You are on page 1of 27

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/310596681

Pembelajaran Dewasa

Chapter · August 2009

CITATIONS READS

0 3,052

1 author:

Norzaini Azman
Universiti Kebangsaan Malaysia
94 PUBLICATIONS   326 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

I have just completed a study on university ecosystem for excellence View project

University-Community Engagement Activities in Malaysian Higher Education Institutions View project

All content following this page was uploaded by Norzaini Azman on 21 November 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB 5
Pembelajaran Dewasa

Norzaini Azman

Pendahuluan
Dalam konteks pendidikan tinggi, para pelajar adalah unik dan
mereka membawa pelbagai jenis pengalaman dan motivasi ke dalam
situasi pendidikan. Bab ini akan meneliti sebahagian teori tentang
pembelajaran dewasa. Pertimbangan diberi kepada cirian umum pelajar
dewasa dan bagaimana cirian ini mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran. Berikutnya, kemahiran mengajar yang perlu ada
pada setiap pensyarah akan disentuh. Akhirnya, teori pengajaran dan
pembelajaran serta kemahiran penting untuk membina pembelajaran
yang efektif untuk pelajar dewasa akan dihuraikan.

Pembelajaran Dewasa
Pembelajaran dewasa merujuk kepada proses di mana setiap
individu cuba mengubah atau meningkatkan pengetahuan, nilai,
kemahiran atau strategi. Pembelajaran dewasa adalah satu terma yang
luas merangkumi pendidikan kolej dan universiti, latihan berasaskan
pekerjaan, pendidikan komuniti atau peningkatan kendiri. Pembelajaran
dewasa adalah penting seiring dengan perubahan dunia semasa di mana
fakta-fakta dan pendekatan yang kita pelajari daripada pendidikan
formal akan menjadi tidak berguna lagi dalam tempoh beberapa tahun
akan datang. Pembelajaran sepanjang hayat mempunyai implikasi
ekonomi, memberi sumbangan kepada pertumbuhan masyarakat,
membantu membawa perubahan, dan meningkatkan kualiti hidup bagi
setiap individu. Boleh dikatakan bahawa pembelajaran dewasa adalah
mengenai perubahan – perubahan dalam sikap, pengetahuan, tingkah
laku, kemahiran, cara berfikir dan produktiviti.

67
Cirian Pelajar Dewasa
Untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan, kita perlu
memahami tentang cara terbaik bagaimana pelajar dewasa belajar.
Berbanding kanak-kanak dan remaja, pelajar dewasa mempunyai
kehendak dan keperluan yang istimewa sebagai pelajar. Malcolm
Knowles (1980) telah mengenalpasti cirian pelajar dewasa seperti
berikut:
• Pelajar dewasa adalah bebas dan mempunyai hala tuju kendiri.
Mereka perlu bebas untuk mendorong diri mereka sendiri.
Pensyarah mestilah sentiasa melibatkan penyertaan aktif pelajar
dalam proses pembelajaran dan bertindak sebagai fasilitator.
Khususnya, pensyarah mestilah mendapatkan perspektif pelajar
tentang topik-topik yang akan dipelajari dan memberi ruang
untuk mereka melaksanakan projek yang berkaitan dengan
minat mereka. Pensyarah sewajarnya membiarkan pelajar
mengambil tanggungjawab bagi persembahan dan kepimpinan
kumpulan. Mereka mestilah bertindak sebagai fasilitator,
membimbing pelajar untuk mendapatkan pengetahuan secara
tersendiri dan mengalakan pelajar tidak bergantung kepada
fakta yang disediakan oleh fasilitator. Akhirnya, mereka perlu
menunjukkan kepada pelajar bagaimana aktiviti pembelajaran
akan membantu pelajar mencapai matlamat yang diharapkan.
• Pelajar dewasa telah mengumpulkan asas pengalaman hidup dan
pengetahuan meliputi aktiviti berkaitan kerja, tanggungjawab
keluarga dan pendidikan terdahulu. Pensyarah perlu mengaitkan
pembelajaran dengan asas pengetahuan atau pengalaman
tersebut. Untuk membantu pelajar berbuat demikian, pensyarah
perlu melakarkan pengetahuan dan pengalaman yang relevan
dengan topik yang dibincangkan. Mereka perlu mengaitkan
pelbagai teori dan konsep dengan pengalaman pelajar serta
mengenalpasti nilai pengalaman dalam pembelajaran.
• Pelajar dewasa merupakan individu yang berorientasikan
matlamat. Apabila mendaftar sesuatu kursus, mereka
biasanya tahu apakah matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu,
mereka menghargai program pendidikan yang disusun baik
68
dan mempunyai elemen yang jelas. Tenaga pengajar perlu
menunjukkan bagaimana kelas tersebut akan membantu pelajar
mencapai matlamat. Pengelasan matlamat dan objektif kursus
ini perlu disiapkan pada awal permulaan kursus.
• Pelajar dewasa adalah berorientasikan kerelevanan. Mereka
mesti melihat apakah rasionalnya untuk mempelajari sesuatu
perkara. Pembelajaran haruslah bersesuaian dengan pekerjaan
atau tanggungjawab lain yang memberi nilai kepada mereka.
Oleh itu, pensyarah perlu mengenalpasti objektif bagi pelajar
dewasa sebelum kursus bermula. Ini bermakna, segala teori dan
konsep mestilah mempunyai kaitan dengan kebiasaan pelajar.
Kehendak ini boleh dipenuhi dengan memberi peluang kepada
pelajar memilih topik atau projek yang berkaitan dengan minat
mereka.
• Pelajar dewasa adalah praktikal iaitu mereka memberikan
fokus kepada aspek pembelajaran yang paling berguna dalam
pekerjaan. Mereka tidak mungkin berminat dengan pengetahuan
semata-mata. Pensyarah harus memberitahu pelajar dengan
jelas bagaimana pelajaran tersebut berguna dalam pekerjaan
dan kehidupan mereka.
• Seperti mana dengan pelajar dari kelompok lain, pelajar dewasa
perlu ditunjukkan rasa hormat. Pensyarah mestilah memperakui
kekayaan pengalaman yang dimiliki oleh pelajar dewasa.
Pelajar seharusnya dilayan sama rata dalam pengalaman dan
pengetahuan serta dibenarkan menyuarakan pendapat secara
bebas di dalam kelas.

Andragogi
Andragogi didefinisikan oleh Knowles (1980) sebagai seni
dan sains yang membantu pelajar dewasa untuk belajar (the art and
science of helping adults learn). Model andragogi adalah berpandukan
lima andaian, masing-masing mempunyai hubungan terhadap
kemampuan atau kebolehan pelajar serta kehendak dan keinginan untuk
bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Jadual 5.1 menjelaskan
kelima-lima andaian yang menjadi paksi model andragogi.

69
Jadual 5.1: Andaian-Andaian Andragogi

Andaian-Andaian Andragogi Knowles (1980)


Konsep Pelajar Semasa proses kematangan, seseorang akan berubah daripada
(Concept of the bergantung kepada orang lain kepada meningkatkan hala tuju
Learner) kendiri, tetapi pada kadar yang berbeza bagi individu yang
berbeza dan dalam dimensi kehidupan yang berlainan. Pensyarah
bertanggungjawab untuk menggalakkan dan membimbing
perubahan ini. Pelajar dewasa mempunyai keperluan psikologi
yang mendalam untuk menjadi seorang yang mempunyai hala
tuju kendiri, tetapi mereka mungkin bergantung kepada orang lain
dalam situasi-situasi tertentu.
Peranan Sejajar dengan sifat manusia membesar dan membangun, pelajar
Pengalaman dewasa mengumpul sejumlah pengalaman yang boleh menjadi
Pelajar sumber yang kaya untuk pembelajaran—bagi diri sendiri dan
(Role of the orang lain. Tambahan pula, pelajar menerapkan lebih banyak
Learner’s makna ke dalam pembelajaran yang mereka hasilkan daripada
Experience) pengalaman berbanding dengan pengalaman yang diperolehi
secara pasif. Sewajarnya, teknik-teknik penting dalam pendidikan
adalah melibatkan pengalaman-seperti eksperimen makmal,
perbincangan kes-kes penyelesaian masalah, pengalaman lapangan
dan sebagainya.
Kesediaan Pelajar dewasa mulai bersedia untuk belajar sesuatu pekara apabila
untuk Belajar mereka mempunyai pengalaman dalam keperluan untuk belajar
(Readiness to bagi membolehkan mereka berpuas hati dengan tugasan dan ujian
Learn) hidup yang sebenar. Pendidikan mempunyai tanggungjawab untuk
menghasilkan persekitaran kondusif dan menyediakan peralatan
serta prosedur yang membantu pelajar memperolehi ”keperluan
untuk tahu”. Program pembelajaran sepatutnya diatur berdasarkan
aplikasi kehidupan sebenar dan disusun mengikut tahap kesediaan
pelajar untuk belajar.
Perspektif Masa Pembelajaran mestilah berkaitan dengan masalah sebenar dan
(Time berorientasikan tugasan. Pelajar berminat dengan aplikasi
Perspective) pengetahuan yang segera (immediate application of knowledge).
Aktiviti pembelajaran perlu jelas dengan kesesuaian keperluan
pelajar dewasa.
Orientasi Pelajar melihat pendidikan sebagai proses membina peningkatan
Pembelajaran kecekapan untuk mencapai potensi keseluruhan dalam hidup.
(Orientation to Mereka perlukan kemahiran untuk mengaplikasikan apa jua
learning) pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada hari ini untuk
hidup dengan lebih efektif pada hari esok. Oleh itu, pengalaman
pembelajaran perlu disusun di sekitar kategori pembangunan
kompetensi kerana orientasi pembelajaran mereka adalah
berteraskan pencapaian.

70
Andragogi vs Pedagogi
Andragogi atau pendidikan pembelajaran dewasa adalah
berbeza dari pedagogi iaitu seni dan sains dalam membantu mengajar
kanak-kanak. Kedua-dua model ini sangat berguna jika dilihat sebagai
keterusan pembelajaran yang saling berhubung antara satu sama lain.
Model pedagogi memberikan tanggungjawab yang penuh kepada guru
untuk membuat keputusan tentang pembelajaran serta meletakkan
pelajar dalam situasi yang memerlukan mereka mematuhi arahan
guru. Pelajar belajar apabila mereka diberitahu apa yang mereka perlu
pelajari supaya melepasi tahap gred yang seterusnya.
Kebanyakan kita mempunyai pengalaman dalam mengunakan
model pedagogi kerana ia merupakan gaya pengajaran yang sering
digunakan di kebanyakan sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan
institusi pendidikan lain. Apabila kita memasuki profesion akademik
dan diminta untuk merangka suatu rancangan mengajar, biasanya
model pedagogi akan mempengaruhi reka bentuk aktiviti-aktiviti yang
dihasilkan kerana model pedagogi digunakan secara meluas dalam
sistem pendidikan dan latihan di Malaysia sejak sekian lamanya.
Model andragogi pula memfokuskan tentang aspek keseluruhan
pelajar dewasa iaitu emosi, psikologi dan intelektual. Oleh itu,
ia memberi penekanan yang lebih tinggi terhadap mengenalpasti
keperluan dan cirian pelajar. Dari perspektif andragogi, pelajar dewasa
digalakkan untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri apabila berada di dalam persekitaran pembelajaran.
Untuk memudahkan proses ini, pelajar memerlukan galakan dan
bantuan daripada pensyarah. Ini berbeza dengan peranan tradisional di
mana pensyarah adalah pakar dan hanya menyampaikan kandungan,
pengetahuan dan kemahiran.

Model Mana?
Penggunaan mana-mana model pembelajaran membawa
implikasi tertentu kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara
asas bagi orientasi pedagogi ialah isi kandungan. Pensyarah yang
memiliki orientasi pedagogi yang kuat kebanyakannya risau tentang
konten atau kandungan yang perlu ada dalam situasi pembelajaran;
71
bagaimana kandungan pembelajaran boleh diatur kepada unit-unit
yang dapat dikendalikan; urutan yang paling logik mempersembahkan
unit-unit tersebut; dan cara-cara yang paling cekap menyalurkan
kandungan tersebut.
Sebaliknya, perkara asas bagi orientasi andragogi ialah
proses. Proses andragogi terdiri daripada tujuh elemen: menetapkan
iklim fizikal dan psikologi; melibatkan pelajar dalam merancang
pembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalam mendiagnosis
keperluan pembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalam
merumus objektif pembelajaran mereka; melibatkan pelajar dalam
membentuk perancangan pembelajaran; membantu pelajar merancang
pembelajaran mereka sendiri; dan melibatkan pelajar dalam menilai
hasil pembelajaran mereka. Jadual 5.2 menunjukkan rumusan andaian
model andragogi berbanding model pedagogi. Dengan meletakkan
kesemua andaian ini secara bersebelahan, perbezaan dalam orientasi
terhadap pelajar mudah untuk dibuat perbandingan.

Jadual 5.2: Andaian Model Andragogi berbanding Model Pedagogi

Model Pedagogi Model Andragogi


Keperluan untuk Tahu
Pelajar hanya perlu tahu bahawa mereka Pelajar dewasa perlu tahu mengapa mereka
harus belajar apa yang guru ajar jika perlu belajar sesuatu sebelum berusaha
mahu lulus dan diberi gred; mereka untuk mempelajarinya. Apabila mereka
tidak perlu tahu bagaimana perkara mengambil keputusan belajar sendiri, mereka
yang dipelajari akan digunakan dalam akan menggunakan tenaga sepenuhnya
kehidupan. untuk meneroka kepentingan pelajaran dan
akibat yang mungkin berlaku jika tidak
mempelajarinya.
Konsep Kendiri Pelajar
Guru melihat pelajar sebagai personaliti Pelajar dewasa mempunyai konsep kendiri
yang bergantung kepada guru, maka yang ingin bertanggungjawab ke atas keputusan
konsep kendiri pelajar akhirnya menjadi sendiri untuk kehidupan mereka sendiri. Oleh
personaliti bersandar (dependent itu, pelajar dewasa mempunyai “keperluan
personality) psikologi” terhadap hala tuju kendiri dalam
proses pembelajaran.

72
Peranan Pengalaman Pelajar
Pengalaman pelajar tidak begitu Pelajar dewasa mempunyai pengalaman
berperanan sebagai sumber pembelajaran yang lebih luas dan kualiti pengalaman yang
yang bernilai kepada guru, penulis buku berbeza berbanding remaja. Maka, terdapat
teks, dan pengeluar peralatan audio kepelbagaian dalam perbezaan individu
visual. Oleh itu, teknik penyampaian dewasa.
seperti kuliah, senarai bahan bacaan
dan sebagainya, adalah tulang belakang
kepada metodologi pedagogi.
Kesediaan untuk Belajar
Guru memberitahu pelajar apa yang Pelajar dewasa bersedia untuk belajar semua
perlu dipelajari dan pelajar bersedia perkara yang mereka perlu tahu dan berupaya
mempelajarinya jika ingin lulus dan mengendalikannya dalam situasi kehidupan
diberi gred. sebenar.
Orientasi untuk Pembelajaran
Pelajar mempunyai orientasi berpusatkan Pelajar dewasa adalah individu yang berteraskan
subjek untuk belajar; mereka melihat kehidupan (life-centred), berorientasi tugasan
pembelajaran sebagai memperolehi atau masalah dalam proses pembelajaran.
kandungan sesuatu subjek. Oleh itu, Pelajar dewasa bermotivasi untuk belajar
pengalaman pembelajaran adalah sesuatu demi mengembangkan ilmu yang
tersusun berpandukan kepada logik dilihat akan membantu mereka menjalankan
kandungan subjek tersebut. tugas atau menguruskan masalah dalam
kehidupan seharian.
Motivasi
Pelajar bermotivasi untuk belajar Walaupun pelajar dewasa memberi respon
disebabkan motivasi luaran – gred, kepada sebahagian motivasi luaran, namun
ganjaran dan teguran guru, tekanan ibu motivasi yang paling berkesan ialah tekanan
bapa. dalaman. (Knowles, 1990, pp.57-63)
(Knowles, 1990, pp. 55-56)

Pensyarah universiti perlu memberikan perhatian yang serius


terhadap isu transisi sekolah-universiti. Dalam sistem pembelajaran di
Malaysia, kemasukan pelajar dari sekolah ke universiti memerlukan
masa penyesuaian. Ini kerana pelajar sekolah telah didedahkan kepada
pendekatan pedagogi sementara pendidikan di universiti menuntut
pendekatan pembelajaran andragogi. Pensyarah seharusnya memainkan
peranan penting untuk memudahkan proses penyesuaian dimana teori
andragogi dan pedagogi perlu digembeling bagi memberi masa pelajar
beradaptasi dengan keperluan pendidikan pelajar dewasa.

73
Andragogi & Pendidikan Berpusatkan
Apakah perkaitan model andragogi dengan model pendidikan
berpusatkan pelajar (student-centred education)? Pendidikan
berpusatkan pelajar ialah keperluan untuk membetulkan semula semua
matlamat, andaian dan latihan pendidikan tradisional yang dahulunya
berpusatkan guru (Roger 1969). Pada hakikatnya, andragogi dan
pendidikan berpusatkan pelajar melihat pembangunan pembelajaran
secara holistik sebagai pekara semulajadi dan amat penting dalam
mencapai pembelajaran sepanjang hayat. Untuk membantu memahami
dua model ini, teori Rogers (1969) dan Knowles (1970) diteliti dari
aspek lima cirian asas penting dalam setiap proses pendidikan -
kandungan, sumber, pelajar, pembelajaran dan guru/fasilitator (Jadual
5.3).

Jadual 5.3: Perbezaan Andaian Andragogi dan Pendidikan Berpusatkan


Pelajar

Andragogi Berpusatkan Pelajar Komen dan Perbandingan


Konsep Peningkatan Potensi semulajadi Pada dasarnya adalah sama.
Kendiri pembelajaran Keazaman Setiap satu berasaskan konsep
kendiri Responsif kendiri seperti yang wujud dalam diri
Berdikari Pembelajaran holistik (self-actualisation).
Pengalaman Pengalaman Potensi semulajadi Knowles (1980) menekankan
pelajar tentang pengalaman pelajar,
merupakan sedangkan Rogers (1969)
sumber yang melihat bahawa tiada peluang
kaya untuk yang berbeza untuk pelajar.
pembelajaran.
Kesediaan Pembinaan Potensi semulajadi Rogers dan Knowles
tanggungjawab Desakan perubahan sependapat. Rogers
peranan- kendiri. mengingatkan tentang
peranan sosial. Perbezaan ancaman (caution to threats).
pembelajaran
Aktif/praktikal
Perspektif Aplikasi serta- Aktif/praktikal Knowles lebih menekankan
Masa merta hubungan masa berbanding
Rogers.
Orientatsi Berasaskan Responsif kendiri Kedua-dua teori menekankan
Pembelajaran masaalah Aktif/Praktikal keutamaan aktif/pembelajaran
berasaskan masaalah.
Diadaptasi daripada Knowles (1978:110), Rogers, (1969: 157-163)
dan Boyer (1982: 59-63).
74
Berdasarkan perbandingan andragogi dan pendidikan
berpusatkan pelajar, kedua-duanya mempunyai persamaan dalam
kebanyakan kategori. Rogers dan Knowles menganggap pembelajaran
holistik sebagai pembelajaran yang paling ideal. Dalam proses
pengajaran, mereka mengutamakan kecekapan fasilitator yang
pelbagai. Terdapat hanya satu perbezaan iaitu dari aspek konsep
pengalaman dan hubungannya kepada pembelajaran. Pendidikan
berpusatkan pelajar menggambarkan bahawa setiap pelajar, tanpa
mengira umur, mempunyai pengalaman terdahulu yang memadai
untuk setiap pembelajaran yang signifikan berlaku.

Peranan Fasilitator dalam Pembelajaran Dewasa


Apabila mengajar pelajar dewasa, peranan pensyarah berubah
terutamanya daripada seorang pembekal maklumat dan penilai
pembelajaran kepada seorang fasilitator pembelajaran. Ini kerana,
pelajar dewasa masih memerlukan bantuan untuk merancang, mengatur
dan menilai pembelajaran mereka. Tambahan pula, sokongan kuat
dan maklum balas berguna adalah penting kepada pelajar. Setiap
fasilitator mestilah mahir dalam sesuatu subjek dan menunjukkan
sokongan ikhlas serta responsif terhadap keperluan pelajar. Justeru,
fasilitator yang efektif tidak hanya bertindak sebagai sumber rujukan
tetapi lebih kepada seorang pemudahcara yang mempunyai kemahiran
berkomuniksi dan dapat membantu pelajar menghuraikan persoalan
dan kekeliruan dalam pembelajaran, bukan sekadar membuat semua
keputusan bagi pihak pelajar. Fasilitator juga memerlukan kemahiran
interpersonal untuk membantu pelajar meneroka peranan mereka
sebagai pelajar dewasa agar mereka dapat meningkatkan tanggungjawab
terhadap pembelajaran.
Secara amnya, pembelajaran dimudahkan apabila:
1) Pelajar menyertai proses pembelajaran dengan sempurna dan
mengawal sifat serta arah tuju proses tersebut.
2) Terutamanya berdasarkan kepada konfrontasi secara
langsung dengan persoalan praktikal, sosial, personal dan isu
penyelidikan.

75
3) Penilaian kendiri merupakan kaedah utama dalam menilai
perkembangan atau kejayaan.
4) Penekanan pembelajaran adalah terhadap pembelajaran untuk
belajar dan membina hala tuju kendiri pelajar.

Dalam usaha meningkatkan kefahaman tentang peranan pensyarah/


pengajar berasaskan model andragogi, Jadual 5.4 menjelaskan
bagaimana konsep dan teori model ini boleh dipraktikkan. Ini
menunjukkan andragogi merangkumi pelbagai kaedah pembelajaran
dewasa di mana guru merupakan fasilitator pembelajaran.

Jadual 5.4: Peranan Guru Andragogi

Keadaan Pembelajaran Prinsip Pengajaran


• Pelajar berasa perlu untuk • Guru mendedahkan kepada para
belajar pelajar tentang kemungkinan
kepuasan diri yang baru.
• Guru membantu setiap pelajar
mendiagnosis jurang antara aspirasi
dengan tahap kebolehan pelajar.
• Guru membantu pelajar
mengenalpasti masalah-masalah
yang mereka alami kerana jurang
kelengkapan peribadi.

76
• Persekitaran pembelajaran • Guru menyediakan keadaan fizikal
disifatkan sebagai keselesaan yang selesa (seperti tempat duduk,
fizikal, saling mempercayai suhu, pengudaraan, pencahayaan
dan menghormati, saling dan dekorasi) dan aliran interaksi
membantu, bebas memberi (sebaik-baiknya, tiada orang duduk
idea dan persetujuan tentang di belakang orang lain).
perbezaan. • Guru menerima setiap pelajar
sebagai seorang yang berharga
serta menghormati perasaan dan
idea pelajar.
• Guru berusaha membina hubungan
saling mempercayai dan membantu
dikalangan pelajar dengan
menggalakkan aktiviti-aktiviti
kerjasama dan mengelakkan
merangsang persaingan dan
penilaian.
• Guru mendedahkan perasaan sendiri
dan menyumbangkan sumbernya
selaku pelajar bersama dalam
semangat sama-sama belajar.

• Pelajar menjadikan matlamat • Guru melibatkan pelajar


pengalaman pembelajaran dalam proses formulasi
sebagai matlamat mereka. bersama menyediakan objektif
pembelajaran, dimana ia
merangkumi keperluan pelajar,
institusi, guru, subjek dan
masyarakat.
• Pelajar berkongsi • Guru membantu pelajar
tanggungjawab merancang menguruskan diri sendiri
dan menguruskan (projek berkumpulan, kumpulan
pengalaman pembelajaran pengajaran-pembelajaran, ulangkaji
dan seterusnya komited sendiri dan sebagainya) untuk
dengan tanggungjawab berkongsi tanggungjawab dalam
tersebut. proses penyelidikan.

77
• Proses pembelajaran adalah • Guru menolong pelajar
berkaitan dan menggunakan mengeksploitasi pengalaman
pengalaman pelajar. mereka sendiri sebagai satu sumber
pembelajaran melalui penggunaan
teknik perbincangan, role play,
kaedah kes dan sebagainya.
• Guru melengkapkan
penyampaiannya sendiri kepada
tahap pengalaman pelajar tertentu.
• Guru membantu pelajar
menggunakan pengalaman mereka
dalam pembelajaran baru dan ini
membuatkan pembelajaran menjadi
lebih bermakna dan berintegrasi.
• Pelajar mempunyai keinginan • Guru melibatkan pelajar dalam
untuk mengembangkan membina kriteria dan kaedah
matlamat mereka. yang bersesuaian bagi mengukur
perkembangan objektif-objektif
pembelajaran.
• Guru membantu pelajar membina
dan menggunakan prosedur
penilaian kendiri berdasarkan
kriteria-kriteria tertentu.

Cirian & Prinsip Fasilitator Efektif


Berikut merupakan cirian dan panduan prinsip bagi fasilitator
yang efektif apabila memudahcara proses pembelajaran. Fasilitator
mestilah:
1) Mempunyai kefahaman tentang pelajar dewasa
2) Membina iklim fizikal dan psikologikal yang kondusif untuk
belajar
3) Menyediakan penetapan kontekstual tentang penerokaan idea,
kemahiran dan pengetahuan baru
4) Melibatkan pelajar dalam perancangan kaedah dan arah tuju
kurikulum
5) Melibatkan penyertaan pelajar dalam mendiagnosis keperluan
pembelajaran mereka
6) Menggalakkan penyertaan pelajar dalam merumuskan objektif
pembelajaran mereka

78
7) Menggalakkan pelajar mengenal pasti sumber dan memikirkan
strategi untuk menggunakan sumber-sumber bagi mencapai
objektif
8) Membantu pelajar menghasilkan perancangan pembelajaran
mereka
9) Melibatkan pelajar dalam menilai pembelajaran mereka
sendiri
10) Menyediakan satu forum refleksi kritikal

Implimentasi prinsip ini memerlukan fasilitator mempunyai kemahiran


teknik dalam kandungan subjek dan perancangan pengajaran serta
kecekapan yang tinggi dalam kemahiran interpersonal dan hubungan
kemanusiaan.

Teori Pembelajaran Berkaitan Pembelajaran Dewasa


Terdapat banyak teori yang sesuai digunakan untuk
pembelajaran dewasa. Antaranya ialah action learning, pembelajaran
berasaskan projek (project based learning), pembelajaran berasaskan
transformasi (transformational learning), pembelajaran berasaskan
pengalaman (experiential learning), pembelajaran reflektif (reflective
learning) dan belajar bagaimana untuk belajar (learning to learn).
Walau bagaimanapun, bahagian seterusnya hanya menjelaskan dua
daripada teori pembelajaran berkaitan pembelajaran dewasa iaitu
pembelajaran kendiri dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Dua teori yang dijelaskan ini merupakan teori yang paling releven
dengan tren semasa pembelajaran dewasa dan dalam kebanyakan
aspek, mempunyai kaitan dengan teori-teori lain dalam pembelajaran
dewasa.

Pembelajaran Kendiri
Pembelajaran kendiri memberi fokus kepada proses di mana
pelajar dewasa bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri.
Proses ini membantu menyokong pelajar dewasa dalam menetapkan
matlamat kendiri; mencari dan menggunakan sumber-sumber yang
sesuai; menentukan kaedah pembelajaran yang sesuai; dan menilai
79
pencapaian mereka sendiri. Dalam pembelajaran kendiri, pelajar dan
pensyarah berkongsi mengawal situasi pengajaran dan pembelajaran.
Pensyarah perlu bertindak sebagai perunding, sumber rujukan dan
penghasil bahan-bahan pembelajaran. Jadual 5.5 menyediakan satu set
prosedur yang berguna berkaitan pengalaman pembelajaran kendiri.

Jadual 5.5: Prosedur dalam Pengalaman Pembelajaran Kendiri

Langkah Ciri-ciri Setiap Langkah Contoh Huraian


Langkah 1 Anda akan sedar bahawa Anda membeli persisian grafik
sesungguhnya terdapat perkara yang yang baru dan tidak teragak-agak
anda perlu pelajari. menggunakannya.
Langkah 2 Anda mengenal pasti apa yang anda Anda mahu menjadi pembina
mahu pelajari. software yang berteknologi
tinggi dengan perisian baru atau
hanya belajar bagaimana untuk
meletakkan pra pakej kartun ke
dalam laporan?
Langkah 3 Anda mendiagnosis kemahiran atau Anda memuat turun program
pengetahuan yang anda perlukan grafik, bermain-main dengan
untuk memperolehi apa yang anda menu dan lihat apa yang anda
hajati. Fikirkannya dan nilailah boleh lakukan tanpa merujuk buku
sendiri. panduan.
Langkah 4 Anda membina satu rancangan Anda membaca sepintas lalu
penyelidikan dan satu senarai buku panduan, memanggil dua
sumber. orang yang pernah menggunakan
program itu dan memeriksa kedai
buku tempatan tentang panduan
”Belajar tentang Grafik”.

80
Langkah 5 Anda mulakan pembelajaran Anda mula membaca buku
proaktif. panduan, cuba menggunakan
program, dan meletakkan
sebahagian grafik ke dalam
laporan lama. Apabila anda buntu,
anda memanggil orang lain untuk
minta bantuan.
Langkah 6 Anda menilai sama ada anda berjaya Semasa anda menyiapkan laporan,
mencapai objektif. anda cuba menggunakan program
tersebut dengan serius.
Langkah 7 Anda mendiagnosis semula Ulang semula proses di atas.
keperluan pembelajaran anda.

Kita perlu ingat bahawa pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dalam


memberi respon kepada pengajaran yang memerlukan mereka menjadi
pelajar yang berdikari. Pembelajaran kendiri merupakan pilihan dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendekatan pengajaran
yang lebih sesuai ialah untuk menilai tahap kendiri semasa (level of
self-directedness) pelajar. Kerap kali, masalah timbul apabila gaya
pengajaran tidak sesuai dengan tahap kendiri pelajar. Model yang
disediakan oleh Grow (1991) berguna untuk membimbing pensyarah
dalam mencipta kesesuaian di antara tahap kesediaan pelajar dengan gaya
pengajaran. Pensyarah perlu mempertimbangkan pelbagai alternatif
apabila memperkenalkan pembelajaran terarah kendiri kepada pelajar
yang telah biasa dengan amalan tradisional iaitu pendekatan pedagogi.
Kebanyakan pelajar kita bergantung kepada guru terutamanya apabila
mereka kurang kemahiran belajar dan tidak berpengalaman dengan
sesuatu perkara dan dalam erti kata sebenar, mereka takut dengan
situasi pembelajaran kendiri. Sebaliknya, pelajar yang berdikari akan
kecewa kerana terlalu dikawal oleh situasi pembelajaran. Empat
peringkat pembelajaran dalam jadual 5.6 menyediakan kerangka kerja
dimana pensyarah perlu menyesuaikan gaya pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar.

81
Jadual 5.6: Model Peringkat Pembelajaran kendiri

Peringkat Pelajar Guru Contoh


Peringkat Bergantung Guru Mengajar dengan memberi
1 kepada guru maklum balas yang cepat.
Membatasi kekurangan dan
halangan.
Peringkat Berminat Pendorong, Memberi ilham di dalam kuliah
2 pembimbing berpandukan perbincangan.
Menetapkan matlamat dan
strategi pembelajaran.
Peringkat Melibatkan Fasilitator Perbincangan dipermudahkan
3 diri oleh guru yang menyertainya.
Contoh: seminar, projek
berkumpulan.
Peringkat Kendiri Perunding Disertasi, tugasan individu
4 atau kumpulan ulangkaji yang
dikendalikan sendiri oleh pelajar.

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman


Pembelajaran berasaskan pengalaman adalah pembelajaran
melalui refleksi berasaskan tindakan. Kita boleh mendengar dan
membaca tetapi apa yang kita pelajari tidak bermakna sehingga
ia diamal atau menjadi pengalaman. Pembelajaran berasaskan
pengalaman melibatkan pelajar secara terus dengan perkara-perkara
yang dikaji, bukan hanya memikirkan tentang perkara tersebut. Apabila
pembelajaran dimudahkan dengan pengalaman atau pelaksanaan,
ia memberi peluang kepada pelajar untuk menambah pengalaman.
Peluang untuk mencipta pengalaman memerlukan pelajar reflek secara
kritikal tentang kepercayaan dan andaian terdahulu.

Pembelajaran berasaskan pengalaman memfokuskan proses


pembelajaran pelajar. Contoh pembelajaran berasaskan pengalaman
adalah pergi ke lapangan dan melakukan cerapan sendiri sesuatu
fenomena, belajar melalui pemerhatian tersebut serta berinteraksi
dengan persekitaran yang menghasilkan fenomena berkaitan. Jadi,
pelajar meneroka dan membuat ujikaji sambil mengumpul pengetahuan
baru, bukan dengan mendengar atau membaca dari pengalaman
82
orang lain. Secara ringkasnya, pendekatan pembelajaran berasaskan
pengalaman:
• Merupakan proses kitaran yang melibatkan penetapan matlamat,
berfikir, menguji dan membuat keputusan dan tindakan
akhir yang diikuti dengan memerhati, membuat refleksi dan
mengulas.
• Menggunakan pengalaman dan refleksi pelajar sendiri tentang
pengalaman tersebut melebihi pengajaran kuliah sebagai
pendekatan pertama untuk belajar. Pembelajaran berasaskan
pengalaman membenarkan transformasi kemahiran dan
pengetahuan.
• Melibatkan sesuatu tindakan dan penerokaan yang memberi
makna kepada pelajar. Dalam erti kata lain, pembelajaran
berasaskan pengalaman adalah pengalaman pelajar itu sendiri
dan bukan orang lain.
• Berkesan ke atas kognitif, emosi dan aspek fizikal pelajar.

Kaedah & Strategi Mengajar Pelajar Dewasa


Kebanyakan tenaga pengajar bagi pelajar dewasa berdepan
dengan tugas yang kompleks dalam membentuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dengan sedikit atau tiada langsung latihan untuk
mengajar. Walaupun tiada satu cara yang terbaik untuk mengajar pelajar
dewasa, namun terdapat beberapa kaedah dan strategi yang kukuh
serta berkesan. Pensyarah perlu mengubahsuai strategi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan cirian pelajar dewasa. Dalam usaha untuk
mendapatkan hasil yang terbaik, pensyarah mestilah responsif kepada
kebolehan dan kecenderungan pelajar. Kegagalan untuk memahami
bagaimana pelajar dewasa belajar akan memberikan pengaruh
negatif terhadap pembelajaran pelajar. Pensyarah perlu fleksibel
dalam pengajaran. Perlu diingatkan bahawa ciri penting dalam model
andragogi adalah fleksibiliti. Kebanyakan pengajaran yang efektif
dihasilkan berasaskan kaedah berkaitan teori pembelajaran dewasa.
Jadual 5.7 menunjukkan kaedah dan strategi komprehensif yang boleh
digunakan untuk mengajar pelajar dewasa.

83
Jadual 5.7: Kaedah, Tujuan dan Cadangan Strategi Pengajaran

Kaedah Tujuan Cadangan Strategi


Syarahan/ Untuk menyediakan Membangunkan minat pelajar melalui
penyampaian banyak maklumat perkara yang boleh untuk menarik
(pengetahuan) dalam perhatian.
masa yang singkat. Menyediakan garis panduan yang
Kaedah yang berkesan lengkap dengan isi-isi penting.
menyediakan maklumat Mengatur dan menyusun bahan-
tidak ada dalam bahan bahan berkaitan dalam satu turutan
bercetak atau bahan- yang logik untuk pelajar.
bahan lain. Mulakan dengan gambaran
keseluruhan.
Terangkan sesuatu yang
biasa sebelum beralih kepada
yang luar biasa.
Bincangkan perkara
berkenaan secara tertib.
Daripada ringkas kepada
kompleks.
Buat perubahan dengan kerap
dalam persekitaran pengajaran-
pembelajaran.
Kerap menggunakan bantuan visual
untuk menambah perubahan dan
kejelasan.
Tunjukkan semangat.

84
Sumber Untuk menyediakan Sediakan sumber perseorangan itu
perseorangan pengetahuan dan dengan :
(pakar sesuatu pengalaman daripada Topik perbincangan (hubungan
bidang) orang yang mahir dalam objektif yang jelas)
sesuatu topik. Tempoh sesi
Pengetahuan dan pengalaman
utama pelajar berkenaan tajuk
Perkara-perkara khusus
Jumlah dan latar belakang
pelajar
Menentukan keperluan kelengkapan
sumber perseorangan tersebut.
Mengenalpasti kehendak atau
permintaan pelajar.
Memberi keutamaan kepada pelajar
berkaitan sumber pencapaian.
Menggalakkan pelajar bertanya.
Simposium Untuk menyediakan Mentafsirkan dengan jelas tentang
pelbagai sudut isu, masalah atau topik yang akan
pandangan terhadap dibincangkan dan berkongsi pendapat
isu, masalah atau topik dengan ahli panel simposium.
tertentu daripada panel Pilih empat hingga enam ahli panel.
pakar. Pilih ahli panel daripada pelbagai
latar belakang dan pengalaman.
Memastikan setiap ahli panel bersedia
meringkaskan penyampaian isu,
masalah atau perkara.
Memastikan fasilitator memberi
komen bagi setiap persembahan.
Selepas persembahan, biarkan ahli
panel menyertai perbincangan panel
dengan bertanya antara satu sama
lain atau respon kepada soalan-soalan
penonton/rakan lain.
Merancang perbincangan lanjutan
semasa sesi selanjutnya.

85
Perbincangan Untuk menyediakan Mentafsirkan dengan jelas isu atau
panel peluang kepada pakar masalah yang dibincangkan.
atau sekumpulan pelajar Pilih (dikalangan pelajar) untuk
untuk memberikan menjadi ahli panel.
pandangan yang berbeza Lantik ketua panel.
terhadap suatu topik, isu Sentiasa ingat untuk menyesuaikan
atau masalah kepada ahli persekitaran pembelajaran dengan
panel lain dan penonton penonton (pelajar).
(pelajar). Perbincangan Pastikan perbincangan berlangsung
panel seharusnya sejajar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
dengan pemikiran
pelajar.
Arahan Untuk memberi peluang Menyediakan persekitaran
berasaskan kepada pelajar dewasa pembelajaran di mana pelajar boleh
bantuan belajar mengikut belajar tanpa gangguan.
komputer kemampuan sendiri. Menyediakan teknologi komputer
terkini. Menayangkan program
perisian (tutorial) dengan meluas.
Pilih program perisian yang
menyediakan pembelajaran aktif
(interaksi).
Pilih program perisian yang
mempunyai pelbagai bentuk
pembelajaran (pendengaran,
gambaran dan rasa).
Pilih program perisian yang
menyediakan maklum balas segera.
Perbincangan Untuk memberi peluang Bimbing pelajar memilih topik untuk
kumpulan kepada pelajar berfikir dibincangkan.
secara membina, Sediakan senarai soalan utama yang
membuat keputusan akan merangsang pemikiran dan
dan/atau meningkatkan perbincangan.
hubungan kemanusiaan. Atur persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan perbincangan.
Menetapkan keadaan di mana pelajar
mempunyai peluang yang sama rata
untuk menyertai perbincangan.

86
Kajian kes Untuk menyediakan Kemukakan kes dengan 3 atau 4
sejumlah masalah atau persoalan yang akan menggerakkan
situasi sebenar yang perbincangan.
dialami oleh individu Bersedia dengan soalan asas
atau kumpulan. untuk merangsang pemikiran dan
Kaedah terbaik perbincangan.
untuk menggembar- Mengatur persekitaran pembelajaran
gemburkan kontroversi untuk menggalakkan perbincangan.
dan debat isu yang mana Mewujudkan keadaan yang memberi
rumusan tepat tidak peluang sama rata kepada pelajar
wujud. untuk menyertai perbincangan.
Membimbing perbincangan ke arah
hasil yang diingini.

87
Penyelesaian Untuk memberi Berikut adalah prosedur dalam
masalah peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah:
menyelesaikan masalah Merumus dan mentafsir
melalui pengumpulan, masalah.
aplikasi dan penilaian Mengenal pasti faktor-faktor
maklumat. Kaedah yang relevan berkaitan masalah.
pengajaran yang Mengumpul maklumat yang
berkesan menggalakkan diperlukan untuk menyelesaikan
pelajar untuk menyelidik, masalah.
berfikir dan mengkritik Pilih penyelesaian tentatif dan/
tentang sesuatu topik. atau alternatif.
Cuba menyelesaikan masalah.
Menilai keputusan dan tentukan
tindakan yang diperlukan.
Pilih masalah yang relevan kepada
kehidupan pelajar.
Gunakan kajian kes, main
peranan, atau kaedah pengajaran
untuk melibatkan pelajar dalam
menyelesaikan masalah.
Jadikan penyelesaian masalah sebagai
pembelajaran aktif yang memerlukan
pelajar mengkaji topik tersebut.
Biarkan pelajar mendapatkan
maklumat.
Biarkan pelajar menggunakan
pelbagai sumber untuk mengumpul
maklumat.
Biarkan pelajar merumuskan apa
yang dipelajari daripada proses
penyelesaian masalah.

88
Role Play Untuk memberi Menentukan objektif yang ingin
peluang kepada pelajar dicapai.
mengalami masalah Membentuk main peranan untuk
hubungan kemanusiaan mencapai objektif yang ditentukan.
yang biasa terjadi Menyediakan penyertaan pelajar
dalam persekitaran yang dalam main peranan serta
terjamin. menyediakan situasi dan skrip jika
diperlukan.
Menganalisis dan merumus main
peranan untuk mengaitkannya dengan
objektif.
Brainstorming Untuk mendapatkan Mulakan sesi brainstorming dengan
idea-idea kreatif atau tajuk atau masalah khusus.
untuk mengenal pasti Menerangkan peraturan-peraturan
kemungkinan kepada sesi brainstorming:
penyelesaian masalah. Semua pendapat dan idea yang
Membenarkan pelajar berkaitan dengan topik dialu-
untuk meluahkan alukan.
pendapat dan idea tanpa Penilaian pendapat dan idea tidak
dihakimi oleh pelajar dibenarkan.
lain. Kritikan tidak dibenarkan.
Mengembangkan idea orang lain
adalah digalakkan.
Menitik beratkan kuantiti idea adalah
dituntut; lebih banyak idea, lebih
baik.
Memastikan kumpulan sentiasa fokus
kepada topik dan masalah.

89
Demonstrasi Untuk membentuk Menarik minat pelajar dengan
prosedur langkah demi melibatkan mereka dalam demonstrasi
langkah yang betul (persembahan).
yang diperlukan apabila Menghimpunkan semua kelengkapan
melaksanakan tugas. dan bekalan serta mengulanginya
sebelum melakukan demonstrasi
sebenar.
Jadikan demonstrasi yang ringkas –
cuba jangan terlalu banyak mengajar
dalam satu demonstrasi.
Periksa untuk mendapatkan penjelasan
dengan bertanyakan soalan dan
perhatikan tanda-tanda kekeliruan
pada pelajar.
Menggariskan langkah-langkah
(prosedur) menggunakan beberapa
gambaran.
Banyak kali menyebut isi-isi penting.
Melengkapkan masa untuk pelajar
mengaplikasi dan melatih kemahiran
yang baru diperolehi.
Lawatan/ Untuk memberi peluang Menentukan objektif yang tepat untuk
rombongan kepada pelajar untuk dicapai.
meneliti latihan dan Pilih tempat yang sesuai.
permasalahan atau Merancang pengangkutan
untuk menghubungkan (termasuklah peta jika diperlukan).
pelajar dengan orang Menerangkan faktor istimewa di
atau perkara lain. tempat lawatan.
Merancang lawatan seterusnya dan
membuat kesimpulan.

Penutup
Matlamat keseluruhan bab ini ialah untuk menyediakan
maklumat praktikal dalam konteks teori untuk pendidikan yang berkaitan
dengan pembelajaran dewasa. Hampir keseluruhan pendidik dewasa
mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang masing-masing
dan sangat cenderung untuk membantu pelajar untuk belajar, tetapi

90
mereka memerlukan pembangunan kesedaran mengenai pembelajaran
dewasa dan bagaimana untuk mengajar golongan dewasa. Oleh itu,
pemahaman asas mengenai cirian pembelajaran dewasa, keupayaan
untuk belajar dan harapan mereka dapat membantu pensyarah untuk
memudahkan cara pelajar melibatkan diri dan bertanggungjawab
dalam proses pembelajaran. Kesedaran mengenai andragogi dan proses
pemudahcara dapat membangun pendekatan ketelitian dan termaklum
untuk mengajar pelajar dewasa. Mengajar, sesungguhnya merupakan
pengalaman yang mencabar, menarik dan memberikan ganjaran yang
tinggi. Kefahaman mengenai pembelajaran dewasa dapat meningkatkan
dan memandu mereka yang terlibat dalam kerjaya sebagai pensyarah.

Rujukan
Boyer, D.L. 1982. Andragogy in Debate. Manuskrip University of
Missouri, Kansas City.

Grow, G. 1991. Teaching Learners to be Self-Directed: A Stage


Approach. Adult Education Quarterly, 41/3, 125-149.

Knowles, M. 1970. Issues in Adult Learning Psychology. Adult


Leadership, 22, 300-316.

Knowles, M. 1980. The Modern Practice of Adult Education. New


York: Cambridge

Knowles, M. 1990. The Adult Learner: A Weglected Species. Edisi


ketiga. Gulf, Houston.

Rogers, C. 1969. Freedom to Learn. Columbus: Charles E. Merrill


Publishing Co.

91
Bacaan Tambahan
Cranton, P. 1992. Working with Adult Learners. Toronto: Wall &
Emerson, Inc.

Brookfield, S.D. 1990. The Skillful Teacher. San Fransisco: Jossey


Bass

Burns, R. 2000. The Adult Learner at Work. New South Wales,


Australia: Business and Professional Publishing.

Hazadiah Mohamad Dahan & Faizah Abd, Majid (Editor). 2006.


Scaffolding Adult Education: Naratives of Malaysian Practitioners.
UiTM, Shah Alam: UPENA.

Merriam, S.B. & Caffarella, R.S. 1999. Learning in Adulthood: A


Comprehensive Guide. San Fransisco: Jossey Bass.

Norzaini Azman. 2006. Adult Learners Self-Directed Readiness


and Implication for Teaching in Higher Education. Dlm Hazadiah
Mohamad Dahan & Faizah Abd, Majid (Editor) (2006). Scaffolding
Adult Education: Naratives of Malaysian Practitioners. UiTM, Shah
Alam: UPENA. 159-196.

Ramsden, P. 1996. Learning to Teach in Higher Education. London:


Routledge.

Smith, R.M. 1993. Learning How to Learn: Applied Theory for Adults.
Buckingham: Open University Press.

92

View publication stats