You are on page 1of 1

Berita-Sempena Hari Kemerdekaan

KULAI, 1 September 2017 - Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kulai Besar telah
menyambut sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lalu. Guru-guru dan
murid-murid telah berkumpul di dewan sekolah pada pukul 7.30 pagi untuk
meraikan Hari Kemerdekaan.

Tujuan Hari Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap


patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, dapat memberi pendedahan
kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga
dapat dipupuk amalan bersyukur dan menghargai kemajuan yang dicapai oleh
negara.

Pada 31 Ogos, upacara perasmian sambutan hari berkenaan telah dilakukan


oleh Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat
tinggal di negara yang aman. Kemudian, persembahan deklamasi sajak dan koir
bertemakan kemerdekaan dijalankan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Hari Kemerdekaan ialah


pertandingan mewarna bendera Malaysia, pertandingan menulis esei, pertandingan
melukis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap dua telah
menghantar peserta bagi pertandingan menulis esei dan melukis poster. Murid-
murid tahap satu pula menyertai pertandingan mewarna bendera Malaysia.

Setelah itu, murid-murid menyanyikan lagu kemerdekaan. Selain itu, mereka


juga mengibar bendera Jalur Gemilang dan melaungkan kalimah “Merdeka” dengan
penuh bersemangat.

Sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah pada tahun ini disambut dengan


sangat meriah dapat mengeratkan hubungan antara kaum lain. Guru Besar
berharap semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa
setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan
menjadi generasi pelapis negara.