Вы находитесь на странице: 1из 5

TUGASAN 3

Pengerusi : Tan Kai Xin

Ahli panel pertama : Tang Chin Yee

Ahli panel kedua : Jessica Lee Zhuan Mun

Pengerusi

Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja
bersama saya Tan Kai Xin pada pagi yang berbahagia ini. Salam sejahtera dan
salam satu Malaysia.

Hadirin sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel pada hari ini, kita
sedia maklum, dewasa ini, masalah gejala sosial dalam kalangan remaja boleh
dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru,
masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika masalah ini ingin
diselesaikan. Tajuk forum kita pada hari ini ialah masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja - punca dan langkah untuk menyelesaikannya.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan dua orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah
kanan saya, ahli panel pertama, saudari Tang Chin Yee yang merupakan Profesor
Kesantunan Masyarakat Malaysia. Apa khabar saudari?

Panel pertama

Khabar baik, sihat Cik pengerusi. Cik pengerusi macam mana?

Pengerusi

Sihat juga.

Seterusnya ahli panel kedua, saudari Jessica Lee Zhuan Mun yang merupakan
Ketua Polis Ipoh. Selamat datang saudari.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
apakah gejala sosial?

Panel Pertama

Terima kasih kepada saudari pengerusi, menurut Hamzah (2003), gejala sosial
dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan
diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat.
Gejala sosial adalah perlakuan yang dilihat tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan stuktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu ataupun negara.

Pengerusi

Terima kasih kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada
menyatakan bahawa gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang
terkeluar dari batas-batas normal, bolehkah saudari berikan contoh masalah gejala
sosial dalam kalangan remaja?

Panel kedua

Seperti yang kita tahui, remaja sekarang banyak terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Hal ini merupakan salah satu masalah gejala sosial. Contohnya, pada 22
Ogos 2015, lima orang remaja ditahan di sebuah rumah di Taman Balok Makmur
di Kuantan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan penagihan dadah (Utusan
Malaysia, 2015). Selain itu, pada 29 Julai 2016, seorang remaja berusia 17 tahun
antara 31 individu ditahan kerana positif dadah dalam Op Cegah Perdana yang
dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangaaan (AADK) negeri di Jempol (Utusan
Malaysia, 2016). Hal ini telah membuktikan bahawa masalah gejala sosial telah
menjadi masalah serius.

Pengerusi

Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang kita sudah tahu salah satu
masalah gejala sosial adalah masalah penyalahgunaan dadah, tetapi kita tidak
tahu punca yang menyebabkan berlakunya masalah penyalahgunaan dadah
tersebut, jadi bolehkah saudari terangkan punca-punca yang menyebabkan
masalah tersebut?

Panel pertama

Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah penyalahgunaan dadah


dalam kalangan remaja adalah kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Hal ini
memang tidak dapat dinafikan kerana pada masa kini, para ibu bapa sentiasa
sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan
asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang
sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan
mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan
mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-lamanya, kebebasan yang
dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca. Hal ini
demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan
sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan
bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka
terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan
terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.

Pengerusi

Terima kasih panel pertama kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa
masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja banyak dipengaruhi oleh
ibu bapa dan rakan sebaya. Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai masalah
gejala sosial lain, apakah cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi
masalah penyalahgunaan dadah? Silakan panel kedua.

Panel kedua

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kerajaan perlu menubuhkan pusat-pusat


pemulihan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai
peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Selain itu, ibu bapa haruslah meluangkan
masa untuk menemani anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa boleh makan
bersama-sama dengan anak. Sehubungan itu, remaja tidak akan terlibat dalam
masalah penagihan dadah kerana hubungan antara mereka dengan ahli keluarga
telah menjadi baik.

Pengerusi

Terima kasih kepada panel kedua kita. Selepas mendengar pendapat panel kedua,
jadilah kita telah tahu bahawa ibu bapa haruslah bertanggungjawab untuk
mengambil berat tentang anak-anak meraka. Sekarang, apakah contoh masalah
gejala sosial lain? Silakan.

Panel pertama

Terima kasih saudari pengerusi. Selain penyalahgunaan dadah, remaja banyak


terlibat dalam masalah gangsterisme. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005), gangsterisme didefinisikan kegiatan gangster atau kumpulan sulit dalam
sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Masalah
gangsterisme telah banyak berlaku. Sebagai contoh, pada 9 April 2016, polis telah
menahan enam pelajar lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan
membabitkan sekumpulan pelajar di kawasan perumahan Jalan Wangsa Melawati
4 (Utusan Malaysia, 2016).

Pengerusi

Kenapa remaja kini banyak terlibat dalam masalah gangsterisme? Bolehkah panel
kedua berikan pendapat anda?
Panel kedua

Antara punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah gangsterisme


adalah pengaruh media massa. Aksi, pertuturan dan tingkah laku yang
ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-
olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan
personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun
diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya,
pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah
terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat
itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Seterusnya, kesan persekitaran juga akan menyebabkan remaja terlibat dalam


masalah gangsterisme. Tempat tinggal yang tidak selesa dengan ahli keluarga
yang ramai di rumah yang kecil dan sempit serta pendapatan harian atau bulanan
yang kecil boleh menyebabkan remaja ini lebih seronok meluangkan masa di luar
rumah. Ada pula dilabel sebagai ahli sesebuah gang kerana kawasan tempat
tinggal mereka yang dianggap aktif dengan jenayah kumpulan gangsterisme. Ada
pula yang sengaja menggunakan gelaran kawasan mereka untuk menimbulkan
rasa takut di kalangan remaja di sekolah mereka. Ada ketua gang yang memberi
kekuatan kepada remaja di kawasan tersebut untuk bergaduh kerana memastikan
sokongan mereka serta menterjemahkan kuasa ke dalam bentuk tindakan
gangsterisme.

Pengerusi

Terima kasih atas pendapat panel kedua kita. Sekarang kita sudah faham apakah
punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam masalah gangsterisme. Untuk
mengurangkan masalah ini, apa yang boleh kita lakukan? Saudari silakan.

Panel pertama

Untuk mengurangkan masalah gangsterisme, pihak kerajaan boleh mengadakan


kempen kesedaran bagi menyedarkan remaja bahaya pembabitan di dalam aktiviti
gangsterisme. Kempen-kempen ini boleh diadakan di tempat umum dan juga
sekolah supaya remaja mendapat pengetahuan tentang kesan daripada
gangsterisme.

Seterusnya, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
Contohnya, ibu bapa mesti belajar mengetahui aktiviti yang dianggotai oleh anak
mereka dan pada waktu yang sama, mengenali individu yang menjadi rakan
kepada anak remaja mereka.
Pengerusi

Terima kasih panel pertama. Sekarang kita telah tahu bagaimana untuk mengatasi
masalah gangsterisme dalam kalangan remaja.

Nampakya masa amat mencemburi kita, sebelum berakhir marilah kita sama-sama
memberi tepukan kepada kedua-dua ahli panel yang meluangkan masa untuk
memberi pendapat dan pandangan mereka tentang masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja. Terima kasih saudari-saudari.

Panel pertama

Sama-sama.

Panel kedua

Sama-sama.

Pengerusi

Kesimpulannya, masalah gejala sosial telah menjadi semakin serius. Oleh itu, kita
haruslah mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan masalah ini. Terima
kasih.

Вам также может понравиться