Вы находитесь на странице: 1из 19

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

Bab ini memperihalkan pengenalan kajian, penyataan masalah, objekif kajian, persoalan

dan hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan atau limitasi kajian, definisi konstitutif dan

operasional dan kerangka konseptual kajian yang bertajuk Kepentingan Menggunakan Teori

Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran KOMSAS: Pelajar Bacelor Pendidikan Pengajaran

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) Universiti Putra Malaysia (UPM).

1.1 PENGENALAN

Tajuk kajian yang dipilih ialah ​“Kajian Kepentingan Menggunakan Teori Kecerdasan

Pelbagai Dalam Pengajaran KOMSAS: Pelajar Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa

Melayu Sebagai Bahasa Pertama, UPM”. Program Bacelor Pendidikan (Pengajaran

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama) telah ditawarkan kepada lepasan diploma dan

Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk melanjutkan pengajian

mereka ke peringkat ijazah pertama semenjak tahun 1983. Program ini telah berjaya

melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga mahir negara dalam bidang

pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu sama ada dalam sektor awam atau

swasta. Penamaan semula program ini pada tahun 2017 kepada Bacelor Pendidikan

Bahasa Melayu dengan jumlah keseluruhan 127 kredit minimum untuk bergraduat

termasuk 2 kredit kursus kokurikulum. Tempoh pengajian program adalah 4 tahun (8

Semester). Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi graduan program ini adalah di

dalam bidang perguruan, penyelidikan dan penyuntingan.

Tujuan KOMSAS dimuatkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah

menengah adalah untuk memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca
serta penghayatan terhadap bahan sastera yang sesuai seperti cerpen, novel, dan puisi

yang kaya dengan unsur-unsur alam. Pelaksanaan KOMSAS juga telah membantu

meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid. Bukan itu sahaja, KOMSAS

juga diharap dapat membentuk peribadi pelajar melalui penerapan nilai murni dan unsur

kemanusian melalui contoh-contoh yang terkandung dalam karya KOMSAS.

Penyerapan teori kecerdasan pelbagai mampu menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih bermakna dengan menggunakan keupayaan kognitif. Melalui

penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran KOMSAS, keupayaan berbahasa

pelajar dapat dipertingkatkan berdasarkan 9 jenis kecerdasan iaitu linguistik,

matematik-logik, ruang-visual, kinestatik-badan, muzik, interpersonal, intrapersonal,

lingkungan dan eksistensial. Kecerdasan menurut Gardner ialah, kebolehan untuk

menyediakan hasil yang efektif atau menwarkan perkhidmatan yang bernilai berdasarkan

budaya. Kecerdasan juga boleh dilihat melalui satu set kemahiran yang membolehkan

seseorang dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupannya. Hal ini menunjukkan

bahawa kecerdasan merupakan sebuah potensi untuk mencari atau menyediakan cara

untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan pengetahuan baru. Terdapat beberapa

prinsip yang digariskan untuk model teori kecerdasan pelbagai iaitu, setiap individu

mempunyai kesemua Sembilan jenis kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang

berlainan. Selain itu, kebanyakkan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke

satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

Kecerdasan tidak akan beroperasi secara tersendiri namun beberapa kecerdasan akan

bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja. Justeru, kecerdasan pelbagai dapat

dikaitkan dengan pengajaran KOMSAS seperti aktiviti membaca yang meliputi

kecerdasan linguistik atau ​word smart​. Kegiatan membaca adaah kegiatan yang berkaitan
dengan teks dan membolehkan pelajar menyerap informasi dan mencerna kandungan teks

yang dibaca.

Kecerdasan Interpersonal merupakan salah satu jenis Kecerdasan Pelbagai yang

bermaksud setiap individu mempunyai kecerdasan ini sangat mudah bersosial serta dapat

menyesuaikan diri dalam kehidupan yang lebih baik melalui pengalaman hidup orang lain

(Amstrong, 2002).

Jenis Kecerdasan Pelbagai yang kedua adalah, Kecerdasan Linguistik. Menurut

Anggit Khairani Wiwitan (2013) Kecerdasan Linguistik ini bersifat universal yang akan

dimiliki oleh semua orang. Tambahan lagi, ciri orang yang mempunyai Kecerdasan

Linguistik dapat dilihat melalui kemampuan mereka menulis secara efektif, memahami

dan menerapkan konsep tatabahasa.

Manakala, Kecerdasan Naturalis yang dimilik oleh individu merupakan kelebihan

menjalinkan hubungan dengan alam sekelililng. Kecerdasan Naturalis dan Kecerdasan

Eksistensialis merupakan dua jenis Kecerdasan Pelbagai yang baru diperkenalkan

berbanding kecerdasan yang lain. Setiap kecerdasan pelbagai ini adalah berasingan dan

tidak saling bergantung. Hal ini menunjukkan, manusia mungkin sahaja lemah dalam

beberapa bahagian namun mempunyai kelebihan di bahagian atau bidang yang lain.

Sekiranya wujud galakan dan dorongan yang padu, pastinya setiap indiividu

berkebolehan menggunakan kesemua jenis Kecerdasan Pelbagai dalam kehidupan

mereka. Setiap jenis kecerdasan ini boleh ditingkatkan dan diterokai melalui pengalaman

lampau, persekitaran dan pendidikan.

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai Kecerdasan Pelbagai yng tersendiri dan

kecerdasan tersebut boleh dipupuk melalui pengalaman hidup yang dilaluinya sama ada
pengalaman tersebut berlaku secara formal ataupun tidak formal. Namun kegagaglan

dalam mengenal pasti kecerdasan tersebut akan memberi kesan terhadap pengurusan

sumber manusia dalam pendidikan negara. Penerangan secara ringkas tentang setiap jenis

kecerdasan adalah seperti jadual di bawah:

Bil. Jenis Kecerdasan Ciri-Ciri Kecerdasan

1. Linguistk ● Kecekapan menggunakan kata-kata secara

berkesan dalam lisan dan penulisan

● Menjadi sensitive pada makna perkataan

● Mahir berkomunikasi

● Berkomunikasi dengan berkesan

2. Logikal ● Mampu menaakul dan menyelesaikan masalah

kompleks

● Kebolehan membuat perkaitan

● Befikiran kritis

● Tinggi kecekapan dalam membuat pengiraan dan

perbandingan

● Tangkas menyelesaikan masalah berkaitan nombor

3. Visual ● Mampu mengesan dan mengimaginasi bentuk,

ruang, warna dan garisan

● Termasuk idea viual, ruang secara grafik dan

berfikir dalam tiga dimensi

● Berupaya membentuk gambaran dalam minda dan

melukisnya
● Mempunyai tahap imaginasi yang tinggi

4. Kinestatik ● Memaksimakan penggunaan badan untuk

menyatakan buah fikiran dan penyelesaian masalah

dengan kemahiran fizikal

● Kesimbangan, koordinasi, fleksibiliti dan

kepantasan

5. Muzikal ● Dapat mengenali nada, melodi dan ritma

● Sangat cepat mengesan suara manusia

● Sensitive kepada bunyi di persekitaran seperti

kicauan burung dan deruan angin.

6. Interpesonal ● Memahami perasaan, memotivasi tabiat dan hasrat

orang lain secara tersirat

● Sentiasa menjaga perasaan orang lain

7. Intrapersonal ● Sentiasa membuat refleksi diri sendiri dari segi

kekuatan, kelemahan, hasrat orang lain secara

tersirat

● Dapat mengawal perasaan, membina keyakinan

diri yang tinggi dan boleh berdikari

8. Naturalis ● Kebolehan mengenal pasti semua jenis flora dan

fauna

● Kebolehan mengklasifikasi semua jenis flora dan

fauna
● Kebolehan menghargai semua jenis flora dan fauna

● Melihat perhubungan yang rapat antara alam

tumbuhan dan kehidupan haiwan

9. Eksistensialis ● Kebolehan menjawab persoalan aras tinggi tentang

kewujudan manusia seperti tujuan hidup, tujuan

mati dan bagaimana berada di bumi

● Sensitif terhadap permasalahan manusia di

sekelilingnya

● Kebiasannya adalah daripada kalangan mereka

yang taat pada ajaran agama

(Sulaiman & Hassan, 2009)


1.2 Penyataan Masalah

​Proses pengajaran dan pembelajaran komponen sastera di sekolah adalah berpusatkan buku

teks yang mengandungi pelbagai genre seperti novel, drama, puisi dan cerpen. Kesemua teks

ini memerlukan setiap pelajar untuk menguasainya bagi mencapai objektif pengajaran

KOMSAS. Oleh hal yang demikian, strategi berpusatkan guru dan buku teks semata-mata

tidak akan memuaskan hati semua pihak kerana terdapat beberapa masalah seperti kandungan

sukatan pelajaran yang terlalu banyak dan membebankan para guru untuk memperuntukkan

waktu mengajar KOMSAS. Menurut Rasdi bin Saamah (n.d.) mengatakan bahawa para guru

tidak dibekalkan dengan pendedahan atau kursus yang sempurna untuk mengajar KOMSAS.

Memetik sebuah rencana oleh Hassan Baseri, ‘Polemik Pembelajaran Sastera Berterusan’

(Berita Harian 21 Februari 2001) yang menyebut bahawa komponen sastera adalah subjek

yang berbeza daripada unsur sastera dari segi penilaian pemahaman yang memerlkan guru

untuk bersiap sedia dengan maklumat yang terperinci bagi membantu para pelajar mencapai

objektif pembelajaran mereka. Keberkesanan KOMSAS tidak akan dapat dilihat sekiranya

guru dan pelajar seolah-olah saling berusaha untuk menamatkan pengajaran dan

pembelajaran secepat yang boleh. Pelajar seharusnya diberikan ruang yang banyak untuk

menikmati bahan sastera dan guru perlu memanfaatkan sepenuhnya bahan KOMSAS untuk

mencungkil bakat dan personaliti setiap pelajar.

Selain itu, kaedah pengajaran dan pemilihan pendekatan yang digunakan oleh guru juga

akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran KOMSAS terhadap pelajar. Setiap pelajar

mempunyai latar belakang yang berbeza seperti sosio-ekonomi keluarga, aliran pengajian,

gender, etnik dan lain-lain (Chew Fong Peng, 2011). Justeru, pengajaran KOMSAS perlulah
menyentuh kesemua aspek tersebut untuk mengaitkannya dengan cara setiap murid berfikir

dan bertindak.

1.3 Objektif Kajian

1. Membantu bakal guru dalam mengendali serta menyesuaikan diri dengan perbezaan

murid dan juga suasana pembelajaran melalui teori kecerdasan pelbagai.

2. Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS.

1.4 Persoalan Kajian

Apakah persepsi sampel kajian terhadap penggunaan teori Kecerdasan Pelbagai dalam

pengajaran KOMSAS?

Apakah persepsi sampel kajian terhadap pelaksanaan teori Kecerdasan Pelbagai berdasarkan

persediaan, pelaksanaan dan kesannya terhadap pengajaran?

Adakah penggunaan teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran KOMSAS akan

meningkatkan keupayaan kognitif pelajar?


1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini berkepentingan bagi pelajar-pelajar Bacelor Pendidikan (Pengajaran

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) dan Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu, UPM.

Pelajar yang mengambil jurusan ini memerlukan pendedahan tentang teori kecerdasan

pelbagai yang perlu diaplikasikan sewaktu latihan mengajar sekaligus dapat membantu ketika

menjadi seorang guru di sekolah. Kajian ini juga akan membantu bakal guru Bahasa Melayu

dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan murid dan juga suasana

pembelajaran. Menurut Abd Fatah (1998) menyatakan bahawa teori kecerdasan pelbagai

yang diamalkan dalam pembelajaran akan meningkatkan potensi keseluruhan otak manusia.

1.6 Batasan/ Limitasi Kajian

Kajian ini dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia terhadap pelajar yang mengambil

jurusan Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) dan

Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu.


1.7 Definisi Konstitutif dan Operasional

● Kecerdasan Pelbagai

Menelusuri definisi kecerdasan yang dibawa oleh Gardner pada tahun 1998 yang menyatakan

bahawa kecerdasan dilihat dari pelbagai dimensi. Menurut Sulaiman dan Hassan (2009),

kecerdasan mesti melibatkan satu set kemahiran penyelesaian masalah yang membolehkan

individu menyelesaikan masalah apabila diperlukan bagi memperolehi hasil yang berkesan.

Menurut Gardner (2003) lagi, terdapat tujuh jenis Kecerdasan Pelbagai yang meliputi;

Linguistik, Muzikal, Logikal, Visual, Kinestatik, Kemahiran Interpersonal dan Kemahiran

Intrapersonal. Malah, terdapat penambahan sebanyak dua jenis kecerdasan lain iaitu Naturalis

dan Eksistensialis yang mencukupkan aspek Kecerdasan Pelbagai sebanyak sembilan jenis

(Wong, 2011).

Definisi bagi istilah ‘pelbagai; pula membawa kata seerti dengan berbagai-bagai,

bermacam-macam dan berjenis-jenis (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maka, gabungan

definisi ‘Kecerdasan Pelbagai’ membawa maksud kemahiran individu menyelesaikan

masalah apabila diperlukan bagi mendapatkan hasi yang berkesan dan kemahiran itu wujud

lebih daripada satu dan membentuk set kemahiran.

Menurut Noor Hisham Md Nawi (2011), tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh

guru dan murid merupakan konsep pengajaran. Hal ini memperlihatkan bahawa tanpa salah

satu daripadanya, konsep pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran hendaklah dirancang

oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi

mencipta persekitaran pembelajaran. Reka bentuk kurikulum, penyampaian kurikulum dan

sistem penilaian pelajar juga perlu terangkum dalam proses pengajaran. Hal ini demikian
kerana, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diaplikasikan seperti berpusatkan murid,

guru, bahan dan sebagainya dalam proses pengajaran. Kesimpulannya, komponen asas yang

diperlukan untuk membentuk proses pengajaran adalah guru, pelajar, kandungan pelajaran,

kaedah, objektif pembelajaran, hasil dan penilain ke atas murid.

KOMSAS atau Komponen Sastera di dalam pengajaran Bahasa Melayu telah menjadi

sebahagian komponen wajib di perigkat sekolah menengah.Pelaksanaan ini telah bermula

pada Mac. 2000. Penglibatan KOMSAS ini adalah bertujuan untuk mendorong para pelajar

membaca bahan-bahan sasetra, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui

latar belakang penulis serta sumbangannya dan mendapat info mengenai perkembangan dunia

sastera di negara kita. Pelbagai pendedahan aspek-aspek di dalam genre sastera antaranya,

genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional. pelajar juga dapat menilai dan mengulas

mesej, pengajaran, nilai-nilai murni dan masyarakat. Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan

teks KOMSAS juga bertjuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar termasuk

dengar-tutur, menulis dan membaca.

1.8 Kerangka Konseptual Kajian

Di dalam kajian lepas, terdapat kajian yang mempunyai kerangka konsep Kajian Kecerdasan

Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (BPSP), UPM.
Gambar rajah di atas menerangkan konsep kajian lepas yang menunjukkan pengkaji ingin

mengenal pasti jenis Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar BPSP UPM terlebih dahulu

dan daripada dapatan tersebut, pengkaji ingin mengenal pasti jenis dan tahap setiap

Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar Lelaki dan pelajar perempuan BPSP UPM.

Kemudian, Pengkaji ingin mengetahui tahap Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan pelajar

BPSP UPM secara keseluruhaan.

Manakala, kerangka konseptual kajian cadangan penyelidikan “Kajian Kepentingan

Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran KOMSAS: Pelajar Bacelor

Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama, UPM”. Kajian kepentingan

bermula dengan membahagikan pendekatan pengajaran KOMSAS yang kepada dua, iaitu

pendekatan tradisional dan pendekatan berpusatkan murid. Melalui ini, pengkaji perlu

mengenalpasti pendekatan yang akan mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah itu, pengkaji akan mengkaji kesan bagi

kedua-dua pendekatan yang dinyatakan di atas.

Berikut merupakan rangka konseptual kajian cadangan penyelidikan yang saya bina
BAB 2

2.1 SOROTAN LITERATUR

Kepentingan teori Kecerdasan Pelbagai dapat dilihat melalui kajian-kajian lepas. Di

dalam kajian Chew Fong Peng (2011), Pendekatan Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu menyatakan bahawa guru perlu

menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran KOMSAS kerana dapat

mencungkil kerdasan murid yang datang dari pelbagai latar belakang. Dengan menggunakan

pendekatan Kecerdasan pelbagai juga dapat menggalakkan murid menunjukkan potensi

mereka. Hal ini memerlukan guru untuk menyediakan ruang dan platform yang bersesuaian

dengan minat, bakat dan keupayaan murid. Hal ini telah disokong oleh Abd. Fatah (1998)

yang berpendapat bahawa teori Kecerdasan Pelbagai terdiri daripada pelbagai jenis dan dapat

memaksimakan potensi keseluruhan otak sekiranya dipraktikkan. Dapatan di dalam kajian ini

juga memperlihatkan kepentingan penggunaan pendekatan teori Kecerdasan Pelbagai.

Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan pasca terhadap dua kumpulan murid
iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa

pendekatan struktur yang digunakan oleh guru tidak membawa kesan kepada pengajaran

KOMSAS dalam pencapaian akademik murid. Manakala hasil ujian pasca pula yang

menggunakan pendekatan Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran

KOMSAS menunjukkan peningkatan ketara. Ini membuktikan bahawa pendekatan ini

berhasil meningkatkan pencapaian murid dalam KOMSAS.

Kajian seterusnya oleh Yahya Othman dan Roselan Baki di bawah Jabatan

Pendidikan Bahasa dan kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra

Malaysia. Kajian ini menekankan aspek pelaksanaan penyerapan Kecerdasan Pelbagai dalam

pengajaran. Kajian ini kemudian menemukan kesimpulan bahawa penggunaan pendekatan

Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran Bahasa Melayu akan meningkatkan tahap kogntif

pelajar. Hal ini bertepatan dengan prinsip-prinsip model Kecerdasan Pelbagai oleh Howard

Gardner bahawa setiap individu mempunyai kesemua Sembilan kecerdasan tetapi pada tahap

perkembangan yang berlainan. Prinsip kedua pula menyatakan bahwa kebanyakkan individu

dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan,

pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Manakala prinsip yang ketiga pula berkisar tentang

kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak

dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Seterusnya, kajian Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin dan Hafsa Mohamed Makki

(2008) memperlihatkan bahawa faktor kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam kalangan

remaja melalui pelbagai pendekatan yang menarik oleh guru akan membantu mengesan

kebolehan-kebolehan sesorang pelajar yang dapat menguasai salah satu jenis kecerdasan

dengan baik. Sebagai contoh, kecerdasan verbal-linguistik mewakili kebolehan sesorang


dalam mengunakan bahasa ibunda dan beberapa bahasa lain untuk menyampaikan sesuatu

daripada mindanya. Hal ni disokong secara statistic yang menunjukkan kecerdasan

interpersonal mempengaruhi 38.2% daripada varians kecerdasan verbal-lingusitik (Siti

Rahayah Ariffin et. al). Individu yang memiliki kecerdasan ini akan menggunakan kebolehan

mereka bagi mempengaruhi orang lain.

Kepentingan menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dapat membantu dalam

pengajaran KOMSAS di dalam kelas. Terdapat beberapa kajian lepas yang membincangkan

pengajaran KOMSAS sebagai salah satu komponen di dalam subjek Bahasa Melayu. Rozani

Ahmad (2017) dalam kajiannya; Keupayaan Menggunakan KOMSAS Sebagai Komptensi

Pengajaran Guru Bahasa Melayu telah membincangkan bahawa tahap keupayaan guru

menggunakan KOMSAS berada pada tahap yang tinggi. Keupayaan guru yang tinggi dalam

menggunakan KOMSAS, menunjukkan penguasaan kemahiran guru menggunakan

KOMSAS sebagai bahan pengajaran. Hal ini bertentangan dengan Abdul Rasid (2010) yang

menyatakan sebanyak 30% sahaja guru yang mampu mempelbagaikan pola interaksi seperti

interaksi guru dengan individu pelajar, guru dengan kumpulan pelajar dan interaksi pelajar

dengan pelajar. Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai tahap keupayaan yang tinggi

untuk merancang, melaksana dan mentaksir pengajaran (Rozani Ahmad, 2017). Hal ini akan

membantu para guru untuk berupaya membina strategi pengajaran dan menggalakkan

pembelajaran aktif. Di dalam teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983), Kecerdasan

Kinestatik adalah Kecerdasan Pelbagai dengan ‘Kekuatan Jasad’ bagi individu yang memiliki

kecerdasan ini, mereka memahami dunia melalui unsur-unsur fizikal. Mereka dapat

mengawal pergerakan badan dengan baik, serta boleh mengendalikan alatan dengan mahir

(Suriati Djuahir & Suriani Abdul Bakri, 2013)


Seterusnya, kajian lepas dari Mohd Rasdi, Jabatan Pengajian Melayu, telah

mengemukakan kajian yang dapat mengesan unsur-unsur yang menghalang kemenjadian

pelaksanaan pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam kajian

ini, didapati bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh sampel kajian

masih lagi berada di ruang lingkup pedagogi pengajaran konvensional. Terdapat aktiviti tegar

seperti guru memberi penerangan satu hala kepada murid setelah akiviti membaca teks

KOMSAS dijalankan. Memetik kata-kata dari Prof. Tan Sri Datuk Awang Hadi Salleh,

“Pedagogi akan menjadikan pelajaran kesusasteraan amat memikat serta dapat diterapkan

dengan lebih cepat dan berkesan. Jika pendekatan pelajaran Kesusasteraan tanpa pedagogi

disogokkan kepada pelajar, ia akan melemahkan matlamat mata pelajaran itu sendiri kerana

penerimaan pelajar menjadi agak lemah. (Utusan Malaysia, 16 Jun 2011). Justeru sekali lagi,

teori Kecerdasan Pelbagai perlu menjadi wadah untuk digunakan dalam pengajaran

KOMSAS.

BAB 3

3.0 METODOLOGI

Bab ini memperihalkan metodologi kajian yang melibatkan reka bentuk kajian, populasi

dan persampelan, instrument kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian,

tatacara kajian dan analisis data.

3.1 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini direka bentuk berdasarkan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah

penyelidikan tinjauan diskriptif. Kaedah ini dipilih kerana telah direka bentuk agi

menerangkan sesuatu fenomena melalui tinjauan (Konting, 2005). Melalui kajian ini, tinjauan

dilakukan ke atas fenomena kajian iaitu mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dalam

pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

3.2 Populasi dan Persampelan

Populasi kajian ini adalah seramai 141 orang yang terdiri daripada pelajar PBMP

UPM sesi 2017/2018 dan pelajar BPBM sesi 2018/2019. Daripada jumlah tersebut, 28 orang

pelajar adalah lelaki dari tahun satu hingga tahun empat dan 113 orang pelajar adalah pelajar

perempuan dari tahun satu hingga tahun empat.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dalam Bahasa Melayu. Skala

pengukuran yang akan digunakan adalah skala ordinal dengan 5 skala likert.

3.4 Tatacara Kajian

1. Mendapatkan kelulusan daripada pensyarah.

2. Mengumpul data berdasarkan kepada teori kecerdasan pelbagai yang dikaji.

3. Memasukkan data ke dalam sistem.


4. Menganalisis data yang diperolehi.

5. Mentafsir keputusan yang diperolehi.

3.5 Analisis Data

Data bagi kajian ini akan dianalisis menggunakan analisis statistik jenis diskriptif yang

digunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan nilai skor min

4.0 Jadual Kerja

Bil Perkara minggu

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

1 Berjumpa penyelia

2 Bab 1

3 Bab 2 & 3

4 Hantar proposal

BIBLIOGRAFI

Вам также может понравиться