Вы находитесь на странице: 1из 14

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : bahagian A dan

bahagian B.

2. Jawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian.

3. Setiap soalan Bahagian A diikuti empat pilihan jawapan iaitu A,B,

C dan D.

4. Pilih dan bulatkan satu jawapan sahaja.

Bahagian A

(20 Markah)

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah

1. Amin dan Amirul berkawan baik.________sering kelihatan


bersama.

A Dia
B Kita
C Kami
D Mereka

2. ”_________________berasa bersyukur kerana kita dapat


hidup dengan aman dan damai”, titah sultan.

A Tuanku
B Patik
C Beta
D Aku

1
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Saya dan Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman


sains. __________ melakukan tugas itu bersama-sama.

A Kami
B Kamu
C Beliau
D Mereka

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Pak Amin sedang ________ mentimun di kebun sayurnya.

A mencabut
B memotong
C memetik
D memakan

2
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kerja-kerja____________________kawasan balai raya itu


dilakukan secara bergotong–royong.
A menanamkan
B merobohkan
C membersihkan
D menngotorkan

6. Mak Yong _______ kesenian tradisional yang semakin dilupakan


oleh generasi muda.
A paling
B masih
C ialah
D iaitu

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah

7. Abang mengeluarkan __________ yang baru dibelinya daripada


kotak itu lalu meletakkannya di atas meja.
A papan
B kekunci
C tetikus
D lelaba

3
8. _________, rasalah tumbukanku ini !
A Oh
B Eh
C Wah
D Nah

9. Kami sungguh_________________melawat negeri Melaka


Bandaraya Bersejarah.
A riang
B sedih
C selesa
D seronok

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10. Badan pesakit yang baru menjalani pembedahan itu masih


_____________ dan dia perlu banyak berehat.
A layu
B kaku
C malas
D lemah

4
11. Saya dan keluarga menginap _________ Hotel Rossa
Passadena ketika melancong ke Cameron Higland.

A di
B ke
C pada
D daripada

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12. Murid-murid 3 Ibnu Sina perlu beratur________loceng di


bunyikan pada pukul 7.30 pagi sebelum masuk ke kelas.

A apabila
B kerana
C jika
D bila

13. Abang bersiul-siul ____________ mencuci kereta di halaman


rumah

A dan
B atau
C tetapi
D sambil

5
Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah

14. Sarah membeli lima ______________ jagung di pasar


A biji
B ulas
C ketul
D tongkol

15. Nenek Aiman memakai cermin mata kerana_____________.


A rabun ayam
B cakar ayam
C kaki ayam
D anak ayam

16. Perairan di Negara kita mempunyai banyak ______________


yang cantik.
A pulau-pulau
C buah-buah
B agar-agar
D lidi-lidi

6
Soalan 17 hingga soalan 20

Baca surat di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut

43, Jalan Mangga,


08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

2 Ogos 2016.

Menemui sahabatku, saudari Amira yang kini berada di Pekan,


Pahang. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudari,
Apa khabar? Saya harap saudari sihat di samping keluarga
tersayang. Saya di sini sihat-sihat sahaja.
Untuk makluman saudari, baru-baru ini sekolah saya telah
mengadakan Hari Sukan. Kehadiran ibu bapa tambah memeriahkan Hari
Sukan tersebut.
Saya telah menyertai satu acara, iaitu acara lumba lari 50
meter. Gembiranya saya apabila berjaya mendapat tempat pertama.
Saya juga bersama sekumpulan murid tahun tiga telah membuat
persembahan senamrobik.
Bagaimanakah perkembangan terbaru di sekolah saudari?
Saya harap saudari akan menceritakannya kepada saya dalam surat
saudari nanti.
Nampaknya setakat ini dahulu yang dapat saya coretkan.
Semoga kita akan berjumpa pada suatu hari nanti.

Sahabatmu,
Rina

17. Di manakah Amira tinggal?

A Pekan

B Pahang

C Kuantan

D Sungai Petani

7
18. Tujuan Rina menulis surat tersebut adalah untuk ___________

A mengetahui perkembangan terbaru sahabatnya

B menceritakan Hari Sukan di sekolahnya

C bertanya khabar sahabatnya

D mengisi masa lapangnya

19. Apakah acara yang disertai oleh Rina ?

A Acara lompat jauh

B Acara lumba lari 50 meter

C Acara lumba lari 100 meter

D Acara lumba lari berganti-ganti

20. Perkataan makluman dalam petikan sama erti dengan

perkataan

A penerangan

B pemahaman

C pengetahuan

D pemberitahuan

8
Bahagian B
(30 Markah)
Soalan 21
Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan dengan betul.

menghirup berjoging melompat

bermain memancing menanam

Fahmi sedang _______________ bola bersama rakan-rakannya. Encik

Wong berjalan bersama-sama anak bongsunya sambil _____________

udara yang segar. Siti duduk di bawah pokok sambil membaca buku.

Kamal __________________ ikan di tepi tasik yang berhampiran

taman rekreasi. Anas, Raju dan Ah Lock ____________ di taman itu.

Ramai orang datang ke taman ini untuk beriadah lebih-lebih lagi pada

hujung minggu.

(4 markah)

Soalan 22

a. Bina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

Puan Lina membasuh pinggan.

Puan Lina menyanyi.

Jawapan :

_______________________________________________

_______________________________________________

(2markah)

9
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah

Ibu : Siti, tolong ibu basuh dahulu sayur-sayur ini sebelum dimasak.

Siti : _____________________________________________

_____________________________________________

(2 markah)

C. Soalan berikut berdasarkan gambar.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar


di atas.

______________________________________________

( 2 markah)

10
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional, salah


satu daripada makanan tradisional. Salah satu daripada makanan tersebut ialah
dodol. Dodol biasanya dimasak apabila menjelang hari raya. Bahan-bahan yang
diperlukan untuk membuat dodol ialah tepung beras, tepung pulut, santan, gula
pasir, gula melaka dan garam.
Biasanya, masyarakat kampung akan bergotong royong untuk memasak
dodol. Proses memasak dodol mengambil masa yang lama, iaitu lebih kurang
empat jam. Dodol dimasak di dalam kawah yang besar. Dodol berwarna gelap,
kenyal dan juga berkilat

a. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol ialah


______________________________________________________

b. Dodol biasanya dimasak apabila menjelang _______________________.

(2 markah)

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu


daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Proses memasak dodol


mengambil masa yang lama, iaitu
lebih kurang empat jam.

betul
Masyarakat kampung tidak akan
bergotong royong untuk memasak
dodol.
salah
Dodol berwarna gelap, kenyal
dan juga berkilat

Dodol dimasak di dalam kawah


yang kecil

( 2 markah )

11
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tarian Singa ialah tarian tradisional masyarakat Cina. Kostum singa


yang digunakan untuk mempersembahkan tarian ini akan dimainkan oleh dua
orang penari. Salah seorang penari berada di hadapan untuk menggerakkan
kepala kostum, manakala seorang lagi akan memainkan peranan di bahagian
belakang kostum. Tarian ini biasanya dipersembahkan pada Tahun Baharu
Cina, majlis keramaian dan majlis perasmian

a. Apakah tarian tradisional masyarakat cina?

_______________________________________________

_______________________________________________

( 2 markah)

b. Bilakah Tarian Singa ini dipersembahkan?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

c. Berapa orang penarikah yang diperlukan untuk mempersembahkan

Tarian Singa ?

_______________________________________________

_______________________________________________

(2 markah)

d. Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi


pernyataan yang salah berdasarkan petikan di atas.

Tarian Singa merupakan tarian tradisional kaum India

Penari berada di hadapan untuk menggerakkan kepala


kostum

( 2 markah )

12
Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan yang berikut.

Ular berlingkar di atas duri,


Rotan dan akar tumbuh merata;
Jangan bertengkar sesama sendiri,
Perbuatan demikian merugikan kita.

Pergi ke kota membeli ikan,


Ikan dibeli bersama kanji;
Tamak haloba jangan diamalkan,
Itu adalah perbuatan yang keji.

Mak Minah pergi ke pasar,


Pergi ke pasar membeli bawang;
Jangan bercakap kasar,
Nanti kita di benci orang.

Biru kuning si tudung saji,


Digunakan untuk menutup lauk;
Dadah dan arak hendaklah dijauhi,
Agar tidak runtuh akhlak.

a. Apakah perbuatan yang merugikan kita?

____________________________________________

____________________________________________

b. Mengapakah kita dilarang bersikap tamak haloba?

_____________________________________________

_____________________________________________

13
c. Apakah akibat yang bercakap kasar?

______________________________________________

______________________________________________

d. Maksud rangkap keempat yang ingin disampaikan oleh penulis

ialah?

_____________________________________________

______________________________________________

( 8 markah)

14

Вам также может понравиться