Вы находитесь на странице: 1из 8

Edisi Pra Ramadhan Bil.

23/2001 9 November,
* Setakat 2001
waktu cetakan

Hanya seminggu sahaja lagi bulan Sya’aban akan berakhir dan bermulalah bulan
Ramadhan, bulan kita umat Islam berpuasa.

Bila masuk bulan Ramadhan ini akan kedengaranlah kita akan cerita-cerita yang
kebiasaannya hanya keluar pada bulan puasa iaitu cerita gastrik, cerita kena
tangkap makan di siang hari, cerita pasal lambat datang kelas atau datang kerja
sebab tertidur lepas sahur, cerita pasal sembahyang tarawikh pada malam
pertama sampai tak cukup tempat di masjid tapi bila pertengahan bulan dah
lengang, cerita pasal tadarrus cuma orang-orang ‘lama’ sahaja – orang muda ‘tak
ada arus’, cerita pasal puasa yang setakat menahan lapar sahaja - pahala tak
dapat sebab perkara-perkara yang lain terutamanya yang wajib tidak dilakukan,
cerita pasal pembaziran ketika berbuka puasa – pergi pasar Ramadhan nak beli
sejenis kueh sahaja tapi bila balik penuh kedua-dua belah tangan, cerita pasal
berbuka sakan - sampai nak tarawikh pun dah tak larat, cerita pasal pembaziran
nak mencantikkan rumah untuk hari raya – langsir baru dan cat baru sana sini,
cerita pasal tak cukup duit nak beraya – bonus dah lah tak dapat (oopss…) dan
bermacam-macam lagi.

Tok-tok imam dan penceramah-penceramah agama juga tak kering topik melalui
ceramah, tazkirah dan khutbah memberi nasihat mengenai perkara-perkara yang
afdal dilakukan di bulan Ramadhan yang mubarak ini tapi perkara-perkara yang
disebutkan di atas tetap berlaku. Kenapa agaknya ye??

Mungkin sebabnya adalah kerana kita terlalu mudah untuk memberi alasan bulan
Ramadhan memang macam tulah perangai kita, sayang sekali kita sukar untuk
menerima bahawa bulan Ramadhan inilah peluang keemasan yang perlu kita
manfaatkan sepenuhnya. Oleh itu, dengan ketibaan bulan Ramadhan ini,
fikirkanlah perkara-perkara yang positif sahaja pada bulan ini – perkara-perkara
yang boleh mendatangkan ‘keuntungan’ kepada kita. Dengan demikian, puasa
kita juga akan lebih bermakna untuk bulan ini, insyaAllah.

Contoh perkara-perkara positif yang boleh difikirkan di dalam !


Muka 1
Yahoo, minggu depan kita semua akan berpuasa… Dan sebulan selepas tu pulak kita semua akan
menyambut Hari Raya…!!! Mmm…walaupun belum lagi berada di dalam bulan puasa, namun ada
juga segelintir staff & pelajar Kolej YPM yang menjalani ibadat puasa, tak kisah laa…puasa ganti
ke, puasa sunat ke atau ape-ape aje laa yang sewaktu dengannya. Apapun, Miss X ucapkan
selamat berpuasa & selamat berbuka puasa…Mmm, tidak lupa juga Miss X & krew K-Buletin ingin
mengucapkan ‘”Selamat Hari Deepavali ” kepada semua warga Kolej yang merayakan perayaan
tersebut pada 14 November ini.

Oopss, lupa nak tanya…warga Kolej semuanya sihat ke? Bukan ape, sebab kebelakangan ni Miss
X perhatikan ramai betul yang tak sihat – ada yang demam, ada yang batuk ada yang selsema
dan tak kurang jugak ada yang `kehilangan` suara untuk seketika waktu. Kesian dia. Suara pun
dah ala-ala suara Awie & Ella. Sabar laa yea…jadikanlah semua tu sebagai pra ujian sebelum kita
menempuh alam puasa minggu depan….!!! Jangan sampai terkehel udah ler…

Sepanjang 2 bulan sebelum kita semua melangkah ke alam baru ni, sesi pendaftaran pelajar baik
yang baru ataupun yang lama akan berlangsung. Sesi pertama pendaftaran pelajar baru dan lama
UiTM telahpun selamat dijalankan pada 5 November yang lalu. Syabas diucapkan kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan sesi pendaftaran tersebut. Selepas ni, pelajar-pelajar dari program
UPM dan yang lain-lain pula yang akan menyusul. Jadi kepada pelajar semua, selamat datang dan
selamat belajar…

Chup, terlupa laa pulakkkkk…rasanya masih belum terlambat bagi Miss X dan team K-Buletin
untuk mengucapkan “ Selamat Jalan “ kepada semua top 19 yang terpilih ke peringkat akhir untuk
bertugas di Bangunan Ibu Pejabat MARA. Dah pergi ke sana nanti, ingat-ingat laa kami di sini dan
yang paling penting tu, bila ada sale kat SOGO tu jangan lupa bagitau kami kat sini tau…!!!
Sesambil tu boleh laa jugak menjenguk opis baru kengkawan lama ni… ☺

Aiseyy… 5 minit yang diperuntukkan oleh Big Boss untuk mengarang artikel ni dah pun tamat…!!!
Jadi macam biasa laa, Miss X akan stop di sini dan kali ni Miss X nak terbang untuk mencari
pasaraya yang menjual barang-barang dapur dengan kadar yang murah. Yea laa, sebagai
persediaan untuk masak-memasak semasa waktu bersahur dan berbuka puasa minggu
depan…Takkan asyik nak makan sardin aje sepanjang bulan tu…!!!

Selamat Berpuasa semua…!!!

Okey, babaiiiiii……!!!!

p/s ☛ sape yang liat nak bangun sahur tu, letak Nescafe kat sebelah dia macam dalam iklan tv
tu…☺

Muka 2
Mesyuarat Khas Pengurusan YPM yang telah bermesyuarat pada 8 November 2001
telah bersetuju dengan waktu-waktu pejabat berikut untuk staf YPM.

Ada 2 pilihan waktu bekerja dan staf dikekendaki memilih SATU sahaja untuk
SEPANJANG BULAN Ramadhan ini. Pandai-pandailah buat pilihan, dan bila dah pilih
tu jangan tak ikut pulak…

Pilihan 1 Pilihan 2
Waktu Kerja
Isnin – Jumaat 8:00am – 4:00pm 8:30am – 4.30pm

Sabtu 8:00am – 12:30pm 8:30am – 1.00pm

Waktu Rehat
Isnin – Khamis 1:15pm – 1:45pm 1:15pm – 1:45pm

Jumaat 12:30pm - 2:30pm 12:30pm – 2:30pm

Kalau masih musykil mengenai perlaksanaan waktu pilihan tersebut, tunggu ajelah
pekeliling atau tanya boss anda. Selamat Bekerja !

Untuk Ketua Eksekutif, Timbalan Ketua


Eksekutif (Kewangan & Pentadbiran), Pengurus
Pembangunan Sumber Manusia, Pengurus
Kewangan, Pengurus Skim Anak Angkat dan
staf-staf mereka yang terlibat di dalam
perpindahan ke bangunan MARA, diucapkan
Selamat Berpindah Pejabat. Semoga
mendapat ketenangan di tempat kerja baru dan
kalau nak baca K-Buletin ni, lawat-lawatlah
laman web K-Buletin Versi Online selalu.
ADIOS AMIGOS !

~ SELAMAT BERPUASA ~

Diucapkan kepada seluruh warga Kolej YPM Kuala Lumpur. Sesiapa yang ada resipi
istimewa untuk dikongsi sebagai juadah berbuka puasa tu, jangan segan dan jangan
malu, email aje kepada kami di chef_admission@yahoo.com agar dapat kami paparkan
ke dalam K-Buletin edisi online.

Muka 3
teman kali ni anak polis dan
pernah menuntut di Nothern
Illinois University selama 6 tahun
Ole…ole…ole…olee…!!! Itu dia, dan kini berkelulusan BSc
demam Piala Malaysia masih (Chemistry) dan MSc dalam
belum berakhir lagi, beb…!!! Physical Chemistry (emmm
Mmm, meriah betul Stadium Physical lagi..).
Nasional Bukit Jalil malam Sabtu
bebaru ni… Memula sekali Miss X Kome yang kat luar sane ndak tau
nak ucapkan tahniah kepada idak, tetamu teman ni masa belajo
pasukan & penyokong setia negeri kat US dulu disangkakan teman-
`penyu` kerana berjaya mencipta teman & lecturernya anak orang
sejarah memenangi Piala Malaysia Jepun… huk alooo, sampai begitu
pada malam tu. Yeah, Terengganu sekali deme tu yea…nape agaknya
kite..!!! Nampak gayanye penyu yea, adakah kerana nama
tak menangis lagiiii kali ni…!!! ayahnya seperti nama orang
Jepun…?!! Mmm, sama-sama laa
Tapi dalam kita semua ( orang kita saksikan nanti di penghujung
Ganu ler ) dok bergumbira tu, cerita ini…SESUAIII ke TAK
Miss X tau ada segelintir SESUAIII…
penyokong pasukan Perak di YPM
ni sedang bermuram durja, lebih- Mmm, jiran Khalid Jamlus nih
lebih lagi tetamu Miss X kali kalau bab makan dia tak kisah
nih…!!! Cian kat dia, kan…!!! Jom dan cerewet langsung, semuanya
ramai-ramai kita berkenalan ngan dia sapu licin ( dengan pinggan-
peminat setia pasukan bolasepak pinggan sekali ) KECUALI sambal
nih merangkap jiran sebelah belacan. Ate kalau udoh orang
rumah ngan Khalid Jamlus ni, Perak…mana ndaknya makan
biar terubat sikit kecewanya pada sambal belacan…TAK SESUAIIII
malam Sabtu lepas…biar dia tau gitu…Orang Perak kan makan
yang kita semua sayang kat dia ni tempoyak…!!! Agak-agaknya kalau
walaupun belum tentu lagi dia tu disuruh makan budu ndak ke
sayang kat kita… tidak deme ni yea…?!!! Udoh ler
Hehehehehehe…!!! Sesambil tu tu…moh ler teman cerita kat mike
boleh gak kite belajar loghat yang kat luar sane ngan cerite
Perak. yang lain pulokkk…

Cenggini, ate dia ni dilahirkan Err…kalau tak silap tetamu Miss


pada 0909, 45 tahun yang lalu X kali ni dah telahpun selamat
nun di Paris kat Boston ( padahal menunaikan rukun islam yang ke-
Parit, Bota Kanan ). Dia ada 5 bebaru nih dan setelah 16
sorang abang dan 2 orang tahun mendirikan rumahtangga
adik…tapi opss, Miss X dah chop dengan suaminya yang tersayang,
dulu adik dia tu tau…!!! Mmm, kini mereka telah dikurniakan
kita sambung balik. Ate tetamu dengan 5 orang cahayamata –

Muka 4
semuanya My Fair Princesses. Jadi Entertainment kali ini ialah Puan
pada mana-mana staff yang ada Maimunah binti Mat Suki…!!! Tak
ramai anak teruna yang berusia lama lagi dia akan muncul dengan
dari 6 – 14 tahun, boleh laa single pertama berjudul ` Penyu
menghantar borang permohonan Tak Menangis Lagi…` sebagai
untuk mengenen-ngenenkan anak hadiah buat penyokong dan
teruna tu dengan anak dara pasukan Terengganu… Arigato
suntinya itu… Gozaimas..!!! Ucapan ini ikhlas
Isyy, ate dari tadi Miss X dok x- Miss X tujukan untuk Puan
pose mengenai `artis baru` di Maimunah…Bangga gitu…
bawah naungan syarikat K-
Buletin Entertainment nih, keme Mmm, sebelum stop, ingat tak
yang kat luar sane tu tau ke sape tadi Miss X ada kata masa puan
dia ni…?!!! Hah, sebelum Miss X Maimunah belajo kat US dulu
x-posekan identitinya tu, meh sini teman-teman & lecturernya
Miss X nok bagitau satu bende sangkakan dia ni anak orang
kat keme semua…tetamu Miss X Jepun… tau tak kenapa…?!!!
ni merupakan seorang Pengurus Sebabnya, diorang tengok nama
Pendidikan YPM yang mana asyik ayah dia tu macam orang
`manjanggg…` aje berpindah- Jepun…tu pasal laa diorang
randah ( macam orang nomad… ) semua tu panggil dia dengan
Ciannnnn dia…dah laa pasukan nama Miss Matsuki…!!!
Perak kalah, kan… Mmm, penyu
dok `nangih` doh kali ni, dia Haik…haik…haikkk…!!! Okey laa,
pulokkkk yang nangih…!!! Miss X minta diri dulu…Oopss,
Miss x minta maaf sebab tak
Oopss, dah dapat tangkap ke sape dapat menyertakan nama sekolah
yang Miss X maksudkan sebagai Puan Maimunah sebab hilang
`artis baru` syarikat K-Buletin laa…mana entah letak, tu laa
Entertainment nih…?!! Alaaa, excited sangat sebab Terengganu
takkan ler tak dapat tangkap lagi menang…!!! Soalan menguji
sape…!!! Alaaa…selalu cenggitu minda, apa kena-mengena kertas
tau, Miss X tanya last-last Miss X hilang dengan Terengganu
jugak yang jawab….!!! menang…?!!!

Okey laa, malas dah nak berteka- Entah laa, hanya penyu aje yang
teki ni, teman pun ndak buat boleh jawab…!!…
bende lain lagi nih. Teng…
teng…tengggg, memperkenalkan
`artis baru` syarikat K-Buletin

Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak kakitangan YPM


yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) baru-baru ini, lebih-lebih lagi kepada
anak Big Boss kami iaitu Adik Amir Farhan kerana telah berjaya mendapat
4A dalam UPSR. Semoga anak-anak staf kita ini akan lebih sukses lagi
dalam apa jua bidang yang diceburi suatu hari nanti.
Muka 5
• Untuk sesiapa yang nak berdiet, menguruskan badan, tak pernah tercapai
selama ni, gunakanlah kesempatan bulan Ramadhan ni untuk menguruskan
badan. Senang aje, masa berbuka makan buah 2-3 biji buah korma dengan air
segelas dua, lepas tu cepat-cepat solat maghrib. Wirid panjang sikit, lepas tu
jangan ke dapur atau ruang makan lagi. Kalau boleh terus ke surau, siap-siap
untuk isya’ dan tarawikh. Balik dari tarawikh (dan kalau boleh tadarrus)
terus tidur dan terus subuh…miss sahur lagi bagus !
• Untuk yang nak berjimat cermat, masa ni lah jugak masa yang sesuai. Yang
merokok, tak payah nak cover merokok yang miss waktu siang; buat-buat
lupa aje. Nak hisap rokok pun bila pergi tarawikh jumpa geng hisap rokok,
join sekaki… Kalau yang betul-betul nak berjimat, tak nak belanja sendiri
untuk berbuka, berbuka di masjid (ok ape...)
• Untuk yang nak pahala lebih, bulan Ramadhan memang terkenal sebagai
bulan untuk kita mengumpul pahala dan menghapus dosa. Macam-macam
program boleh dibuat untuk dapat pahala, tak payah sebut la…
• Untuk yang selalu rasa tak produktif, bulan ni lah bulan untuk produktif
(kerja lah..) Kalau selalu ada time break nak minum pagi, hisap rokok kena
pergi luar dari kampus, makan tengahari, minum petang – bulan Ramadhan
tak boleh. Jadi masa untuk bekerja pun banyak. Kalau selalu kerja siap dalam
2 hari, dalam bulan Ramadhan boleh siap 1 hari. Tak produktif ke gitu??
• Untuk yang nak balik awal dari kerja (nak shopping dan masak la katakan..),
datang kerja awal. YPM dah cukup baik bagi pilihan waktu bekerja. Buat
pilihan No. 1. Bulan mana ada pilihan macam ni???
• Kalau nak membuat kebajikan, ambil lah peluang masa bulan ni. Belikan baju
raya untuk anak-anak yatim, atau sedekah baju raya yang lama-lama (tapi
masih lawa, nak pakai pun dah tak muat), mainan anak-anak yang anak-anak
dah tak main lagi sebab dah besar. Bila berbuka, jemput anak-anak
bujang/dara yang sejiran berbuka, sedekah nasi/lauk ke masjid/surau untuk
orang berbuka. Bila bayar fitrah, bayar awal supaya boleh sampai kepada
penerima sebelum raya.
• Untuk yang belum-belum khatam Qur’an, masa ni paling sesuai. Join
kumpulan tadarrus. Baca bersama dan insyaAllah dalam malam ke 27 dah
khatam. Siap majlis khatam lagi… (Ed. Khatam dah, khatan pun dah..)

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang moreh


kepada pelajar-pelajar di Riviera 2 dan Maxisegar,
borang boleh didapati dari Ustaz Kamal Shah Rani dan
Ustazah Rogayah Estar di Tingkat 3 Wisma YPM.
Program ini dianjurkan oleh MPI-KYPMKL

Muka 6
Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di Kuala
Lumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara
pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan
kepala didahulukan dan dapat ke bawah tanpa apa-apa kecederaan.
Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan
terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun
tanpa apa-apa kecederaan. Peserta kedua dari Filipina naik ke tingkat 2
dan terus terjun Zooooom…!!! Bang..!!! Dia bangun dan menggosokkan
kepalanya. Penonton bertepuk tangan.. Peserta ke 3 dari Singapura berlari
ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah
dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran di
kepalanya. Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4.
Beliau dengan perlahan berjalan ke tingkat 4 dan sampai di tepi beliau
berdiri sahaja. Pengadil menjerit-jerit suruh dia terjun tetapi dia mengeleng-
ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik
menyuruh dia terjun. Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana
beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk
bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah
dari..... MALAYSIA!!!

DARI
MEJA

Diucapkan kepada semua pelajar baru dan lama Kolej Yayasan


Pelajaran MARA Kuala Lumpur. Semoga adik-adik semua tidak
akan mensia-siakan peluang belajar yang telah diberikan oleh ibu
dan bapa adik-adik.
Kolej
YPM .....INGAT....
Kepada semua pelajar lama dan baru, sila pastikan anda faham dan
beringat selalu dengan peraturan Pembayaran Yuran dan Yuran
Tertunggak. Sentiasalah menyemak baki yuran anda di Bahagian
Kewangan terutama selepas menerima inbois [30 hari selepas tarikh
pendaftaran].

Manakala kepada para pelajar yang dibenarkan membayar yuran


secara ansuran, sila pastikan pembayaran anda tepat pada masanya
bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan yang selanjutnya.

Muka 7
APA ADA PADA NAMA?

Tahukah tuan-tuan bahawa bahasa yang digunakan di alam akhirat ialah Bahasa
Arab dan tahukah tuan-tuan bahawa manusia akan diseru namanya di yaumal
mahsyar dengan nama yang diberikan oleh ibu bapanya. Sesungguhnya manusia
akan diseru namanya untuk menerima buku catitan amalannya..manusia juga
akan diseru namanya untuk dihisab..manusia juga akan diseru namanya untuk
meniti titian Sirat…manusia juga akan diseru namanya untuk masuk ke
syurga…manusia juga akan diseru namanya untuk di azab dan berbagai lagi
seruan menggunakan nama yang digunakan semasa hidup di dunia.

Alangkah malangnya, sekiranya nama yang diseru tersebut mempunyai maksud


yang buruk dan tidak memberikan apa- apa erti di sisi Allah s.w.t. Islam telah
mengariskan segala-galanya untuk kehidupan manusia di dunia ini bersesuaian
dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud “Tidak aku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaKu” , maksudnya setiap apa sahaja perbuatan
manusia di dunia ini Allah ambil kira sebagai ibadah dengan syarat mesti mengikut
garis panduan yang telah di tetapkannya. Garis panduan yang dimaksudkan itu
tentulah Al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w.

Justeru itu, maksud firman Allah s.w.t tadi “..hanya untuk beribadah kepada ku “
termasuklah gerakkerja manusia di muka bumi ini yang perlu bekerja,
berumahtangga, melahirkan anak [dan memberikan nama yang elok kepada
anak], bersukan , makan dan minum, berhibur, memerintah negara, berbudaya,
memberi nasihat menulis, mengajar dan sebagainya.

Selaras dengan sifat Allah s.w.t. yang sukakan perkara-perkara yang cantik sebab
itulah ada garis panduan untuk menamakan anak atau memanggil nama
seseorang. Janganlah berikan nama kepada anak-anak [atau memanggil
seseorang] dengan nama yang tidak elok dari sudut maknanya ataupun yang
tiada maksud kerana ianya akan digunapakai di akhirat dan syurga kelak.
Janganlah terikut-ikut dengan gaya hidup masakini yang mementingkan nama ala
hero-hero filem Hollywood atau Bollywood yang tiada maksudnya atau
mempunyai sinonim dengan perangai yang buruk seperti Abdullah bin Ubai [ketua
orang-orang munafik ketika zaman Nabi s.a.w] atau Musailamah al Kazab [ orang
yang mengaku menjadi Nabi] dan seumpamanya.

Walaupun ada sesetengah maksud dalam bahasa Arab itu mempunyai makna
tertentu pada bahasa lain maka pedulikanlah, yang pentingnya apakah
maksudnya di sisi Allah s.w.t. kerana semua bahasa di dunia ini adalah kepunyaan
Allah s.w.t tetapi bahasa yang akan digunakan kelak di alam akhirat ialah Bahasa
Arab. Apapun tindakan kita, rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidang
agama bagi tujuan ini. Wallahu’lam.

Muka 8

Вам также может понравиться