Вы находитесь на странице: 1из 3

Keperluan Asas Tumbuhan (Eksperimen)

Untuk menunjukkan bahawa tumbuhan memerlukan udara, air dan cahaya matahari.
HIPOTESIS
Keperluan asas tumbuhan adalah air, udara dan cahaya matahari.
PERNYATAAN MASALAH
Adakah tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk hidup?
RADAS DAN BAHAN
Pasu, beg plastik, kotak, pokok keembung, tanah dan air

FAKTOR YANG PERLU


a) ditetapkan : jenis tumbuhan
b) diubah : kehadiran air, udara dan cahaya matahari
c) diukur : pembesaran sama ada subur atau tidak.

PROSEDUR

Rajah di atas menunjukkan empat


pasu pokok keembung
1. Empat pasu pokok keembung dilabel sebagai P, Q, R dan S.
2. Pokok keembung di dalam pasu P dibungkus dengan beg plastik
3. Pokok keembung di dalam pasu Q diletak di dalam sebuah kotak
4. Pokok-pokok keembung di dalam pasu P, R dan S diletak di luar bilik darjah.
Pokok keembung di dalam pasu Q diletak didalam bilik darjah.
5. Pokok-pokok keembung di dalam pasu P, Q, dan S disiram setiap hari.
Jangan siram pokok keembung didalam pasu R.
6. Keadaan semua pokok tersebut diperhatikan selepas lima hari.

PEMERHATIAN
Pasu P : Tidak subur
Pasu Q : Daunnya bertukar menjadi kuning.
Pasu R : Menjadi layu
Pasu S : Subur

PERBINCANGAN
1. Pokok di dalam pasu P tidak subur kerana tidak mendapat udara yang mencukupi untuk
menjalankan respirasi.
2. Daun pokok di dalam pasu Q bertukar menjadi kuning kerana tidak mendapat cahaya matahari
3. Pokok di dalam pasu R menjadi layu kerana tidak mendapat air.
4. Pokok di dalam pasu S membesar dengan subur kerana mendapat udara, cahaya matahari dan air.

KESIMPULAN
Keperluan asas tumbuhan adalah udara, cahaya matahari dan air.

Вам также может понравиться