Вы находитесь на странице: 1из 2

Ruj.

Kami : XBA 6307/600/1 ( )


Tarikh : 5 Oktober 2017

Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan,
Aras 10, Blok 4 , Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097
87020 Wilayah Persekutuan Labuan
(U.p : Unit Am )

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN BAS UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR


PRASEKOLAH KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Prasekolah SK Kilugus, Kuala Penyu akan mengadakan lawatan sambil
belajar ke Taman Burung Labuan dan Muzium Marin Labuan pada 25 November 2017 hari Sabtu.
Seramai 23 orang murid , 24 orang ibu bapa dan 3 orang pengiring akan terlibat dalam lawatan tersebut.
Bersama-sama ini kami lampirkan cadangan tempat yang ingin di lawati di lampiran 1.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan meluluskan permohonan
menggunakan bas untuk perjalanan ke tempat yang tertera seperti di atas. Untuk maklumat lanjut sila
hubungi Cik Feryn Fanera (0198220925) atau Puan Maslailah Jasnih (0148730419). Kerjasama dari
pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

SK FAIL RASMI PRASEKOLAH


FAIL PENGURUSAN
LAMPIRAN 1

Cadangan tempat lawatan seperti berikut :

Alamat :

Taman Burung Labuan ,


Jalan Tanjong Kubang,
Peti Surat 173,
87008 Wilayah Persekutuan Labuan.

Alamat :
Muzium Marin Labuan ,
Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Labuan,
Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan,
Jalan Tanjung Purun, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan.

Alamat :
Bangunan Financial Park Labuan,
87000 Wilayah Persekutuan,
Wilayah Persekutuan Labuan.

SK FAIL RASMI PRASEKOLAH


FAIL PENGURUSAN

Вам также может понравиться