Вы находитесь на странице: 1из 12

Pencemaran Udara

Definisi Pencemaran Udara

Definisi pencemaran udara boleh disimpulkan sebagai “ Apabila sesuatu


bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dilepaskan ke dalam udara (atmosfera)
sehinggakan ia boleh membahayakan atau mempengaruhi manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan ataupun bahan-bahan lain.” Ini disebabkan bahan-bahan ini akan
masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus,
wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan
pelbagai bentuk pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau
merosakkan alam sekitar, ke dalam dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Faktor-faktor Pencemaran Udara

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang


menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.
Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan
nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan
sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Industri logam pula bertanggungjawab
mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan
pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang
amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain itu,
bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk
yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.
Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia.
Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta,
motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan
tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan
api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida,
hydrokarbon dan habuk-habuk. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar
digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad
lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkatnya
pendapatan, pemindahan luar bandar ke bandar dan kekurangan kemudahan
pengangkutan awam yang cekap.

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah,


sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun
serta pembakaran di hutan simpan. Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk
tujuan penanaman semula banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh
diterbangkan pada jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap
menyelubungi ruang udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja
menghasilkan asap yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna
dan flora di sekitarnya. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim
panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu
menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya,
masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir
seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga


untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara
bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan
udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC)
ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur
aerosol yang mengandungi CFC juga adalah punca pencemaran udara.

Kesan-kesan Pencemaran Udara

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia


akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara
yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang
dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke
dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada
oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini
seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah
mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan


memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara
mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati.
Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas
bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-
tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan
terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan
setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini
berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan
memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran
bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan
ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada
bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada
batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan
pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak
balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh,
terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki
dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera


kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah
mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan
tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang
membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara
meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat.
Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi.
Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.

Pencemaran Bunyi

Definisi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diertikan sebagai sebarang bunyi yang boleh


memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan.
Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan
sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal
yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.
Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun
pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana
bunyi bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira
batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai
pencemaran didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang
seringkali dilupakan atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air
dan udara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising
merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar.

Faktor – faktor Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi berpunca daripada pengangkutan yang boleh dibahagikan


kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas
merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama.
Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan pendengaran
terutamanya di jalan sesak. Sejurus itu boleh menggangu ketenteraman masyarakat.
Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan
lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan,
nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.

Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran
dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya,
kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari
sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar
bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama
kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi.

Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya.


Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk
pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan.
Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan
memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan
jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan
bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan.
Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak
pengangkut dan janakuasa yang digunakan.

Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga


menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca
daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan
seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan
berkepadatan tinggi.

Di kawasan kuari pula, pekerja kuari setiap hari terdedah dengan


pencemaran bunyi melalui letupan dan pengerudian batu-batan. Frekuensi getaran
bunyi yang berpanjangan akibat pemecahan batu bukan sahaja menyakitkan telinga
bahkan boleh mendatangkan masalah kurang pendengaran.
Kesan Pencemaran Bunyi

I. Kesan Pencemaran Bunyi Terhadap Manusia

Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara


physiological. Pencemaran bunyi mampu memberi tekanan, menghilangkan
pendegaran, gangguan tidur serta kesan buruk lain. Tekanan dan hipertansi adalah
punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung menyebabkan
mengalami masalah daya ingatan, serta serangan panik.

Selain itu, kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada
kesan kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada
tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari.

Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja


tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa
sehingga menjejaskan pemikiran seseorang.

II. Kesan Pencemaran Bunyi Terhadap Alam Sekitar

Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan


serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya
berkaitan dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh
mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal. Selain itu,
kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai
contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat
terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi

Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan
berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula
mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut
pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan
diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang
jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu
sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang
bunyi kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.

Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak


secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan
bunyi motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi
serampang ”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos
dan mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang
jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah
kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong
dan mempraktikan saranan itu.

Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar


bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih
mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan
mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan
berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera
canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sektar

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran,


langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam
sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab
semua pihak. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua
pihak dalam menangani isu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.
Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden,
adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan
adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama,
kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang
tidak sempurna.

Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada


bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap
boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian
seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain
itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada
ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol
tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden.
Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya
kepada kesihatan manusia.

Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum.


Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul
oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar
yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin
akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar.

Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media
massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua
pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu
pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah
pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan
tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada
membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit
ditekankan keutamaanya.

Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai


sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan
amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-
pesertanya. Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu
kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-
kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.
Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk
melindungi alam sekitar.

Langkah kelima ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan


pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan
menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek
dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan
berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat
sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu
mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.
Keenam, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil
perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam
sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam
tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar
boleh juga dijadikan tisu. Melalui cara ini, sumber-sumber alam seperti pokok yang
digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas
manusia dapat dikurangkan. Selain itu, negara juga dapat menjimatkan kos bagi
mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat memelihara kebersihan
alam sekitar.Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi
pencemaran alam sekitar.

Вам также может понравиться