Вы находитесь на странице: 1из 4

1.

0) PENGENALAN

Di dunia ini, pendidikan adalah satu hak asasi bagi setiap manusia tidak kira dalam
golongan kanak-kanak ataupun dewasa. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud; “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah hingga ia fasih (berbicara), maka
kedua-dua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”(Hadis
riwayat al-Baihaqi dan ath-Thabarani dalam al-Mu’jamul Kabir). Hadis ini membuktikan
bahawa Islam menitikberatkan hak pendidikan bagi kanak-kanak. Pendidikan harus diberi
kepada setiap insan sejak kecil lagi kerana sekiranya pembelajaran mereka tertinggal sejak
kecil, ia memberi kesukaran kepada mereka untuk menuntut ilmu setelah mereka meningkat
dewasa. Pendidikan juga harus diberikan kepada insan yang menghadapi kelainan upaya.
Sebagai contoh kanak-kanak cacat penglihatan. Mereka juga perlu diberi pendidikan kerana
mereka perlu dibesarkan dengan ilmu yang bermanfaat untuk digunakan sepanjang hidup
mereka.

2.0) HURAIAN ARTIKEL

Beradasarkan artikel yang telah dipilih iaitu Keberkesanan Penggunaan Alat Bantuan
Penglihatan Terhad oleh Rokiah Omar , Victor Feizal Knight dan Zainora Mohammed dan
Improvement in Education of People with Visual Impairment oleh Prof. PaedDr. Libuše
Ludíková, CSc., Mgr. Dita Finková, Ph.D, saya mendapati perbezaan tentang pendidikan
khas masalah penglihatan di negara Malaysia dan di luar negara Malaysia.

Dalam artikel yang pertama, penulis membuat kajian tentang keberkesanan


penggunaan alat bantu penglihatan terhad terhadap pelajar-pelajar pendidikan khas
masalah penglihatan di sekolah pendidikan khas di Malaysia. Sebelum itu, dalam artikel ini
juga penulis menyatakan bahawa penghidap masalah penglihatan ramai dalam golongan
dewasa berbanding kanak-kanak. Ini dibuktikan oleh (Zainal et al. 2002) dimana prevalens
penglihatan terhad di kalangan kanak-kanak adalah kecil berbanding golongan dewasa.
Bagi kanak-kanak masalah penglihatan kebanyakkannya disebabkan oleh penyakit
kongenital dan keturunan (Reddy dan Tan . 2001 ) . Didalam artikel ini, penulis membuat
kajian tentang keperluan alat bantuan penglihatan terhadap pelajar-pelajar di sekolah
pendidikan khas. Di Malaysia, pendidikan khas masalah penglihatan mengalami masalah
iaitu dari segi perkhidmatan. Hal ini kerana di dalam artikel ini menyatakan bahawa
perkhidmatan penglihatan terhad tidak seragam dan menyeluruh terutama di hospital-
hospital awam. Hal ini kerana terdapat beberapa bukti yang tidak kukuh bagi keberkesanan
perkhidmatan penglihatan terhad. Jadi, tujuan artikel ini diterbitkan bagi mengeluarkan bukti
bahawa penggunaan alat bantuan penglihatan terhad penting kepada pelajar-pelajar yang
mengalami masalah penglihatan.

Dalam artikel yang kedua pula, penulis mengkaji tentang kaedah pembelajaran bagi
pelajar-pelajar khas masalah penglihatan. Tujuan penulis menghasilkan kajian ini bagi
meningkatkan proses pembelajaran dengan menggunakan gambar rajah 3D semasa proses
pembelajaran. Di dalam artikel ini, penulis juga menyatakan beberapa fakta tentang
pendidikan khas masalah penglihatan. Antaranya adalah orang yang mengalami masalah
penglihatan ini tidak mempunyai masalah dari segi intelek masing-masing dan mereka
mampu mengatasi kecacatan mereka dengan mendekatkan diri mereka dengan perkara
yang realiti. Walaubagaimanapun, kesukaran yang mereka hadapi adalah kebanyakkannya
semasa melakukan perkara-perkara yang mereka tidak biasa melakukanya. Hal ini kerana
ketidakupayaan mereka untuk melihat menghalang mereka untuk melakukan kerja sendiri.
Di dalam kajian ini, penulis membantu pelajar-pelajar pendidikan khas masalah
penglhatahan memperlajari tentang geografi yang terdapat di alam ini. Sebagai contoh,
bagaimana pelajar ingin mengetahui tentang sistem planet diangkasa sekiranya pelajar tidak
mampu melihat sepenuhnya? Jadi, penulis menggunakan gambar rajah 3D bagi mengatasi
masalah ini. Hal ini kerana, pelajar yang mengalami masalah buta, daya imaginasi mereka
terhad. Ini memerlukan sesuatu objek yang boleh dirasai dengan tangan mereka bagi
membantu daya imaginasi mereka. Kaedah yang digunakan dalam artikel ini berbeza
dengan artikel yang pertama. Artikel ini berfokuskan kepada gambar rajah 3D manakala
artikel pertama berfokuskan kepada alat bantu penglihatan seperti kanta mata.

3.0) RUMUSAN

Setiap negara mempunyai sistem pendidikan yang berbeza. Hal ini kerana
pendidikan tertumpu kepada keperluan dan kemampuan sesebuah negara bagi
melaksanakan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, terdapat beberapa perbezaan diantara
pendidikan khas masalah penglihatan di negara Malaysia dan di luar negara. Di negara
Malaysia, pendidikan khas masalah penglihatan mempunyai masalah disebabkan sistem
yang tidak seragam dan menyeluruh. Jika dibandingkan dengan negara luar iaitu negara
negara yang maju , sistem pendidikan khas mereka tersusun dan teratur. Hal ini kerana, Di
Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996
diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.Manakala di Britain
pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-
dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang
kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam
pendidikan khas. Jadi sistem pentadbiran mereka terbukti lebih teratur dan tersusun. Selain
itu, alat-alat bantu belajar dalam pendidikan khas masalah penglihatan juga membezakan
diantara negara Malaysia dan di negara luar. Di Malaysia, alat-alat bantu mengajar hanya
tertumpu kepada tulisan Braille dan gambar rajah timbul sahaja. Di luar negara pula, mereka
banyak mencipta inovasi yang boleh digunakan di dalam bilik darjah sebagai contoh 3D
Printed Tactile Books dan 3D Printed Animotus. Kita nampak lihat dimana negara kita jauh
ketinggalan disebabkan teknologi mereka yang amat tinggi berbanding di negara kita.

4.0) KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, negara kita haruslah pandang kehadapan bagi meningkatkan


lagi sistem pendidikan dan meningkatkan lagi teknologi-teknologi alat bantu masalah
penglihatan. Dengan adanya pengingkatan ini, negara kita akan menjadi seperti negara-
negara yang maju dan boleh menghasilkan individu yang berkualiti pada masa akan datang.
5.0 ) RUJUKAN

Abidi, M. E. (2016, Mac 10). Utusan Online. Retrieved from MEMARTABATKAN HAK
KANAK-KANAK: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memartabatkan-hak-kanak-
kanak-1.198966

Danna, M. (2010, November 9). Scribd. Retrieved from Pendidikan Khas Di Luar Negara:
https://www.scribd.com/document/41642838/Pendidikan-Khas-Di-Luar-Negara#user-util-
view-profile

Mendoza, H. R. (2017, December 7). 3D Printing.Com. Retrieved from visually impaired:


https://3dprint.com/tag/visually-impaired/

Reddy, S., & Tan, B. (2001). International Ophthalmology, 24(1), 53-59.


doi:10.1023/a:1014493228691

Warnock, M. (1979). Children with special needs: the Warnock Report. BMJ, 1(6164), 667-
668. doi:10.1136/bmj.1.6164.66

Вам также может понравиться