Вы находитесь на странице: 1из 4

Khamis, 1 March 2018 |

Anugerah Community Award for Citizenship yang dimenangi Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd
Sirhajwan Ide di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. - Foto Ihsan Mohd Sirhajwan.

Guru Malaysia juara anugerah global di Dubai

Oleh Mohd Azrone Sarabatin


azrone@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
Tweet

Share

KUALA LUMPUR: Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd


Sirhajwan Idek, 30, terus mencipta sejarah di peringkat global apabila
menjuarai anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah
Arab Bersatu (UAE), semalam.

Beliau menewaskan tujuh peserta yang layak ke final anugerah sempena


Global Educational Supplies and Solutions (GESS) Education Awards itu.

"Alhamdulillah saya menang anugerah GESS selepas bersaing sengit


dengan guru bertaraf global," katanya menerusi aplikasi WhatsApp, pagi
ini.

Sirhajwan turut tersenarai antara 11 finalis tercalon Outstanding


Contribution in Education Award sempena GESS.

Bulan lalu, Sirhajwan dianugerahkan biasiswa International Association of


Teachers of English as a Foreign Language (IATEFL) kategori Express
Publishing selepas menewaskan 220 pemohon dari seluruh dunia.

Pada September 2017, beliau mencipta sejarah apabila menjuarai


Anugerah Kecemerlangan Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi
Antarabangsa sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah
di Novancia Business School, Paris.
Guru Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Mohd Sirhajwan Idek, menjuarai anugerah Community Award for

Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. - Foto Ihsan Mohd Sirhajwan
Terdahulu pada Mac 2017, pendidik berbangsa Bajau itu turut tersenarai
dalam kelompok 50 finalis Hadiah Guru Global juga di Dubai.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata
Sirhajwan menjadi rakyat Malaysia pertama menang anugerah di GESS
Education Awards apabila diumumkan sebagai pemenang Community
Award for Citizenship, menewaskan tujuh finalis lain di peringkat
antarabangsa.

Katanya, majlis anugerah itu dijalankan secara besar-besaran dihadiri


pelbagai wakil syarikat dan organisasi dari seluruh dunia yang berkaitan
dengan pendidikan serta golongan pendidik untuk meraikan pencapaian
dan usaha dalam bidang pendidikan.

"Tahniah kepada Cikgu Sirhajwan Idek dari Kolej Vokasional Keningau


menjadi rakyat Malaysia pertama menang anugerah di GESS Education
Awards apabila diumumkan sebagai pemenang Community Award for
Citizenship.

"Beliau yang tercalon dua anugerah bagi GESS Education Awards 2018
adalah satu-satunya tercalon untuk dua anugerah pada masa sama,"
katanya dipetik dalam lama Facebooknya, hari ini.

Вам также может понравиться