You are on page 1of 2

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA PERTAMA

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahirabbilalamin wassolaatuwassalamu alaasyraafi ambiyaal


walmursalin waalaaalihi wasohbihiajimain

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,yang dihormati barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana,para guru,peserta dan hadirin-hadirat yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum
W.M.T.

Hadirin sekalian

Sebelum bibir menyusun kata

Sebelum lidah mengatur bicara

Izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini.

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA

Keunggulan ialah kelebihan,keistimewaan dan keutamaan

Keluarga ialah seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak.

Minda ialah akal fikiran dan daya berfikir

Hadirin sekalian,

Minda kelas pertama,secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi
keperluan pembangunan individu,keluarga,masyarakat,negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut
merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,sikap proaktif,kekayaan morality,budaya yang
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Oleh itu,
keunggulan keluarga dapat melahirkan individu yang boleh menjadi pencetus minda pertama.

Hadirin sekalian, berdasarkan surah AR-RUM,ayat 21

Untuk membentuk keluarga unggul kita perlulah berlandaskan kepada ketakwaan, kerjasama, saling
menyayangi dan bertanggungjawab. KSelain itu, konsep takwa kepada Allah perlu dititikberatkan
dalam setiap ahli keluarga iaitu taat kepada segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah.
Mereka yang bertakwa diilhamkan Allah dengan petunjuk yang mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi serta lebih daripada itu.

Hadirin warga dewan sekalian,

Hujah saya yang ketiga , sebuah keluarga unggul mementingkan ilmu, kisah Syeikh Kadir Jailani,
seorang tokoh tasawuf terkenal yang dilahirkan dalam keluarga unggul yang mementingkan ilmu dan
takwa dapat dijadikan teladan.Semasa beliau didatangi sekumpulan perompak, beliau bercakap
benar mengenai wang yang dimilikinya, menyebabkan perompak itu bertaubat. Kisah ini
menunjukkan pembinaan takwa bermula daripada sebuah keluarga unggul. Apabila asas-asasnya
ditanam secara konsisten dan disertai dengan contoh yang baik oleh ibu bapa, maka terhasil insan
seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani.
Hadirin yang dikasihi allah sekalian,

Hujah saya yang keempat,keunggulan keluarga juga boleh dilihat daripada pancaran benih cinta
antara suami dan isteri yang melahirkan kasih sayang sesama keluarga.Keluarga unggul memerlukan
anak terdidik dengan sifat kasih sayang penuh ketaatan dan rasa tanggungjawab. Cara pergaulan
yang berasaskan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri pasti mewujudkan suasana yang
harmoni lagi mendamaikan dalam keluarga. Suasana seperti ini memudahkan usaha mendidik anak-
anak. Sebagai anak mereka berhak mendapat penjagaan dan kemudahan berterusan daripada ibu
bapa. Manakala ibu bapa yang prihatin,penyayang dan penyabar adalah mereka yang tidak pernah
berhenti daripada berusaha,berdoa dan bertawakkal untuk anak-anak. Ibu bapa yang unggul dapat
memberikan mereka kesedaran minda yang optimum dan kecermelangan imaginasi untuk muncul
sebagai orang ternama,terulung dan terhebat pada hari muka.Dengan kata lain,dapat mencetuskan
minda pertama.

Hadirin sekalian bermasyarakat, keluarga unggul

Hujah saya yang terakhir,ketenangan perlu diwujudkan dalam kehidupan juga dapat di kongsi
bersama jiran.Sikap dan amalan negatif seperti mengumpat, hasad dengki, menyakiti hati
jiran,menabur fitnah, mementingkan diri sendiri dan antisosial tidak ada dalam kamus sebuah
keluarga unggul. Secara umummnya, institusi keluarga adalah unit masyarakat yang paling kecil
menjadi titik tolak ke arah pembentukkan sebuah masyarakat yang lebih besar,seterusnya
membentuk sebuah negara. Personaliti dan daya intelek anak-anak dibentuk dari rumah oleh ibu
bapa. Apa yang dilihat dan didengar anak di rumah akan dapat memberi kesan kepada emosi anak.

Jelaslah hadirin sekalian ,keunggulan keluarga pencetus minda pertama.

Sekian .

Wabillahi taufik wahidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.