Вы находитесь на странице: 1из 2

Aku sampai di kawasan kilang tersebut tepat pada jam 8 malam.

Ini kali pertama


aku menjaga kilang. Dulu aku bertugas sebagai pengawal keselamatan di bank.
Tapi aku tidak dibenarkan menjaga bank lagi atas sebab masalah disiplin. Atas
budi bicara pihak syarikat, aku ditukarkan ke post kawalan kilang kelapa sawit.
Pada mulanya aku keberatan nak bekerja disana.

Kerana tempatnya agak terpencil. Tapi aku gagahkan diri juga kerana zaman
sekarang susah untuk mendapatkan kerja lain dalam masa singkat. Aku mulakan
tugas aku pada malam itu bersama Sabri, Din dan Mael. Pihak kilang memang
sediakan motor yamaha sukan di post kawalan bagi memudahkan kerja-kerja
clocking. Aku memulakan perjalanan untuk clocking di checkpoint pertama
bersama Sabri. Dia bertugas malam ini untuk mengajarku selok belok kilang.

Sampai di checkpoint pertama di kilang, aku terus turun membuat clocking. Tibe-
tibe aku terdengar bunyi seperti sesuatu sedang jatuh bergolek. Dalam hati aku
kuat mengatakan yg jatuh bergolek tu adalah kelapa sawit. Aku meninjau di
dalam kawasan pemprosesan. Allah!! Bukan kelapa sawit tapi kepala orang yg
bergolek. Berdarah-darah. Aku terus berlari entah kemana.

Aku lupa jalan menuju ke tempat Sabri yg sedang menungguku. Melilau aku
mencari arah. Yelah keadaan kali pertama di kawasan itu. Jadi aku tak biasa.
Kawasan kilang sangat luas dan besar. Sebab itu pihak kilang sediakan motor.
Setelah berhempas pulas memerah tenaga berlari, aku kepenatan.

Aku sampai di tepi sebuah tempat bahagian pemprosesan yg lain. ” Zaki. ” suara
lelaki memanggil ku. Berdiri bulu roma aku. Toleh kiri kanan depan belakang
atas bawah. Tapi tiada orang. Perlahan-lahan aku menapak meninjau didalam
tempat pemprosesan. Seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang pengait
kepala sawit. Yg mengerikan, kepalanya tiada.

Aku rasa macam nk pengsan masatu. Tapi aku gagahkan diri untuk berlari jugak.
Terlintas difikiranku, jika aku pengsan disitu mungkin kepalaku pula yg
dicantasnya. Aku terus berlari tanpa menoleh belakang. Segala semak samun
aku redah. Suasana seperti berubah. Tak macam kawasan kilang. Cuma ada
semak samun dan dipenuhi pokok kelapa sawit. Gelap gelita hanya
mengharapkan cahaya dari bulan. Aku berehat tersandar di bawah sebatang
pokok. Penat? Jangan disoal. Tersangat lelah. ” You mahu pergi mana lagi? ”
kedengaran suara seorang lelaki dari belakang pokok tempat aku istirehat. Aku
kenal suara tu. Itu suara lelaki tanpa kepala tadi!
Aku bangun mahu melarikan diri tapi aku tersungkur dek ranting-ranting yg
tersangkut di kakiku. Kini, aku terbaring. Lelaki tanpa kepala itu betul betul
diatas ku. Dia seolah melihatku yg jatuh terbaring berlantaikan tanah.
Pandanganku makin kabur. Makin gelap. Dan gelap… ” Cahaya apa ini? ” Aku
membuka mataku.

Cahaya matahari menyedarkan aku dari tidurku. Aku dikelilingi ramai pekerja
kilang sawit. Rakan setugasku Sabri pun ada. Ceritanya, dia sudah lama
menunggu aku tidak pulang. Jadi dia mencari dengan rakan yg lain tetapi tidak
berjumpa hingga di siang hari. Pagi itu seorang pekerja kilang sawit yg kebetulan
sedang meninjau keadaan pokok sawit ternampak aku yg sedang terbaring di
atas tanah. Dia melaporkan ke post kawalan tentang keberadaan aku
menggunakan walkie talkie.

Aku bersyukur aku selamat. Ya, penghujung kawasan pokok kelapa sawit aku
ditemukan. Kawasan itu terbiar namun Allah menggerakkan hati pekerja itu
untuk meninjau disana pada pagi itu. Jika tidak, ” mungkin aku tak minum
petang dengan kau mamat harini. ” senyum zaki. Alhamdulillah.

Вам также может понравиться