Вы находитесь на странице: 1из 6

https://www.malaysiakini.

com/news/340101

Makin ramai kanak-kanak gemuk di Malaysia


Bernama | Diterbitkan 3 Mei 2016, 4:16 petang | Dikemaskini 3 Mei 2016, 4:29 petang

A+ A-
Rakyat Malaysia dijangka lebih "berisi" atau bahasa kasarnya "gemuk" pada
masa hadapan jika masalah pemakanan kanak-kanak dan remaja hari ini
tidak dibetulkan segera.

Menurut kajian yang dijalankan Persatuan Pemakanan Malaysia, hampir 30


peratus (28.4 peratus) kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 17
tahun, mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

"Masalah pemakanan kanak-kanak di kalangan pelajar sekolah ini amat besar


dan kami menganggap kadar ini amat teruk.

"Jika tidak dibetulkan ketika mereka kanak-kanak, apabila mencecah usia 25


tahun, masalah itu akan kekal pada mereka," kata presiden persatuan itu Dr
Tee E.Siong kepada Bernama.

Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di


seluruh negara itu, turut menunjukkan lebih ramai pelajar lelaki (32.9 peratus)
mempunyai berat badan berlebihan berbanding pelajar perempuan (24.7
peratus).

Kajian itu juga mendapati seorang daripada empat kanak-kanak tidak


mengambil sarapan pagi sekaligus menunjukkan kurangnya keprihatinan ibu
bapa terhadap diet anak mereka.
Sikap ibu bapa lepas tangan

Tee berpendapat masalah ini berpunca daripada sikap ibu bapa yang
cenderung untuk "lepas tangan" dengan alasan sibuk bekerja.

"Mereka biarkan anak mereka makan apa sahaja yang mereka suka di kantin,
sementara di rumah, kononnya mereka tidak ada masa untuk menyediakan
diet yang tepat.

"Tidak kurang juga yang serahkan kepada datuk nenek atau orang gaji untuk
memberi makan kepada anak," luah Tee.

Faktor lain yang menyebabkan masalah ini ialah kurangnya aktiviti fizikal.

Menurut Dr Tee, apa yang merungsingkan adalah masalah berat badan


berlebihan ini berlaku di bandar dan di luar bandar.

"Jika kita fikir di luar bandar kanak-kanak lebih bebas dan mempunyai lebih
ruang untuk bermain, sebenarnya tidak juga.

"Sebenarnya zaman ini, sekolah dan ibu bapa lebih mementingkan


akademik," katanya.

Beliau menambah jadual kanak-kanak diisi padat sepanjang hari. Selesai


waktu persekolahan rasmi, mereka perlu pula ke kelas tambahan sehingga
tiada masa untuk bermain atau bersukan.

Ini turut disebabkan waktu bekerja ibu bapa. Ramai yang tidak dapat pulang
awal maka perlu memastikan anak-anak berada di bawah pengawasan orang
dewasa.

Dr Tee juga tidak menolak kekangan untuk bermain bebas di luar turut
bersangkut-paut dengan isu keselamatan.

Bagaimanapun menurut Dr Tee kesibukan bukanlah alasan untuk tidak


mengambil berat soal pemakanan anak.

"Ibu bapa dan penjaga haruslah meluangkan masa menyediakan makanan


seimbang untuk anak serta mendidik mereka mengamalkan diet dan cara
hidup yang sihat," nasihat beliau kepada ibu bapa.

Masalah bantut
Sementara itu masalah bantut (stunting) dan susut berat badan (wasting)
dalam kalangan kanak-kanak negara ini masih wujud.

Menurut wakil UNICEF Malaysia Marianne Clark-Hattingh, Malaysia sebuah


daripada negara di Asia Tenggara yang menghadapi kedua-dua masalah
pemakanan iaitu masalah berat badan berlebihan dan malnutrisi dalam
kalangan kanak-kanak.

Memetik statistik terkini daripada Kajian Morbiditi dan Kesihatan


Kebangsaan (NHMS 2015), Clark-Hattingh berkata lebih tujuh peratus kanak-
kanak bawah umur lima tahun dikenalpasti mengalami masalah berat badan
berlebihan.

Kajian yang sama juga mendapati lapan peratus kanak-kanak dalam


kumpulan yang sama menderita masalah kekurangan nutrisi yang teruk.

"Punca berat badan berlebihan dan kekurangan nutrisi saling berkaitan.


Risiko berat badan meningkat seiring dengan peningkatan kepada akses
kepada makanan dan minuman tidak berkhasiat, makanan dengan
kandungan lemak atau gula dan nilai nutrisi yang rendah, dan kurang aktif
dan gaya hidup sedentari," katanya.

Malnutrisi pula melambatkan tumbesaran kanak-kanak, menyebabkan


mereka lebih mudah sakit dan memberi kesan pada kebolehan kognitif, lalu
menghalang mereka mencapai potensi sebenar.

"Pada masa yang sama obesiti juga boleh menggugat perkembangan kanak-
kanak dan kualiti kehidupan, yang seterusnya membawa kepada komplikasi
sekunder seperti diabetes Type 2, masalah kardio-vaskular, asma dan
gangguan tidur," katanya.
http://www.mmgazette.com/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-
dr-alya-hamzah/

Obesiti di Kalangan Kanak-kanak – Dr Alya


Hamzah
by Dr. Khoo Yoong Khean • April 18, 2014 • 1 Comment

Sumber: www.theguardian.com

Pengenalan

Masalah obesiti di Malaysia masih berterusan. Kita bukan sahaja melebihi seantero Asia Tenggara, malahan
kanak-kanak kita juga sama seperti mereka di mana setiap lima orang-yang-bersekolah akan mengalami
berat badan berlebihan ataupun obes.

Di kalangan dewasa, Indeks Jisim Badan (BMI) dikira berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang,
dan ia merupakan indikator lemak badan yang boleh dipercayai. Di kalangan kanak-kanak pula, ia tidak
semudah yang difikirkan kerana peratusan lemak badan kanak-kanak berbeza mengikut jantina, umur dan
juga tahap kedewasaan (akil baligh) mereka. “American Academy of Paediatrics”menyarankan agar
penggunaan BMI (Indeks Jisim Badan) bermula dari usia dua tahun ke atas. Penggunaan Indeks Jisim Badan
mengikut peratusan umur digunakan untuk mentafsir angka,di mana jantina dan umur kanak-kanak tersebut
telah diambil kira. Walau bagaimanapun, untuk menentukan sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami
masalah berat badan berlebihan, suatu penilaian lebih lanjut perlu dilakukan, seperti mengukur ketebalan
kulit yang berlipat-lipat dan juga mendapatkan sejarah pemakanan kanak-kanak, aktiviti fizikal malahan
sejarah keluarga.

Faktor-faktor risiko

Antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah gaya hidup,
pemilihan pemakanan, genetik, dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak
oleh penjaganya. Selalunya, kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh masa, di mana terdapat kekangan
masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak. Pelbagai rangkaian
makanan segera yang banyak,menawarkan makanan mudah capai di mana mengandungi kandungan
kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi rendah , menyebabkanmereka yang obes terjebak ke dalam perangkap
pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah. Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang
ke arah gaya hidup lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan
menunggang basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengan tablet dan ‘PlayStation’.
Ketidakstabilan dalam pengambilan berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal akan
menyebabkan kepada ketidakseimbangan kalori atau lebihan kalori secara spesifik.

Apabila kanak-kanak mengalami kalori yang berlebihan, kandungan kalori yang berlebihan dan tidak
digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak.
Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami berat badan
berlebihan atau obes. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat 70% peluang
untuk anak-anak mereka juga menjadi obes. Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%.
Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk
kanak-kanak untuk menjadi obesiti. Sebelum kita menyalahkan gen kita, adalah penting untuk mengambil
perhatian bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan
dipelajari oleh kaum keluarga.

Komplikasi

Mengapakah hal tentang obesiti kanak-kanak ini hangat diperkatakan? Bukankah lebih bagus jika mereka
berkembang dan membesar? Malangnya, pembesaran yang tidak normal bukanlah selalunya baik. Banyak
kajian menunjukkan kesan-kesan buruk tentang berat badan berlebihan di kalangan kanak-kanak untuk
jangka masa panjang dan juga pendek. Membenarkan anak-anak kita menjadi obes samalah seperti
mengundang pelbagai komplikasi termasuklah komplikasi hati, penyakit jantung, masalah pernafasan,
kerosakan sendi, asma, Diabetes Jenis 2 dan berkemungkinan akan meletakkan mereka berisiko tinggi untuk
mendapat beberapa jenis kanser beberapa tahun mendatang. Kanak-kanak yang mempunyai berat badan
berlebihan juga berisiko tinggi terhadap stigmatisme sosial yang boleh membawa kepada perkembangan
akademik dan juga sosial yang lemah hingga ke alam dewasa kelak.

Sumber: www.nlm.nih.gov

Apakah tindakan wajar ibubapa?

Di sini terdapat beberapa cadangan yang praktikal agar ibubapa mahupun penjaga boleh mengaplikasikan
dalam mengekang atau membantu anak-anak yang mengalami berat badan berlebihan/obes:

 Membuat Pemilihan Pemakanan Yang Baik


 Sedari awal, penyusuan badan dapat melindungi obesiti pada tahun-tahun akan datang
 Galakkan kanak-kanak untuk memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin
 Pilih ikan, ayam, daging tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protein
 Hadkan pengambilan lemak tepu, minuman manis dan lain-lain manisan
 Pilih penyediaan makanan sihat iaitu mengukus, memanggang, membakar berbanding dengan
menggoreng
 Berikan bahagian makanan yang bersesuaian dan jangan memaksa mereka untuk makan sekiranya
mereka telah kenyang (kebiasaannya,kanak-kanak tahu apabila mereka telah pun kenyang)
 Galakkan mereka untuk minum banyak air suam

Bantu kanak-kanak untuk kekal aktif

 Galakkan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana berat sekurang-kurangnya 30 minit
sehari melalui permainan seperti bermain kejar-kejar, menunggang basikal ataupun lompat-tali.
 Kurangkan masa yang dihabiskan di hadapan TV televisyen, bermain permainan atau melayari web
untuk tidak lebih daripada 2 jam sehari

Dapatkan lebih banyak informasi

 Ibubapa boleh memperkasakan diri secara pro-aktif dengan mencari lebih informasi tentang gaya
hidup sihat melalui buku-buku atau tulisan-maya dan disediakan oleh sumber-sumber yang telus

Kesimpulan

Jelas sekali, dalam mengekang atau menyelesaikan masalah ini, pelbagai agensi perlu bekerjasama dengan
masyarakat untuk memudahkan para keluarga untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Walau bagaimanapun, perubahan boleh dilakukan dan bermula dari rumah kerana keluarga adalah nukleus
kepada masyarakat dan ibu bapa / penjaga perlu menunjukkan contoh yang baik.

Sekiranya anda merasakan bahawa anak anda mungkin mengalami berat badan berlebihan atau obes, sila
dapatkan nasihat professional daripada pengamal kesihatan professional setempat anda. Terdapat pelbagai
kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak gemuk cenderung untuk menjadi obes apabila dewasa nanti.

Adalah lebih baik untuk menangani isu ini ketika mereka masih muda untuk mengelakkan atau
mengurangkan komplikasi obesiti yang tidak diingini.

Artikel ini diterjemah dari http://www.mmgazette.com/childhood-obesity-dr-alya-hamzah/ oleh Raja Myzatul


Azaria.

Dr Alya Hamzah ialah seorang pegawai perubatan pediatrik kini bertugas di Sabah dan sedang dalam
persediaan untuk peperiksaan pasca-ijazah akhir beliau dalam bidang pediatrik. Beliau menegaskan bahawa
perjalanan ke arah kesihatan yang baik adalah perlu diterajui bersama antara doktor dan pesakit. Kenali
beliau lebih lanjut dalam lama The Team.

Rujukan:

 Balkish Mahadir Naidu BSc, Siti Zuraidah Mahmud MPH, Rashidah Ambak BSc, Syafinaz Mohd
Sallehuddin BSc, Hatta Abdul Mutalip BSc, Riyanti Saari MSc,Norhafizah Sahril BSc, Hamizatul
Akmal Abdul Hamid BSc. Overweight among primary school age children in Malaysia, 2013. Asia Pac
J Clin Nutr. 2013; 22(3):408-15.
 Ogden CL, Carroll MD, Curtin LR, McDowell MA, Tabak CJ, Flegal KM. Prevalence of overweight and
obesity in the United States, 1999-2004. JAMA 2006; 295(13):1549–1555
 Mohd Ismail MN, Norimah AK, Poh BK, Nik Shanita S, Nik Mazlan M, Roslee R, Nurrnnajiha N, Wong
JE, Nur Zakiah MS, Raduan S. Prevalance and trends of overweight and obesity in two cross-
sectional studies of Malaysian children, 2002-2008. MASO Scientific Conference on Obesity; 12-13
August; Kuala Lumpur, Malaysia 2009.

[This article belongs to The Malaysian Medical Gazette. Any republication (online or offline) without written
permission from The Malaysian Medical Gazette is prohibited.]

Вам также может понравиться