Вы находитесь на странице: 1из 2

Latihan Intensif:

Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.

1. “Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang


gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan,” kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, ”Jangan makan makanan yang banyak
lemak nanti awak akan mendapat sakit.”
3. “Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya
ditenggelami air, “kata Erra.
4. Kata Azan, “Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan
menimpa rumahnya.”
5. “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muiz. “Saya akan
mematuhi semua peraturan projek ini, “sambungnya lagi.
6. “Ular! Ular!” Mak Minah menjerit. “Ada ular dekat pasu bunga besar
itu,”katanya lagi.
7. Kata Julia, “Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.”
8. “Kalau tak tahu jangan buat,” kata Cikgu Siti. “Biar orang yang tahu
saja yang membuatnya,”sambungnya lagi.
9. Kata Erik, “Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua
orang.”
10. “Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti,” kata emak
Rosyam. “Emak hendak buat karipap,” sambungnya lagi.
11. Kata Farid, “Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang
mati lemas.”
12. Kata Perdana Menteri, “Semua kemudahan yang disediakan adalah
untuk kegunaan semua orang.
Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia


terserempak dengan seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang
mengandungi banyak lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya
keranan jalan raya ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah
tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan
akan mematuhi peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu
bahawa terdapat ular berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas
itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak
diketahui tetapi mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua
orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila
dia ke kedai kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima
belas orang mati lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan
adalah untuk kegunaan semua orang.

Вам также может понравиться