Вы находитесь на странице: 1из 9

Ketibaan Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera,


Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
Hariff kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b.


Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali
dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.
Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi,
Lambaian Kasih” sempena persaraan En. Abdul Karim b.
Munok , Guru Besar SK Kota Setia.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif


kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan
Jue Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Ucapan Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
Alu-aluan kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan
doa itu tadi.
Hariff
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid


Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah

Yang Diraikan
En Abdul Karim b. Munok
Guru Besar SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt Shaari


Penolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt Abas


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. Marzuki


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota
Setia

Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. Adam


YDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah

Yang Dihormati
Barisan Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Yang Dihormati
Pegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,
Seterusnya
Barisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat
yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena persaraan
Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK
Kota Setia.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis “Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih”

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam
dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK
Kota Setia

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan Ketua
Murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Jue Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua


Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1 Terima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor
Hariff Azman atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha


Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Kota Setia. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik


Ucapan Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas
Jue ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd
MGB Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah
& disampaikan sebentar tadi.
PPD
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Hariff Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi
menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj.


Adam atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada


Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd


Persembahan Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah
Multimedia disampaikan sebentar tadi.

Jue Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul


Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt.
Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana.
Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia


Ucapan
Yang Dirai Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan
GB multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Hariff Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS
dan individu yang menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.

Hadirin yang dihormati,


Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid,
Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd
Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh
Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara
tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron


Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj
Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,


Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari
ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru


Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas
untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut
ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu
Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat
hari jadi…

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok


yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada
semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat
di hadapan dewan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,


Persembahan
Khas Gurindam Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
Jiwa ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
Jue mempersilakan.

***………Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas
ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul “Gurindam
Jiwa”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam


Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt.
Hussin.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
Hariff pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan
yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd


Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan
Daerah Perak Tengah naik ke pentas utama untuk
menyempunakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.


Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD.
Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok


menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En.
Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan
Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


Penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
Hadiah & yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b.
cenderamata Munok.

Jue Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan
En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata


daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


Penutup kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok
Hariff
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi
bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk cikgu Karim……….

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk
Jue bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-
sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”
ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok


dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan
kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Вам также может понравиться