Вы находитесь на странице: 1из 17

PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

JANUARI 2017

BBPP 1103

PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAMA : MARINUS BIN GODWIN MALIN MELONDAI


NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :
BBPP1103

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN..............................................................................................................................1

1. PERANCANGAN JENIS FORMAT ...............................................................................3

2.1 Perancangan Berformat yang Sistematik ............................................................3

2.2 Pembahagian Tugas Perlaksana Berdasarkan kepada Perancangan …..…… 4

2.3 Perancangan Penyediaan Prosedur Sokongan Kewangan …………....……… 4

2.4 Penyediaan Struktur dan Pengelasan secara Grafik …………………………. 5

3. PERANCANGAN JENIS HIERARKI ………………………………………………... 6

3.1 Perancangan Strategik Peringkat Kementerian ……………………………… 6

3.2 Pelan Memperkasa Kolej Komuniti …………………….……………………... 7

3.3 Perancangan Latihan Pegawai dan Kakitangan Peringkat Negeri ……...….. 7

3.4 Perancangan Peringkat Cawangan bagi Perlaksanaan Pelajaran dan

Pembelajaran …………………………………………………………………… 8

4. PERANCANGAN BERDASARKAN KEKERAPAN PENGGUNAAN .…………… 9

4.1 Perancangan Berdasarkan Peratusan Berkala………………………………... 9

4.2 Penilaian Prestasi Kakitangan ……...……………………….………………... 10

4.3 Perancangan Mesyuarat Jawatankuasa Kolej Komuniti ………………..…. 11

4.4 Perancangan Berterusan bagi Pembangunan Professional ……………..….. 11

5. KESIMPULAN ………………………………………………………………………... 12

RUJUKAN …………………………………………….……………………………………..... 14

1
BBPP1103

1. PENGENALAN

Di dalam sesebuah organisasi, perancangan merupakan perkara asas yang diperlukan.


Perancangan yang rapi adalah sangat diperlukan bagi memastikan kelangsungan sesebuah
organisasi. Tidak hanya penting bagi organisasi yang berorentasikan kepada keuntungan,
perancangan memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan sesebuah organisasi
berfungsi seperti yang dirancangkan. Perancangan didefinisikan sebagai sebuah cadangan
terhadap tindakan-tindakan yang diperlukan bagi membolehkan objektif- objektif organisasi
dicapai (Certo, 2000) dengan strategi-strategi bagi menyelaraskan sebarang aktiviti yang dilakukan
(Robbins, 1996). Dalam setiap perancangan, keputusan atau hasil akhir dari tindakan yang
dilakukan menjadi fokus bagi pengagihan sumber sedia ada dengan lebih efisyen.

Di dalam kertas kerja pada kali ini, perancangan organisasi akan mengambil kira mengenai
perancangan yang dilakukan di dalam Kolej Komuniti secara keseluruhan di Malaysia dengan
memfokuskan kepada Kolej Komuniti Sandakan bagi contoh-contoh aktiviti yang dilaksanakan
bagi menjurus kepada pencapaian objektif organisasi. Pada Jun 2001, sebagai permulaan 10 buah
Kolej Komuniti telah ditubuhkan dan dua buah lagi telah beroperasi pada bulan Disember 2001.
Dengan hasrat kerajaan untuk menubuhkan sebuah institusi yang berupaya menyediakan
infrastruktur latihan dan kemahiran serta peluang pendidikan kepada lepasan sekolah telah
menjadikan Kolej Komuniti telah berkembangan di setiap daerah di Malaysia.

Dengan hasrat memberi peluang kepada semua peringkat masyarakat bagi melanjutkan
pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengambil
peranan sebagai pemantau perlaksanaan objektif institusi di bawah Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti (JPKK). Bervisikan untuk menjadi peneraju pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional serta hab pembelajaran sepanjang hayat menjelang 2020 di Malaysia, Kolej Komuniti
berusaha untuk membangunkan komuniti setempat bagi menghasilkan tenaga kerja
berpengetahuan dan terlatih. Hal ini sangat penting bagi menyediakan merka bagi dunia kerja
sebenar melalui pembelajaran sepanjang hayat. Kolej komuniti juga berobjektif untuk

1
BBPP1103

menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi serta holistik dengan berorentasikan
yang berikut:

(i) Menyediakan alternatif bagi pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bentuk latihan
teknikal dan vokasional khas bagi mereka yang lemah dalam pelajaran serta tercicir
daripada pendidikan formal;
(ii) Menyediakan sistem pendidikan seumur hidup bagi komuniti setempat yang mahu
meningkatkan kualiti hidup mereka;
(iii) Membantu syarikat-syarikat swasta memberi latihan kepada pekerja- pekerja mereka
dengan menyediakan latihan- latihan berkaitan;
(iv) Mewujudkan kerjasama dengan ahli masyarakat, kerajaan tempatan serta sektor bagi
membantu pembangunan masyarakat setempat;
(v) Menyelaraskan latihan kemahiran yang telah digariskan oleh pihak kerajaan tempatan serta
pihak swasta bagi memenuhi keperluan pasaran;
(vi) Menyediakan kemudahan yang boleh digunakan bersama dengan masyarakat setempat;
dan
(vii) Memberi khidmat nasihat dan kaunseling untuk komuniti setempat bagi mempertingkatkan
pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.

Oleh yang demikian, kerja khusus ini akan memfokuskan kepada perancangan organisasi
yang dilakukan oleh kolej komuniti berdasarkan kepada objektif yang ingin dicapai oleh Kolej
Komuniti di dalam membentuk komuniti masyarakat yang berkemahiran tinggi yang seiring
dengan objektif organisasi. Perancangan organisasi ini akan memfokuskan kepada tiga jenis
perancangan yang diaplikasikan dalam organisasi untuk menyelaraskan objektif Kolej Komuniti
yang sehingga kini berjumlah 94 buah di seluruh Malaysia dengan diketuai oleh seorang Ketua
Pengarah sebagai pentadbir utama.

2
BBPP1103

2. PERANCANGAN JENIS FORMAT

Terdapat tiga jenis perancangan yang utama iaitu perancangan jenis format, perancangan
jenis hierarki dan juga perancangan jenis kekerapan penggunaan. Bagi perancangan jenis format,
ianya merujuk kepada perancangan yang dibuat berasaskan jenis format yang berbeza. Perbezaan
ini bergantung kepada keperluan organisasi yang pada kebiasaannya bergantung kepada cara
persembahan perancangan ini. Pelan perancangan yang disediakan bagi organisasi seharusnya
bersifat formal dan tersusun serta mudah difahami. Keterangan lanjut akan membincangkan
mengenai analisis perancangan jenis format dan perlaksanaannya di dalam Kolej Komuniti
Sandakan.

Deskriptif

Perancangan
Belanjawan
Jenis Format

Grafik

Gambarajah 2.1: Perancangan Jenis format

2.1 Perancangan Berformat yang Sistematik

Penyediaan pelan memerlukan kemahiran khusus bagi merangka perancangan berdasarkan


kepada format yang tertentu dan dilakukan bagi tujuan tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
Penyediaan garis panduan bagi semua pegaswai yang dilakukan secara sistematik akan
membahagikan peruntukan bagi setiap cawangan sebagai penggerak semua aktiviti kolej diseluruh
negara. Dokumentasi terhadap semua tugas harus mampu memandu setiap pengurus cawangan

3
BBPP1103

bagi menentukan kesemua aktiviti mereka berdasarkan kepada jumlah keseluruhan peruntukan
kewangan yang disalurkan. Tanpa adanya prosedur lengkap bagi persediaan semua pegawai,
aktiviti- aktiviti komuniti akan terhad dan tidak dapat dilakukan pada setiap minggu kerana proses
pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan sistematik.

2.2 Pembahagian Tugas Pelaksana Berdasarkan kepada Perancangan

Semua maklumat yang disediakan perlu diterangkan dengan jelas mengenai kerangka
kerjanya serta perlaksana dengan penerangan jelas berkenaan tugas- tugas serta tindakan- tindakan
yang perlu dilakukan. Dengan yang demikian, pasukan atau jabatan yang berkenaan akan dipandu
berdasarkan perkara yang telah diterangkan di dalam perancangan yang disediakan. Dalam
perlaksanaan Khidmat Masyarakat, Kolej Komuniti Sandakan telah merancang bagi Pembinaan
Rumah Komuniti dengan percubaan pada permulaan untuk 10 buah rumah dengan kos RM20, 000
sebuah. Pelan perlaksanaan berasaskan kepada teknologi pembinaan industri telah mengambilkira
perancangan deskriptif denga menyatakan pelan projek berasaskan objektif dan cara
perlaksanaannya.

2.3 Perancangan Penyediaan Prosedur Sokongan Kewangan

Keseluruhan perkara yang penting dan maklumat khusus perlu disertakan supaya
perancangan mudah untuk diagihkan mengikut keperluan dan pihak yang perlu melaksanakan
perancangan tersebut. Bagi Kolej Komuniti, penyediaan bajet merupakan prosedur yang
disediakan bagi mengenalpasti, merancang dna menyediakan anggaran belanja mengurus bagi
Kolej Komuniti Sandakan yang mengambilkira peruntukan yang disalurkan daripada Bahagian
Kewangan Kementerian Pendidikan Tinggi. Perancangan secara kuantitatif serta kualitatif
disediakan bagi membantu pegawai penyelaras menyediakan cadangan anggaran belanja
mengurus berdasarkan kepada program dasar sedia ada dan baharu. Segala perancangan daripada
tindakan setiap pegawai akan dinyatakan dengan jelas beserta dengan fungsi mereka dalam
perancangan kewangan.

4
BBPP1103

2.4 Penyediaan Struktur dan Pengelasan Secara Grafik

Dalam pengurusan kualiti bagi Kolej Komuniti, pihak pengurusan akan menyediakan
Sistem Pengurusan Kualiti bagi menentukan keberkesanan aktiviti selaras dengan keperluan MS
ISO 9001:2008 di dalam memberikan latihan teknikal serta vokasional. Pelaksanaan rancangan
yang dilakukan adalah berasaskan kepada plan tindakan pengurusan kualiti dalam keseluruhan
penentuan kriteria bagi penilaian operasi berdasarkan sumber dan maklumat penting yang
diperlukan oleh pihak audit. Perancangan matlamat dibuat dengan sistematik dengan penilaian
tidakan yang dilakukan mampu menambahbaik keseluruhan organisasi dengan menggunakan
gambaran berasaskan carta Gantt bagi menentukan jangka masa yang jelas untuk memudahkan
pemahaman setiap pegawai dengan cadangan yang lebih objektif.

5
BBPP1103

3. PERANCANGAN JENIS HIERARKI

Perancangan yang dilakukan oleh sesebuah organisasi juga mengambil kira mengenai
jangka masa sesebuah rancangan untuk dilaksanakan sama ada untuk jangka masa pendek, jangka
masa sederhana dan juga rancangan untuk jangka masa panjang. Rancangan organisasi yang
dilaksanakan akan bergantung kepada hierarki mereka di dalam organisasi. Dengan adanya
objektif organisasi, setiap hierarki pengurusan akan mampu untuk menentukan objektif setiap
tahap yang disertakan dalam perancangan strategik, perancangan taktikal dan juga perancangan
operasi.

Strategik

Perancangan
Taktikal
Jenis Hierarki

Operasi

Gambarajah 3.1: Perancangan Jenis Hierarki

3.1 Perancangan Strategik Peringkat Kementerian

Pengurusan peringkat strategik merupakan peringkat tertinggi di dalam sesuatu organisasi.


Perancangan yang dilakukan oleh peringkat ini sangat penting bagi memastikan kejayaan
organisasi secara keseluruhannya. Pada peringkat strategik ini, pihak atasan memainkan
peranan yang dinamik dalam memantau perlaksanaan rancangan yang telah ditetapkan. Pihak

6
BBPP1103

Kementerian Pendidikan Tinggi memantau segala perancangan strategik yang telah ditetapkan.
Melalui Agenda Pembangunan Modal Insan, pihak Kementerian telah memantau pembangunan
dan bina modal insan dan modal intelek berkualiti tinggi yang dilaksanakan melalui setiap Kolej
Komuniti di seluruh negara. Ianya telah melahirkan ribuan tenaga kerja profesional berdasarkan
program transformasi yang dipetakan bagi usaha yang lebih tersusun dan teratur. Pembentukan
visi dan misi organisasi adalah salah satu langkah penting yang telah ditentukan lebih awal dalam
membentuk hala tuju dan masa depan organisasi dengan pengertian yang lebih mudah dicapai oleh
semua peringkat.

3.2 Pelan Memperkasa Kolej Komuniti

Perlaksanaan perancangan pembangunan modal insan ini dibentuk selari dengan Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara bagi mentransformasikan modal insan negara untuk menjamin
negara mempunyai tenaga kerja berkemahiran yang mencukupi menjelang tahun 2020. Pihak
pengurusan kolej kini semakin komited dengan pelan yang telah dirancang dan teratur dengan
latihan- latihan yang telah diberikan. Pembangunan staf- staf lebih diutamakan bagi membantu
mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar-pelajar dan juga komuniti
masyarakat setempat. Dengan itu, semua staf termasuk tenaga pengajar akan lebih
bertanggungjawab dalam menghadapi semua cabaran yang mendatang dan mudah
mengadaptasikan diri mereka ke dalam perubahan persekitaran. Dengan perlaksanaan
perancangan strategik sebagai perancangan halatuju kolej dalam jangka masa panjang akan
menyediakan pekerja satu panduan untuk mencapai objektif mereka masing- masing pada
peringkat yang berbeza.

3.3 Perancangan Latihan Pegawai dan Kakitangan Peringkat Negeri

Dengan garis panduan yang telah diaspirasikan di peringkat Kementerian, rancangan


taktikal telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di setiap negeri dan daerah

7
BBPP1103

untuk memantau dan meningkatkan perancangan latihan sumber manusia mereka. Bagi
memastikan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran yang diberikan, pihak JPKK mengadakan
audit dalaman berkala sekurang- kurangnya setahun sekali dengan berpandukan prosedur sedia
ada untuk audit dalaman. Hasil daripada audit dalaman ini akan digunakan untuk analisis dalam
Kajian Semula Pengurusan yang amat penting bagi menilai semua keberkesanan perancangan
sebelum ini dan merancang semula program bagi tahun- tahun mendatang yang lebih sistematik.
Perkara- perkara penting yang ditentukan adalah berdasarkan kepada hala tuju pekerja berdasarkan
kepada pencapaian semasa meeka dan juga ke arah mana mereka merancang untuk perjalanan
kerja mereka.

3.4 Perancangan Peringkat Cawangan bagi Perlaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran

Banyak perancangan yang akan dirangka bagi memperkukuhkan perlaksanaan pelajaran


dan pembelajaran. Prosedur yang menjadi perhatian utama di Kolej Komuniti Sandakan adalah
dengan semua Pemberian Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) yang lancar. Prosedur dan
perancangan PLTV dengan mempertanggungjawabkan Ketua Jabatan Kejuruteraan dan
Kemahiran untuk mengetuai jabatan berkaitan dan mengatur perjalanan program dengan
pemantauan daripada Pengarah Kolej Komuniti Sandakan. Penyelarasan jadual waktu akademik
yang dirangka dengan mengambilkira modul, masa, nama pensyarah bertugas dan bengkel yang
digunakan perlu dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan pelaksana melakukan tugas- tugas
mereka yang akan dicatatkan di dalam fail rekod pensyarah bagi rujukan dan pembaikan di masa
hadapan. Perancangan bersepadu secara sistematik berasaskan kepada hierarki akan menentukan
keberkesanan program yang dilaksanakan dan memastikan kesemua perancanga adalah mampu
memenuhi semua keperluan pihak pelajar dan juga kolej.

8
BBPP1103

4. PERANCANGAN BERDASARKAN KEKERAPAN PENGGUNAAN

Dalam perancangan organisasi juga menggunakan perancangan yang berlandaskan kepada


kekerapan penggunaannya. Perancangan jenis ini hanya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja
yang mana ada sesetengahnya digunakan hanya sekali dan sesetengahnya lagi digunakan secara
berkala dan berulang- ulang. Perancangan jenis ini biasanya merujuk kepada prosedur, polisi dan
peraturan yang hanya digunakan pada masa- masa tertentu sahaja yang digunakan untuk
membantu pelaksana lebih memahami perancangan yang disediakan oleh pihak atasan sama ada
melibatkan agenda dalaman organisasi mahupun melibatkan pihak- pihak luar seperti pelanggan
mereka bagi mencapai objektif organisasi dengan lebih efisyen.

Sekali Guna
Perancangan
Jenis Kekerapan
Penggunaan Perancangan
Tetap

Gambarajah4.1: Perancangan Jenis Kekerapan Penggunaan

4.1 Perancangan berdasarkan Peraturan Berkala

Dalam salah satu perancangan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi Kolej
Komuniti ada menyatakan bahawa pensyarah kelas perlu menguruskan pendaftaran dan
peperiksaan pelajar berdasarkan kepada Peraturan Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pendidikan

9
BBPP1103

Kolej Komuniti. Berdasarkan kepada peraturan tersebut setiap tenaga pengajar perlu memastikan
setiap pelajar dibawah pengawasan mereka mematuhi segala peraturan peperiksaan yang telah
ditetapkan melalui peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan yang ditetapkan untuk peperiksaan
dan penilaian akan dikemukakan dari masa ke masa dengan panduan serta arahan yang
dikuatkasakan adalah bergantung dengan situasi semasa disamping dengan beberapa peraturan
tetap yang akan terus diguna setiap kali peperiksaan menjelang. Sementara bagi pendaftaran kursus
yang diadakan pada setiap minggu pertama permulaan semester, pelajar diberikan tempoh
seminggu untuk melaksanakan semua pendaftaran mengikut kepada Peraturan Peperiksaan dan
Penilaian Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti. Pendaftaran ini serta pengguguran subjek adalah
berdasarkan perancangan yang telah disediakan berdasarkan kepada prosedur kerja yang telah
dirancang sebelumnya.

4.2 Penilaian Prestasi Kakitangan

Kolej Komuniti menawarkan banyak kursus-kursus pendek juga dikenali sebagai


pembelajaran sepanjang hayat (PSH) selain kursus sepenuh masa yang disediakan untuk pelajar-
pelajar sepenuh masa mereka. Kursus- kursus pendek seperti kursus pengurusan jenazah, kursus
masakan, kursus jahitan dan sebagainya telah memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk
menambahkan kemahiran mereka dengan mengenakan yuran yang sangat rendah. Konsep
keusahawanan yang diterapkan melalui setiap kursus ini juga dapat membantu masyarakat
setempat untuk menjana pendapatan sampingan. Tenaga- tenaga pengajar yang dipilih
kebanyakannya merupakan pensyarah daripada Kolej Komuniti sendiri yang berkemahiran dan
mempunyai sijil- sijil kelayakan yang diiktiraf. Walau bagaimanapun, terdapat juga tenaga
pengajar yang dijemput daripada agensi atau industri luar yang mempunyai kelayakan yang
diiktiraf bagi pengkhususan bidang yang diperlukan. Borang- borang penilaian akan diedarkan
kepada pelajar- pelajar bagi penilaian prestasi pengajar serta menilai prestasi mereka. Penilaian
prestasi ini akan dilakukan secara berkala oleh pihak pengurusan kolej. Dengan yang demikian,
rekod kualiti pengajaran akan disimpan bagi perancangan seterusnya yang boleh dilakukan oleh

10
BBPP1103

pihak pengajar bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka serta dapat
membantu pihak pengurusan merancang keperluan tenaga kerja dimasa hadapan.

4.3 Perancangan Mesyuarat Jawatankuasa Kolej Komuniti

Setiap mesyuarat yang diadakan mempunyai matlamat yang berbeza- beza. Penetapan
mesyuarat diadakan berdasarkan kepada keperluannya yang membezakan perancangan dan
persediaan yang akan diadakan. Bagi mesyuarat mingguan, perkara yang dibincangkan adalah
mengenai perlaksanaan rancangan yang telah dilaksanakan dalam seminggu dengan
membincangkan perkembangan perlaksanaan perancangan mereka. Biasanya persediaan akan
dilakukan sehari lebih awal dan perancangan yang digunakan adalah sama dan berulang- ulang
dengan pengubahsuaian isinya. Namun bagi mesyuarat bagi masalah tuntutan ganti rugi bagi
kemalangan yang berlaku bagi pelajar di dalam premis kolej, yang mana perkara seperti ini baru
pertama kali atau jarang sekali berlaku biasanya akan melibatkan perancangan yang spesifik.
Sebarang tindakan yang terlibat dalam perancangan mungkin tidak lagi dapat digunakan dalam
kes- kes masa depan.

4.4 Perancangan Berterusan bagi Pembangunan Professional

Dalam melaksanakan program bagi latihan kemahiran profesional bagi keseluruhan


organisasi, pembangunan modal insan perlu mementingkan perancangan yang strategik,
pengurusan latihan yang bersepadu, prosedur kerja yang tetap namun dinamik dengan peredaran
suasana sekitar serta pengurusan keseluruhan organisasi yang berdasarkan metodologi
pemantauan berkala. Hal ini akan melibatkan persediaan polisi dan prosedur yang mementingkan
pelan tindakan strategik kolej disemua peringkat. Misalnya dalam perlaksanaan Program
Pengrekrutan Tenaga Kerja Profesional dengan perlaksanaan Skim Latihan Tenaga Pengajar
(SLTP) bagi Kolej Komuniti untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja professional lahiran JPKK

11
BBPP1103

yang akan memberikan nafas baru terhadap tenaga kerja dalam negara yang akan menjadi harapan
masa depan negara. Program- program yang diadakan juga akan mampu melahirkan tenaga kerja
yang berjati diri selain berketerampilan professional selain mengekalkan semangat patriotisme di
kalangan anak bangsa untuk terus berkhidmat demi kemajuan negara.

5. KESIMPULAN

Perancangan yang rapi di dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat
penting. Sebagai perkara asas yang perlu dilaksanakan akan menentukan kelansungan sesebuah
organisasi tanpa mengira jenis dan industri yang terlibat. Oleh yang demikian, pemahaman
mengenai jenis-jenis perancangan di dalam sesebuah organisasi adalah sangat diperlukan bagi
menyediakan organisasi untuk berkembang seiring dengan perubahan masa dan keperluan
masyarakat. Di dalam kes kajian berkenaan dengan Kolej Komuniti, perancangan telah
mengambilkira tiga jenis perancangan yang berbeza mengikut kepada tuntutan keperluannya di
dalam Kolej Komuniti.

Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai badan tertinggi yang memantau kelansungan


perjalanan dan kejayaan Kolej Komuniti di seluruh negara di bawah pengawasan JPKK merupakan
sebuah institusi yang memberi peluang yang sama rata kepada kesemua masyarakat tempatan.
Berdasarkan ketiga- tiga jenis perancangan iaitu perancangan jenis format, perancangan jenis
hierarki dan perancangan jenis kekerapan penggunaan. Ketiga- tiga jenis perancangan ini adalah
sangat penting dan diaplikasikan di dalam semua peringkat bagi memastikan kesemua objektif
organisasi dapat dicapai dengan lebih berkesan. Berdasarkan perancangan jenis format,
penyediaan dan perlaksanaan perancangan akan dibuat berdasarkan kepada format tertentu yang
biasanya digunakan dengan persembahan deskriotif, belanjawan dan juga grafik.

Penyediaan berdasarikan format akan menjadi lebih formal dengan menggunakan format
tertentu. Selain itu, perancangan berdasarkan hierarki akan berpandukan kepada kepada hierarki
dalam organisasi yang menentukan perancangan strategik, taktikal dan juga operasi. Perancangan

12
BBPP1103

berdasarkan kepada penilaian berdasarkan peringkat perlaksanaan akan memantapkan lagi


perlaksanaan aktiviti dan tindakan ke arah objektif organisasi. Perancangan organisasi juga
dilakukan dan dilaksanakan berdasarkan kepada kekerapam penggunaan bagi perlaksanaan
sesuatu tugasan. Kekerapan yang berdasarkan kepada perancangan tetap yang akan digunakan
secara berkala seperti perancangan kewangan dan perancangan latihan. Terdapat juga perancangan
yang hanya digunakan sekali dengan keperluan yang berbeza- beza setiap kali perlaksanaannya.

(2660 PATAH PERKATAAN)

13
BBPP1103

RUJUKAN

Ali J. & Ismail I. (1992). Prinsip dan amalan pengurusan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. (2015). Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej.
Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laman Web Rasmi Kolej Komuniti Malaysia. http://www.jpkk.edu.my/jpkk/

Nor S. & Hadi Z. (2005). Perancangan strategik organisasi melalui perlaksanaan balanced
scorecard. Jurnal Pengurusan Awam. Jil. 4. Bil. 1. Diperolehi daripada
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24190/Article__6.PDF pada 25 Mac
2017

Perutusan Ketua Pengarah. (2015). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Perutusan Tahun Baharu 2017. (2017). Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020. (2014) Kementerian
Pengajian Tinggi. Diperolehi daripada
https://engine.um.edu.my/docs/librariesprovider17/forms-and-circulars-accreditation-
guidelines/pelanstrategikpengajiantinggi2020.pdf?sfvrsn= pada 25 Mac 2017

14
BBPP1103

15

Вам также может понравиться