Вы находитесь на странице: 1из 21

RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

ANALISIS KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP


Tajuk 1
SEKOLAH RENDAH

Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini diharap pelajar akan dapat:
1. Menerangkan maksud dan konsep kurikulum
2. Menghurai jenis-jenis kurikulum
3. Menceritakan sejarah perkembangan KHSR
4. Memperincikan Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
5. Menjelaskan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kerangka Konsep Tajuk 1

Analisis Kurikulum KHSR

Analisis Huraian
Sukatan Pelajaran Inovasi Kurikulum
KHSR KHSR

Analisis Sukatan Analisis Pekeliling-


Pelajaran KHSR Pekeliling Ikhtisas
berkaitan

1
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.0 Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam
kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta
pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah
selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan
keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah
untuk menyediakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya
menangani cabaran.

Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea
yang kreatif, inovatif dan inventif. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula memberi peluang
kepada murid memupuk sifat-sifat dan unsur-unsur keusahawanan.

Aspek inovasi dalam kurikulum kemahiran hidup sentiasa diberi fokus bagi memastikan modal
insan yang dibina mempunyai kemahiran yang kontemporari.

1.1 Analisis Sukatan Pelajaran KHSR

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) yang dibentuk menyediakan ruang
dan peluang kepada murid membangun sikap positif melalui penguasaan pengetahuan dan
kemahiran yang disalurkan secara komprehensif (tidak terpecah-pecah). Dalam sesuatu aktiviti
yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan
keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.
Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya
kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata
pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan
penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua
ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.1.1 Definisi Kurikulum

Sebelum kita berbincang dengan lanjut, kita lihat beberapa definisi kurikulum:

Menurut Smith et al (1957),kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di


sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan.

Neagley & Evans (1967) pula menyatakan, kurikulum ialah semua pengalaman yang
dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Pengalaman tersebut diutarakan untuk
membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu mengikut
kadar keupayaan masing-masing dengan keadaan yang paling baik.

Menurut Stenhouse (1975), kurikulum ialah menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul
pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan
berkesan.

Seterusnya Shepherd dan Ragan (1993) menyatakan, kurikulum adalah sebagai mata pelajaran
atau kandungan pelajaran ( seperti Sains, matematik, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya)
bagi tahun, gred, kelas atau tingkatan tertentu.

Definisi-definisi kurikulum di atas menunjukkan ada pihak yang mendefinisikan kurikulum secara
sempit dan ada pula secara luas. Rumusan yang boleh dibuat ialah – fokus kurikulum adalah
untuk membangunkan modal insan secara optimum. Di negara kita, sistem pendidikan adalah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini
menjadi asas kepada kurikulum pendidikan. Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
kurikulum pendidikan kita pada umumnya adalah untuk membentuk pelajar yang berketrampilan
melalui perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Justeru, bagi memberikan gambaran yang jelas dan memandu arah tindakan semua pihak yang
berkepentingan dalam pendidikan di Malaysia, KPM memperhalusi definisi kurikulum dalam Akta
Pendidikan 1996 sebagai;

Segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu
rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-
unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya.
Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan

3
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid pada akhir tempoh persekolahan masing-
masing.

Definisi tersebut menjelaskan bahawa kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting
dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan
penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

Renung sejenak.
Apakah kesan definisi kurikulum yang pelbagai kepada bidang
pendidikan?

1.1.2 Konsep dan jenis kurikulum.

Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan. Pelbagai penerokaan dan
penemuan baharu diketengahkan oleh ahli-ahli kurikulum untuk menjadikan bidang pendidikan
lebih dominan dan pragmatik. Justeru, lahir pelbagai fahaman konsep kurikulum. Apa yang boleh
dirumuskan, konsep kurikulum meliputi elemen-elemen berikut:
Kurikulum: Apa yang diajar di sekolah
Kurikulum: Suatu set pelajaran
Kurikulum: Suatu kandungan pelajaran
Kurikulum: Suatu program pengajian/pendidikan
Kurikulum: Suatu set bahan
Kurikulum: Suatu urutan kursus
Kurikulum: Suatu set objektif pencapaian/prestasi
Kurikulum: Kursus pengajian
Kurikulum: Semua perkara yang berlaku di sekolah – termasuk kelas tambahan, kaunseling,
dan hubungan inter-personal
Kurikulum: Perkara-perkara yang diajar di dalam dan luar sekolah atas arahan pihak sekolah
Kurikulum: Kesemua perkara yang dirancang oleh kakitangan sekolah
Kurikulum: Beberapa siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah
Kurikulum: Pengalaman yang dilalui pelajar hasil daripada persekolahan

Antara konsep-konsep kurikulum adalah seperti paparan berikut:

4
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Konsep Pertama

Konsep Kelima Kurikulum sebagai kursus pengajaran yang


menjadi dokumen khas & panduan sumber
Kurikulum sebagai pengalaman yang bercatat untuk kurikulum - merangkumi
dikecap dibawah jagaan sekolah adalah cadangan-cadangan untuk guru berhubung
kurikulum tersisat dengan:
 matlamat
 objektif
 pelajar
 pengalaman pelajaran
 isi kandungan pelajaran
 kaedah
 bahan dan
 cara penilaian

KONSEP KURIKULUM

Konsep Kedua

Kurikulum selalunya dikaitkan dengan isi


kandungan mata pelajaran dan dengan ini
lazimnya terdiri daripada mata pelajaran
yang diajar kepada pelajar
Konsep Keempat

Kurikulum sebagai pengalaman


pembelajaran terancang.
Kurikulum adalah kaedah-kaedah yang Konsep Ketiga
digunakan oleh institusi yang menyediakan
peluang kepada pelajar mengecap Kurikulum sebagai program pengajian yang
pengalaman pembelajaran yang diingini merujuk kepada mata pelajaran yang diajar
(kung, 1956) di sekolah mengikut aliran atau jurusan yang
ditetapkan

5
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Konsep Kesembilan
Konsep Keenam
Beberapa pakar kurikulum & pendidikan Kurikulum sebagai siri hasil pembelajaran
berpendapat definisi kurikulum harus yang berstruktur.
dipelbagaikan @ diperluaskan. ( konsep ini bersandarkan kepada Johnson
Schawb (1969) berpendapat bidang (1967) - Kurikulum adalah suatu panduan
kurikulum terbantut seandainya terlalu
arahan & dianggap suatu yang sudah
bergantung kepada isi teori yang terperinci
dijangkakan
dan semakin terpencil (contoh- definisi
kurikulum yang tepat sahaja)

KONSEP
KURIKULUM Konsep Ketujuh

Kurikulum sebagai pelan tindakan bertulis.


Konsep Kelapan Ditegaskan oleh McDonald (1965) –
mencadangkan supaya sekolah mempunyai
Taba(1962) –konsep kompromi kurikulum sistem yang saling berinteraksi dan
melewati pendidikan dan kurikulum moden. melengkapi antara satu sama lain iaitu:
Konsep ini bergantung pada penialaian yang  sistem personaliti individu yang
subjektif dan fleksibel kerana tiada pemisah bertindak secara profesional
yang jelas antara kontinum kurikulum yang  tindakan oleh pelajar yang dianggap
terlalu umum dan spesifik oleh guru sebagai tugasan berkaitan
 sistem pengajian dan pembelajaran
 sistem kurikulum sosial

6
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Kurikulum operasi Kurikulum Rasmi

Kurikulum yang digunakan dalam Kurikulum yang terdapat


bilik darjah dalam dokumen rasmi

Kurikulum tersembunyi
Ko Kurikulum
Perkara-perkara yang diajar
Pengalaman terancang di
JENIS-JENIS
dalam bilik darjah tetapi tidak
luar bilik darjah KURIKULUM terdapat dalam kurikulum rasmi

Kurikulum Nol

Subjek yang tidak diajar

7
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.1.3 Sejarah perkembangan KHSR

Pada tahun 1979, satu Jawatankuasa Kabinet telah mengambil keputusan untuk menetapkan
mata pelajaran Pendidikan Kemahiran Hidup (KH) sebagai satu mata pelajaran wajib bagi semua
pelajar tahap dua peringkat sekolah rendah di Malaysia. Perkembangan ini adalah ekoran
daripada pendapat ramai bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada ketika itu sudah tidak
releven lagi kerana terlalu banyak memberi penekanan kepada mata pelajaran berbentuk
akademik dan peperiksaan semata-mata.

Justeru, mata pelajaran KH telah dimasukkan dalam satu kurikulum baharu yang dinamakan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan pada
masa itu. KBSR dirancang dan dibentuk supaya aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah
adalah bercorak pendidikan asas. Justeru, matlamat pendidikan adalah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh. KBSR dibentuk berlandaskan kepada perakuan 57 (a)
Laporan Kabinet iaitu ;

“Kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan Murid-murid mencapai


kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam
kelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengn keperluan minat, bakat dan
kemampuan mental serta kesediaan murid itu,” (halaman 242).

Pusat Perkembangan Kurikulum telah ditugaskan untuk merancang satu sukatan pelajaran KH
untuk Tahun IV hingga VI yang dinamakan Tahap Dua dan kurikulum Kemahiran Hidup ini
merupakan salah satu bidang yang ditawarkan di bawah Kurikulum Teknik dan Vokasional.
Program KBSR ini telah diuji pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah yang terpilih dan
dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. Maka, tahun 1983 merupakan detik sejarah
yang amat penting bagi mata pelajaran KH di Malaysia. Pelancaran Kurikulum Baru Sekolah
Rendah pada tahun 1982 telah memartabatkan mata pelajaran KH sebagai mata pelajaran yang
wajib di semua sekolah rendah.

Menjadi harapan besar agar semua pihak memainkan peranan secara berkesan terhadap
pelaksanaannya kerana ia merupakan satu usaha menjadikan kanak-kanak berasa senang dan
memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini
apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan
diri kanak-kanak.

8
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, satu semakan semula
telah dijalankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penyemakan kurikulum ini bertujuan untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran
pendidikan pada abad 21. Kurikulum pendidikan KH KBSR yang digubal semula ini mendukung
hasrat mulia negara – iaitu menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini
dan akan datang.

Kandungan mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah telah diolah berdasarkan dua bidang
pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kedua-
dua bidang pembelajaran tersebut terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi
tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan yang telah disepakati oleh panel penggubal.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Kemahairan Hidup Sekolah Rendah

1.2.1 Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid :
a. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja
b. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul
c. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D
d. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk
e. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen
f. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar
semula
g. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik
h. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan
bahagian bangunan
i. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan
j. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan
k. memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran
l. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan
m. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan
n. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab
o. Meminati bidang perniagaan
p. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif
q. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

9
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.2.2 Organisasi Kandungan


Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk
dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada
beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan.

a. Bidang Reka Bentuk dan Teknologi


Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan
menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1992). Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui
aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka
bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan
binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta
membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti
menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di
samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan
penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid
diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan
di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti
ini.

b. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan


Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid
dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang
diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan
merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga
barang. Selain itu murid turut didedahkan cara untuk menguruskan perbelanjaan diri
dan merancang perbelanjaan harian dengan lebih bijak. Unsur keusahawanan dan
sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga dan kehidupan
harian. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).

1.2.3 Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

a. Penekanan
Pembelajaran Kemahiran Hidup memberikan penekanan pembelajaran melalui pengalaman.
Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis
yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya.
Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran:

10
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

 membuat lakaran bentuk asas


 mereka bentuk dan penghasilan projek
 mengenal pasti dan membezakan litar elektrik
 menyenggara dan membaik pulih alatan
 menghasilkan tumbuhan hiasan
 mengusahaniaga barang

Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan berkualiti dengan kemahiran yang hendak
dikuasai. Guru seharusnya mengintegrasi penyampaian pengetahuan dengan aktiviti murid.
Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap berdikari, inovatif, kreatif,
bekerja tanpa membazir (cekap), dan berminat menjalankan kerja-buat- sendiri.

b. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.


Guru berpeluang menggunakan pelbagai kaedah yang merangsang minda murid secara
optimum Antaranya ialah tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbangsaran, main
peranan, permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan. Pemilihan kaedah seharusnya
bergantung kepada beberapa faktor, antaranya objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas dan
taraf kebolehan murid dan kemahiran guru itu sendiri. Yang penting, guru harus mewujudkan
suasana pembelajaran terbuka untuk menggalakkan pembelajaran yang mencabar dan
berkesan.

Dalam mereka bentuk aktiviti dan projek, guru digalakkan menggunakan kaedah yang
membangun kreativiti dan menggunakan seberapa banyak bahan terbuang yang boleh
didapati di persekitaran. Ini bermakna aktiviti dan projek tidak hanya bergantung kepada
bahan yang dibeli sahaja. Penggunaan bahan terbuang secara tidak langsung menanamkan
sifat jimat cermat dan membangunkan sifat kreatif, inovatif dan pemikiran kritis dalam
kalangan murid. Murid akan sedar kepada sumber yang ada disekeliling mereka dan
berupaya menggunakannya untuk mendapat faedah. Antara bahan tersebut termasuklah
buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, reja kayu, reja paip plastik, bahagian atau komponen
mesin yang sudah dugunakan seperti skru, bolt dan nat, alas bebola dan roda.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu dijadikan landasan dalam pengajaran
dan pembelajaran KHSR untuk menyediakan murid menjadi insan yang dilengkapi dengan
kemahiran untuk hidup. Justeru pemilihan kaedah perlu mengambilkira keupayaan untuk
membangunkan daya imaginasi dan kreativiti murid dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Antara kemahiran berfikir yang diberi tumpuan dalam bidang ‘Reka Bentuk dan Teknologi’
termasuk:

11
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

 Menghubungkait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk


 Menjana idea kreatif dan inovatif melalui penyelesaian masalah
 Mereka bentuk dan menghasilkan projek
 Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek
 Membuat keputusan, memilih projek, alatan tangan dan bahan yang diperlukan
dan mengkelas jenis tanaman

Selain itu, pemilihan kaedah juga perlu mengambilkira keupayaan menyerapkan unsur kajian
masa depan bagi merangsang daya intelek dan mengupaya murid dalam menghasilkan
produk yang dapat dimanfaat dan memberi sumbangan kepada kehidupan masa depan yang
lebih sempurna. Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan sedia
ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang lebih baik
cirinya selepas menjangka dan meramal impak produk yang dicipta dalam senario masa
depan.

Setiap kaedah yang dipilih perlu disepadukan dengan amalan sikap positif dan nilai murni
serta budaya kerja yang cemerlang merentasi setiap aktiviti yang dikendalikan. Pemupukan
sifat berhemah dalam berinteraksi serta penggunaan sumber harus diberi penekanan untuk
membentuk ‘kebiasaan’ dalam pengendalian dan pengurusan hidup.

Aktiviti amali seharusnya disepadukan dengan penguasaan pengetahuan dan sepatutnya


dikaitkan dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan. Cara begini akan menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, menyeronokkan dan lebih berguna kepada
murid.

Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seoptimum
mungkin bagi memberi peluang membangunkan keupayaan diri yang seiring dengan
keperluan zaman. Keupayaan penggunaan ICT boleh dipupuk melalui pengumpulan,
pemilihan dan pemprosesan maklumat malah boleh dikembangkan kepada melayari laman
web, menggunakan perisian dan berkomunikasi secara elektronik.

1.2.4 Pengendalian aktiviti dan Penilaian

Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya
hendaklah diukur melalui aktiviti. Ada aktiviti yang dijalankan secara tersendiri. Pada ketika yang
lain gabungan beberapa aktiviti dijalankan untuk menghasilkan projek.

12
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

a. Pengendalian aktiviti
Aktiviti yang dibangunkan termasuklah mereka cipta projek baik secara individu atau
secara kumpulan. Cadangan pengendalian aktiviti adalah mengikut peringkat berikut:
i Perancangan  merancang aktiviti atau projek
 merancang bahan dan alatan
 merancang kaedah pengajaran

ii Penyampaian  motivasi
 tunjuk cara kemahiran
 arahan aktiviti
 pelaksanaan
 penyeliaan dan bimbingan

iii Penilaian  dapatan dari segi kemahiran, pengetahuan, dan nilai


 hasil kerja

Dalam membangun aktiviti aspek yang perlu diberi perhatian termasuk:


 ahli kumpulan adalah heterogen dari segi kebolehan
 aktiviti seboleh-bolehnya dapat diselesaikan dalam dua waktu pengajaran
termasuk aktiviti mengemas alatan dan tempat kerja
 aktiviti melibatkan penggabungan beberapa unit

Semasa murid menjalankan kerja, guru perlu memastikan murid:


 sentiasa mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain, alatan dan
bahan;
 memilih alatan dan bahan yang sesuai dan menggunakannnya dengan betul dan
cermat;
 sedar tentang kos alatan dan bahan serta menggunakannya secara tidak
membazir;menjalankan kerjaa mengikut urutan yang betul; dan
 menggunakan alatan dan bahan dengan tidak membiarkannya bersepah-sepah.

Di akhir setiap pelajaran guru hendaklah memastikan murid;


 mengemaskan alatan dan bahan yang telah digunakan;
 membersihkan alatan dan menentukan bilangannya cukup sebelum disimpan;
dan
 membersihkan tempat kerja dan diri.

13
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

b. Penilaian
Penialaian yang bersesuaian bagi mata pelajaran ini ialah penilaian secara berterusan. ini
akan dapat membantu guru mengatasi kelemahan murid serta mengukuhkan dan
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran melalui tindakan susulan. Justeru
penilaian bagi mata pelajaran ini boleh dijalankan melalui:
 pemerhatian
 lisan
 penulisan

Ketiga-tiga cara penialaian tersebut boleh digunakan untuk menilai proses kerja mahupun
hasil kerja. Penilaian yang dijalankan hendaklah mencakupi semua objektif pengajaran dan
pembelajaran dan ianya sepatutnya menekankan samada murid telah menguasai aspek yang
dinilai ataupun belum – bukan penilaian yang mengkategorikan murid kepada lulus-gagal.
Penilaian juga sepatutnya membandingkan kepada standad kemahiran yang perlu dikuasai
murid - bukannya membanding pencapaian antara seorang murid dengan murid lain.

Penilaian merangkumi aspek penguasaan dan pencapaian murid dari segi kemahiran,
perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan
projek yang dijalankan. Perekodan amat penting untuk dijadikan asas laporan tahap
penguasaan. Instrumen-instrumen penilaian yang membantu teknik penilaian perlu dibentuk
(contoh: senarai semak) bagi memastikan penilaian sistematik dapat dilaksanakan.

1.2.5 Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan


Masa yang diperuntukan untuk pengajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah ialah dua waktu
seminggu dan minit dalam sewaktu ialah tiga puluh minit. Jadual pemetaan dibentang di dalam
Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah sebagai rujukan kesinambungan kandungan
dari tahun 4 hingga tahun 6.

14
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

Pemetaan Bidang/Unit/Tajuk Pembelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Bidang/Unit/tajuk/Pembelajaran Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
1. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27
1.1 Keselamatan Organisasi Bengkel 1
a. Peraturan Keselamatan ^
b. Organisasi bengkel ^
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7
a. Pengenalan kreativiti ^
b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk ^ ^
c. Penyelesaian masalah ^
d. Penghasilan projek reka cipta ^
e. Pendokumentasian ^ ^ ^
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5
a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan ^
kayu dengan bahan kitar semula bukan logam
b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan ^
logam dan bahan kitar semula
1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5
a. Penghasilan projek elektrik ^
b. Penghasilan projek elektronik ^ ^
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5
a. Penyenggaraan alatan tangan ^
b. Penyenggaraan bahagian bangunan ^
c. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin ^
mudah
d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot ^
1.6 Jahitan 2 2
a. Membaiki pakaian ^
b. Penghasilan artikel ^
1.7 Tanaman Hiasan 8
a. Pengenalan ^
b. Pemilihan biji benih ^
c. Penanaman ^
d. Penjagaan ^
1.8 Ikan Hiasan 8
a. Pengenalan ^
b. Penyediaan bekas ^

15
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

c. Pengurusan ^
1.9 Tanaman Sayuran 8
a. Penyedaain tapak ^
b. Penanaman dan penjagaan ^
c. Pemungutan hasil ^
2. Perniagaan dan Keusahawanan 8 8 8
2.1 Barang Jualan 2
a. Kumpulan sasaran ^
b. Jenis barang yang sesuai dijual ^
c. Sumber bekalan ^
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2
a. Membuat rancangan jualan ^ ^ ^
b. Menyediakan barang jualan ^ ^ ^
2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2
a. Promosi melalui pembungkusan ^
b. Promosi melalui poster ^
c. Promosi melalui katalog ^
2.4 Mengurus Jualan 1 2 1
a. Melayan pelanggan ^
b. Mendapatkan pesanan ^
c. Menyusun atur barang ^
2.5 Merekod Jualan 2
a. Merekod barang ^
b. Merekod perbelanjaan dan pendapatan ^
c. Mengira untung atau rugi ^
2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2
a. Merekod pendapatan dan perbelanjaan ^
b. Merancang perbelanjaan ^
2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1
a. Risiko dan cara mengurangkannya ^
2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2
a. Mendapatkan maklumat barang ^
b. Etika perniagaan dan hak pengguna ^
JUMLAH 35 35 35

16
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.2.6 Format Huraian (Bidang/Unit/Tajuk; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)


Secara umum Huraian Kurikulum diperincikan seperti berikut:
BIDANG/UNIT/TAJUK HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
Pernyataan Pernyataan mengenai hasil Membantu guru merancang
bidang/unit/tajuk pembelajaran, keluasan dan dan membekalkan
pembelajaran kedalaman skop yang dihuraikan pengalaman pengajaran dan
dalam bentuk perlakuan yang boleh pembelajaran yang sesuai
diukur dan bermakna kepada murid.
Hasil pembelajaran dibahagi kepada Guru boleh mengubahsuai
tiga aras secara berperingkat. Ia dan mereka bentuk aktiviti
akan menjadi panduan guru untuk tambahan
melaksana P & P yang lebih berkesan
dengan mengambil kira kadar
pembelajaran dan keupayaan murid.
Aras 1 – aras asas yang mesti
dikuasai oleh semua murid sebelum
meneruskan pembelajaran ke aras 2.
Aras 2 – mesti dikuasai murid selepas
menguasai kandungan aras 1
Aras 3 – aras pengayaan

Anda boleh rujuk Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup cetakan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

1.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1992: Pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah Mulai Tahun 1993 bertarikh 24 April 1992
a. Memaklumkan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mulai sesi
persekolahan 1992/1993 untuk Tahun 4 seterusnya 1993/1994 untuk Tahun 5 dan sesi
persekolahan 1994/1995 untuk Tahun 6.
b. Memaklumkan peruntukan masa untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.
c. Memaklumkan bahawa mata pelajaran ini menggantikan Kemahiran Manipulatif dan
Amalan Perdagangan.

17
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.4 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Banyak perubahan yang telah dilakukan pada kurikulum KHSR dan yang paling ketara ialah
berlakunya perubahan pada isi kandungannya. Beberapa tajuk KHSR telah disusun semula untuk
mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya.

Antara konteks inovasi dalam kurikulum KHSR ialah ia telah memberikan fokus yang lebih kepada
elemen reka bentuk, penambahan dalam elemen kreativiti dan reka cipta serta membahagikan
kurikulum kepada dua bidang iaitu reka bentuk dan teknologi dan perniagaan dan keusahawanan.
Antara tajuk-tajuk yang ditambah dan difikirkan bersesuaian dengan keperluan semasa serta
menambahkan kemahiran murid sekolah rendah ialah reka bentuk dan penghasilan projek,
elektrik dan elektronik, sayuran dan tanaman hiasan, ikan hiasan, jahitan, serta baik pulih dan
penyenggaraan. Bagi perniagaan dan keusahawan murid didedahkan beberapa risiko dalam
mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan
dalam aktiviti usahaniaga.

Dapat dilihat, bahawa segala perubahan dan penambahbaikan dalam isi kandungan yang
dilakukan di dalam kurikulum KHSR ini adalah baik bagi menjadikan murid sekolah rendah
mempunyai kemahiran asas yang baik di dalam elemen teknologi mahu pun di dalam bidang
keusahawanan sekaligus dapat memupuk serta menarik minat mereka untuk terus menceburi
bidang-bidang teknologi dan keusahawanan yang mereka minati.

Selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam keperluan negara, inovasi kurikulum mata
pelajaran ini membantu membangunkan masyarakat yang dilengkapi dengan kemahiran
manipulatif dan kemahiran tingkah laku – menjadikan modal insan yang dibentuk berketrampilan
dari segi interaksi dan penggunaan teknologi serta berupaya menjadi masyarakat pengeluar.

1.4.1 Pelaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Ahli profesional kurikulum telah menyedari bahawa mereka yang tidak terlibat dengan secara
langsung dalam projek perkembangan kurikulum biasanya memberi hasil yang kurang sempurna
berbanding mereka yang terlibat secara langsung. Justeru, kaedah pelaksanaan inovasi
kurikulum KHSR memberi fokus kepada aspek berikut:

a. Kepimpinan
Perubahan kurikulum dapat berjalan lancar apabila para pemimpin begitu komited kepada
perubahan. Antara pemimpin yang dilibatkan;

18
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

i. Guru besar . Mereka adalah orang yang amat berpengaruh dan merupakan tulang
belakang dalam pembentukan suasana profesional sekolah. Apabila inovasi ini
melibatkan guru besar, maka dengan sendirinya mereka membentuk suasana terbuka
dimana guru bebas berbincang masalah terhadap kurikulum yang diperbaharui dan
prospek untuk menerima inovasi adalah lebih baik dan mudah.
ii. Pemimpin projek kurikulum. Dalam konteks sekolah mereka merupakan ketua panitia
Kemahiran Hidup. Inovasi yang melibatkan kumpulan ini menjadikan mereka mampu
menjadi pakar rujuk yang berkesan selain mampu menerangkan secara jelas bagaimana
perubahan memberi kesan kepada amalan pengajaran mereka. Mereka juga boleh
membentuk pasukan kerja yang dinamik untuk melaksanakan perubahan melalui
perbincangan secara terbuka.

b. Cara pendekatan
Agen pelaksana berperanan sebagai mediator antara mereka yang menyediakan kurikulum
baharu dengan mereka yang melaksanakan kurikulum itu. Yang penting, agen ini perlu
mempunyai kemahiran untuk mengubah pendirian mereka yang telah sebati dengan kurikulm
lama, untuk menerima kurikulum baharu. Agen perubahan yang terdiri daripada guru besar,
panitia, institusi pendidikan, prasarana, media serta bahan dan peralatan boleh memilih
pelbagai pendekatan dalam menjalankan tugas ini.

i. Pendekatan Latihan – digunakan untuk memberi penjelasan kepada mereka yang


terlibat dengan perubahan dan seterusnya melaksanakannya. Antara latihan – latihan
dalam perkhidmatan, bengkel dan kaunseling individu.
ii. Pendekatan Contoh – membantu guru menjadi lebih bersedia mengalami perubahan
dengan melihat proses pengajaran yang dilaksanakan oleh rakan. Kejayaan yang
diperoleh rakan guru yang terdekat dijadikan panduan untuk menyokong perubahan.
Sebagai contoh guru pakar atau guru kanan mata pelajaran menjadi sumber rujukan
kerana golongan ini telah didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan.
iii. Pendekatan logik – mereka yang lebih rapat dengan sistem pendidikan sedia ada
seperti pegawai pusat kurikulum, guru sumber, jurulatih utama dan ketua panitia
dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan yang rasional kenapa sesuatu
perubahan dan pembaharuan itu dilaksanakan kepada para pelaksana.
iv. Pendekatan Birokratik – menggunakan kuasa yang ada untuk melaksana perubahan.

19
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

1.4.2 Pembangunan dan pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum

Secara amnya bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang statik. Perubahan yang berlaku
disekeliling mempengaruhi perjalanan sistem pendidikan. Perubahan keperluan negara dan
perkembangan yang berterusan dalam industri, ekonomi, politik, teknologi maklumat dan moral
mempunyai impak yang besar dalam pendidikan. Perubahan dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup sendiri telah membawa kepada pembangunan sesebuah masyarakat.

a. Aspek-aspek yang dibangunkan


1 Cara/teknik pengajaran Lebih moden dan lebih menekankan kepada guru
sebagai penunjuk cara.
2 Cara/teknik pembelajaran Banyak menggalakkan murid mencuba sendiri
melakukan aktiviti.
3 Bahan-bahan Bahan-bahan elektronik
pengajaran/pembelajaran  Menarik minat dan mencabar minda murid.
 Membudayakan murid dan guru menggunakan IT.
 Memberi kepuasan serta memotivasikan murid.
Bahan bukan elektronik
 Kesinambungan kepada sistem yang sedia ada.
 Untuk menangani masalah kurangnya
kemudahan bahan elektronik seperti komputer.
4  Isi kandungan  Sukatan terdahulu – lebih kepada seni
pertukangan dan kerja kayu
 Sukatan terkini – tambahan pengenalan asas-
asas perdagangan serta teknologi maklumat.

20
RBT 3117 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHSR

b. Pemupukan pemikiran
Mempunyai beberapa peringkat

Mengubah sikap

Tindakan positif

Guna tenaga mahir

Latihan berkualiti

Utamakan kemahiran

Penglibatan sektor swasta

Perluasan kuantiti

Tutorial

Pilih satu topik di dalam huraian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup


Tahun 5 dan rangka Rancangan Pengajaran Harian yang
menyepadukan elemen pengetahuan, amali dan nilai-nilai positif.

21

Вам также может понравиться