Вы находитесь на странице: 1из 6

1

BAHAGIAN

PENGENALANALAM SEMULAJADI

Semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di
sekelilingmanusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi bolehdilihat sebagai semua
komponen semulajadi di mana semuahidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain
dalamkeseimbangan.Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alamyang
menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahanhutan, pencemaran kesan rumah
kaca, hakisan kepupusan spesisdan lain lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin
untukbertindak secara bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar.Salah satu tindakan yang
telah dipersetujui adalah perancanganserta perlaksanaan satu program pendidikan yang
berkesan bagimeningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentinganpemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

Ekosistem-Ekosistem Di SabahHutan Hujan Tanah Pamah Tropika

Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialahmendidik masyarakat terutama pelajar
supaya peka danbertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar melaluipendidikan alam
semulajadi. Melalui program ini, pelajar dapatmempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta
sikaptanggungjawab terhadap alam semulajadi secara pro-aktif danberperanan.

Pengertian pendidikan alam semulajadi

Pendidikan alam semulajadi ialah proses pendidikan tentang alamsemulajadi untuk alam
semulajadi dan melalui alam semulajadi.Pendidikan Alam semulajadi melibatkan interaksi
manusia denganalam semulajadi serta bagaimana manusia harus mengurus alamsemulajadi
secara bijak dalam meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kesedaran terhadap alam
semulajadi.

Matlamat Pendidikan alam Semulajadi

Matlamat utama pendidikan alam semulajadi ialah membantumasyarakat sejagat menyedari dan
memahami isu alam sekitar dandapat menguasai kemahiran serta kesungguhan mengatasi
sertamengekalkan kualiti alam sekitar. Kesimpulan ini telah dicapai olehpara peserta seminar
latihan pendidikan Alam Sekitar yangdianjurkan oleh UNESCO pada tahun 1991 di Malta.Maka
pendekatan serta matlamat pendidikan alam semulajadiadalah untuk membantu para pelajar
supaya lebih peka danprihatin terhadap isu-isu alam sekitar. Secara tidak langsung, parapelajar
memperolehi pengetahuan, kemahiran dan bolehmemupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab
untuk berusaha sertabertindak secara individu atau berkumpulan menyelesaikan isu-isualam
sekitar.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang
tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping
memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik

• kepentingannya adalah:-

• Kesihatan manusia terjamin

• Tarikan pelancong asing

• Pembekalan udara yang segar

• Ekosistem yang stabil

• Habitat hidupan darat dan air terpelihara

• Mengelakkan kepupusan

• Punca-punca

• Kemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor
pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam
kemusnahan alam sekitar. Selain itu,punca-punca lain adalah:-

• Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan

• Penebangan pokok-pokok secara berleluasa

• Pembakaran terbuka

• Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida,
hidrokarbon dan lain-lain.

• Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk

• Pembuangan sisa-sisa toksik


• Kesan-kesan

• Alam sekitar yang sedang mengalami kemusnahan telah membawa banyak kemudaratan
kepada manusia dan hidupan tidak kira hidupan di darat ataupun di air. Antara kesan-kesannya
adalah seperti berikut:-

• Pencemaran udara dan jerebu

• Fenomena hujan asid

• Pencemaran bau

• Pencemaran air

• Kemusnahan hidupan akuatik

• Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat

• Keracunan

• Hakisan tanah dan banjir

• Kesihatan terjejas

• Langkah-langkah mengatasi

• Teknologi yang semakin canggih telah menghasilkan pelbagai produk menyebabkan semakin
banyak berlakunya pencemaran. Secara tidak langsung, alam sekitar menjadi mangsa; baik di
udara, laut ataupun di darat. Langkah-langkah haruslah diambil untuk 'membersihkan' alam
sekitar daripada pencemaran

• Langkah-langkah ini dibahagikan kepada empat tahap:

• peringkat antarabangsa

• pemerintah
• organisasi

• individu.

• Di peringkat antarabangsa, pertubuhan-pertubuhan seperti WHO ( Pertubuhan Kesihatan


Sedunia) dan Greenpeace telah ditubuhkan. Kedua pertubuhan ini bertindak sebagai pengawas
pencemaran. WHO memainkan peranan penting dalam mengawal pencemaran dan berhak
menetapkan peraturan mengenai alam sekitar. Greenpeace pula memberi maklumat kepada
orang ramai mengenai pencemaran yang terjadi di dunia dan menunjuk perasaan jika berlaku
sesuatau pencemaran alam.

• Langkah yang kedua iaitu, pihak pemerintah dalam negeri, misalnya Singapura, telah
mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu alam sekitar.
Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda dan
kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh pegawai yang bertugas. Industri-industri
yang membuang sampah atau kimia sewenang-wenangnya akan disaman.

• Langkah ketiga, organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat
boleh menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah harus menanamkan
sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di sekolah serta mengadakan
pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat
tanggungjawab terhadap alam sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada
blok, kedai makan dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan
himpunan untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di
tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam pembuangan
sampah.

• Langkah keempat, adalah kita sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang
harus diamalkan adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula
( reuse), menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula
( recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan (reduce). Sikap-
sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak lupa, sikap kesedaran
pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus dicemar.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,
agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan
air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di
sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga
kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga
beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa
langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini
termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media
massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media
massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media
elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini
sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar
yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam
sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu
pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu
pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara
kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula,
sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula
pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan
pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh
dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat
mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya
hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi
seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam
sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan
Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di
peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal
ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-
pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga
perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat
disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara
alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap
sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi
moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan
adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa
meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita
dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat
khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak
sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos
kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas
karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara
di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan
dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat
menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Вам также может понравиться