Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Bahan bahan:
500 gm butter
6 biji telur - guna 3 gred A & 4 gred B
2 kotak mix fruit - 1/2 kg/500gm
2 sk vanilla
2 sk esen ros - tak letak
Bahan Ayak:
600 gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tartar
1 sk serbuk buah pala - opsyenal, tak letak
Gula Hangus:
4 cawan gula pasir/800 gm - guna 600 gm
1/2 cawan air sejuk
Cara cara:
Panaskan gula pasir di dalam kuali menggunakan api kecil sehingga gula cair dan
berwarna perang. Tuangkan air dan kacau seketika sebelum dimasukkan butter. Terus
masak sehingga cair.
Masukkan pula mixed fruits dan masak sehingga mendidih dan tutup api. Ketepikan dan
sejukkan sebentar sehingga agak suam.
Masukkan semua bahan ayak ke dalam adunan buah tadi sedikit demi sedikit dan gaul
dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke
dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan esen rose.
Bungkus tutup pengukus dengan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek
yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan
butter.
Bila kek masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek sejuk di dalam pengukus untuk
mengelakkan buah mendap. Bila sejuk, bolehlah dikeluarkan dari loyang dan potong
telah benar benar sejuk. Lagi baik jika dibiarkan semalaman di atas meja sebelum
dipotong.
Nota:
Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari.
Cukup sekadar whisk dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan
akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-
buahan yang dibeli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih
lembab dan warnanya pun menarik.
Selepas dikukus, kek mesti dibungkus dengan aluminium foil. Sebelum dibungkus
cucuk-cucukkan kek dengan lidi penyucuk sate dan tuangkan 1 sudu kecil jus oren
sunquick atau epal atas lubang untuk melembabkan kek. Simpan dalam tupperware
dan bolehlah dipotong untuk dimakan selepas seminggu. Jangan masuk fridge. Makin
lama kek makin sedap dan berkilat. Pastikan tangan dan pisau yang digunakan semasa
memotong adalah kering. Kek boleh disimpan selama 6 bulan - 1 tahun. Terima kasih
pada Datin Naini Drahman atas petua ini.
Boleh juga dibungkus dengan plastic cling dan aluminium foil dan simpan dalam
freezer. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut
kemudian potong dan hidangkan.