You are on page 1of 2

Dan seterusnya, Anugerah Tokoh Pelajar (Anugerah Emas)

Saya bacakan biodatanya dahulu..

1. Anak ini dilahirkan pada 14 februari 2000, di Hospital Darul Ehsan Medical Centre
(Demc) Selangor
2. Alam persekolahannya bermula di Smart Reader Kids Bandar Baru Klang 2002-2005
3. Meneruskan prasekolahnya di Tadika Alya Az-Zaharah Bandar Puncak Alam 2006
4. Meneruskan persekolahan darjah 1 hingga darjah 6 di SK Puncak Alam 2
5. Persekolahan peringkat menengah, diteruskan di SMK Puncak Alam dari tahun 2013
sehingga 2017.
6. Pelajar ini merupakan anak pertama daripada 4 adik beradik.

Daripada segi pencapaian Akademik


 Pelajar ini telah Mendapat 7A 3B dalam PT3
 Dan memperoleh 6A 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2017

Daripada segi pencapaian Kokurikulum,


 Seorang yang aktif dalam kegiatan ko kurikulum
 Dan menyandang Jawatan Setiausaha Unit Beruniform KRS
 Serta turut menjadi ahli aktif dalam kelab Fotografi Sekolah
 Dianugerahkan pangkat koperal pada tahun 2013, sarjan pada tahun 2015 starf sarjan
pada tahun 2016 dalam unit Kadet Remaja Sekolah (KRS)
 Pada tahun 2014 pelajar ini telah diperkenalkan dengan seni pantun dan telah bertanding
mewakili sekolah di gelanggang pantun dan seterusnya mendapat tempat ketiga pada
tahun 2015 dan 2017

Bagi Aspek pencapaian sahsiah pula,


 Pelajar ini telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dari tahun 2013-2017
 Merupakan Ketua Biro Perhimpunan dan Protokol MPP selama 3 tahun 2015-2017
 Merupakan seorang yang amanah dalam menjalankan tugas dan sangat komited
 Seorang yang ringan tulang, suka membantu guru dan rakan-rakan seperjuangan
 Pelajar ini juga terlibat dalam semua aktiviti anjuran sekolah termasuk aktiviti anjuran
PIBG

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tokoh Penerima Anugerah Tokoh Murid (Anugerah Emas) yang dimaksudkan ialah
…Saudari,Nurfatin Hanani bt Mohd Nizam

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah tadi.