Вы находитесь на странице: 1из 3

KRITIKAN KISAH ABU DARDA`

DALAM BUKU MANZIL

Sebahagian kita membaca buku kecil Manzil dan mengamalkannya. Ada sebahagian menjadikan
buku ini sebagai panduan dalam merubat orang yang kerasukan. Justeru, setelah meneliti buku ini
dengan secara tenang dan ilmiah, saya mendapati perkara berikut,

1- Ayat-ayat al-Quran dalam buku ini boleh diamalkan untuk memohon kesihatan pada Allah.
Namun, tidak boleh yakin bahawa ayat-ayat ini dapat memberi kesembuhan. Yakinlah pada
Allah dengan membaca kata-kataNya.

2- Kisah Abu Darda` dalam buku ini mempunyai kritikan keras para ulama.

Berikutan kisah Abu Darda`, ini penemuan saya.

1. Kandungan Kisah

Seorang telah datang kepada Abu Darda` dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu
Darda` menjawab, “Tidak, rumah saya tidak terbakar.” Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu
bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama
dan Abu Darda` memberi jawapan yang sama.

Pada kali keempat seseorang datang dan memberitahu Abu Darda`, “Wahai Abu Darda`, api telah naik
tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam!”

Abu Darda` menjawab, “Saya yakin bahawa Allah tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah telah
mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh si pembaca akan terselamat dari semua
bala dan musibah sehingga petang. (saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu
saya yakin rumah saya tidak akan terbakar.”

Doanya,

َْ َ َ َ ‫ﱠ‬ َ َ ْ ْ َ ْ ‫َ َ ﱠ َْ َ ََْ َ َ َ ﱠْ ُ ََْ َ َ ﱡ‬ ّ‫ﺍﻟﻠ ُه ﱠﻢ َﺃ ْﻧ َﺖ َﺭ‬


‫ﱠ‬
‫ َﻭ َﻣﺎ ﻟ ْﻢ َ�ﺸﺄ‬، ‫ َﻣﺎ ﺷ َﺎﺀ ﺍﻟﻠ ُﻪ �ﺎﻥ‬، ‫ﺵ ﺍﻟﻜ ِﺮ ِ�ﻢ‬ ِ ‫ﺮ‬ ‫ﻌ‬ ‫ﺍﻟ‬ ‫ﺏ‬‫ﺭ‬ ‫ﺖ‬ ‫ﻧ‬ ‫ﺃ‬‫ﻭ‬ ، ‫ﺖ‬ ‫ﻠ‬�‫ﻮ‬‫ﺗ‬ ‫ﻚ‬ ‫ﻴ‬‫ﻠ‬‫ﻋ‬ ، ‫ﺖ‬ ‫ﻧ‬‫ﺃ‬ ‫ﻻ‬ ‫ﺇ‬ِ ِ ‫ﻪ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﺇ‬ ‫ﻻ‬ ‫ﻲ‬ �
ِ
‫َ َْ ُ َ ﱠ ﱠ َ ََ ُ ّ َ ْ َ ٌ ََ ﱠ ﱠ‬
ْ‫ﺍﻟﻠ َﻪ َﻗﺪ‬ َ ْ ّ َ ْ ‫َْ َُ ْ َ َ ْ َ َ ُﱠَ ﱠ ﱠ‬
‫ ﻭﺃﻥ‬، ‫ ﺃﻋﻠﻢ ﺃﻥ ﺍﻟﻠﻪ ﻋ�� � ِﻞ �ﻯﻱ ٍﺀ ﻗ ِﺪﻳﺮ‬، ‫ ﻭﻻ ﺣﻮﻝ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ِﺇﻻ ِﺑﺎﻟﻠ ِﻪ ﺍﻟﻌ ِ� ِ� ﺍﻟﻌ ِﻈ ِﻴﻢ‬، ‫ﻟﻢ ﻳﻜﻦ‬
َ ٌ َ َْ ‫َ ْ َ ّ ُ ّ َ ﱠ‬ َْ ّ َ ْ َ ُ ُ َ ّ ‫ﱠُ ﱠ‬ ْ ْ َ ّ ُ َ َ َ
‫ ِﺇ ﱠﻥ‬، ‫ﺎﺻ َﻴ ِ� َ�ﺎ‬ ‫ﻨ‬‫ﺑ‬
ِ ِ ِ ‫ﺬ‬ ‫ﺁﺧ‬ ‫ﺖ‬ ‫ﻧ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﺔ‬
ٍ ‫ﺍﺑ‬‫ﺩ‬ ‫ﻞ‬ �
ِ ِ‫ﺮ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬ِ ‫ﻭ‬ ، ‫ﻱ‬ �� ‫ﻔ‬
ِ ِ‫ﻧ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺷ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻣ‬
ِ ِ‫ﻚ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻮﺫ‬ ‫ﻋ‬ ‫ﺃ‬ ‫ﻲ‬ �
ِِ‫ﺇ‬ ‫ﻢ‬ ‫ه‬‫ﺍﻟﻠ‬ ، ‫ﺎ‬ ً
‫ﻤ‬ ‫ﻠ‬ ‫ﺃﺣﺎﻁ ِﺑ� ِﻞ ��ﻱ ٍﺀ ِﻋ‬
َ ََ ّ
‫ﺍﻁ ُﻣ ْﺴﺘ ِﻘﻴﻢ‬ ٍ ‫َﺭِ�ﻲ ﻋ�� ِﺻ َﺮ‬
Maksudnya,

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada tuhan melainkan Engkau. Hanya kepadamu daku bertawakkal.
Engkaulah Tuhan `Arasy yang Maha Agung. Apa sahaja yang dikehendaki Allah pasti terjadi dan apa yang
tidak dikehendakinya pasti tidak akan terjadi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah,
yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku sedar bahawa Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan
sesungguhnya ilmu Allah meliputi segala sesuatu. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
daripada kejahatan diriku dan kejahatan sekelian yang melata. Yang segala roh mereka dalam
genggamanMu. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus (adil).

2. Sumber

Kisah ini direkod oleh ramai ulama dalam kitab-kitab mereka. Antaranya,

I. Ibnus Sunni dalam kitab `Amal Yaum wal lailah


II. Ath-Thabrani dalam kitab ad-Du`a’
III. Al-Kharathi dalam kitab Makarimul Akhlak
IV. Al-Baihaqi dalam Kitab al-Asma` was Shifaat

Mereka merekodkan dari jalan Hudbah bin Khalid, dia berkata; ‘al-Aghlab bin Tamim pernah bercerita
kepada kami dari al-Hajjaj bin Furafishoh, dari Thalqi.’

Dalam buku-buku Manzil bahasa Melayu yang dicetak, disebut “Talha ra meriwayatkan…” sedangkan
tidak ada sahabat Nabi yang bernama Talha. Yang ada cumalah,

a. Thalhah bin Ubaidillah


b. Thalqi bin Habib1

Saya berkeyakinan bahawa mereka mahu menyandarkan kepada Thalqi yang meriwayatkan kisah ini.
Tetapi mungkin berlaku kesilapan dari segi tulisan atau cetakkan. Ini kesilapan yang biasa berlaku dalam
dunia penerbitan.

Nota : Dalam rekod yang lain pula, kisah ini disampaikan oleh orang yang tidak dikenali.

1
Rujuk riwayat Amal Yaum wa Lailah, m/s 25. Hadis 57
3. Kritikan

Kisah ini mempunyai kecacatan pada orang yang menyampaikannya. Iaitu al-Aghlab bin Tamim.
Siapakah dia?

I. Menurut Imam al-Bukhari dalam kitab At-Tarikh al-Kabir , “Aghlab bin Tamim dia ialah seorang
yang Munkarul Hadis.”

 Apabila al-Bukhari berkata seorang itu Munkarul Hadis menunjukkan orang itu sangat
lemah periwayatannya. Al-Bukhari menyandarkan Munkarul Hadis kepada orang yang
tidak layak diambil riwayat daripadanya. 2

II. Menurut Ibnu Hibban dalam kitab Al-Majruhin, “Aghlab bin Tamim ialah seorang Munkarul
Hadis. Dia menceritakan sesuatu dari orang yang sangat dipercayai sedangkan mereka tidak
berkata demikian. Sehingga terkeluar dari batasan untuk berhujah dengan cerita itu kerana
banyaknya kesalahannya.”

4. Kesimpulan

Setelah membuat penelitian ini, saya merumuskan perkara berikut,

I. Kisah ini tidak benar dari Abu Darda`


II. Sekalipun begitu, beramal dengan doa ini tidak mengapa kerana ia tidak mengandungi masalah
yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Syaratnya, tidak boleh menyandarkan doa
ini kepada Abu Darda` apatah lagi kepada Rasulullah saw. Tidak boleh berkayakinan dengan
kelebihan doa ini.

Rujukan Utama : Kitab Tahdzhir ad-Da`iyah Min Qashashil Wahiyah, oleh Syeikh `Ali bin Ibrahim Hasyish.
m/s 468 – 472.

WallahuTaala A`lam.

_______________
Ustaz Syihabudin Ahmad,
BA Pengajian Islam & Bahasa Arab,
Universiti al-Azhar, Mesir.

Email : syihabudinahmad89@yahoo.com
Phone : 017-3162287

2
Rujuk kitab At-Tadrib ar-Rawi, oleh Imam as-Suyuti

Вам также может понравиться