Вы находитесь на странице: 1из 327
eune ic ikea AANA ow SURAH AN-NISA’ Surah Wanita 176 (Madaniyah) JUMLAH AYAT Dengan nama Allah ‘Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih (Mugaddimah surah) Surah ini diturunkan di Madinah dan ia merupakan surah yang kedua paling panjang di antara surah- surah “AFQur’an selepas Surah alBagarah, Tertib nuzulnya ialah selepas Surah a+Mumtahanah yang dikatakan oleh riwayat-riwayat | bahawa sebahagiannya adalah diturunkan semasa Peperangan alfath pada tahun yang kedelapan Hijrah dan sebahagiannya yang lain diturunkan semasa Peperangan al-Hudaybiyah pada tahun yang keenam sebelumnya. Tetapi perkara tertib surah-surah mengikut nuzul itu sebagaimana telah kami jelaskan di pendahuluan Surah al-Bagarah dalam juzu’ yang pertama ~ bukanlah suatu perkara yang qat'l. Begity juga sesuatu surah itu tidak semuanya diturunkan sekaligus dalam satu waktu, malah kadang-kadang diselangi oleh ayat-ayat yang lain dari surat-surah yang lain kemudian Nabi s.a.w. menyuruh (pencatat-pencatat wahyu) meletakkan setiap ayat itu pada tempatnya yang wajar pada mana-mana surah yang tertentu. Berdasarkan hakikat ini, sesuatu surah itu kekal "terbuka” untuk beberapa waktu sama ada panjang atau pendek dan kadang-kadang berpanjangan hingga beberapa tahun. Di dalam Surah al-Baqarah terdapat ayat-ayat yang tergolong dalam ayat-ayat awalan yang diturunkan di Madinah dan terdapat pula ayat yang tergolong dalam ayat-ayat akhiran yang diturunkan dari Al-Qur'an Begitulah juga keadaannya yang berlaku kepada surah ini. Di antara ayat-ayatnya ada yang diturunkan selepas Surah al-Mumtahanah di dalam tahun yang keenam juga dalam tahun yang kedelapan, tetapi sebahagian yang terbesarya turun di permulaan masa Hijrah. Dan walau bagaimana pun adalah diduga bahawa turunnya ayetayat surah ini telah berlanjutan selepas Peperangan Uhud pada tahun yang ketiga Hijreh hingga keselepas tahun yang kedelapan, di mana diturunkan permulaan Surah al Mumtahanah. Sebagai contoh kami sebutkan satu ayat_dalam surah ini yang membicarakan tentang hukum perempuan-pererpuan yang berzna: \ Wy cbiea ls ni Sad) rae. 435 6 Sos a "pan orang-orang yang melekuken perbusten yang ke ina) di kalenganperempuan-perempuan kamu, maka adakanleh empet orang saksilelaki dari kalangan kemu yang menyaksikan perbuatan mereka. Kemudion jka mereka telah member Kesaksian mereka, maka penjarakanlah mereka di rumah sehingga mereka menemul maut atau sehingge Alloh ‘memberi jalan yang lain kepada mereke."(15) Di antara perkara yang dipastikan ialah ayat ini adalah diturunkan sebelum ayat Surah an-Nur yang menerangkan hukum hudud mengenai jenayah zina: ksi. Fact bbiagl 4 AH HAS Ayden Sek Ooestleaacate sees “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah ‘kamu sebatkan setiep orang dari kedvanya seratus kali sebat den jengenlah kamu dpengaruhi rasa kasihan belas, terhadap Keduanya kerana menegakkan hukum agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan kepade hari AKhirat an pelaksanaan seksa di atas kedua-duanya itu hendakleh disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman.” (Surah Nur: 2) Ayat yang terakhir ini diturunkan lepas_peristiwa fitnah terhadap Siti ‘Aisyah pada tahun kelima (atau pada tahun yang keempat menurut satu riwayat yang lain). Apabila ayet ini diturunkan Rasulullah s.aw. telah bersabdar "aoe gh dl Jar cells go Lys" “Ambillah penjelesan dariku, ambilah penjelasan driku. Allzh telah memberi satu jafan yang lain kepada mereka (erempuansperempuan yang berzina)".. hingga aki. Jalan yang lain yang diterangkan beliau itu ialah hukum sebat yang terkandung delam Surah an-Nur itu. " Diriwayatkan oleh al-mam Ahmad dalam musnadnya dan Imam Muslim dalam Saihnya, juga lon Majab. JUZU' KE- 4 Di dalam surah ini terdapat berbagai-bagai contoh seperti contoh ini yang membuktikan sejarah turunnya secara lebih kurang sebagaimana telah kami huraikan di pendahuluan Surah al-Bagarah. Pembinaan Masyarakat Islam Surah ini menggamberkan sebahagian dari usaha yang dicurahkan oleh Islam dalam = membina kelompok Muslimin dan membentuk masyarakat Islam, juga dalam langkab-langkah melindungi dan memelinara keselamatan kelompok dan masyarakat itu. la membentangkan satu contoh dari kesan tindakan Al-Qur’an dalam masyarakat yang baru yang lahir di celah-celah nasnya dan tumbuh dari celah- celah sistem hidup Rabbani itu dan dengan penjelasan-penjelasan itu ia menggambarkan tabi'at sistem hidup Rabbani ini dalam melayani: makhluk insan di samping menggambarkan tabi‘at makhluk insan itu sendiri_ dan bagaimana ia berinteraksi dengan sistem hidup Rabbeni ketika sistem itu memimpinaya melangkah ke atas dari kaki bukit yang rendah ke kemuncaknya yang tinggl. la memimpin insanselangkah demi selangkah, seperingkat demi seperingkat di tengah-tengah gelombang tamak haloba, keinginan-keinginan hawa nafsu, ketakutan- ketakutan dan kehendak-kehendak ‘kegemaran, tengah-tengzh duti-duri di jelan perjuangan yang tidak pemah sunyi walau selangkah pun dan di ‘tengah-tengah_musuh yang sedang ~menunggu- nunggu peluang untuk menyerang mereka di ssepanjang jalan yang berdus it ‘Sebagaimana kita telah lihat sebeluin ini - di dalam Surah al-Bagarah dan Surah Aali-Imran cara Al- Qur'an menghadapi setiep keadaan yang melingkungi pertumbuhan. kelompok Muslimin di Madinah, iaitu dengan menjelaskan tabi‘at sistern hidup Rabbani yang menjadi tapak tegak kelompok Muslimin dan enjelaskan hakikat-hakikat asasi yang menjadi asas kefahaman dan pandangan Islam, juga menjelaskan nilai-nilai dan neraca-neraca ukuran yang terbit dari kefahaman dan pandangan itu. dan . seterusnya menonjolkan tugas-tugas yang diperlukan oleh usaha memikul amanah agama ini di muka bumi int i samping menggambarkan tabi‘at —musuh-rusuh sistem hidup Rabbani dan musuh-musuh kelompok Muslimin yang berdiri di atas sistem itu di bumi ini serta mengingatkan mereka terhadap cara-cara tipu daya yang jahat yang ciatur oleh musuh-musuh itu dan terhadap ‘agidah-'aqidah mereka yang palsu dan menyeleweng dan cara-cara hidup mereka yang hina dan bengkok, maka begitu juga kita melihat Al Qur'an di dalam surah ini menghadapi sejumlah besar dari keadaan-keadaan dan hakikat-hakikat yang seperti itu Tetapi setiap surah AlQur’an itu mempunyai syakhsiyahnya masing-masing, mempunyai sifat-sifat istimewanya masing-masing dan mempunyal paksi di 52) SURAH AN-NISA’ CR 153 mana seluruh maudhu'nya dilkatkan kepadanya. Dan di antara kehendak-kehendak syakhsiyah masing- masing itu ialah segala pokok pembicaraan dalam setiap surah itu berkumpul dan bersepadu di sekitar paksi surah itu dalam satu susunan yang khusus dengannya, di mana ditonjolkan segala sifat dan dibezakan syakhsiyahnya masing-masing sama sepel makhluk hidup yang mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri masing-masing, namun demikian pada umumnya ia tetap merupakan salah satu dari jenis-jenis makhluk yang hidup itu. Di dalam surah ini kita melihat dan hampir-hampir kita merasa - bahawa surah ini adalah satu makhluk hidup yang bermatiamat yang tertentu dan berusaha untuk mencapaikannya dengan berbagal-bagal cara dan sarana. Ceraian-ceraian ayat, kata-kata yang terdapat dalam surah ini merupakan saranan-seranan yang. digunakan untuk mencapai matiamat yang dikehendakinya. Oleh sebab itulah kita merasa di hadapannya - sebagaimana kita merasa di hadapan setiap surah Al-Qur'an - perassan_keresraan tethadap makhluk yang hidup yang mempunyat sifat- sifat dan ciriciri yang khusus, mempunyal tujuan dan matlamat yang tertentu, makhluk hidup yang benar- benar hidup bergerak dan berperasaan. Surah ini bekerja keras untuk membasmikan ciri-cir masyarakat jahiliyah kerana dari masyarakat ‘nilah kelompok Muslimin itu dipungut oleh Islam. la bekerja keras untuk membuang segala_keladak-keladak jahiliyah itty dengan membentuk ciri-ciri masyarakat Muslim dan membersinkannya dari keladak-keladak jahiiyah dan menimbulkan syakhsiyahnya yang ‘ersenditi, dan di samping itu fa juga bekerja keras merangsangkan —masyarakat_ Musiimin — supaya mempertahankan kewujudannya yang istimewa itu, iaitu dengan menjeleskan tabi’at sistem hidup jabbani yang melahitkan kewujudannya yang istimewa itu. dan memperkenalkan musuhnya yang sentiasa menunggu-nunggu peluang di sekellingnya untuk menyerangnya - jaitu musuh-musuh yang terditi dari kau = Musyrikin, kum —Ablil-Kitab terutama kaum Yehudi dan ‘musuh-musuh yang berbulu aya yang hidup di kalangannya yang terdiri dari orang-orang yang lemah iman dan orang-orang Munafigin - serta mendedahkan cara-cara tipu daya, langkah-langkah dan helah-helah mereka yang jahat, juga mendedahkan kekarutan dan _kerosakan, kefahaman-kefahaman, _pandangan-pandangan, peraturan-peraturan dan cara-cara hidup mereka di samping menggariskan peraturan-peraturan dan undang-undang yang menyusun dan mengaturkan segala-galanya itu serta meletakkannya ke dalam acuan pelaksanaan yang betul. Dalam waktu yang sama juge kita melihat keladak- keladak jahiliyah itu bertarung dengan sistem hidup yang baru, nilaisnilai yang baru dan pertimbangan- pertimbangan yang baru, kita melihat cir-cirijahiliyah cuba menghapuskan ciri-cii baru yang indah gemilang, kita melihat perjuangan yang ditempuh

Вам также может понравиться