Вы находитесь на странице: 1из 2

Ramai antara kita memulakan tahun baru dengan memperbaharui azam untuk makan secara

sihat dan memperuntukkan lebih banyak masa bersenam. Mungkin anda salah seorang
yang bersemangat memulakan azam baru pada awalnya, tapi berputus asa di tengah
jalan.

Memang niat itu baik, namun terdapat perbezaan ketara antara mahukan sesuatu atau
melakukan sesuatu bagi mencapainya. Walaupun anda cuba membuat pilihan lebih baik
dalam hidup, jadual yang sibuk mungkin menggagalkan perancangan anda.

Jika anda termasuk dalam kategori yang kurang berjaya meneruskan azam hingga akhir
tahun, sudah tiba masa untuk mengubahnya. Kajian mendapati, individu yang berjaya
meneruskan resolusi tahun baru untuk menjalani gaya hidup sihat bukan saja berasa
lebih baik tetapi mereka juga secara tidak langsung berusaha ke arah mengurangkan
risiko kanser.

Malah, menurut penyelidik, bagi kumpulan ini, risiko mendapat kanser boleh turun
sebanyak 33 peratus.

Ketua penyelidik yang bertugas di Universiti Cardiff, United Kingdom, Peter Elwood
berkata, gaya hidup sihat tidak hanya memberi kebaikan kepada diri sendiri, tetapi
turut memberi kesan kepada individu sekeliling.

�Namun yang lebih penting ialah gaya hidup sihat tidak memerlukan kos, tidak
mendatangkan kesan sampingan yang memudaratkan dan ia jauh lebih baik daripada
sebarang pil (ubat),� katanya.

Dalam kajian itu, penyelidik menganalisis data lebih 500,000 orang untuk melihat
kesan perlakuan sihat dan positif kepada kehidupan.

�Dalam kajian kami, setiap tambahan perlakuan sihat dikaitkan dengan pengurangan
risiko kanser sebanyak lapan peratus, yang tidak berkaitan dengan kesan perlakuan
lain,� katanya.

Selain mengurangkan satu pertiga risiko kanser, penyelidik juga berkata, tabiat
sihat juga boleh merendahkan jumlah kematian yang berkaitan dengan kanser.

Penemuan yang disiarkan dalam ecancermedicalscience pada 4 Januari lalu seharusnya


dijadikan penguat semangat untuk kita meneruskan azam tahun baru sebaik mungkin
supaya dapat meningkatkan tahap kesihatan.

Berikut disenaraikan beberapa panduan untuk membantu menyegarkan lagi pengetahuan


kita dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

1. Rancang makanan untuk seminggu

Bagi mengelakkan anda makan snek yang tidak menyihatkan ketika lapar, penuhkan peti
ais dengan salad, jus buah tanpa gula dan paling penting mesti bersarapan. Ini
adalah kunci kejayaan seminggu menikmati makanan berkhasiat. Jika terlalu sibuk
sepanjang minggu untuk menyediakan hidangan, luangkan hujung minggu untuk persiapan
makanan.

Senaraikan barangan yang hendak dibeli untuk persediaan makanan. Lebih ideal jika
anda menyediakan enam hingga 10 hidangan sekali dan pek dalam bekas makanan. Ini
membuatkan anda sentiasa ada stok makanan apabila lapar.

Sediakan makanan sihat dan seimbang mengandungi sekurang-kurangnya 30 gram protein.


Badan anda memerlukan protein untuk membina tisu otot. Diet rendah protein akan
menyebabkan anda kehilangan otot dan meningkatkan lemak.
2. Buat pilihan untuk kekal aktif

Anda ada pilihan untuk kekal cergas walaupun sibuk di pejabat misalnya, bangun dan
duduk. Sedikit pergerakan dapat membantu membakar kalori dan mengelakkan berat
badan bertambah.

Tidak kira sesibuk manapun, ambil masa untuk berehat sekejap setiap sejam,
khususnya bagi mereka yang terikat dengan kerja di depan komputer. Ketika ini
lakukan senaman ringkas dengan menaiki tangga (satu tingkat), tarik nafas dalam-
dalam dan lepas perlahan-lahan sebagai persediaan meneruskan kerja. Sepanjang waktu
berada di pejabat, banyakkan menggunakan tangga berbanding lif.

Selain itu, anda boleh memilih berjalan atau berbasikal ke tempat kerja jika
pejabat berdekatan rumah. Sebaliknya, jika jarak kedua-duanya jauh, kenderaan awam
pilihan yang lebih baik kerana anda boleh berjalan ke pondok bas atau stesen kereta
api untuk membakar kalori.

3. Jauhi gula

Jika terasa mahukan rasa manis dalam makanan atau minuman, pilih buah, bar granola
dan makanan daripada sumber manis semula jadi seperti kurma atau buah-buahan. Ia
akan memberi tenaga segera berbanding gula diproses yang boleh meningkatkan
pelepasan glukosa dalam darah.

Hadkan minuman manis kepada sekali sehari, contohnya secawan kopi atau teh pada
waktu pagi. Selebihnya, minum air masak atau suam. Amalkan juga minum satu atau dua
gelas air suam pada waktu pagi (sebelum sarapan) untuk menghidratkan badan.

4. Dapatkan rehat berkualiti

Tidak kira sejauh mana kesibukan anda, adalah penting untuk memastikan tidur yang
mencukupi di waktu malam bagi membantu mencapai kesihatan secara menyeluruh.

Tidur bukan hanya pada jumlah masa yang diperuntukkan, tapi juga kualiti rehat yang
anda dapat. Gelisah dan sering terbangun pada waktu malam turut mengganggu kualiti
tidur anda.

5. Sertai kelas kecergasan

Jika anda merasakan tiada masa untuk bersenam, anda perlu menilai kembali keutamaan
dalam kehidupan. Mendaftar dalam kelas kecergasan dan membayar sejumlah wang boleh
�memaksa� anda mengadakan masa untuk menghadiri kelas yang dibayar.

Kini terdapat banyak pilihan dari tinju, berbasikal hinggalah kelas tarian yang
dapat dilakukan dalam masa singkat. Anda juga boleh mendaftar dalam program
kecergasan berkumpulan supaya dapat memotivasikan diri dan tidak cepat berputus
asa.

6. Buat catatan aktiviti

Membuat catatan di kalendar juga boleh merangsang semangat anda untuk kekal aktif.
Contohnya dengan mencatatkan tempoh aktiviti senaman seperti berjalan pantas,
berjoging atau senamrobik. Melalui cara ini, anda boleh melihat perkembangan
prestasi diri. Dari sini, anda mungkin akan mencabar diri untuk mencapai tempoh
senaman yang dicadangkan atau mencuba aktiviti kecergasan lain.

Вам также может понравиться

  • Tipsss
    Tipsss
    Документ2 страницы
    Tipsss
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • (24.9.18)
    (24.9.18)
    Документ7 страниц
    (24.9.18)
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Pengalaman IV
    Pengalaman IV
    Документ3 страницы
    Pengalaman IV
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Kelantan
    Kelantan
    Документ2 страницы
    Kelantan
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Info Kesihatan
    Info Kesihatan
    Документ2 страницы
    Info Kesihatan
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Masalah Peribadi
    Masalah Peribadi
    Документ2 страницы
    Masalah Peribadi
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • FFF
    FFF
    Документ3 страницы
    FFF
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Ks
    Ks
    Документ1 страница
    Ks
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Permakanan Seimbang
    Permakanan Seimbang
    Документ2 страницы
    Permakanan Seimbang
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • JJJJ
    JJJJ
    Документ1 страница
    JJJJ
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • He
    He
    Документ1 страница
    He
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Per Paduan
    Per Paduan
    Документ1 страница
    Per Paduan
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Aayuax
    Aayuax
    Документ1 страница
    Aayuax
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Kisah Donggeng
    Kisah Donggeng
    Документ3 страницы
    Kisah Donggeng
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Yyhh
    Yyhh
    Документ1 страница
    Yyhh
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Seko Lah
    Seko Lah
    Документ1 страница
    Seko Lah
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Kajian
    Kajian
    Документ1 страница
    Kajian
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Komunikasi DLM Kelas
    Komunikasi DLM Kelas
    Документ1 страница
    Komunikasi DLM Kelas
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Pengurusan Kelas
    Pengurusan Kelas
    Документ2 страницы
    Pengurusan Kelas
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Ciri2 Rasis
    Ciri2 Rasis
    Документ1 страница
    Ciri2 Rasis
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Kepelbagaian Dimensi Murid
    Kepelbagaian Dimensi Murid
    Документ1 страница
    Kepelbagaian Dimensi Murid
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Pengurusan Kelas
    Pengurusan Kelas
    Документ2 страницы
    Pengurusan Kelas
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Gaya Hidup Sihat
    Gaya Hidup Sihat
    Документ1 страница
    Gaya Hidup Sihat
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Hibiscus
    Hibiscus
    Документ1 страница
    Hibiscus
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Masalah Matematik
    Masalah Matematik
    Документ2 страницы
    Masalah Matematik
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Kehidupan Sihat
    Kehidupan Sihat
    Документ3 страницы
    Kehidupan Sihat
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Tips Penjagaan Kulit
    Tips Penjagaan Kulit
    Документ2 страницы
    Tips Penjagaan Kulit
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • Gotong Royong
    Gotong Royong
    Документ5 страниц
    Gotong Royong
    theresa geina
    Оценок пока нет
  • 3
    3
    Документ2 страницы
    3
    theresa geina
    Оценок пока нет