Вы находитесь на странице: 1из 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR UDA 2

JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2018
ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. MATLAMAT

3. OBJEKTIF

4. KUMPULAN SASARAN

5. JAWATANKUASA PENGELOLA

6. TENTATIF PROGRAM

7. STRATEGI PERLAKSANAAN

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

9. PENUTUP

1. PENDAHULUAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) diadakan setiap tahun di
sekolah selaras arahan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari
Antidadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting


memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan
dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian
kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu
diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap


dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak
terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan
modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan
menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti danmasyarakat.

2. MATLAMAT
Program ini diharap dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid
tentang bahayanya penyalahgunaan dadahyabg akan memudaratkan
nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.

3. OBJEKTIF
i. Murid-murid mengetahui bahawa penyalahgunaan dadah akan
menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial.
ii. Memberi kesedaran kepada murid tentang bahayanya kesan
penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.
iii. Menanam dan menyemai sikap benci kepada dadah di dalam diri murid-
murid.
4. KUMPULAN SASARAN
Semua guru, staf dan murid SK Bandar Uda 2.
5. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Pn. Noorayu bt Jayus (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Marfuah bt Tukiman (GPK Kurikulum)
: Pn. Siti Anita bt Misran (GPK HEM)
: En. Zulkpli bin Yahya (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : En. Abdul Shafiq bin Md Subahir
Setiausaha : Cik Siti Nabilah bt Moin

Ahli Jawatankuasa
Bacaan Doa
En Mohd Naim bin Md Hanipah Perasmian
Cik Lina Mursyidah bt Hashim
Hadiah
Pn Sri Mawati bt Bahari Pertandingan Mewarna
Pn. Aini Yasmin bt Mat Saat
Jurugambar En. Khairi Azri bin Kassim
En. Adnan bin A.Ghani

Kuiz
PA Sistem
Cik Siti Nabilah bt Moin
En. Khaidir bin Othman

6. TENTATIF PROGRAM

TARIKH AKTIVITI
 Perasmian Program Pendidikan Pencegahan Dadah
8 April 2018 (Ahad)
(PPDa) Peringkat Sekolah
 Program Cuma 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah
9 April 2018 (Isnin)  Pertandingan Mewarna Poster (Prasekolah & Tahap 1)
 Pertandingan Kuiz Antidadah (Tahap 2)
 Program Cuma 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah
 Pertandingan Kuiz Antidadah (Tahap 2)
10 April 2018 (Selasa)
 Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
(Semua Murid)
 Program Cuma 5 Minit Pendidikan Pencegahan Dadah
11 April 2018 (Rabu)
 Pertandingan Kuiz Antidadah (Tahap 2)

12 April 2018 (Khamis)  Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

Tentatif Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah


(Ahad, 8 April 2018)
Cadangan Masa 7.20 pagi
 Murid dan guru berkumpul di Dewan Sri Mahsuri
 Bacaan Doa
 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
 Ikrar Antidadah oleh semua murid SKBU 2
 Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
 Perasmian Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat
Sekolah oleh Guru Besar

7. STRATEGI PERLAKSANAAN
 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
 Pemilihan aktiviti dan pengisian program
 Menyediakan peralatan, borang, syarat-syarat pertandingan,
persiapan tempat dan sebagainya.
 Melaksanakan program sebagaimana yang telah dirancangkan.
 Penilaian dan pelaporan.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bagi menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Peringkat Sekolah, sumber kewangan adalah dipohon dari peruntukan
Unit Bimbingan dan Kaunseling.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. Hadiah
i. Mewarna Poster Antidadah
 Pra sekolah
RM 10.00 X 5 50.00
 Tahun 1
 Tahun 2 RM 10.00 X 10 100.00
 Tahun 3 RM 10.00 X 10 100.00
ii. Pertandingan kuiz Antidadah
RM 10.00 X 10 100.00
RM 5.00 X 30 150.00
Banner Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa)
2. RM 150.00 X 1 150.00

JUMLAH (RM) 650.00

9. PENUTUP
Diharap program ini akan mencapai objektif dan seterusnya dapat
memberi kesedaran betapa bahayanya merokok dan dadah kepada
pelajar-pelajar seterusnya kepada masyarakat dan negara.
Kertas kerja ini disediakan oleh :

(ABDUL SHAFIQ BIN MD SUBAHIR)


Penyelaras Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa),
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.

Kertas kerja ini diluluskan oleh :

(NOORAYU BINTI JAYUS)


Guru Besar,
SK Bandar Uda 2,
Johor Bahru.

Вам также может понравиться