Вы находитесь на странице: 1из 1

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa / : 30 Julai-3 Ogos 2018
Kejadian :
Tajuk Jurnal Minggu Pertama Di SK Methodist Anglo Chinese,
Sarikei

Pada hari pertama, saya bersama guru-guru praktikum melapor diri kepada Puan Rose Wong
Tai Ming, Guru Besar, SK Methodist Anglo Chinese, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan
menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang
pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :
- Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah.
- Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan,
guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf
sokongan.
- Latar belakang murid dan masyarakat setempat.
- Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah.
- Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami
dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah saya pun berjumpa dengan
Ustazah Naimah, guru pembimbing praktikum saya. Ustazah Naimah memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya dengan menjelaskan tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan
pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Pendidikan Jasmani dan juga
Pendidikan Kesihatan. Saya diagihkan 6 waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang merangkumi
Tahun 2A,2B dan 4B manakala 3 waktu untuk Tahun 5B,4B dan juga 2A bagi Pendidikan Kesihatan.
Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan kedua-dua rancangan semester tersebut
kerana telah menghadiri bengkel penulisan rancangan pengajaran ketika di institut. Tambahan pula,
kami dibekalkan oleh pensyarah mata pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester,
mingguan dan rancangan pengajaran harian. Saya turut menyiapkan rancangan pengajaran harian
untuk satu minggu bagi persediaan mengajar minggu hadapan.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian
pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada mereka berdua kerana melalui kesempatan
tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas,
penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Ustazah Naimah serta dibantu Cikgu Evelyn
memanglah antara guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan
yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya. Meskipun
beperwatakan lemah lembut tetapi kawalan kelas masih dikawal kerana murid-murid mendengar
arahan.

Pada hari keempat dan kelima, saya diberi peluang oleh Ustazah Naimah dan juga Cikgu
Evelyn untuk mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan. Pada masa
yang sama saya dapat mengenali perwatakan murid yang akan bersama dengan saya sepanjang
pratikum ini. Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Pengajaran Harian kepada Guru Besar
dan guru pembimbing untuk disemak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Вам также может понравиться