Вы находитесь на странице: 1из 4

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Masa : 25 minit

Umur : 5 tahun

Standard kandungan : BM 2.6 Memupuk bacaan luas.

Standard pembelajaran : BM 2.6.6 Membaca bahan bacaan dengan sendiri.

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap


cerita yang didengar.
Standard prestasi :

1. Kanak-kanak dapat membaca dan mencerita semula apa yang di baca


secara beradab.
2. Kanak-kanak dapat mendengar, memahmi dan memberi respon dengan
bertatasusila.

KBAT : Menganalisis, Mengaplikasi, Mencipta

Objektif : Pada akhir pelajaran kanak-kanak dapat:-

1. Bercerita dan memberi respon kepada guru.


2. Mereka sebuah cerita berdasarkan sumber yang
diberi.

Langkah :

1. Guru memberi bahan bacaan bergambar kepda kanak-kanak.


2. Kanak-kanak membaca bahan bacaan sehingga selesai. (Menganalisis)
3. Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak tentang bahan bacaan yang
diberi.
4. Kanak-kanak bercerita dan memberi respon kepada guru. (Mengaplikasi)
5. Guru memberikan gambar dan kanak-kanak diminta untuk mereka sebuah
cerita. (Mencipta)
6. Pada akhir waktu pelajaran, kanak-kanak diminta menceritakan cerita yang
mereka telah cipta. (Mengaplikasi)
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu
pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa
bangga melihat tanduknya yang cantik.

“Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada


dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada
kakinya yang kurus.

“Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu


kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik
dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat


bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor
anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing
pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu
berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-
tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan
sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-
ronta untuk melepaskan tanduknya daripada
dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas
apabila kedengaran salakan anjing semakin
dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu
dapat menolongnya melepaskan diri. Namun,

tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu


dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju.
Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang
telah membantu menyelamatkan dirinya daripada
bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang


kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak
berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti
dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan
begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Nama: __________________________________ Tarikh: _______________________
Kelas: ___________________________________

Sila reka sebuah cerita berdasarkan gambar di bawah.

__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

Вам также может понравиться