Вы находитесь на странице: 1из 2

Nyaris maut akibat angin turbin kapal

terbang

MANGSA dan berpuluh-puluh pelancong lain berdiri di pagar untuk melihat pesawat
penerbangan TUI jenis Airbus 320 berlepas ke London.

25 Ogos 2018 3:00 AM

AddThis Sharing Buttons


Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to
More

ATHENS 24 Ogos – Seorang pelajar sebuah sekolah di Britain cedera parah selepas tercampak
9.1 meter ke udara akibat tolakan angin kuat daripada enjin turbin sebuah pesawat Airbus 320
yang berlepas dari sebuah lapangan terbang dalam satu kejadian di Pulau Skiathos, Greece.

Mail Online melaporkan, ketika kejadian, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dan bapanya berada
di luar pagar premis dengan tujuan mahu menyaksikan pesawat mendarat di sebuah lapangan
terbang di pulau berkenaan yang menjadi destinasi tarikan pelancong.

Pesawat yang mahu berlepas itu menghasilkan deruan angin kencang sehingga mengakibatkan
mangsa terpelanting kira-kira 9.1 meter ke belakang.
Mujur kanak-kanak itu jatuh di atas pasir dalam kejadian yang boleh membawa maut
berdasarkan pandangan para pakar.

Ribuan pengunjung melawat Pulau Skiathos pada setiap tahun dan lawatan ke lapangan terbang
pulau itu untuk melihat pesawat penumpang mendarat sudah menjadi kelaziman.

Difahamkan kejadian berlaku petang kelmarin selepas bapa dan anaknya bersama-sama
berpuluh-puluh pelancong lain berdiri di pagar untuk melihat pesawat penerbangan TUI jenis
Airbus 320 berlepas ke London.

Kuasa tolakan angin kuat daripada turbin enjin pesawat kemudiannya mengenai kanak-kanak itu
sebelum menyebabkannya tercampak ke udara.

Kanak-kanak itu kemudiannya dikejarkan ke Pusat Kesihatan Skiathos dan pemeriksaan


perubatan penuh dijalankan ke atasnya.

Pasukan perubatan mengesahkan kanak-kanak itu diberikan bantuan kecemasan sebelum


dipindahkan ke Hospital Achilopouleio of Volos untuk rawatan lanjut.

Menurut kakitangan perubatan, kanak-kanak itu dijangka selamat.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nyaris-maut-akibat-angin-turbin-


kapal-terbang-1.735152#ixzz5P8Wv35My
© Utusan Melayu (M) Bhd

Вам также может понравиться