Вы находитесь на странице: 1из 5

Perkembangan Politik Negeri Sabah Dari Tahun 1963 hingga Tahun 1990.

1.0 PENGENALAN

· Menurut pandangan penganalisis politik, cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman
pada 27 Mei 1961 di Singapura (Sunday Mail 1961, Sunday Times 1961) merupakan satu detik penting
yang membawa kepada perkembangan parti politik di Sabah.[1]Lanjutan daripada cadangan
pembentukan Malaysia ini, wujud kesedaran politik dan sekali gus menyebabkan munculnya parti-parti
politik di Sabah. (Whelan 1970; Ness 1965).Gagasan penubuhan Malaysia ini telah di kemukakan oleh
Tunku Abdul Rahman dalam persidangan dengan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di
Hotel Adelphi, Singapura.Tunku Abdul Rahman menyatakan kemasukan Borneo Utara, Sarawak,
Singapura dan Brunei mampu memberi kesan yang amat baik.Dengan cara ini, negeri-negeri tersebut
mampu mencapai kemerdekaan melalui pembentukan sebuah kesatuan politik yang di namakan
Malaysia.Tunku Abdul Rahman juga menyatakan betapa pentingnya kesatuan politik ini dalam
mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam politik dan ekonomi memandangkan latar belakang
sejarah dan sosiobudaya yang tidak jauh berbeza.Di samping itu, dengan pembentukan kesatuan ini di
harapkan mampu menyekat penularan pengaruh komunis di negeri-negeri yang di nyatakan ini.

· Berdasarkan usul yang di kemukakan oleh Tunku Abdul Rahman ini, ia telah membangkitkan kesedaran
politik di kalangan pemimpin Sabah dan ini telah memberi rangsangan kepada kelahiran parti-parti
politik di Sabah.Justeru itu,adalah boleh di katakan pengumuman gagasan Malaysia ini telah menjadi
landasan kepada perkembangan politik di Sabah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan sendiri
dan kemerdekaan kepada Sabah.[2]
2.0 PERKEMBANGAN PARTI POLITIK DI SABAH

2.01 United National Kadazan Organization (UNKO)

· Parti United Kadazan Organization (UNKO) atau Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu merupakan
parti pertama di tubuhkan di Sabah.Parti ini di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain
seperti Rungus dan Murut.Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens ialah seperti Peter
Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang. Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini
mula di fikirkan pada 26 Mac 1961 (Kely Jitilon, 1984/85: 76).[3] UNKO di tubuhkan berasaskan
penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah untuk
membentuk satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila pada 27 Mei
1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan gagasan Malaysia.Rentetan daripada
pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu Kongres
Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens.Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah di luluskan
bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di
Sabah.Kongres telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United
National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan yang
berpusat di pantai barat Sabah yang di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh
Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton (Kota
Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar
North Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah Times).[4] Kekayaan hasil
konsesi balak yang di perolehi daripada penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan
kegiatan parti politik UNKO.Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar North Borneo News
and Sabah Times telah memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia
secara lebih berkesan.

· Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan orang-orang
Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan Papar.Kebanyakan ahli-ahli
jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya,
UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun dan
Sino-Kadazan.Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32
% dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh
sebagai sebuah parti politik dan boleh menjadi dominat partner dalam sebarang penggabungan parti
politik lain yang wujud di Sabah.Namun apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud
dengan dasarnya yang membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada
beragama Islam atau tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat.Dasar USNO yang
membuka keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang
tidak setuju dengan penggunaan istilah Kadazan ini yang di perjuangkan oleh UNKO untuk menyertai
parti USNO.Golongan Dusun ini khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO memandangkan
mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan mudah di dominasikan oleh orang-orang
Kadazan Penampang yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang Dusun.Ini
terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan
Penampang.[5]

· Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan rakyat
Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik
yang lain untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah.[6][7] Selain itu, tujuan penubuhan
UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-orang Kadazan/Dusun agar
mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di
samping menggesa kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya
orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang
Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar terus hidup
dalam suasana kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan (Kely Jitilon, 1984/85 : 82).

2.02 United Sabah National Organization (USNO)

· Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera Islam di
Sabah.Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti politik mereka sendiri,iaitu United Sabah
National Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah.Ia di
lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan
UNKO (Abdullah Hussain 1976, 71).[8] Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada
kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin
Islam Sabah yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.Kebanyakan pemimpin persatuan Islam
tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk
Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj.
Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin (Abdullah Hussain, 1976 :
69). Pemimpin utama Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah
Timbalan Presiden USNO yang pertama.Pemimpin-pemimpin Islam ini telah berjaya menggabungkan
persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di bawah naungan satu parti politik.Sejak awal
penubuhan parti USNO ini, ia telah di pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang
pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam Sabah sejak
awal tahun 1950-an.Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan
sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli
Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.[9]

· Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu Bersatu, Bersedia,
Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia.USNO sejak awal lagi menyokong gagasan
Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah.Malah
pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.Datu Mustapha adalah pemimpin
pertama Sabah yang menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah yang
menyebabkan kontroversi antara dua parti ini.Namun kedua-dua parti ini bersatu menjelang penubuhan
Malaysia.[10]

http://coretansejarah.blogspot.com/2009/11/perkembangan-politik-negeri-sabah-dari.html

http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/Pembangunan%20Politik%20Sabah.pdf

https://www.slideshare.net/akmalamethyst/bab-5-permuafakatan-politik

https://prezi.com/djksrkzbboz2/bab-5-perkembangan-parti-politik-di-sabah-dan-sarawak-menje/

https://www.scribd.com/doc/172051810/HUBUNGAN-ETNIK-Politik-Di-Sabah-Dan-Sarawak

https://coggle.it/diagram/WSXmZGLA2QABDzqr/t/bab-5-permuafakatan-politik-dalam-konteks-
hubungan-etnik

http://nipuhawang-awis.blogspot.com/2015/11/semangat-85.html

Вам также может понравиться