Вы находитесь на странице: 1из 3

NAMA : ………………………………… TINGKATAN : …………..

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018

BAHASA MELAYU KERTAS 1


( DAERAH TANGKAK )
Bahasa Melayu 1103/1
Kertas 1
Ogos
2 ¼ jam DUA JAM LIMA BELAS MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambaahan daripada pengawas
peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

1
Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan
untuk menceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Mengadakan Program Gotong-Royong Menjalankan Program 3K

Mengecat Semula Bangunan


Sekolah

2
Bahagian B
[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. “Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen
yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih
sempurna.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan ilmu dalam kehidupan .

2. Penggunaan media sosial amat popular pada masa ini terutamanya dalam kalangan
remaja sehingga mendatangkan impak yang negatif sekiranya tidak dibendung.

Bincangkan peranan yang harus dimainkan oleh keluarga dalam usaha


untuk memastikan remaja menggunakan media sosial ke arah yang lebih positif.

3. Dalam usaha mempelbagaikan keluaran industri negara, kerajaan begitu prihatin untuk
terus memperkembang Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Selaku ahli jawatankuasa kampung, anda telah mengundang seorang pegawai daripada
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk memberikan ceramah tentang
langkah-langkah yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memajukan Industri
Kecil dan Sederhana.

4. Program Pertukaran Budaya Serantau membawa banyak kebaikan kepada para pelajar.

Berikan komen anda.

5. Jiran yang baik ibarat peribahasa cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar
ditemui. Berdasarkan peribahasa tersebut, tuliskan sebuah cerpen yang berkisar tentang
semangat kejiranan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться