Вы находитесь на странице: 1из 11

BAB 1: PENGENALAN KEPADA SAINS

1.1 Apa Itu Sains?


Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang
bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.
Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan
melalui sains. Contohnya seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak
dewasa.

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa
berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang
teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.
Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan,
pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.
Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan,
bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.
Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru
diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

·
·
1.2 Bidang-bidang sains
Biologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.

.Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.


Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak
balas mereka, dan penggunaannya
Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.
Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.
Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.
2.1 Makmal Sains
Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.
Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana
penyelidikan secara saintifik dijalankan.
Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh
menjalankan eksperimen.

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan


1.Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal

2. Bahan mestilah dikendalikan dengan betul.


Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga- jaga di dalam makmal

Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan


kebenaran guru sahaja.
Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam
makmal sains.
Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari
makmal.
Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya
dengan kebenaran guru sahaja.
Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah
mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda
meminta untuk berbuat demikian.
3.1 Alat-Alat Radas yang biasa terdapat didalam makmal

Mangkuk pijar (Crucible)


Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)


Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.
Picagari (Syringe)
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide)


Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah
mikroskop.

Jam randik (Stop watch)


Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Kelalang kon (Conical flask)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
Bikar (Beaker)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas
yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)


Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.
4.1 Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya

Menghakis (Corrosive)
Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)
Contoh: Natrium, kalium.
Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)
Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.
5.1 Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik

Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.


Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.
Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada
andaian kita adalah benar.
Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.
Catat segala apa yang diperhatikan.
Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.
Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.
Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik
7.1 Berat dan Jisim

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing).


Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek

Unit sukatan berat dan jisim ialah


Berat - Newton / N
Jisim - kilogram / kg
Menyukat berat

Menyukat jisim

Вам также может понравиться