen

d) Kad kredit - Bank membiayai perbelanjaan kad kredit dengan membayar bil bagi
mereka
- Pemegang kad perlu menjelaskan wang pada hujung bulan
- Faedah akan dikenakan terhadap baki kredit yang belum dijelaskan

e) Draf bank - Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggam

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 9


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

- Biasanya digunakan untuk membuat pembayaran dan kiriman wang


di dalam dan luar negara
- Memudahkan proses kiriman wang atau pembayaran permohonan
untuk melanggan terbitan saham baru

f) Cek kembara - Cek yang dikeluarkan oleh bank untuk memudahkan orang ramai
yang hendak membuat pembayaran semasa membuat lawatan ke
negara asing
- Dijual dalam mata wang asing dan boleh ditunaikan di negara yang
dilawati
- Kebaikannya ialah seseorang tidak perlu membawa sejumlah wang
tunai yang banyak semasa melancong ke luar negara

d) Konsep Skim Perbankan Islam :


- Merupakan suatu sistem perbankan tanpa faedah berasaskan prinsip Islam
- Antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam Skim Perbankan Islam termasuklah :
a) Wadiah d) Murabahan
b) Musyarakah e) Bai Bithaman Ajil
c) Mudharabah f) Bai At Takjiri

SOALAN STRUKTUR

1. Nyatakan jenis-jenis bank .


i.
ii.
iii.
iv.

2. Terangkan perbezaan antara Skim Perbankan Islam (SPI) dengan Skim Perbankan
Konvensional.
Skim Perbankan Islam Skim Perbankan Konvensional

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 10


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

3. Lengkapkan rajah di bawah


Fungsi Bank Perdagangan

a) Menerima deposit b)Memberi pinjaman c) Kemudahan pembayaran

4.Huraikan tiga jenis simpanan yang disediakan oleh Bank Perdagangan [9 markah]
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

5. Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh Bank Perdagangan [4 markah]


____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 11


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

FUNGSI BANK PUSAT

MENGELUARKAN MATA WANG JURU BANK KEPADA KERAJAAN


 Mentadbir akaun kerajaan
 mengeluarkan mata wang syiling dan wang
kertas
 Menguruskan hutang negara
 mewujudkan sandaran minimum
 Memberi pendahuluan
 sandaran adalah dalam bentuk rizab
antarabangsa iaitu emas dan pertukaran  Menjalankan pertukaran asing bagi pihak
asing kerajaan

 Sebagai penasihat pelaburan kerajaan

MENGAWAL KESTABILAN
NILAI MATA WANG

 Mewujudkan sandaran minimum sebanyak JURU BANK KEPADA BANK PERDAGANGAN


80.59 % untuk setiap unit mata wang dalam
bentuk rizab antarabangsa  menyimpan dan mengawal rizab berkanun
dan rizab tunai
 Campur tangan dalam pasaran pertukaran
asing membeli atau menjual pertukaran asing  menyediakan rumah penjelasan bertujuan
bagi mempengaruhi nilai Ringgit Malaysia menunaikan cek-cek antara bank-bank
perdagangan
 Mengawal inflasi dengan menggunakan alat-
alat kewangan  sumber pinjaman terakhir bank-bank
perdagangan

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 12


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI ATAU KEMELESETAN

CARA BANK PUSAT KAWAL CARA BANK PUSAT KAWAL


INFLASI KEMELESETAN

KADAR RIZAB TUNAI KADAR RIZAB TUNAI


 Naikkan kadar rizab tunai  Turunkan kadar rizab tunai
 Keupayaan bank perdagangan  Keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman berkurangan memberi pinjaman meningkat
 Penawaran wang di pasaran jatuh  Penawaran wang di pasaran
 Permintaan barang jatuh meningkat
 Permintaan barang naik

KADAR RIZAB BERKANUN


 Naikkan kadar rizab berkanun KADAR RIZAB
 Keupayaan bank perdagangan BERKANUN
memberi pinjaman berkurangan  Turunkan kadar rizab berkanun
 Penawaran wang di pasaran jatuh  Keupayaan bank perdagangan
 Permintaan barang jatuh memberi pinjaman meningkat
 Penawaran wang di pasaran
meningkat
KADAR FAEDAH  Permintaan barang naik
 Naikkan kadar faedah
 Kos pinjaman meningkat
 Jumlah pinjaman berkurangan KADAR FAEDAH
 Penawaran wang di pasaran jatuh  Turunkan kadar faedah
 Permintaan barang jatuh  Kos pinjaman berkurangan
 Jumlah pinjaman meningkat
 Penawaran wang di pasaran
SURAT JAMINAN meningkat
KERAJAAN  Permintaan barang naik
 Jual surat jaminan kerajaan
 Penawaran wang di pasaran jatuh
 Permintaan barang jatuh SURAT
JAMINANKERAJAAN
 Beli surat jaminan kerajaan
SYARAT SEW A BELI  Penawaran wang di pasaran
 Mengetatkan syarat sewa beli meningkat
 Pinjaman maksimum akan  Permintaan barang naik
dikurangkan
 Tempoh bayar balik akan
dipendekkan SYARAT SEW A BELI
 Jumlah pinjaman berkurangan  Melonggarkan syarat sewa beli
 Penawaran wang di pasaran jatuh  Pinjaman maksimum akan
 Permintaan barang jatuh ditingkatkan
 Tempoh bayar balik akan
dipanjangkan
 Jumlah pinjaman meningkat
 Penawaran wang di pasaran
meningkat
 Permintaan barang naik

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 13


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

SOALAN STRUKTUR

Berdasarkan maklumat atau situasi yang diberi, jawab soalan berikut.

1.
Ramai pekerja terpaksa diberhentikan berikutan pelabur asing yang
beralih ke negara lain yang lebih kompetitif

(i) Apakah fenomena ekonomi tersebut?


_______________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, bank pusat harus membeli atau menjual surat jaminan kerajaan untuk
menstabilkan ekonomi?Jelaskan
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Nyatakan tiga peranan utama bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan.
(i)_______________________________________________________________
(ii)_______________________________________________________________
(iii)_______________________________________________________________

3. Nyatakan tiga cara bank pusat menjaga kestabilan nilai Ringgit Malaysia.
(i)_______________________________________________________________
(ii)_______________________________________________________________
(iii)_______________________________________________________________

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 14


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

A. Jenis-jenis institusi kewangan bukan bank

Institusi Kewangan bukan bank terdiri daripada

i) Bank Simpanan Nasional (BSN)


ii) Syarikat Insurans (termasuk syarikat takaful)
iii) Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP)
iv) Lembaga Tabung Haji. (LTH)

i) Bank Simpanan Nasional

 Ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah bank Badan
Berkanun dan modalnya disumbangkan oleh kerajaan
 Ditubuhkan oleh pihak kerajaan.
 Bertujuan untuk menggalakkan tabungan di kalangan masyarakat yang berpendapatan
sederhana dan rendah.

Fungsi utama bank Sinpanan Nasional adalah:


 Menerima deposit daripada orang ramai melalui deposit tetap, deposit tabungan,
akaun GIRO dan akaun SEDAR
 Menggalakakkan tabungan dengan menjual Sijil Simpanan Premium yang
membolehkan pemegang sijil berpeluang memenangi hadiah dan tabungan melalui
Amanah Saham Nasional
 Memberi pinjaman kepada orang ramai seperti pinjaman perumahan, pinjaman
pendidikan dan perniagaan, dan BSN juga memberi pinjaman kepada kerajaan dengan
cara membeli surat jaminan kerajaan
 Menggalakkkan pelaburan – dana yang terkumpul akan disalurkan untuk membuat
pelaburan di mana pelaburan terbesar adalah dalam surat jaminan kerajaan

ii) Syarikat Insurans

 Merupakan institusi kewangan yang memberi perlindungan kepada pemegang


polisi daripada kerugian harta benda, pendapatan atau nyawa akibat risiko yang
boleh diinsuranskan.

 Fungsi syarikat insurans :

- Memberi perlindungan kepada pemegang polisi


- Menggalakkan tabungan dalam kalangan orang ramai
- Menggalakkan pelaburan di mana dana yang dikumpul oleh orang ramai disalurkan untuk
tujuan pelaburan dengan cara membeli sekuriti kerajaan
- Memberi pinjaman kepada pemegang polisi melalui polisi insurans nyawa

iii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 Ditubuhkan di bawah Akta KWSP 1951 untuk menjamin kedudukan kewangan pekerja
selepas bersara
 Merupakan sebuah institusi kewangan tabungan terbesar di Malaysia

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 15


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

iv) Lembaga Tabung Haji (LTH)

 LTH ditubuhkan untuk membantu bakal haji menyimpan wang untuk menunaikan ibadah
Haji.

 Fungsi lain LTH ialah

i) Membolehkan orang islam menabung secara beransur-ansur bagi memenuhi


perbelanjaan menunaikan fardu haji.
ii) Memberikan perlindungan dan kebajikan kepada jemaah haji yang menunaikan fardu
haji denga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

B Fungsi Institusi Kewangan Bukan bank

a) Menerima deposit
b) Menggalakkan tabungan
c) Menggalakkan pelaburan
d) Sumber kewangan kepada pasaran modal negara

- Fungsi institusi kewangan bukan bank adalah seperti berikut:

Fungsi Syrkt Insurans BSN LTH KWSP


Menerima Menerima Menerima deposit Menerima Menerima
deposit premium tetap dan caruman caruman
insurans tabungan bulanan bulanan
Menggalakkan Dalam kalangan Dalam kalangan Dalam Dalam
tabungan pemegang polisi masyarakat yang kalangan orang kalangan
berpendapatan Islam pekerja
sederhana
Menggalakkan Tabungan Tabungan Tabungan Tabungan
pelaburan disalurkan untuk disalurkan untuk disalurkan utk disalurkan utk
pelaburan dlm pelaburan pelaburan dlm pelaburan
sektor swasta & terutamnya dlm perniagaan yg dlm sektor
awam sektor awam halal swasta &
awam
Sebagai Dengan cara Dengan cara Dengan cara Dengan cara
sumber memberi membeli surat membeli sijil membeli
kewangan pinjaman kepada jaminan kerajaan pelaburan surat jaminan
kepada pasaran firma dan kerajaan kerajaan
modal negara kerajaan

Sumbangan Perkhidmatan Institusi Kewangan Bukan bank Kepada Perkembangan


Ekonomi Negara

 Menggalakkankan pelaburan

-Menyalurkan dana yang dikumpul untuk membiayai projek pelaburan sektor awam dan
swasta seperti melabur dalam bidang hartanah, pembinaan dan perladangan
 Menggembleng dan menggerakkan dana

- Meminjamkan wang kepada individu, pihak swasta dan kerajaan untuk tujuan
pembelian harta tetap, dan projek pembangunan negara

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 16


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

 Meningkatkan guna tenaga


- Menyediakan peluang pekerjaan

 Mengurangkan Pinjaman Luar Negara


- Pelaburan yang dibuat dalam sekuriti dan bon kerajaan akan mengurangkan pinjaman
dari luar negara
- Menjamin kestabilan mata wang

 Menstabilkan ekonomi Negara

- Membantu kerajaan mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi.


- Contohnya : semasa inflasi, kerajaan akan menjual sekuriti kerajaan kepada institusi
kewangan bukan bank

Soalan struktur

INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK

1. Nyatakan empat cara institusi kewangan bukan bank menggalakkan tabungan.


(i)_______________________________________________________________
(ii)_______________________________________________________________
(iii)_______________________________________________________________
(iv)_______________________________________________________________

2. Nyatakan tiga persamaan antara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan Bank Simpanan
Nasional
(i)_______________________________________________________________
(ii)_______________________________________________________________
(iii)_______________________________________________________________

3. Lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan objektif penubuhan institusi kewangan


bukan bank.

Institusi Kewangan Bukan Bank Objektif


(i) Syarikat Takaful Malaysia

(ii) Lembaga Tabung Haji

(iii) Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja
(iv) Bank Simpanan Nasional

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 17


WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

4. Legkapkan rajah di bawah dengan sumbangan institusi kewangan bukan bank terhadap
ekonomi Malaysia.
SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN
BUKAN BANK TERHADAP EKONOMI
MALAYSIA
(a)

(b)

(c)

(e)

(a)

MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 5 18

Вам также может понравиться