Вы находитесь на странице: 1из 1

Issue 11: Ogos 2018

e-NEWSLETTER
INSTITUT PENGURUSAN KUALITI
CETUSAN INOVASI DAN KREATIVITI, TINGKAT PRESTASI

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbuka UUM 2018 memberi peluang kepada kakitangan untuk
memberi idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam meningkatkan lagi prestasi jabatan masing-masing. Program
telah diadakan di Pusat Konvensyen UUM pada 14 dan 15 Mei 2018.

Pengarah Institut Pengurusan Kualiti, UUM, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf berkata, transformasi ekonomi, sosial,
teknologi dan budaya yang dinamik memerlukan banyak cetusan inovasi dan kreativiti dalam mendepani
revolusi perindustrian 4.0. “Setiap idea inovasi bermula dengan keazaman dan kualiti kepimpinan dalam erti kata
lain, pemimpin yang berkualiti mampu menjadi peneraju inovasi,” luahnya di Dewan Seminar A, Pusat
Konvensyen, semalam.

Namun tambahnya, budaya inovasi bukanlah tanggungjawab pemimpin organisasi sahaja kerana semua
kakitangan ialah pengamal justeru itu, rancangan inovasi mestilah melibatkan semua warga kerja.

Konvensyen kali ini menarik penyertaan luar dari Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Johor dan Kedah,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Pusat Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti (PUSPEK),
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

IPQ TERUSKAN TRADISI MAJLIS JAMUAN RAYA

Kira-kira 200 orang tetamu jemputan yang hadir


dalam Majlis Jamuan Hari Raya IPQ 2018 pada 28 Jun
lalu telah dihidangkan dengan menu utama nasi
jagung, kambing golek, laksa, mee kari, ketupat, nasi
impit dan sate.

Jamuan hari raya ini merupakan program tradisi yang diadakan setiap tahun bermula tahun 2015
oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi IPQ bagi memberi peluang IPQ beramah mesra sesama ahli dan
turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada JPU, Ketua PTJ, Dekan,
Juruaudit Pentadbiran dan Juruaudit Akademik yang banyak memberi sokongan kepada IPQ dalam
menjayakan agenda strategik universiti.

Hadir sama bagi memeriahkan jamuan raya ini adalah warga kerja di bangunan Pusat Konvensyen
dan warga kerja pencucian UPSB di sekitar bangunan Pusat Konvensyen.

LAWATAN MUHIBBAH UNIT KIK POLITEKNIK SEBERANG PERAI KE INSTITUT PENGURUSAN


KUALITI UUM

Pada 30 Julai 2018 (Ahad), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah menerima lawatan dari
Unit KIK Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Lawatan ini telah melibatkan seramai 38
orang yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan pentadbir.

Puan Fazilatul Haida selaku ketua delegasi Politeknik memaklumkan program KIK ini
diadakan untuk perkongsian dan pertukaran idea bagi menghasilkan kaedah
penambahbaikan dan penyelesaian masalah dalam membantu meningkatkan kualiti
pengurusan politeknik dan universiti. Fokus utama lawatan ini adalah untuk berkongsi
pengetahuan dalam pengendalian projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang
dikendalikan oleh IPQ UUM.

Lawatan ini telah disambut oleh Pengurus Bahagian Sistem Kecemerlangan Kualiti iaitu Dr. Logasvathi Murugiah. Dalam ucapan aluannya, beliau telah
berkongsi latar belakang dan fungsi IPQ di UUM. Program diteruskan dengan taklimat pengenalan KIK di UUM oleh Puan Siti Hajar Mat Isa. Dalam taklimat
tersebut, beliau berkongsi peranan IPQ dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti serta pembudayaan KIK di UUM. Semasa taklimat tersebut,
Unit KIK Politeknik juga telah berkongsi produk KIK mereka yang telah dipatenkan serta dikomersialkan iaitu set lengkap untuk penyembelihan.

IPQ TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DARI PUSAT STRATEGI DAN PEMBANGUNAN KORPORAT
UKM

Pusat Strategi dan Pembangunan Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia (Strategi-UKM) telah
mengadakan kunjungan hormat dan penanda aras ke UUM dengan kerjasama Institut
Pengurusan Kualiti (IPQ) diketuai Pro Naib Canselor, Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof.
Dr. Ishak Yussof pada 21 hingga 23 Julai 2018.

Dalam rangka lawatan tersebut, seramai 15 delegasi terdiri daripada Timbalan Pengarah
Eksekutif (Pemantauan Prestasi Strategi), Timbalan Pengarah Eksekutif 1, (Siswazah, Sumber
Manusia dan Prasarana Strategi), Pengurus Kanan, Ketua Bahagian Data dan pegawai-pegawai
kanan UKM.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pandangan berkenaan strategi ranking dan
integrasi data sistem yang terdapat dalam UUM yang diuruskan oleh Bahagian Perancangan
Korporat, IPQ. Pusat Strategi UKM juga berkongsi pengalaman berkenaan pengurusan data
universiti. Prof. Dr. Ishak Yussof memuji keupayaan sistem integrasi (Strategic Planning Information
System) yg terdapat dalam UUM dan dikendalikan oleh Institut Pengurusan Kualiti.

Вам также может понравиться