Вы находитесь на странице: 1из 6

Menurut Wan azmi ,1991: 182 “setiap pemimpin haruslah mempunyai kuasa dan wibawa.

Seseorang pemimpin yang tidak ada kuasa, adalah dianggap sebagai pemimpin boneka”
Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi
secara keseluruhan. Kuasa meliputi pelbagai jenis dan peringkat seperti kuasa untuk membuat keputusan, kuasa
untuk mengeluarkan arahan, kuasa untuk mengurniakan ganjaran dan hukuman, kuasa untuk melaksanakan apa
jua perkara malah kuasa untuk menetapkan hala tuju sesebuah organisasi. Dari segi konsepnya, kuasa melibatkan
bagaimana orang melihat perhubungan antara satu sama lain

Kuasa seseorang pemimpin atau pengurus mempunyai kaitan dengan proses pemusatan
membuat keputusan. Hubungan kuasa, komunikasi dan proses membuat keputusan terjalin
bersama dalam melahirkan prinsip-prinsip serta asas-asas yang kukuh bagi mengujudkan
satu kepimpinan yang berkesan, pengawasan ( controlling ) dan seterusnya ia akan
memberikan impak kapada proses dan asas kapada perwakilan tugas yang seimbang serta
sejajar dengan pembahagian kuasa dan dan kewibawaan seseorang ketua/pemimpin itu.

Kuasa ganjaran adalah berasaskan kebolehan yang ada kepada pemimpin untuk memberi ganjaran
kepada orang bawahan yang telah melaksanakan arahan atau memenuhi kehendak. Asas utama
kuasa ini adalah untuk memberi ganjaran. Sebaliknya kuasa paksaan merupakan aspek negatif
kepada kuasa ganjaran kerana kuasa ini berasaskan kebolehan pemimpin untuk mendenda atau
menghukum dan mengenakan tindakan tertentu terhadap orang bawahan apabila kehendaknya
tidak dipenuhi. Dendaan mungkin dalam bentuk teguran atau sehinggalah kepada dibuang kerja.

Kuasa Sah merupakan sumber yang dimiliki oleh seseorang pemimpin dalam organisasi membolehkannya
mengarahkan pengikutnya melakukan perubahan sebagaimana yang dikehendakinya serta dapat
mendelegasikan tugas secara berkesan. Ini merupakan keupayaan pemimpin itu melaksanakan autoriti yang
ditugaskan dalam penghuraian kerja, gelaran jawatan dan spesifikasi kerja yang ditetapkan

Kuasa pakar

Merujuk kepada kuasa yang berasaskan kepada pemahaman, persepsi atau kepercayaaan bahawa pemimpin
mempunyai sesuatu kepakaran yang relevan atau pengetahuan khusus yang tidak dimiliki oleh orang bawahan.
Apabila orang bawahan akur dengan apa yang disuruh oleh seorang pemimpin dalam menangani sesuatu situasi,
ini bermakna orang bawahan mengiktiraf kuasa pakar yang ada pada pemimpin tersebut. Kuasa pakar
pula meru+uk kepada kuasa
yang berasaskan kepada pemahaman, persepsi ataukepercayaaan
baha a pemimpin mempunyai sesuatu kepakaran yang rele*an atau
pengetahuan khususyang tidak dimiliki oleh orang ba ahan. Apabila orang
ba ahan akur dengan apa yang disuruh olehseorang pemimpin dalam
menangani sesuatu situasi, ini bermakna orang ba ahan mengiktira- kuasa
pakar yang ada pada pemimpin tersebut
Kuasa hukuman merupakan kuasa pemimpin untuk menghukum pekerja apabila mereka gagal menurut kehendak.
Hukuman itu mampu melibatkan tugasan di luar bidang kerja, pemerhatian yang ketat, digantung kerja tanpa gaji, ataupun
dibuang kerja. Dalam organisasi, kadang-kala penggunaan kuasa hukuman adalah wajar untuk mengelakkan tingkah laku
pekerja yang boleh menjejaskan nama baik sesuatu organisasi.

Kuasa maklumat wujud disebabkan seseorang mempunyai maklumat penting yang bukan merupakan pengetahuan
ataupun tidak dimiliki oleh semua orang . Mereka mempunyai kebolehan untuk mengawal pengaliran
maklumat berkenaan kepada orang lain. Maklumat yang dimiliki oleh seseorang itu mungkin daripada sumber rasmi
organisasi ataupun perhubungan tidak formal seperti propaganda positif atau negatif, pengetahuan strategi lawan, atau
maklumat terperinci dalam sokongan keputusan. Kuasa ini boleh digunakan untuk mengukur dan memperbaiki tugas,
proses, dan strategi.

Kuasa Maklumat ialah menerangkan tentang sesuatu maklumat atau pengetahuan itu dianggap penting serta
tidak dimiliki oleh orang lain dan pemilik maklumat sangat berkuasa. Pemimpin yang memiliki maklumat
terutamanya maklumat khusus atau jarang didapati boleh mempengaruhi orang serta dapat sokongan orang lain

Вам также может понравиться