Вы находитесь на странице: 1из 4

amali fizik ipg sesaran pecutan halaju

TUJUAN
Untuk menguji sesaran, pecutan dan halaju sesebuah objek.

TEORI
Kinematik ialah suatu bahagian dalam mekanik berkenaan dengan perihal
gerakan jasad-jasad tanpa merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan
gerakan itu. Kinematik mengkaji kedudukan suatu jasad di dalam ruang sebagai
fungsi masa.
Sesaran adalah kuantiti vektor yang merujuk kepada jarak terdekat objek yang
bergerak dari titik permulaan kepada titik terakhir. Halaju pula adalah kuantiti
vektor merujuk pula kepada kadar perubahan saesaran objek berkenaan.
Pecutan adalah kuantiti vektor yang didefinasikan sebagai kadar perubahan
halaju. Nilai pecutan wujud jika ada perubahan pada halaju sesuatu objek.
Kebiasaanya, kita menggunakan pelbagai jenis simbol-simbol ataupun abjad-
abjad untuk mewakili sesebuah kuantiti dalam sesuatu persamaan. Contohnya
secara umum, kita menggunakan :

· u untuk halaju awal


· v untuk halaju akhir
· a untuk pecutan
Persamaan untuk pecutan ialah :

BAHAN DAN RADAS


Pita detik, kertas karbon, landasan, troli, jangka masa detik, bekalan arus ulang
alik, wayar penyambung.

RAJAH
PROSEDUR
1. Bahan dan radas disusun seperti rajah di atas.
2. Landasan dicondongkan untuk membenarkan troli meluncur dengan baik.
3. Kertas karbon diletakkan pada jangka masa detik untuk menanda titik pada
pita detik.
4. Pita detik di pasang melalui jangka masa detik.
5. Pita detik yang bersambung dengan bekalan arus ulang alik dihidupkan dan
troli dilepaskan.
6. Pita detik yang dibahagikan kepada sepuluh detik dan dipotong.
7. Pemerhatian direkodkan dalam sebuah graf.

REKOD DAN ANALISIS DATA


· Rujuk graph 1.1

cms-1

cms-1
cms-2

PERBINCANGAN
Gerakan linear adalah gerakan dalam satu garis lurus. Contoh gerakan adalah
seseorang yang sedang dibawa menaiki tangga bergerak atau escalator dan
seorang atlit berlari dalam perlumbaan '100 meter'.Contoh gerakan bukan
linear pula adalah gasing yang berputar dan pergerakan Bumi mengelilingi
matahari.

Kajian gerakan objek tanpa melibatkan daya yang bertindak ke atasnya


dipanggil kinematic. Selain itu, kajian gerakan dan daya yang bertindak pada
sesuatu objek dipanggil dinamik. Kuantiti fizik yang terlibat dalam gerakan
adalah jarak, sesaran, laju, halaju, masa dan pecutan.
Eksperimen ini telah dijalankan bagi mengukur sesaran, pecutan dan halaju
sesebuah objek. Troli digunakan sebagai objek yang bergerak atas garisan lurus
manakala pita masa digunakan untuk mencari selemasa bagi setiap detik.
Seterusnya, pita pula digunakan bagi mengukur sesaran objek tersebut
mengikut setiap detik. Semasa menjalankan eksperimen ini juga langkah-
langkah bagi mengelakkan berlaku ralat perlu diambil dan dititik beratkan bagi
mengelakkan keputusan yang tidak tepat dan kecerunan papan lunjur haruslah
dikurangkan bagi mengelakkan pecutan terlalu tinggi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan menjalankan eksperimen ini saya dapat mengetahui
cara mengukur halaju dan percutan pada gerak lurus dengan menggunakan
ticker timer, mengikut sesaran dalam sesuatu selamasa setiap detik.
Dengan menjalankan eksperimen ini saya dapat mempelajari cara
menggunakan pita detik dan pita masa dengan betul dan cara pengiraan
sesaran, halaju dan pecutan menggunakan pita detik tersebut.

REFLEKSI

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya mendapati bahawa objek yang


bergerak secara linier atau lurus mempunyai sesaran, halaju dan pecutan
tersendiri. Semasa menjalankan eksperimen ini, kita juga perlu berhati-hati
ketika mengambil ukuran bagi mengelakkan kesalahan. Dengan menjalankan
eksperimen ini, saya berasa lebih berkeyakinan untuk menjalankan
eksperimen-eksperimen yang akan datang yang melibatkan penggunaan alatan
tersebut kerana saya mengetahui cara untuk menggunakan alat pita detik dan
pita masa serta dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan untuk
mendapatkan ketepatan dalam sesuatu bacaan.

Вам также может понравиться