Вы находитесь на странице: 1из 18

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)


JABATAN PERDANA MENTERI

DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL


NOMBOR SEBUT HARGA: 12/2017

PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERKAKASAN DAN


PERISIAN SISTEM PENGURUSAN PAPARAN DIGITAL
(IBOARD) BAGI TEMPOH DUA BELAS (12) BULAN

Untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN


PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN
6 NOVEMBER 2017 (ISNIN)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA


9 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebut Harga Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian


Sistem Pengurusan Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12)
bulan adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di bawah salah satu kod bidang seperti berikut:-

Kod Bidang
210101 Peralatan/Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen :
Hardware (low end technology) -Supply all types of computer
hardware Including PC, notebook, printer, document scanner,
peripherals and maintenance
210104 Perisian/Perisian : Software/System Development/Customization
and Maintenance including data entry, data processing
210105 Peralatan/Kelengkapan Komputer : Telecommunication/networking-
supply product, infrastructure, services including maintenance
(LAN/WAN/Internet/wireless/satellite)

1.2 Skop Kerja

1.2.1 Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan dan Perisian iBoard


meliputi semua Perkakasan dan Perisian dilokasi MAMPU di
Putrajaya, Cyberjaya, Sabah dan Sarawak

1.2.2 Kerja-kerja yang terlibat adalah:-

a) Menggantikan iBoard smart agent yang lama di MAMPU Sabah


dan Sarawak

b) Menyenggara perkakasan dan perisian iBoard dan mengemaskini


aplikasi dan versi sedia ada kepada versi terkini

c) Menambahbaik kefungsian pengurusan masa dan tarikh bagi


Modul Paparan Multimedia, program live streamming, TV
Streamming dan sebagainya

d) Menukar ganti kabel HDMI bagi ke semua unit skrin paparan


iBoard yang masing-masing dua (2) unit di lokasi MAMPU Sabah
dan dua (2) unit di MAMPU Sarawak

e) Menyenggara kesemua perkakasan iBoard di MAMPU Putrajaya


dan Cyberjaya yang merangkumi aktiviti:-
- Pembersihan perkakasan, pemeriksaan fizikal, housekeeping
- Pemeriksaan dan Pemantauan CPU, memory dan Disk
- Hot Fix
- Pemeriksaan versi
- Ujian System Diagnostic
- Healthcheck Sistem Operasi
- Penggantian alatganti perkakasan yang rosak
- Back up
- Pengkabelan semula

1.3 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan


Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

1.4 Tarikh Tutup

1.4.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 9 NOVEMBER 2017 sebelum
atau pada jam 12.00 tengah hari

1.4.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN


DIPERTIMBANGKAN

2. DOKUMEN SEBUT HARGA

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-


lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang
www.mampu.gov.my.

3. PENYERAHAN DOKUMEN TAWARAN SEBUT HARGA

3.1 Penyebut harga WAJIB menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut Harga


(Lampiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:
JADUAL 1
Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (WAJIB)
Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)
Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (WAJIB)
Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa (WAJIB)
Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (WAJIB)
i. Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
Malaysia (Wajib);
ii. Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);
Lampiran 6 iii. Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos
2017@ September 2017) (Wajib); dan
iv. Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (Jika Ada)
3.2 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah
diserahkan secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:
Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p: Urus Setia Perolehan)

mohdhafedzy@mampu.gov.my;
mhussin@mampu.gov.my;

3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen


Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

4. SYARAT-SYARAT AM

Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan
apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan
terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan
dipertimbangkan

4.1 Pembiayaan

Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan
dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses
penyediaan Dokumen Sebut Harga

4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga


4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari
segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan
sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut
harga sendiri.

4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan


tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia.

4.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

4.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh
tutup sebut harga.

4.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran


asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan.
Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

4.3.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak


diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi
hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

4.4 Harga Tawaran

4.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM)


dan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos
tambahan yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan,
penghantaran, cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang
bersangkutan dengan pembekalan yang ditawarkan.

4.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan
tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan
berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga
yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah
dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan berjalan dan tidak boleh
dibuat sebarang perubahan.

4.4.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan


secara elektronik sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti
yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal
di bawah Sistem eP

4.5 Publisiti
Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam
sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan / media
massa kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

4.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut
harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia
sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin
timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul
daripadanya.
4.7 Hak Menerima Atau Menolak

4.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan
membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga
pada bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan
apa-apa tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa
memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab
demikian kepada penyebut harga yang terlibat.

4.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga


sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta
menambah atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.

4.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga
yang terendah sekali atau mana-mana penyebut harga jua pun.
Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan
untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebut harga

4.8 Surat Setuju Terima (Tanpa Dokumen Kontrak)

4.8.1 MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju
Terima (Tanpa Dokumen Kontrak kepada penyebut harga yang
berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh sahlaku
sebut harga.

4.8.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai


telah dibuat di antara pihak MAMPU dengan penyebut harga.

4.9 Penamatan Kontrak


MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila
masa apabila penyebut harga yang berjaya gagal memenuhi obligasi
sebut harga mengikut perjanjian.

4.10 Pembetulan Kesalahan

4.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh penyebut
harga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak dibenarkan
sama sekali.

4.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut


harga ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:-

a) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan


perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira.

b) ika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang


didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit
yang dicatitkan akan diambilkira.

c) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh


MAMPU mengikut prosidur di atas bagi pembetulan kesalahan
dan penyebut harga adalah terikat atas perubahan ini.

4.11 Hak Milik dan Deliverables

4.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak
boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain
tanpa kebenaran MAMPU.

4.11.2 Penyebut harga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua


kerja disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah
ditetapkan

4.12 Rasuah

4.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau


memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa


suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan
dengan segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat
demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib


terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan


bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada
barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan
di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694)

4.13 A Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah


menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau
memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat
yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan
Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat
Akuan Pembida adalah seperti di LAMPIRAN 3 dan Surat Perwakilan Kuasa
adalah seperti di LAMPIRAN 4.

4.14 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen


sebut harga boleh merujuk kepada:

Encik Badrul Hisham bin Abu Bakar


No. Tel : 03-8872 3073

Encik Mahmud bin Abd Rahman


No. Tel : 03-8872 3059
LAMPIRAN 1

BORANG TAWARAN HARGA

Spesifikasi Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian Sistem


Pengurusan Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12) bulan

SPESIFIKASI KUANTITI HARGA HARGA (RM)


SEUNIT
(RM)

1. Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan


Dan Perisian Sistem Pengurusan Paparan
Digital (iBoard) di Unit Pemodenan Tadbiran
dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) bagi tempoh dua belas (12) bulan

Merangkumi:-
- Menggantikan iBoard smart agent yang
lama di MAMPU Sabah dan Sarawak 2 unit
- Menyenggara perkakasan dan perisian
iBoard dan mengemaskini aplikasi dan
versi sedia ada kepada versi terkini 1 lot
- Menambahbaik kefungsian pengurusan
masa dan tarikh bagi Modul Paparan
Multimedia, program live streamming,
TV Streamming dan sebagainya 1 lot
- Menukar ganti kabel HDMI bagi ke
semua unit skrin paparan iBoard yang
masing-masing dua (2) unit di lokasi
MAMPU Sabah dan dua (2) unit di
MAMPU Sarawak
4 unit
2. Support Service (1-Year)
i. 8.30am – 5.30pm unlimited
phone/email/web support and remote
troubleshooting/consultation (working days)
ii. Onsite troubleshooting (8.30am –
5.30pm working days)
iii. 4-hours response onsite visit for critical
incident (Unlimited)

3. Preventive Maintenance (4 kali setahun)

4. Administrator Training (Latest version), 10


pax

Harga Keseluruhan Tanpa 6% GST

a. Harga Tawaran: Ringgit Malaysia ……….........................................................

…………………………………………………………........................................................

b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua
harga yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos
pembungkusan (meliputi ‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging
cost’), kos pemunggahan dan kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke
destinasi terakhir/pengguna yang telah ditentukan termasuk kos penghantaran, servis
dan cukai duti kastam.

………..…………………………………
(Tandatangan)
Nama : Cop syarikat :
Jawatan :
LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI

Penyebut Harga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam
jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan
Penyebut Harga berkenaan tidak dipertimbangkan.

Pematuhan Keterangan
No Spesifikasi Mandatori
(Ya/Tidak) Penyebutharga
A. Spesifikasi Umum
1 Tempoh sokongan dan
penyenggaraan selama dua belas M
(12) bulan
2 Skop Perlindungan (Scope of
Coverage) Perkakasan dan Perisian
 MAMPU Putrajaya
• iBoard SmartAgent – 4 Unit
• LCD Monitor HP2109 – 3 Unit
• HDMI Cable – 4 Unit
• Kabel Rangkaian dan Elektrikal – 4
Lot
 MAMPU Cyberjaya
• iBoard SmartAgent – 4 Unit M
• LCD Monitor HP2109 – 3 Unit
• LCD TV Samsung 40” – 1 Unit
• HDMI Cable – 4 Unit
• Kabel Rangkaian dan Elektrikal – 4
Lot
 MAMPU Sabah
• iBoard SmartAgent – 2 Unit
• LCD Monitor HP2109 – 1 Unit
• LCD TV Samsung 40” – 1 Unit
Pematuhan Keterangan
No Spesifikasi Mandatori
(Ya/Tidak) Penyebutharga
 MAMPU Sarawak
• iBoard SmartAgent – 2 Unit
• LCD Monitor HP2109 – 1 Unit
• LCD TV Samsung 40” – 1 Unit
 Perisian
• Sistem Pengurusan Maklumat
Bersepadu Paparan Digital
(iBoard)
3 Penyenggaraan kesemua perkakasan
dan perisian yang melibatkan Sistem
Pengurusan
Maklumat Bersepadu Paparan Digital
(iBoard) di MAMPU Putrajaya dan
MAMPU
Cyberjaya yang merangkumi aktiviti –
aktiviti berikut:
- Pembersihan perkakasan,
pemeriksaan fizikal, ‘housekeeping’
- Pemeriksaan dan Pemantauan CPU,
Memory dan Disk
- Kemaskini ‘Patches’ bagi perisian – M
perisian yang tertentu
- Hot Fix (Sekiranya ada)
- Peningkatan versi (if applicable)
- System diagnostic test
- System Healthcheck of Operating
System
- Replacement of faulty / defective
parts (if applicable)
- Backup Konfigurasi terkini ke cakera
keras / CD atau Pemacu USB
- Memastikan kesemua kabel
disambung baik dan disusun rapi
B. Ciri-Ciri Server & Konsol Pentadbiran
1 Konsol pentadbiran mestilah hanya
berasaskan Web dan boleh diakses
oleh pentadbir daripada mana-mana
lokasi dalam rangkaian melalui M
kesemua jenis Web-browser termasuk
IE, Firefox, Chrome, Safari dan juga
compatible dengan Mobile-view
2 WEB UI bagi konsol pentadbiran
mestilah sekurang-kurangnya
menggunakan teknologi terkini seperti
HTML5 dengan Hybrid JAVA bagi
M
memastikan navigasi antaramuka
pentadbiran yang lancar, interaktif
serta touch-optimized jika diakses
melalui tablet atau smartphone.
C. Perkhidmatan Penyelenggaraan Pencegahan/Preventive Maintenance (PM)
Berkala
Pematuhan Keterangan
No Spesifikasi Mandatori
(Ya/Tidak) Penyebutharga
1 Keperluan kekerapan : 4 kali setahun M
2 Sila kemukakan cadangan jadual
penyelenggaraan dalam bentuk M
Gantt Chart.
3 Penyebutharga perlulah
mengeluarkan laporan Preventive
Maintenance (PM) dan diserahkan
M
kepada MAMPU dalam tempoh 1-
minggu selepas setiap kali
penyelenggaraan disempurnakan.
Penyebutharga perlulah mematuhi skop penyelenggaraan seperti berikut :
4 Iboard management servers/s
configuration fine-tuning, database
optimization, logs backup and
M
archiving, upgrade version upon
availability.

D. Khidmat Sokongan & Meja Bantuan


Penyebutharga perlulah memberi khidmat sokongan dan mempunyai kemudahan meja
bantuan seperti berikut di sepanjang tempoh kontrak :
1 Pembekal mesti mempunyai Sistem
Helpdesk dan Pelan Perkhidmatan M
Penyelenggaraan yang lengkap.
2 Khidmat sokongan yang ditawarkan
hendaklah meliputi hari Isnin hingga
M
Jumaat dan dari 8.30 pagi hingga
5.30 petang
3 Sila kemukakan cadangan support
procedure (flow chart) atau deraf
Service Level Agreement (SLA) yang
M
menyatakan dengan jelas respon
masa dan saluran khidmat sokongan
bagi setiap jenis kes.
E. Khidmat Latihan Kemahiran Pengendalian Perisian dan Perkakasan (Transfer Of
Technology)
Penyebutharga mesti memberikan latihan rasmi kepada pegawai ICT MAMPU yang terlibat
sekurang-kurangnya seperti berikut :
1 Penyebutharga MESTI memberi
maklumat lengkap mengenai tawaran
latihan-latihan M
i. topik latihan dan
ii. bilangan hari yang diperlukan.
2 Penyebutharga MESTI memberi
latihan (Transfer of Technology) untuk
perisian yang dibekalkan dalam
perlaksanaan projek dari tenaga M
pengajar atau Engineer yang diiktiraf
(Certified Engineer and Recognize by
Principle).
Pematuhan Keterangan
No Spesifikasi Mandatori
(Ya/Tidak) Penyebutharga
4 Penyebutharga MESTI menjelaskan
program Pemindahan Teknologi (ToT)
dan Change Management yang M
ditawarkan semasa perlaksanaan
projek ini.
5 Penyebutharga MESTI membekal
minima dua (2) set lengkap
dokumentasi dan manual untuk
perisian yang dibekalkan semasa
projek dilaksanakan.
i. Standarad Operating Procedure M
(SOP);
ii. System Requirement Specification
(SRS);
iii. Manual Pengguna; dan
iv. Laporan Ujian Penerimaan Project
Accomplishment Plan (Plan Timeline)

LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat
Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili
….(Nama Syarikat nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan
ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini
tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk
dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat
Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat
cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),
Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk
dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat
bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk
dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan
segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,
……….................…
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan.

ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

LAMPIRAN 4

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat Syarikat


Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Aras 6, Blok B2, Kompleks B
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no


I/C:……………………………… selaku pemilik
Syarikat………………………………………………………………akan menandatangani
sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebut harga
Perkhidmatan Penyenggaraan Perkakasan Dan Perisian Sistem Pengurusan
Paparan Digital (iBoard) bagi tempoh dua belas (12) bulan untuk Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa
untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:
Nama : …………………………………………
Alamat : …………………………………………
Jawatan : ………………………………………
No. I/C : …………………………………………
No Telefon : …………………………………………
Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya.


Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan
penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

………(Tandatangan)…........
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat:
* potong yang mana tidak berkenaan.

LAMPIRAN 5

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat : …………………………………………………………

2. Alamat Syarikat : …………………………………………………………

3. No.Telefon : …………………………………………………………

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : …………………………………………………………

5. Jenis Syarikat : …………………………………………………………

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………

Bil Nama No. K/P Warganegara


1.
2.
3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %


Bumiputera
Bukan Bumiputera

9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………

10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………

11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………...

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah


Eksekutif
Teknikal

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

SayaPerkeranian
perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………

Tarikh : ………………………………………………
Buruh/Kaki
Namatangan : ………………………………………………
Rendah
Jawatan Rasmi : ………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : ………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : ………………………………………………


Emel : ………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat :

LAMPIRAN 6

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

i. Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia

(Wajib);

ii. Sijil Akuan Pendaftaran Bumiputera (Jika Ada);

iii. Penyata bank satu bulan yang terkini (Ogos 2017@

September 2017) (Wajib); dan

iv. Sijil Pendaftaran dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

(Jika Ada)

Вам также может понравиться