Вы находитесь на странице: 1из 12

Pendahuluan

Pada masa Rasulullah, sistem ekonomi yang diberlakukan adalah sistem ekonomi yang telah
disyariatkan dalam Islam. Sistem ekonomi di zaman rasulullah sangat kompleks dan sempurna
meskipun pada masa setelahnya tetap dilakukan perbaikan. Jenis-jenis kebijakan baik
pendapatan dan pengeluaran keuangan di masa Rasulullah lebih terfokus pada masa perang dan
kesejahteraan rakyat. Tidak seperti saat ini bahwa kebijakan-kebijakan ekonomi lebih difokuskan
pada pencarian keuntungan. Sejarah ekonomi Islam pada dasarnya bersumber dari idea dan
praktik ekonomi yang dilakukan oleh Muhammad SAW dan para Khulafaur Rasyidin serta
pengikut-pengikutnya sepanjang zaman. Dipraktikkan ekonomi yang dilakukan masyarakat
Muslim setelah masa Muhammad SAW, boleh dianggap sebagai acuan sejarah ekonomi Islam
selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sobri (1989:44-51) telah membahagikan sejarah
perkembangan ekonomi Islam kepada 3 tahap iaitu :

PERTUMBUHAN KEMEROSOTAN KEBANGKITAN


(KEMUNDURAN)
Tahap Pertama: Pertumbuhan
Tahap percambahan dan kesuburan ekonomi Islam bermula pada zaman Rasulullah SAW.
Amalan ekonomi pada masa ini amat terhad dan tertumpu kepada penternakan dan perniagaan
sahaja. Ijtihad ulama Islam hanya tertumpu kepada penjelasan hukum muamalat dan
penyelesaian masalah ekonomi pada masa itu sahaja. Tindakan para ulama itu telah
menyebabkan prinsip-prinsip ekonomi dalam Islam gagal disingkap secara menyeluruh. Pada
abad ke 2 hijrah, para ulama Islam telah menghasilkan beberapa penulisan terutamanya kitab-
kitab fiqh yang membincangkan tentang kegiatan ekonomi secara terperinci sesuai dengan arus
perkembangan ekonomi yang menuntut kepada ijtihad ulama bagi menyelesaikan permasalahan
yang berlaku dalam kegiatan perekonomian. Di antara kitab-kitab fiqh yang mengandungi
beberapa aspek ekonomi adalah seperti berikut;
a. Golongan Mazhab Maliki.
i. Al-Mudawanat oleh Imam Malik.
ii. Al-Jamil al-Quran oleh Abdullah al-Qurtubi.
iii. Bidayah al-Mujahid wal Nihayat al-Muqtasid oleh Ibn Rusyd.
b. Golongan Mazhab Hanbali.
i. Ahkam al-Quran oleh al-Jassas.
ii. Al-Mabsut oleh al-Sarkhasi.
iii. Tuhfat al-Fuqaha oleh al-Samarqandi.
iv. Al-Muhalla oleh Ibn Hazm.
v. Al-Mughni oleh Imam Muhammad Ibn Qudamah.
vi. Al-Fatawa al-Kubra Ibn Taimiyah.
c. Golongan Mazhab Syafie.
i. Al-Umm oleh Imam Syafie.
ii. Al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi.
iii. Al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Suyuti.

Selain dari kitab-kitab di atas, terdapat juga beberapa kitab yang membincangkan tajuk-tajuk
ekonomi secara khusus seperti isu riba, monopoli, sistem harga, syarikat, pasaran dan sebagainya
dengan merujuk kepada dalil al-Quran dan al-Sunnah iaitu;
i. Al-Kharaj oleh Abu Yusuf.
ii. Al-Kharaj oleh Yahya Ibn Adam.
iii. Al-Amwal oleh Abu Ubaid Ibn Salam.
iv. Al-Kasb fi ar Rizq oleh Imam Muhammad al-Syaibani.
v. Muqaddimah oleh Ibn Khaldun.
vi. Al-I’bar oleh Ibn Khaldun.
vii. Al-Hisbah fil Islam oleh Ibn Taimiyah.
viii. Al-Si
Tahap Kedua: Kemerosotan (Kemunduran)

Perkembangan Ekonomi Islam mula terhalang apabila berlaku perpecahan di kalangan


masyarakat dan negara Islam. Bermula pada abad ke 4 hijrah (abad 12 masihi), para pemerintah
dan masyarakat awam terlibat dengan kegiatan fitnah-memfitnah (Sobri, 1989: 48). Era
kemerosotan ini berpanjangan selama enam abad lamanya. Ia bermula dari kehancuran kota
Baghdad pada 22 Januari 1258 M (15 Muharram 656 H) dan kejatuhan empayar Abbasiyah
semasa pemerintahan Musta’sim serta berakhir dalam lingkungan pertengahan abad ke 19 M
(abad ke 13 H). Era ini juga menyaksikan kemunculan empayar Uthmaniyah yang ditubuhkan
pada tahun 1299 M oleh seorang pemimpin yang berbangsa Turki yang dikenali sebagai Uthman
1 sehingga kejatuhannya ke tangan koloni Eropah.

Pada masa ini umat Islam berada dalam kegelapan kerana hilang punca dalam
menghadapi isu dan permasalahan semasa dalam semua aspek keperluan hidup termasuklah
dalam aspek ekonomi dan kewangan. Peluang ini telah diambil oleh sarjana barat untuk
mengeksploitasi dan memutarbelit fakta-fakta ilmu pengetahuan yang telah dipelopori oleh
sarjana Islam. Mereka mengutarakan idea-idea baru yang kebanyakannya perlu kepada penelitian
dan pengkajian yang mendalam dalam aspek fiqh dan syariah kerana tidak mempunyai ayat (nas)
yang jelas sama ada dalam al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma’ ataupun al-Qiyas seperti dalam aspek
pasaran saham.

Akibat dari perbezaan politik ini timbul perpecahan di kalangan umat Islam sehingga
menjangkau kepada semua aspek kehidupan mereka seperti keagamaan, keilmuan, ekonomi dan
sosial sehingga menyebabkan mereka lemah. Dalam masa yang sama umat Islam berdepan
dengan cabaran luaran hasil dari serangan Monggol dan siri Perang Salib. Tidak kurang juga
kerana merebaknya kefahaman sufi dan amalan zuhud. Bahkan akhirnya negara umat Islam
banyak yang jatuh di bawah penjajahan negara Barat. Keadaan ini menyebabkan tradisi keilmuan
menjadi beku dengan meluasnya amalan taklid dan sekaligus menutup pintu ijtihad. Ekonomi
Islam menjadi tersimpan di kitab-kitab lama tanpa diamalkan. Kemajuan ekonomi Barat
menyebabkan umat Islam menggunakan sistem ekonomi Barat dalam kehidupan mereka.
yasah al-Syariah fil Islah al-Ra’i wal Ra’yah oleh Ibn Taimiyah.
Faktor-Faktor kemerosotan ekonomi Islam ialah;
i. Perpecahan empayar Islam

Kerajaan Abbasiyah telah berpecah kepada beberapa wilayah (imarah) yang memencilkan diri
dari pemerintahan pusat (khalifah) dan mempunyai kuasa tersendiri. Ada sesetengah wilayah
kelihatan masih bernaung di bawah kerajaan pusat tetapi sebenarnya bebas memerintah kawasan
mereka dengan tidak mengindahkan kerajaan pusat malah sentiasa memberontak menentang
kerajaan pusat. Perebutan kuasa ini telah melalaikan umat Islam dari meneruskan usaha
mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu kehidupan serta mencipta teori-teori baru bersesuaian
dengan keperluan semasa tetapi tidak bercanggah dengan perundangan Islam. Ini termasuklah
disiplin ekonomi dan segala cabangnya.

ii. Penjajahan luar


Apabila negara umat Islam tidak stabil, musuh mengambil kesempatan untuk memusnahan
kekuatan Islam dengan berbagai cara. Di antara musuh-musuh Islam pada masa itu ialah bangsa
Georgia, Armenia dan Alani di sebelah utara, tentera Salib di sebelah barat dan di sebelah timur
pula ialah kerajaan Monggol (Tartar). Suatu keadaan yang menyebabkan umat Islam terlalu
sibuk sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk membina kekuatan sendiri dari sudut
ilmu pengetahuan.

iii. Isu tertutup bidang ijtihad


Tertutupnya pintu ijtihad bermaksud :
 Para ulama tidak mengkaji isu-isu semasa dan seterusnya tidak mengeluarkan
ijtihad untuk menentukan hukum ke atas isu semasa tersebut. Atau
 Para ulama hanya berpegang kepada ijtihad-ijtihad terdahulu (bertaklid) dengan
alasan semua perkara yang penting telah dibincangkan dengan jelas dan tidak
memerlukan ijtihad lagi.
Isu ini berpunca dari perpecahan di kalangan umat Islam yang berbilang bangsa dan usaha-usaha
individu untuk mempromosikan mazhab masing-masing untuk kepentingan peribadi. Taklid
berlaku kerana :
 Pengkajian perundangan Islam telah lengkap di mana empat mazhab telah dikenal
pasti dapat membantu Islam untuk menghadapi segala perubahan yang berlaku
sepanjang zaman. Mazhab-mazhab tersebut ialah Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie
dan Hambali dan umat Islam dibenarkan mengikuti empat mazhab tersebut.
 Penurunan kuasa khalifah Abbasiyah kepada menteri di setiap wilayah (wazir)
yang kebanyakannya bermazhab Syiah. Mereka ini lebih berminat untuk
mengukuhkan kuasa mereka dan mencari penyokong dengan mempromosikan
mazhab mereka daripada membincangkan masalah semasa.
 Perpecahan empayar Abbasiyah membawa kepada setiap wilayah memilih
mazhab masing-masing mengikut cita rasa mereka. Contohnya Mesir (Egypt)
menggunakan ajaran mazhab Syafie, Turki dan India menggunakan mazhab
Hanafi.
 ·Terdapat segelintir individu yang tidak mempunyai kelayakan untuk mengeluar
ijtihad mengaku hendak berbuat demikian.
Situasi ini memberi ruang kepada sistem undang-undang barat menular masuk ke dalam institusi
perlembagaan kerajaan Islam pada ketika itu khususnya untuk mengatasi masalah semasa yang
tidak ada peruntukan secara terperinci dan jelas dalam al-Quran, Sunnah dan ijtihad ulama
terdahulu. Contohnya, isu semasa tersebut ialah pelaksanaan institusi kewangan selain Bait al-
Mal, pasaran saham, modal dan pasaran masa depan. Keadaan ini secara langsung menjejaskan
pemikiran dan pengkajian ke atas sistem ekonomi Islam dan cabangnya. Malahan umat Islam
tersepit di antara nereka yang tidak mahu melanggar syariah atau tidak dapat mengejar arus
pembaharuan dan kemajuan khususnya dalam sektor kewangan.

iv. Pengaruh Barat di dunia Islam


Amalan taklid menyebabkan orang ramai terkeliru terhadap Islam. Oleh itu mereka menoleh ke
Barat untuk mencari jawapan yang diperlukan pada masa itu. Walaupun ada perbincangan dan
hasil usaha para fuqaha terdahulu khususnya dalam bidang ekonomi tetapi ianya masih
berbentuk fiqh. Ini menyebabkan ia tidak dapat dilaksanakan dalam realiti sistem ekonomi
moden. Kemunculan Revolusi Industri pada abad ke 18 Masihi di Barat telah menarik minat
umat Islam dalam usaha mengembangkan modal yang sedia ada. Terdapat banyak teori baru
yang diperkenalkan oleh sarjana Barat seperti teori ”interest” adalah keuntungan, sewa dan upah
kepada penggunaan modal kewangan sehingga ada di kalangan umat Islam telah menghalalkan
pembayaran dan penerimaan ”interest” dalam pinjaman pelaburan atau pengeluaran yang
produktif.

Umat Islam bukan sahaja terpengaruh dengan teori ekonomi moden (Barat), malahan mereka
telah terikut-ikut dengan semua sistem kehidupan masyarakat Barat sama ada dari segi politik,
sosial, pendidikan, kekeluargaan, kehakiman dan sebagainya. Para ulama dianggap sebagai
penghalang kepada kemajuan kerana mereka menganggap kemajuan adalah pembaratan.
Tahap Ketiga: Kebangkitan semula

Era kebangkitan bermula pada tahun 1930an dengan berkembangnya pemikiran mengenai asas
falsafah ekonomi Islam dan prinsip-prinsipnya. Ini menjadi landasan kepada bentuk-bentuk
pengkajian yang lain. Dalam tempoh ini perkembangan pemikiran ekonomi Islam adalah dalam
bentuk pengumpulan fakta khususnya hasil dari percubaan-percubaan yang dilakukan untuk
membuktikan ekonomi Islam adalah praktikal seperti penubuhan bank percubaan berlandaskan
Islam di Mitt Ghamr, Mesir pada tahun 1963. Ia diikuti pula dengan penubuhan Bank Sosial
Nasser di Mesir pada tahun yang sama. Gerak kerja pengkajian ekonomi Islam oleh para sarjana
boleh dibahagikan kepada 3 jenis kajian, iaitu kajian sebahagian, kajian menyeluruh dan kajian
sejarah (al-Fanjari, 1988: 31-34 dan Sobri, 1989: 49-51).

Kajian sebahagian lebih menumpu kepada penghuraian bahagian-bahagian tertentu dalam


ekonomi Islam seperti riba, harga, urusniaga, syarikat insuran, hak milik swasta dan awam,
kebebasan ekonomi, hisbah dan lain-lain. Kajian menyeluruh adalah bertujuan untuk
menyingkap prinsip dan strategi ekonomi Islam secara menyeluruh. Di antara kajian tersebut
ialah; Al-Iqtisad al-Islami wal Iqtisad al-Mu’asyir oleh M. Abdullah al-Arabi, Al-Iqtisaduna oleh
M. Baqir al-Sadr dan Nizamul Islam al-Iqtisad oleh Muhammad al-Mubarak. Manakala kajian
sejarah pula merupakan analisis sistem ekonomi mengikut tempoh masa atau pun mengikut
tempoh tertentu. Di antara contoh kajian tersebut adalah;
i. Sistem Ekonomi Pada Zaman Pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab oleh
Ahmad al-Shafie.
ii. Padangan Ibn Taimiyah Terhadap Campurtangan Kerajaan Dalam Ekonomi oleh
Dr. Muhammad al-Mubarak
iii. Pemikiran Ekonomi Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun oleh Muhammad Ali
Nasyat.
a. Faktor-faktor kebangkitan pemikiran ekonomi Islam ialah :
i. Kesedaran dakwah untuk kembali melaksanakan Islam secara menyeluruh
dalam segala aspek kehidupan.
ii. Krisis ekonomi dunia pada tahun 1930an, 1940an dan 1950an.
iii. Pendedahan minda sarjana Islam terhadap kebangkitan sistem sosialis.
iv. Revolusi Komunisme di Rusia.
v. Kelahiran para sarjana yang mempunyai kepakaran dalam bidang
ekonomi moden dan ilmu fiqh.

b. Faktor-faktor kecemerlangan ekonomi Islam :


Secara umumnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan
ekonomi Islam sehingga kini. Di antaranya ialah;
i. Kemerdekaan yang dicapai oleh kebanyakan negara Islam selepas Perang
Dunia Kedua dan juga keperluan untuk meningkatkan ekonomi negara
berdasarkan Islam telah mendorong pembangunan ekonomi Islam di
peringkat awal perkembangannya.

ii. Keruntuhan modal dan kemiskinan teruk dihadapi oleh masyarakat Islam
(kesan daripada penjajahan) akhirnya membawa kepada kesedaran kepada
mereka untuk kembali kepada Islam dan melaksanakannya dalam seluruh
kehidupan.

iii. First International Conference on Islamic Economics yang diadakan di


Makkah pada Februari 1976 merupakan pemangkin di peringkat
antarabangsa dan membawa kepada pertumbuhan pesat kajian ekonomi
Islam.

iv. Beberapa institusi juga telah memainkan peranan penting ke arah


pembangunan ekonomi Islam. Di antara institusi terpenting itu ialah
Association of Muslim Social Scientists, Leicester, United Kingdom
(1973); Islamis Economics Research Bereau, Dhaka, Bangladesh (1976);
Centre of Research in Islamic Economics, King Abdulaziz University,
Jeddah (1977).

Pelaksanaan idea Ekonomi Kapitalisme dan Sosialisme Barat akhirnya mendatangkan


masalah kepada negara dan umat Islam. Mereka berusaha untuk mencari alternatif Islam
dalam penyelesaian masalah ekonomi. Gema Kebangkitan Islam yang berlaku di era
1970an untuk mengembalikan umat Islam kepada Cara hidup Islam yang sebenar telah
mencetuskan dorongan baru kepada intelektual Islam untuk mengkaji bidang politik,
ekonomi dan sosial selaras dengan ajaran Islam. Islamic Development Bank ditubuhkan
pada tahun 1974 hasil dari keputusan Organization of Islamic Conference (OIC).
Kebangkitan semula pemikiran ekonomi Islam telah menyebabkan berlangsungnya
seminar-seminar mengenai ekonomi Islam seperti First International Conference on
Islamic Economic di London 1976, The Muslim World and Future Economic Order
Conference di London 1977, International Seminar on the Monetery and Fiscal Economic
di Makkah 1978, The Seminar on Islamic Economics di Dacca 1979, Seminar on Islamic
Banking di Dacca 1980 dan The International Seminar on Monetery and Fiscal
Economics of Islam di Islamabad 1981.

Dalam pada itu Pakistan dan Iran serius melaksanakan agenda ekonomi Islam
hasil dari Dasar Islamisasi. Pada tahun 1979 Pakistan melaksanakan percukaian
Islam, institusi zakat dan mudharabah. Begitu juga dengan Sudan. Malaysia pula
mulai tahun 1983 telah menggerakkan pelaksanaan sistem kewangan Islam
melalui penubuhan Bank Islam, Takaful Islam dan skim Perbankan Tanpa Faedah
di bank-bank konvensional.
Tokoh Ekonomi Islam dan Sumbangannya
Pemikiran berkembang kerana wujud suatu fahaman, doktrin atau ajaran. Seluruh kegiatan hidup
dan tingkahlaku manusia dicorakkan oleh pemikiran yang dipercayainya. Oleh kerana
masyarakat Islam menganut ajaran Islam maka pemikiran masyarakat Islam akan melahirkan
pemikiran ekonomi Islam yang tersendiri yang berasaskan agama dan tauhid. Ia berkembang dan
bercambah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. melalui ijtihad yang pada peringkat awal
berkisar pada tajuk bidang fiqh.

Pemikiran ekonomi Islam berkembang kerana wujud ayat (nas) yang berkaitan dengan ekonomi
dalam al-Quran dan al-Sunnah, perkembangan pelbagai disiplin ilmu dan perkembangan sosial
masyarakat Islam yang menimbulkan pelbagai isu ekonomi. Di antara tokoh-tokoh yang
menyumbang kepada pemikiran ekonomi Islam ialah;

a. Abu Yusuf (113-182 H / 731-798 M)


Ya’qub bin Ibrahim bin Habib bin Khunais lahir di Kufah dan meninggal di Baghdad merupakan
tokoh pemikir ekonomi Islam yang terawal. Beliau menuntut ilmu dari kalangan ulama mazhab
hanafi dan dilantik oleh Khalifah Harun al-Rasyid sebagai Ketua Mahkamah Agung (Qadhi al-
Qudhah). Beliau aktif mengajar ilmunya dan menulis antara lain kitabnya yang terkenal ialah al-
Jawami’, Rad ‘ala Siyar al-Auza’i dan al-Atsar. Melalui kitab al-Kharaj (Percukaian) beliau
menekankan pentingnya sistem percukaian kepada pembangunan ekonomi, cara mengutip cukai
dan cara pengagihannya, keupayaan membayar cukai, memberi pertimbangan kepada
kesenangan pembayar semasa menentukan masa membayar dan pentadbiran cukai berpusat. Abu
Yusuf juga menekankan pembangunan sektor pertanian dengan menyarankan peranan kerajaan
dalam menyediakan kemudahan awam seperti pengairan, benteng, tanah dan infrastruktur
pertanian. Beliau turut menekankan pentingnya campurtangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi
bagi pembangunan ekonomi dengan menyediakan pelbagai prasarana yang boleh membawa
kepada kesejahteraan rakyat. Beliau menegaskan perlunya sistem pentadbiran ekonomi yang
amanah, efisien, adil dan cekap dalam melaksanakan kebijaksanaan ekonomi.

b. Ibn Taimiyah (661-728 H / 1263-1328 M)


Taqi al-Din Abu Abbas Ahmad lahir di Harran, Syria dan bermazhab Hanbali. Keilmuannya
menyebabkan ia ditawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan namun ditolaknya secara baik kerana
beliau tidak suka dikongkong namun beliau terkena juga dengan tempias fitnah dan empat kali
dipenjarakan. Pemikiran ekonomi beliau dapat diambil dari karyanya seperti Majmu’ Fatawa
Syeikh al-Islam, al-Siyasah al-Syar’iyyah fi Islah al-Ra’i wa al-Ra’yah dan al-Hisbah fi al-Islam.
Melalui al-Hisbah fi al-Islam, beliau membahaskan tentang sistem pasaran, harga, penawaran,
persaingan dalam pasaran, buruh dan upah, hak milik awam, tanggungjawab kerajaan memenuhi
keperluan asas rakyat, kawalan harga dan peranan sektor awam. Dalam buku al-Siyasah al-
Syar’iyyah fi Islah al-Ra’i wal Ra’yah (Public and Private Laws in Islam) beliau
membincangkan konsep harga yang adil iaitu dengan persetujuan semua pihak yang terbabit,
untung, sistem pasaran bergantung kepada permintaan dan penawaran selain kesan cukai
kerajaan kepada penjual dipindahkan kepada pembeli sehingga memberi kesan kepada penetapan
harga, peranan kerajaan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi, menentang konsep
kebebasan ekonomi dan sebagainya. Beliau menegaskan perlunya ditegakkan upah atau gaji
yang adil kepada pekerja sehingga mereka mendapat sejumlah pendapatan yang membolehkan
mereka hidup sempurna.

Ibn Taimiyah membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli,
penyorokan dan spekulasi. Beliau melihat suatu keperluan untuk menentukan jumlah keuntungan
yang adil serta tidak merugikan pembeli. Di antara tulisannya ialah mengenai
institusi hisbah(pengawasan) yang berperanan untuk menjaga persaingan secara saksama dan
berurusan dengan jujur serta membenteras monopoli dan diskriminasi harga. Bahkan penentuan
harga boleh diputuskan melalui mesyuarat. Ini boleh dilakukan dengan penguatkuasaan
peraturan-peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah (broker). Berhubung dengan
pemilikan individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa untuk memendekkan tempoh
atau menarik balik pemilikan tersebut. Walaupun begitu Ibn Taimiyah juga amat menekankan
kepada peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk menentukan keperluan asas rakyat sebagai
suatu kewajipan yang mesti dipatuhi. (Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1980: 106).

c. Ibn Khaldun (732-808 H / 1332-1404 M)


Abdul Rahman Abu Zaid Waliddin Bin Khaldun al-Maliki al-Khadrami lahir di Tunisia.
Merupakan ilmuan yang hebat lahir dari kalangan golongan atasan dan pernah berkhidmat
kepada kerajaan Sepanyol Islam di Seville sebagai setiausaha kerajaan dan juga sebagai hakim.
Tulisan beliau seperti Muqaddimah, al-Ibar dan Ta’rif Ibn Khaldun bukan setakat catatan
peristiwa tetapi juga bagai sebuah ensiklopedia lengkap untuk dirujuk. Beliau pakar dalam
bidang sejarah, sosiologi dan ekonomi. Dalam Muqaddimah, beliau melihat wujudnya perkaitan
di antara faktor ekonomi, politik, sosial, etika dan pendidikan sebagai aspek-aspek tamadun yang
mempengaruhi kehidupan manusia. Justeru itu beliau turut membicarakan konsep asas ekonomi
seperti teori dan ukuran nilai ditentukan oleh penerimaan manusia, pembentukan modal,
meminimakan cukai ke atas rakyat dan meningkatkan perbelanjaan awam dapat meningkatkan
keyakinan rakyat dan meluaskan manfaat kewangan negara, kadar gaji atau upah boleh
mempengaruhi ekonomi cergas ataupun merundum, pembahagian buruh mengikut kemahiran,
sistem harga ditentukan oleh teori permintaan-penawaran, hukum permintaan dan penawaran
yang dinamis, penggunaan dan pengeluaran, negara yang lebih pengeluaran dan melaksanakan
hubungan perdagangan antarabangsa adalah lebih maju, pertumbuhan penduduk meningkatkan
pengeluaran dan permintaan, kemajuan membawa kepada permintaan dan sebagainya.

Ibn Khaldun boleh dianggap sebagai pelopor kepada ahli fikir perdagangan kerana
pandangannya tentang kepentingan emas dan perak. Beliau juga berpendapat terdapat perkaitan
di antara perkembangan ekonomi dan kestabilan politik, pasaran bebas dapat memastikan
pembahagian yang saksama tanpa menafikan perlunya campurtangan kerajaan. Mengenai tenaga
manusia, beliau menekankan faktor buruh dalam teori nilainya dan kepentingan modal
intelektual. Beliau menyedari kebaikan dan keperluan pembahagian buruh sebelum diperkatakan
oleh Ricardo. Beliau juga telah menjelaskan teori penduduk sebelum Malthus. Ibnu Khaldun
juga mendahului Adam Smith dalam banyak hal dan boleh dianggap sebagai guru kepada
Proundhon, Marx dan Engels. Oleh itu Ibn Khaldun dianggap sebagai ahli ekonomi Islam yang
terulung dan bapa (pengasas) kepada sains ekonomi. (Muhamad Nejatullah, 1989: 105).
d. Imam al-Ghazali (451-505 H / 1055-1111 M)
Abu Hamid Ibn Muhammad lahir di Khorman, Iran. Beliau pernah menjadi Profesor di
Universiti Nizamiyah, Baghdad dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama, falsafah dan
sufi. Imam Ghazali menekankan tentang penyatuan ilmu dan amal dan sentiasa mendorong
masyarakat supaya mengkaji al-Quran dan al-Sunnah, juga sangat kritikal terhadap keadaan
moral dan agama masyarakat serta mengkritik pemisahan urusan dunia daripada amalan akhirat.
Melalui karyanyaIhya’ Ulumuddin beliau membincangkan secara menyeluruh hal-hal ibadat,
muamalat, perkahwinan dan jenayah. Melalui kitab al-Mustasfa, Mizan al-Amal dan al-Tibr al-
Masbuk Fi-Nasihat al-Muluk menghuraikan wang dan fungsi wang sebagai alat pertukaran dan
penentu nilai serta kesan riba al-fadl dan sorok harta terhadap ekonomi, kerajaan patut
memungut cukai tambahan ketika perlu sahaja bagi memastikan rakyat tidak dibebani sesuatu
yang mereka tidak mampu. Beliau mengkritik sifat sambil lewa dan malas bekerja kerana aktiviti
ekonomi adalah ibadah. Memenuhi keperluan hidup individu, keluarga dan membantu golongan
yang memerlukan adalah perintah agama. Walau bagaimanapun menurut beliau keinginan untuk
pendapatan atau untung yeng lebih besar meskipun baik untuk masa hadapan namun ia adalah
suatu ujian bagi manusia. Mengenai teori harga, menurut al-Ghazali para petani terpaksa menjual
hasil pertanian dengan harga rendah jika mereka tidak mendapat harga yang memuaskan
menunjukkan pengetahuan beliau mengenai kuasa pasaran. Kerajaan boleh menggunakan
hartaBait al-Mal bagi menampung kekurangan ataupun membuat pinjaman.

e. M. N. Siddiqi (1931 M - )
Muhammad Nejatullah Siddiqi Lahir di Gorakhpur, India. Merupakan Profesor Ekonomi,
International Center for Research in Islamic Economics, University King AbdulAziz, Jeddah.
Berpengalaman sebagai Profesor dan Dekan, Jabatan Pengajian Islam, Aligarh University.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Reader in Economics, University Aligarh dan Editor
Jurnal Islamic Thought serta sebagai Editor Journal of Research in Islamic Economics (Jeddah).
Kepakaran beliau adalah dalam bidang agama, ekonomi Islam dan perbankan Islam. Beliau
banyak memberi sumbangan keilmuan dengan menulis dan menterjemah buku serta menulis
kertas kerja yang berkaitan dengan Islam dan ekonomi Islam. Di antara karya beliau yang utama
ialah; Some Aspects of Islamic Economy, Economic Enterprise in Islam, Banking Without
Interest, Muslim Economic Thinking, Issues in Islamic Banking dan Economics: An Islamic
Approach.

e. M. Umer Chapra (1933 M - )


Lahir di Arab Saudi dan merupakan penasihat merangkap penyelidik Islamic Research and
Training Institute (IRTI) di Islamic Development Bank, Jeddah. Penasihat Kanan
Ekonomi, Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) selama 35 tahun. Pensyarah di University of
Winsconsin dan University of Kentucky, Amerika Syarikat, Institute of Developments Economics,
Pakistan dan Islamic Research Institute di Pakistan. Beliau juga pakar dalam bidang agama,
ekonomi Islam dan perbankan Islam. Beliau mencetuskan banyak idea baru dalam ekonomi
Islam melalui penulisannya seperti Objectives of Islamic Economic Order, The Islamic Welfare
State and Its Role in the Economy, Towards a Just Monetary System, Contribution to Islamic
Economy Theory: A Study in Social Economics, Islam and the Economic Challenge, Islam and
Economic Developmentdan sebagainya.

Вам также может понравиться