Вы находитесь на странице: 1из 4

PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI PERAK (1870-1941)

Negeri Perak yang menjadi tumpuan Kolonel Inggeris semenjak 1874, menjadikan

sistem keretapi memainkan peranan untuk menggantikan jalan sungai dalam mengangkut

bijih timah ke pelabuhan-pelabuhan. Kini sistem keretapi dibina untuk menghubungkan pusat

perlombongan dengan pelabuhan-pelabuhan utama. Yang mana, dengan pengenalan sistem

keretapi turut memajukan pelabuhan-pelabuhan kerana pengeluaran bijih timah dapat dibawa

dengan cepat ke pelabuhan dan kegiatan perdagangan dan import-eksport dapat berjalan

dengan lancar. Tidak dapat dinafikan bahawa asas pembinaan keretapi adalah atas faktor-

faktor ekonomi.1

Pada tahun1902, sistem pengangkutan bermotor dinegeri Perak telah menggantikan

sistem kereta lembu. Pengangkutan bermotor kemuadiannya telah menjadi sebagai sistem

keretapi dan ini dibuktikan dengan adanya banyak jalan raya dibina bukan sahaja

menghubungkan kawasan-kawasan ladang getah tetapi menghubungkan kampung-kampung

di kawasan pedalaman. Pembinaan sistem pengangkutan moden telah memperkembangkan

sistem ekonomi di Perak.2 Ianya adalah selaras ekonomi Negeri Perak sebagai ekonomi

antarabngsa dan ini menggalakkan sistem “Free Enterpise” yang menyebabkan golongan

kapitalis yang mempunyai sebahagian besar modal untuk berdagang di negeri Perak.

Sistem pengangkutan moden adalah satu pengalaman baru bagi Melayu, terutama

diwaktu sistem tersebut baru diperkenalkan diakhir abad abad yang ke 19. Dimana

penglibatan Inggeris dan kepentingan bijih timah mula menular keselurh dunia. Perak

merupakan negeri tumpuan pentadbir Inggeris memulakan evolusi permodenan system

pengangkutan. Kemudian baru difikirkan negeri-negeri Melayu yang lain. Sistem keretapi

1
Chan Hon Chan. (1965). The Development of British Malaya 1896- 1909. Kuala Lumpur. Hlm 11.
2
Norhayati Binti Omar. (1982- 1983). Perkembangan Sistem Pengangkutan Di negeri Perak 1870an-1941.
Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Sumber Arkib Negara Malaysia. Hlm 21.
mendapat tempat utama dalam perancangan ekonomi Inggeris. Dimana system keretapi kelak

dapat menjadi alat untuk kuasa-kuasa pusat di London. Dimana disebabkan fakor-faktor bijih

timah dan getah system keretapi dan jalan raya dibina di Malaya yang dibina bukan semata-

mata untuk kebajikan rakyat.3

Sistem pengangkutan yang moden juga turut memajukan bandar dan banyak kesan-

kesan ekonomi dan sosial yang muncul bersama majunya kegiatan kearah ekonomi moden

ini. Perkembangan sistem pengangkutan moden di Perak telah mempercepatkan lagi

eksploitasi ekonomi bagi pihak pentadbir British di negeri ini. Ia juga turut memajukan

ekonomi bagi pihak pentadbir British dinegeri Perak juga menimbulkan polarisasi kaum

namun keseluruhannya ianya adalah asas kearah ekonomi moden.4

Sebenarnya pembinaan sistem kereta Negeri Perak tertakluk kepada perancangan

kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Maka sebahagian modal untuk pembinaan bukan sahaja

didapati dari Kerajaan Perak. Malah terdapat juga pinjaman dan kerajaan Negeri Selangor

dan kerajaan pusat sendiri. Semasa proses pembinaan landasan keretapi, terdapat tiga

peringkat penting yang menentukan perkembangan sistem tersebut. Peringkat pertama

bermula pada 1885 yang menghubungkan Taiping dan Port Weld. Peringkat kedua pada 1896

antara Ipoh dan Tapah Road dengan Teluk Anson. Tahap ketiga ialah bermula adalam masa

1904 sehingga 1909 yang mengadakan perhubungan terus antara Seberang Perai dengan

Singapura. Kerja membina landasan keretapi yang pertama sepanjang 8 batu telah dimulan

dikawasan daerah yang kaya dengan hasil perlombongan di Larut Perak iaitu

3
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Hlm 45.
4
Ibid. Hlm 47.
menghubungkan antara lombong-lombong di Taiping dan kawasan pantai muara Sungai

Larut dengan Port Weld, pada tahun 1885.5

Sebelum pengenalan sistem keretapi di Perak, sungai- sungai memainkan peranan

penting sebagai alat perhubungan dalam negeri. Lama-kelamaan, lorong-lorong kecil dibina

untuk menghubungkan kampung-kampung dan sungai-sungai. Penemuan kawasan bijih

timah baru menyebabkan perpindahan dari kuala- kuala sungai ke kawasan-kawasan

pedalaman. Lorong- lorong kecil diperbaiki untuk kegunaan kereta lembu. Tetapi sungai-

sungai dan lrong-lorong tersebut tidak memuaskan kerana kegunaanya terbatas. Oleh yang

demikian, satu sistem pengangkutan yang lebih cekap dikehendaki untuk memajukan

ekonomi negeri Perak. Ekoran dari kesedaran ini, keretapi diperkenalkan di negeri itu.6

Pembinaan sistem keretaapi di negeri Perak ini juga adalah terikat dengan usaha-

usaha yang difikirkan oleh pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu yang berpusat di

Kuala Lumpur. Atas desakan Sir Frank Swettenham Gabenor Jeneral pada masa itu, usaha-

usaha intensif pembinaan landasan keretapi di negeri-negeri Melayu (Perak, Selangor dan

Sungai Ujong) dijalankan serentak.7 Sebenarnya untuk pembinaan keretapi mempunyai

objektif yang utama. Objektif yang pertama adalah untuk menghubungan Negeri Perak dan

Selangor dengan system keretapi. Dengan cara ini, dapat menerokai kawasan-kawasan yang

belum diterokai oleh kerajaan. Disamping dapat membina jalan-jalan raya moden. Objektif

yang kedua, pembinaan landasan keretapi dapat memasuki kawasan gunung-gunung di

Negeri Pahang, terutama di Kuala Lipis pusat pentadbiran Inggeris di Pahang. Dengan

5
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society.
Hlm 56.
6
Ibid. Hlm 60.
7
Ibid. Hlm 62.
pembinaan landasan ini dapat menghubungkan kawasan bijih timah di Raub, Tras, Punyon

dan banda-bandar lain.8

8
W.E.Maxwell. (1974). A History of Perak. Kuala Lumpur : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. Hlm
63.

Вам также может понравиться