Вы находитесь на странице: 1из 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SENTUL

51000 KUALA LUMPUR


TEL: 03-40413911 FAX: 03-40438073
Email: wba0046@ skbbs.edu..my

MINIT CURAI

Tarikh : 15 MEI 2018


Nama Guru : NUR FARHANA BINTI MUHAMMAD FUAD
Tajuk : TAKLIMAT PENGENALAN GERBAT (GERak Kerja
MemperheBAT) SAINS, PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN WILAYAH SENTUL.
Tempat : BILIK MESYUARAT, SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL 1.
Masa : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

1. Maklumat

 Tujuan Kursus GERBAT Sains ini dijalankan untuk;

 Meningkatkan pemahaman guru-guru dalam pemberian Tahap Penguasaan (TP)


kepada murid-murid berdasarkan DSKP .
 Meminimumkan pemberian TP 1 dan TP 2 kepada murid-murid, terutama murid-
murid tahun 1 dan tahun 2.

 Guru perlu menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai seperti perubahan tingkah
laku, pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menentukan tahap penguasaan PBD
murid.
 Guru perlu menyedari bahawa kualiti kemenjadian murid adalah melalui keberkesanan
pelaporan PBD di dalam bilik darjah. Justeru, guru perlu menjalankan PBD setiap kali
PdPc, catatkan setiap penilaian terhadap murid, dan catatkan ruangan impak setiap
kali selepas PdPc termasuk catatan menyeluruh murid tidak hadir.
 PBD adalah salah satu elemen dalam PAK 21 dan penilaiannya boleh dijalankan
dalam bentuk lisan, bertulis dan pemerhatian.
 Guru aliran bagi setiap mata pelajaran juga boleh berbincang untuk pemberian TP
yang sesuai untuk murid.

2. Tajuk bahan yang dibekalkan.


Tiada
Guru-guru boleh akses semua bahan melalui;
http:/tiny.cc/slaidgerbatpbdppws
3. Tindakan yang telah diambil.
 Semua guru Sains telah diberi penerangan dan cara pemberian TP kepada murid.
Murid perlu diberikan sekurang-kurangnya TP3. Murid yang tidak layak
mendapat TP3 dan hanya mendapat TP1 dan TP2, guru perlu kemukakan bukti
atau evidens yang membuktikan murid ini tidak layak mendapat TP3.
4. Tindakan Susulan Yang Perlu Dilakukan.

Guru-guru perlu sentiasa merekodkan TP murid dalam pelaporan PBD sepanjang


tahun. Penilaian yang dibuat mestilah telus. Guru juga perlu sediakan nota, makluman
atau catatan.

Disediakan oleh:

……………….............................
( NUR FARHANA BINTI MUHAMMAD FUAD)

Вам также может понравиться