Вы находитесь на странице: 1из 7

Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia

Jata Negara pada tahun 1895

Jata Negara pada tahun 1948


Jata Negara pada tahun 1963

Jata Negara pada tahun 1965


Jata Negera yang terkini

Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan
persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Keterangan rekaan logo

Kuning : Melambangkan sistem Beraja


Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya
melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor,
Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah
and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan
Malaysia iaitu Bunga Raya.

(Sebelum ini, di sebelah tengah adalah dikhaskan untuk singapura tetapi diubah selepas
singapura terkeluar dari Kerajaan persekutuan.)
Sejarah

Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan
persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak,
Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam
bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)

Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan
diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota
diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang
pulau pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah
kepada Bersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan
bahasa inggeris.

Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan
persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah
perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang
dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua
tahun kemudian.

Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan


pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.

Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit
perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini
digunakan sehingga sekarang.
SEJARAH BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula
digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu
pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat
beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar
warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja
bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira
jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Mohamad Hamzah adalah arkitek kerajaan di Johor.

Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah
diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation


Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama
rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris,
seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa
satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama
rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya
seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom –
Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.

Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena
nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.

Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu
peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.

Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk
Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan
dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama
bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak
perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan
oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang
berkaitan.

Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa
ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.

Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah


penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri
Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai
lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan
rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.

Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada


11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang
berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili
oleh bendera Malaysia itu sendiri.

Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan.


Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula
untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.
Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali,
Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan.
Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan
seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah
menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan
Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari
Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

Pada tahun 2018 ini genaplah 21 tahun nama “Jalur Gemilang” tersemat pada bendera
Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan).

Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada
bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang
diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang
bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.

Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi
kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Вам также может понравиться