Вы находитесь на странице: 1из 2

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PECUTAN 2Q SPM


PANITIA MATEMATIK
SMK BANDAR TASIK PUTERI , 48000 RAWANG

1.0 PENDAHULUAN
Program Pecutan 2Q SPM merupakan program yang dirangka di bawah Program Akademik
Unggul (PADU). Program ini dilaksanakan demi memastikan pelajar-pelajar dapat
memanafaatkan masa persekolahan menjelang peperiksaan SPM secara optimum dengan
membuat latihan-latihan yang berorientasikan peperiksaan. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar dari aspek kualiti dan kuantiti
dalam peperiksaan SPM. Program ini merupakan sebahagian daripada Program
Pembangunan Organisasi (PrOD) bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Bandar
Tasik Puteri

2.0 OBJEKTIF

Program ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif berikut:


2.1 Sebagai persediaan membina jati diri pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan
2.2 Mendedahkan format soalan dan teknik menjawab mata pelajaran kepada para pelajar
2.3 Meningkatkan kemahiran penguasaan masa menjawab soalan agar pelajar-pelajar dapat
menjawab dalam masa yang diperuntukkan.
2.4 Meningkatkan kerjasama antara pelajar-pelajar dan guru-guru bagi mempertingkatkan
usaha sama bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.

3.0 SASARAN: Kumpulan A (kualiti) : 150 Pelajar Tingkatan 5 mengikut ’ranking’ keputusan
Peperiksaan Percubaan SPM

Kumpulan B (kuantiti): 150 Pelajar Tingkatan 5 mengikut ’ranking’ keputusan


Peperiksaan Percubaan SPM

4.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 2 November 2013

Tempat : KUMP A - Pusat Sumber Sekolah,


KUMP B – Surau Al-Hidayah,

5.0 AHLI JAWATANKUASA:

Penasihat : Pn Maimunah bt Hassan

Pengerusi : Pn Norseha bt. Manaf

Naib Pengerusi : Pn. Hasana bt Hosaimi

Setiausaha : Pn Dayangku Fadariah bt Mat Desa

Naib Setiausaha : Pn Mahani bt Awang

AJK Fasilitator Guru-guru mata pelajaran Matematik Tingkatan 5


6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Perkara Bilangan Amaun (RM)


1 Kertas A 4 10 rim @ RM 8.00 80.00
2 Kertas Warna 1 rim @ RM 20.00 20.00
3 Saguhati Pelajar 10 hamper @ RM 10.00 100.00
JUMLAH 200.00

7.0 SUMBER KEWANGAN:


Wang PCG Matapelajaran Matematik RM 200.00

7.0 PENUTUP:
Dengan kerjasama semua pihak, diharapkan program ini akan mendatangkan kesan yang positif
dan berkekalan kepada pelajar, khususnya sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab
sebagai pelajar.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. ……………………………..
(DAYANGKU FADARIAH BT MAT DESA) (NORSEHA MANAF)
Setiausaha Program Penolong Kanan
SMK Bandar Tasik Puteri

Diluluskan oleh ,

.............................................
(MAIMUNAH HASSAN)
Pengetua
SMK Bandar Tasik Puteri

Вам также может понравиться