Вы находитесь на странице: 1из 7

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

HULU PERAK
JALAN HAJI MEOR YAHYA,
33300 GERIK
PERAK DARUL RIDZUAN
MINIT CURAI
1. Kepada : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
2. Daripada: En. Mohamad Nazri Bin Ishak – Pegawai FasiLINUS Numerasi
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak
3. Salinan
Penolong PPD (Bahasa)
Kepada :
Semua Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Perak
4. Rujukan : J.Pel.Pk.(AM) 5110/25 Jld.5 (12)
TAKLIMAT PERKONGSIAN PINTAR PEGAWAI FASILINUS (LINUS-
5. Perkara : NKRA) NEGERI PERAK 2013
6. Tarikh dan
29 Julai 2013 (Isnin) 8.30 pagi – 4.30 petang
Masa :
7. Tempat : Dewan Juara Bestari, BTPN Perak, Ipoh
8. Anjuran : Jabatan Pelajaran Perak
9. Pengerusi : Tuan Haji Noor Azam B Mohd Said – KPP Matematik JPN Perak
10. Turut Hadir : En. Nor Hisham B Fahmi – Pen. Pengarah Matematik JPN Perak

11. Tujuan Untuk memastikan program-program yang berimpak tinggi dapat dikongsi
Taklimat : bersama dalam kalangan Pegawai FasiLINUS negeri Perak

12.1 Tn. Haji Noor Azam B Mohd Said (KPP Matematik JPN Perak)
a. Tujuan program ialah untuk perkongsian idea, program LINUS
Daerah dan peranan FasiLINUS antara daerah lain.
b. Manfaatkan ilmu yang diperolehi untuk tindakan di daerah.
c. Tumpuan kepada daerah Hulu Perak – tingkatkan peratus murid
yang menguasai.
12. Isi d. Sesuaikan program daerah lain dan laksanakan di daerah Hulu
kandungan Perak.
Taklimat :
12.2 En. Nor Hisham B Fahmi (Pen. Pengarah Matematik Rendah)
a. FasiLINUS daerah perlu mengambil bahan-bahan untuk kursus
kelestarian numerasi.
b. Kursus kelestarian akan terus diadakan walaupun terdapat ‘
package pending’ kerana berlaku pertukaran pegawai di KPM.
12.3 Pembentangan Daerah Hulu Perak (En. Mohamad Nazri B Ishak)
a. Analisis data saringan 1 sekolah-sekolah di bawah seliaan.
b. Program-program LINUS Mei – Julai 2013
i. Mesyuarat Post Mortem Saringan 1
ii. Dialog Prestasi Akademik
iii. Dialog Prestasi LINUS Fasa 1
iv. Perbincangan profesional FasiLINUS bersama SIP Partners
Sekolah-sekolah Band 7
c. Perancangan program Ogos – Oktober 2013
i. Bimbingan dan penyeliaan LINUS – fokus kepada program
intervensi
ii. CELIK LINUS – SK Kroh dan SK Bekuai
iii. Dialog Prestasi LINUS Fasa 2
iv. GEMPUR Perdana – bantuan FasiLINUS daerah lain untuk
adakan program di SK RPS Kemar.
d. Tindakan FasiLINUS Daerah Hulu Perak:
i. Sediakan kertas kerja untuk satu program melibatkan
semua FasiLINUS Negeri Perak untuk membantu SK
RPS Kemar – diadakan pada bulan Ogos/September
2013
ii. Selaraskan program LINUS Mobile seperti yang dijalankan
di Daerah Batang Padang dan laksanakan di Daerah Hulu
Perak.
12.4 Pembentangan Daerah Batang Padang (En. Shahrul Lizan B
Mohamed Nasir)
a. Program CELIK LINUS
b. LINUS Mobile
i. Khas untuk SKMOA
ii. Bimbingan kelas kecil
iii. FasiLINUS berkongsi idea dengan guru
c. PERMATA LINUS (Pendekatan kecerdasan pelbagai)
i. Untuk murid Tahun 3 yang belum kuasai K1-K2
ii. Dijalankan ala kem – 2 hari 1 malam
iii. Tujuan untuk tingkatkan penguasaan konstruk
iv. Sesi motivasi kepada guru pemulihan khas
d. AUDIT LINUS (Pembentangan Guru Besar kepada Tuan Pegawai
Pelajaran Daerah)
i. Pencapaian data sekolah
ii. Analisis SWOT
iii. Isu dan masalah
iv. Profil murid
v. Perkongsian program di kalangan pentadbir
e. Perancangan
i. Kursus profesinalisme LINUS untuk guru baharu
ii. Kursus profesionalisme LINUS untuk guru pemulihan khas
iii. GEMPUR Perdana
f. Analisisprasekolah
i. KEMAS, Prasekolah KPM dan tiada asas prasekolah
penyumbang terbesar murid tidak menguasai K1-K2.
g. Soal jawab
i. Masalah tidak hadir – ikut SOP biasa sampai
jawatankuasa khas (Task Force) putuskan murid boleh
diberhentikan sekolah.
12.5 Pembentangan Daerah Kuala Kangsar (Pn. Yusnita Bt Muniar)
a. Analisis data saringan 1
b. Isu dan masalah sekolah-sekolah di bawah seliaan
i. Pentadbiran saringan – dijalankan secara ujian
ii. Masalah kehadiran murid LINUS ke sekolah
c. Program-program yang telah dijalankan
i. Bengkel post mortem LINUS untuk Guru Besar
ii. Audit fail LINUS – guru bawa fail untuk disemak oleh
FasiLINUS
iii. Program GeaR – untuk murid tidak menguasai K1-K2
iv. Program KeCaPI (Kena Capai KPI) – sekolah-sekolah yang
belum mencapai KPI
v. Program Gerak Gempur Saringan (GEGEMS) – bimbingan
pentadbiran saringan kepada sekolah yang belum mencapai
KPI.
vi. Taklimat saringan – fokus kepada guru-guru Literasi dan
Numerasi Tahun 1, 2 dan 3.
vii. Bengkel verifikasi data saringan
d. Tambahan berkaitan pentadbiran saringan Numerasi – terkini
daripada Lembaga peperiksaan
i. Untuk lisan, jika semua konstruk telah ditaksir, guru tidak
boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum
dikuasai oleh murid.
ii. Untuk lisan, boleh ulang dua kali sahaja selepas tempoh
bertenang (boleh buat latih tubi).
iii. Untuk bertulis, guru hanya boleh baca soalan dan arahan
panduan menjawab. Perlu beri contoh lain dan bukan
daripada item instrumen saringan.
iv. Untuk bertulis, saringan tidak boleh ulang. Boleh baca
arahan dan panduan menjawab instrumen (3 kali).
v. Saringan rintis (2 set) untuk penambahbaikan konstruk dan
program LINUS akan diadakan di LMS dan Kuala Kangsar.
12.6 Pengedaran bahan-bahan untuk Kursus Kelestarian Numerasi
a. Daerah Batang Padang
b. Daerah Manjung
c. Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS)
d. Daerah Kerian
e. Daerah Hilir Perak
f. Daerah Kuala Kangsar
g. Daerah Kinta Utara
h. Daerah Kinta Selatan
i. Daerah Perak Tengah
j. Daerah Hulu Perak (Kursus telah dijalankan pada 16 – 18 Jun 2013
di Hotel Seri Malaysia, Ipoh)
12.7 Pembentangan Daerah Kerian (En. Mohamad Faizal B Ismail)
a. Pemeriksaan khas LINUS JNJK ke Kerian – instrumen pemantauan
b. Pantau PdP kelas yang ada murid LINUS – tumpuan kepada PdP
kepada murid LINUS.
c. Pemantauan kelestarian PdP kelas arus perdana yang ada bekas
murid LINUS – murid Tahun 4
d. TaJa LINUS dijalankan kepada murid Tahun 1 hingga 3.
12.8 Pembentangan Daerah Kinta Utara (Pn. Norhaliza Bt Mohd Noor )
a. Program-program yang dijalankan
i. Bai’ah (akujanji) dengan GB supaya semua sekolah
mencapai 100% dalam saringan terakhir Tahun 2 – jika tidak
capai KPI, GB perlu bentang pelan tindakan dan sebab tidak
capai di hadapan Tuan PPD.
ii. Pembentangan oleh GB yang tidak mencapai KPI 100%
saringan terakhir Tahun 2.
iii. Saringan verifikasi murid menguasai Tahun 3 sebelum
Saringan 1.
iv. Program Kebitaraan LINUS SKMOA
v. Pra Saringan 2 Bertulis Tahun 3 – kenal pasti penguasaan
murid
vi. Program Jejak Khabar
 masalah kehadiran murid (FasiLINUS, pentadbir
sekolah dan Ketua Kampung ziarah murid di rumah
untuk kenal pasti masalah murid tidak hadir)
 Kerjasama dengan JKM untuk pastikan JKM ambil
tindakan lanjut
 Perlu pastikan keluarga murid menerima bantuan
JKM
vii. Program Lonjakan Perdana Tahun 3 – 2 dan 3 Oktober 2013
(jejak murid jika tidak hadir semasa saringan)
viii. Bengkel Pembinaan Lembaran Kerja Ikut Konstruk kepada
guru-guru numerasi.
ix. Motivasi untuk guru-guru numerasi.
12.9 Pembentangan Daerah Kinta Selatan (En. Muhammad Shahabudin B
Talib)
a. Program yang telah dijalankan
i. Pentadbiran saringan 1 (fokus kepada sekolah yang murid
ramai)
 guna kaedah stesen
 lebih praktikal
 murid dapat disaring dengan lebih adil
12.10 Pembentangan Daerah Hilir Perak (En. Mohd Basri B Nasdor)
a. Program-program yang telah dijalankan
i. Analisis konstruk – murid disaring mengikut konstruk yang
belum dikuasai sahaja sehingga K12 (pra saringan sebelum
Saringan 2)
ii. Pelan tindakan sebelum Saringan 2 (September)
iii. Program Agresif ke Arah Sifar LINUS (AKSI) – modul latihan
murid
iv. Program Anak Angkat FasiLINUS (PAKSI) – murid TM (K1-
K12)
v. Program Pemutihan K One Two – pemeriksaan kesihatan
kepada murid TM (K1-K12)
vi. Program Pasti Hadir ke sekolah (PASTI) – masalah murid
tidak hadir ke sekolah
vii. Pemantauan saringan pada bulan september
12.11 Pembentangan Daerah Larut, Matang dan Selama,LMS (Pn. Aida Bt
Abdul)
a. Program-program yang telah dijalankan (impak yang luar biasa)
i. Pertandingan Sudut LINUS
 Murid berinteraksi dengan bahan
 Ceria
 Interaktif
 Di luar kelas
 Kerjasama dan semangat berpasukan di kalangan
guru
ii. Taklimat dan bengkel penambahbaikan Saringan 1 – ikut
kumpulan kecil
 Fokus kepada sekolah yang masih ramai murid tidak
menguasai
 Bincang status dan masalah murid
 Teknik-teknik PdP mendekati konstruk bagi murid
tidak menguasai
 Penting untuk semua guru BM dan Matematik Tahap
1
 Input yang baharu amat diperlukan oleh guru LINUS
 Guru LINUS perlu dibimbing dalam kumpulan kecil
iii. Penerapan Lesson Study dalam PdP
 Perkongsian maklumat tentang lesson study dan
pendedahan perbincangan amalan pentadbiran PdP
LINUS yang baik
 Guna ICT dalam PdP
 Guru harus dibimbing agar kandungan PdP sampai
kepada murid
iv. Perkongsian Pintar untuk pentadbir – ikut zon
 GB lebih peka terhadap program LINUS
 Menyumbangkan idea dengan lebih aktif terhadap
program LINUS di sekolah
12.12 Laporan Mesyuarat Kajian Impak LINUS oleh En. Yusman B Hashim
(Penyelia Bahasa Melayu JPN Perak)
a. Tujuan kajian untuk mengukur tahap keberkesanan kursus yang
telah diberikan kepada guru LINUS – menilai keberkesanan PdP
guru LINUS yang telah berkursus
b. Tinjauan akan diadakan secara survey.
c. Sasaran adalah guru yang mengikuti kursus yang dianjurkan oleh
pihak KPM pada tahun 2012 – seramai 2098 guru yang terlibat.
d. Semua negeri terlibat – 50 orang guru LINUS terpilih untuk setiap
negeri
e. Melibatkan semua jenis sekolah – SK, SJKC, SJKT dan SKMOA
f. Kajian akan dijalankan oleh JPN dengan bantuan Pegawai
FasiLINUS – juga terlibat dalam pengisian data
g. Uji rintis akan diadakan di Selangor melibatkan 100 orang guru
LINUS.
h. Analisis data menggunakan perisian SPSS – analisis
kebolehpercayaan akan dilaporkan oleh KPM.
i. Kajian lapangan akan diadakan pada 1 hingga 25 September 2013.
j. Analisis dapatan kajian akan diadakan pada 1 hingga 11 Oktober
2013.
k. Pembentangan laporan kajian akan diadakan pada 15 November
2013 di BPG.
l. 1 Pegawai Akademik dan 2 orang FasiLINUS akan terlibat dalam
kajian tersebut.
m. Maklumat seterusnya akan disampaikan dari semasa ke semasa.
12.13 Rumusan akhir taklimat oleh En. Nor Hisham B Fahmi (Pen. Pengarah
Matematik Rendah JPN Perak)
a. 3 orang FasiLINUS akan dilantik untuk kajian impak tersebut
b. Pastikan bahan-bahan taklimat diambil oleh semua daerah
c. Manfaatkan semua perkongsian yang telah dibentangkan.
d. Bersedia untuk dipantau oleh pihak JNJK terutama murid bekas
LINUS Tahun 4
e. Persediaan kursus kelestarian literasi dan numerasi pada bulan
September.
f. Gerakkan sekolah untuk buat program intervensi dan buat
pemantauan secara berfokus
g. Teruskan program yang berimpak tinggi
12.14 Taklimat ditangguhkan pada jam 4.15 petang

Pencatat,
Mohamad Nazri B Ishak
Pegawai Faslilinus Numerasi
Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

Вам также может понравиться