Вы находитесь на странице: 1из 21

SMK SERI AMPANG

Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur,

Mata pelajaran : Perniagaan


Kod mata pelajaran : 3766
Tajuk : Profil Perniagaan
Nama : Wan Azri Bin Wan Yusoff
Nombor Kad Pengenalan : 021121-14-1153
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua
pihak yang telah memberi teguran dan cadangan yang membina. Ucapan terima kasih
khusus ditujukan kepada Puan Maslinda Binti Idress selaku guru pembimbing atas
kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar sehingga selesainya kertas projek ini.
Tidak dilupakan juga terima kasih tidak terhingga kepada pemilik Wan Pancake House
Enterprise yang telah memberi kerjasama untuk menjayakan tugasan ini. Sekalung
ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan.
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

Abstrak iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Visi.Misi Dan Objektif 2

3.0 Matlamat Dan Strategi Organisasi 3

4.0 Profil Perniagaan 4

5.0 Carta Organisasi 5

6.0 Bahagian Fungsian Organisasi 9

Rumusan 12

Senarai Rujukan 13

Lampiran 14
ABSTRAK

Perniagaan merupakan salah satu industri yang sentiasa berkembang maju dan sangat
penting dalam pembangunan ekonomi negara. Kajian kerja projek ini adalah bertujuan
untuk mengenal pasti tujuan perniagaan, organisasi perniagaan, visi, misi dan objektif
perniagaan.

Selain itu, kajian ini juga dilakukan bagi mengenal pasti bidang fungsian yang wujud
dalam perniagaan yang dipilih. Hal ini disebabkan oleh setiap bahagian fungsian
mempunyai peranan masing-masing dalam mempengaruhi operasi sesebuah
perniagaan.

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah tinjauan di lokasi perniagaan. Setiap
maklumat yang berkaitan akan digunakan sebagai bahan untuk dijadikan dapatan
dalam kertas kerja projek. Dapatan kajian juga diperoleh secara temu bual dan bacaan
daripada sumber rujukan tertentu seperti melalui bacaan bahan rujukan di
perpustakaan dan sumber daripada internet.

Penilaian juga dibuat terhadap setiap dapatan yang diperoleh dengan menilai setiap
visi, misi dan objektif, carta organisasi dan fungsian organisasi yang wujud dalam
perniagaan yang dipilih. Cadangan penambahbaikan dalam bahagian rumusan juga
dinyatakan sebagai rujukan kepada pihak yang berkaitan supaya dapat menjalankan
operasi perniagaan mereka dengan lebih professional, berkesan dan sistematik.

IV
1.0 PENGENALAN

Wan Pancake House Enterprise ditubuhkan pada 21 November 2017. Perniagaan ini
ditubuhkan secara milikan tunggal. Pemilik Wan Pancake House Enterprise ialah Wan
Azri bin Wan Yusoff. Beliau telah dibantu oleh dua orang pekerja.

Syarikat ini memilih untuk menjalankan perniagaan membekalkan makanan seperti


pancake. Syarikat ini lebih memberi tumpuan dalam bidang masakan. Wan Pancake
House Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk menghasilkan
pancake. Wan Pancake House Enterprise juga ingin mengembangkan lagi perniagaan
ini agar prestasi dan kestabilan perniagaan menjadi lebih kukuh dan maju.

Wan Pancake House Enterprise juga membekalkan pelbagai jenis pancake dalam
pelbagai perisa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1
2.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF

Untuk melancarkan dan memudahkan aktiviti perniagaan yang dijalankan, Wan


Pancake House Enterprise juga telah menetapkan visi,misi dan objektif organisasi
perniagaan.

2.1 VISI

Menjadi pembekal dan pusat jualan pancake yang dikenali di sekitar Kuala
Lumpur dan Selangor.

2.2 MISI

 Sentiasa mendahulukan kepuasan pelanggan


 Menyediakan produk makanan pancake yang bermutu tinggi dan halal.

2.3 OBJEKTIF

 Mencapai sasaran jualan pancake tahunan.


 Memaksimumkan kepuasan pelangan secara berterusan.

2
3.0 MATLAMAT DAN STRATEGI ORGANISASI

Matlamat Wan Pancake House Enterprise adalah untuk memberi tumpuan bagi menjadi
pembekal produk makanan iaitu pancake yang terkenal di Kuala Lumpur dan Selangor
dalam jangka masa yg terdekat.

Di antara strategi Wan Pancake House Enterprise adalah seperti yang berikut:

 Menjaga hubungan baik dengan pihak pengeluar produk makanan iaitu pancake
dan pihak pelanggan agar dapat berurusan dalam perniagaan secara
berterusan.
 Menjadi pengedar produk makanan iaitu pancake kepada syarikat yang besar.
 Memastikan bahawa dalam proses perkhidmatan penghantaran makanan adalah
cepat dan efisien.
 Mewujudkan jaringan pelanggan dalam kalangan syarikat di sekitar Kuala
Lumpur dan Selangor.

3
4.0 PROFIL PERNIAGAAN

Nama : Wan Pancake House Enterprise

Bentuk Milikan : Milikan Tunggal

Alamat Perniagaan : Lot KB42, Tingkat 2, Pasar raya Super market, 50355

Kl Sentral, Kuala Lumpur.

Nombor Telefon : 012-315-6398

Nama Pemilik : Wan Azri Bin Wan Yusoff

Aktiviti Perniagaan : Menjual pelbagai jenis pancake dalam pelbagai perisa.

Panel Bank : CIMB BERHAD

4
5.0 CARTA ORGANISASI

Wan Pancake House Enterprise

Pengarah
Urusan dan
Pentadbiran

Pengurus
Pengurus
Pengeluaran
Kewangan dan
dan Khidmat
Belian
Pelanggan

Pembuat Kerani
Pelayan Juruwang
Pancake Kewangan

5
5.1 LATAR BELAKANG PEMILIK DAN STAF

1. Latar belakang Pemilik

Perkara Maklumat
Nama Wan Azri Bin Wan Yusoff
Umur 24 Tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1. Kursus Pengurusan Perniagaan
2. Kursus Kulinari
3. Kursus Perniagaan Online
Jawatan yang disandang Pengarah urusan dan Pentadbiran

2. Latar belakang Staf:


a) Staf 1:
Perkara Maklumat
Nama Nurul Syakila Binti Abdul Rahman
Umur 30 Tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Kursus Memasak
2. Ijazah sarjana muda seni kulinari
Jawatan yang disandang Pengurus Pengeluaran dan Khidmat Pelanggan

b) Staf 2:
Perkara Maklumat
Nama Muszamil Akhmal Bin Mustapa
Umur 25 Tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda kewangan
2.Kursus keusahawanan dan kerjaya
Jawatan yang disandang Pengurus Belian dan Kewangan
c) Staf 3:

Perkara Maklumat
Nama Nur Nadia Binti Azrol
Umur 27 Tahun
Jantina perempuan
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda seni kulineri
2.Kursus memasak
Jawatan yang disandang Pembuat pancake

d) Staf 4:

Perkara Maklumat
Nama Anissa Maisarah Binti Shahrul
Umur 21 Tahun
Jantina perempuan
Kelayakan 1. Ijazah sarjana muda seni kulineri
2. Kursus keusahawanan dan kerjaya
3. Sijil kemahiran komunikasi
Jawatan yang disandang Pelayan

e) Staf 5:

Perkara Maklumat
Nama Muhd Irsyad Bin Azman
Umur 24 Tahun
Jantina Lelaki
Kelayakan 1. Kursus kewangan
2. Kursus keusahawanan dan kerjaya
Jawatan yang disandang Juruwang
f) Staf 6:

Perkara Maklumat
Nama Siti Nur Balqis Binti Hilman
Umur 22 Tahun
Jantina Perempuan
Kelayakan 1. Kursus kewangan
2. Kursus keusahawanan dan kerjaya
Jawatan yang disandang Kerani kewangan
6.0 BAHAGIAN FUNGSIAN ORGANISASI

Wan Pancake House Enterprise

Pengarah Urusan, iaitu Wan Azri Bin Wan Yusoff, bertanggungjawab dalam
memastikan setiap bahagian fungsian berupaya untuk menjalankan tugas masing-
masing demi mencapai objektif dan matlamat Wan Pancake House Enterprise.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Wan Pancake House Enterprise adalah secara
kecil-kecilan. Kebanyakan fungsian dalam organisasi dilakukan oleh staf dalam
bahagian yang sama. Wan Pancake House Enterprise hanya mempunyai dua orang
pengurus, iaitu Muszamil Akhmal Bin Mustapa yang bertanggungjawab dalam bidang
kewangan dan belian manakala Nurul Syakila Binti Abdul Rahman bertanggungjawab
dalam bidang pengeluaran dan khidmat pelanggan.

6.1 Bahagian Fungsian Kewangan

Muszamil Akhmal selaku pengurus bahagian kewangan, akan menjalankan


tugas-tugas seperti yang berikut:

 Menyediakan invois, memeriksa bayaran yang diterima


 Merekodkan wang yang diterima
 Memeriksa dan membayar invois yang diterima
 Menyesiakan pembayaran gaji staf
 Meneliti bajet untuk mengelakkan lebihan perbelanjaan
 Menyediakan penyata aliran tunai dan laporan kewangan

9
6.2 Bahagian Fungsian Belian

Muszamil Akhmal selaku pengurus belian juga bertanggungjawab untuk


menjalankan tugas-tugas seperti yang berikut:

 Menempah bahan stok yang digunakan daripada pembekal bahan


pancake
 Menyelesaikan masalah pembekalan barang seperti menukar pembekal
 Menilai sumber alternatif untuk bekalan dari segi harga, kepercayaan,
kualiti, terma pembayaran, terma penghantaran dan lain-lain
 Mencari pembekal yang memenuhi keperluan-keperluan baharu atau
perubahan yang dilakukan
 Meneliti sumber-sumber baharu untuk memenuhi tujuan penjimatan kos
atau kebaikan yang lain
 Merujuk masalah-masalah mengenai penghantaran kepada pihak
tertentu contohnya, masalah kualiti dan kuantiti
 Mengekalkan hubungan baik dengan pembekal bahan pancake yang lain

6.3 Bahagian Fungsian Khidmat Pelanggan

Selain itu, antara tugas yang perlu dilakukan oleh Nurul Syakila Binti Abdul
Rahman sebagai pengurus khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk
menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan produk pancake dan servis


penghantaran pancake
 Menyelesikan masalah dan aduan yang diberikan oleh pelanggan
 Mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima daripada
pelanggan
 Menganalisis rekod aduan pelanggan untuk menyelesaikan masalah
 Menggunakan maklum balas daripada pelanggan untuk menaik taraf
perkhidmatan pelanggan

6.4 Bahagian Fungsian Pentadbiran

Untuk pengurus bahagian pentadbiran pula, Wan Azri bertanggungjawab untuk


menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Mengagihkan dan menghantar e-mel


 Mengurus,menyimpan dan menerima kertas pesanan
 Menerima panggilan dan menjawab soalan daripada pelanggan
 Mengkaji dan mencari maklumat
 Menerima dan membalas mesej telefon dan e-mel.

6.5 Bahagian Fungsian Pengeluaran

Sebagai pengurus bahagian pengeluaran pula, Nurul Syakila binti Abdul


Rahman bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut:

 Memastikan produk pancake yang dikeluarkan mengikut spesifikasi yang


telah ditetapkan oleh pelanggan
 Memastikan kos pengeluaran pancake dikawal dengan baik agar tidak
menjejaskan keuntungan syarikat.
 Pengeluaran pancake dilakukan dengan cekap tanpa pembaziran
sumber.
 Pengeluran pancake dilakukan dengan bijak untuk memastikan
peningkatan produktiviti.
 Memastikan proses pengeluaran pancake berjalan mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
RUMUSAN

Wan Pancake House Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang lebih memberi
tumpuan dalam tugasan menjual pelbagai pancake dalam pelbagai perisa. Wan
Pancake House Enterprise ini juga menyediakan mesin dan peralatan untuk
menghasilkan pancake. Perniagaan ini telah menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan setelah hampir 3 tahun beroperasi.

Terdapat peningkatan yang mendadak untuk jumlah permintaan bekalan dan


penyediaan pancake di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, Pengarah
Urusan Wan Pancake House Enterprise telah mula menyusun strategi untuk meluaskan
pasaran perniagaan dan dalam masa yang sama akan menambahkan lagi bilangan staf
untuk melancarkan operasi dan urusan perniagaan.

12
SENARAI RUJUKAN

1. Zaiton Binti Hussin,2016.Buku Teks Perniagaan

2. Profil perniagaan,2017.Kuala Lumpur :Wan Pancake House Enterprise

3. Internet,scirbd.com/kertas kerja perniagaan

13
LAMPIRAN
Lampiran 1

Contoh jadual pelaksanaan tugasan kertas kerja projek perniagaan:

Bulan/minggu Ogos September Oktober

Minggu Minggu Minggu


Kemahiran (bulan Ogos) (bulan September) (bulan Oktober)
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Perancangan Awal
Taklimat Guru

Proses Tugasan

Pengenalan

Visi,Misi Dan
Objektif
Matlamat Dan
Starategi Organisasi
Profil Perniagaan

Carta Organisasi

Fungsian
Organisasi

Rumusan

Cadangan

Menganalisis

Membuat Penilaian

Penggunaan
Komputer
Komunikasi

Nilai Murni
Pengurusan Dan
Penilaian (Guru)
Pengumpulan

Semakan

Penilaian

Pentaksiran

Catatan

Tandatangan Guru
Lampiran 2

LOGO WAN PANCAKE HOUSE ENTERPRISE

Bentuk

Rumah - Melambangkan kreativiti dan inovasi yang dimiliki syarikat dalam


menghasilkan pancake yang berkualiti dan diminati ramai
Lampiran 3
Gambar peralatan yang diperlukan untuk membuat pancake

1. Kuali Leper 2. Mesin Pengadun

Lampiran 4
Gambar pancake pelbagai perisa

1.pancake berperisa campuran (pisang,kacang dan madu)

2.pancake berperisa campuran (strawberi,krim dan madu)

Вам также может понравиться